Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, December 30, 2008

Fahami Isu Bid'ah

Soalan :

saye confuse dgn bid'ah saiyiah n hasanah....sebb nabi kite x de sebut sume tue...die just sebut bid'ah...dan sudh tentu anta tau ape mksud bid'ah...berdasarkan hadis ni...cube anta terang kn kt ana..

Rasullullah SAW:
" Barangsiapa membetulkan orang bid'ah, Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman, Barangsiapa menghinakannya, Allah akan menyelamatkannya dari hari kiamat. Barangsiapa melakukan amar makruf nahi mngkar, dia khalifah Allah di muka bumi malah khalifah kitab dan khalifah rasul-Nya"


Jawapan :

*waalaikumsalam

Beginilah saudari,

Untuk memahami al Quran - kita perlu merujuk kepada hadith kan? Untuk tahu tentang al Quran, kita kena belajar bahasa arab kan? Paling kurang pun kita akan baca terjemahan - itupun dari penterjemah. Dan sekiranya hendak tahu tentang tafsiran al Quran kita perlu pada orang yang mahir dalam tafsir al Quran. Jadi kita tahu mengapa ayat al Quran itu diturunkan, dimana diturunkan dan sebagainya.

Begitulah hadith - jika kita nak tahu tentang hadith, kita perlu kepada huraian ulamak. Sebab ulamak yang hebat2 mereka lebih faham tentang penggunaan hadith tersebut. Apa definisinya, apa syarahnya.

Ulamak memberikan pembahagian bid'ah kepada hasanah dan dholalah/sayyi'ah kepada 2 bukan ikut suka hati mereka. Tetapi mereka kaji dan selidik dahulu. Mereka selusuri kehidupan RasuluLlah, perbuatan rasuluLlah, pernah tak rasuluLlah terus kata bid'ah pada sahabat yang menambahkan lafaz azan sebagaimana yang dibuat bilal bin rabah? ataupun pernah tak rasuluLlah salahkan sahabat yang solat asar sebelum tiba di perkampungan Yahudi (semasa rasuluLLah nak gempur yahudi yang langgar piagam madinah).

Rasulullah tak terus kata bid'ah sesat kepada sahabat.

Kemudian para ulamak rujuk juga pada perbuatan sahabat. Rupanya sahabat pun banyak buat perkara baru yang rasuluLlah tak buat. Seperti solat jemaah terawih selama sebulan secara berjemaah dibuat oleh Saidina Umar dan beliau kata "Inilah sebaik-baik bid'ah". Kemudian solat jumaat dulu dibuat dalam satu masjid je kat madinah. Sekarang dah berapa banyak masjid?

Kemudian kita kena ingat - jika kita pegang semua bid'ah (perkara baru) adalah sesat. Kita berbincang agama dalam internet nih - ibadah juga kan? Adakah ia sesat? PErnah tak rasuluLlah mengajar ibadah dalam internet?

Begitu juga anda dengar mp3, mp4 bacaan al Quran. Kita dengar al Quran dari mp3, dengar zikir dan kemudian kita ikut berzikir dari mp3 pernah tak rasuluLlah tunjukkan semasa hidupnya?

Maka kerana itulah ulamak yang bijak - sekali lagi saya sebut ulamak ini memang bijak dan cerdik. Maka sebelum buat sesuatu hukum dan huraian, mereka akan lihat dan menyelidik keseluruhan dahulu. Sebab tu nak jadik ulamak mujtahid bukan senang. Banyak level yang kena ikut, banyak ilmu yang kena belajar.

Oleh itu, ramai ulamak membahagikannya kepada 2 termasuklah imam as syafie, imam izzuddin abdissalam (membahagikan kepada 5), imam al ghazali dan sebagainya.

Jadi bid'ah yang perlu diperbetulkan sebagaimana sabda rasuluLlah ialah bid'ah yang sesat. Contohnya : yang kita lihat sekarang ini seperti anti hadith, ayah pin, aminah wadud, guru kahar, feminism.

WaLlahua'lam

Pendapat ulamak mengenai bid'ah : SILA RUJUK DI SINI
http://jomfaham.blogspot.com/search/label/Faham%20Tentang%20Bid%27ah

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/soalan-semasa.html

Read More......

Sunday, December 28, 2008

Sesuatu Yang Pasti...


Ana cuti, tapi apa yang sedihnya ana tak pulang ke kampung halaman.. Melihat rumah yang kosong, rakan-rakan mengusung beg untuk pulang membuatkan diri ini seakan tidak bermaya untuk menaip.. Astarghfirullah, betapa lemahnya iman ana..

Baru-baru ini kolej ana telah dikejutkan dengan satu tragedi yang tidak disangka-sangka.. Seorang kanak-kanak lingkungan umur 3-5 tahun telah jatuh dari tingkat 4 asrama ana dan pergi bertemu Ilahi... Allah! Ana benar-benar terkejut dengan peristiwa itu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..


Peristiwa ini mengingatkan ana pada satu peristiwa yang berlaku pada tahun lepas, sewaktu arwah mak angkat ana pergi menghadap Ilahi.. Telefon yang berdering pada pagi sebelum subuh itu membuatkan hati ana tidak tenteram.. Ana tidak tidur, dan sewaktu akak ana masuk ke bilik dan berkata "Wa, mak dah takde" Ana tergamam..


Subhanallah...

Betapa pilunya hati, hny Allah yang tahu.. Melihat wajah arwah yang tenang, membuatkan air mata ini mengalir seolah tiada hentinya.. Namun ana cuba kawal agar air mata itu tidak terkena pada arwah... Dan tragedi yang berlaku benar-benar menyentap tangkai jantung ana, seolah-olah ana hilang separuh daripada semangat ana.. Melihatkan ibu arwah kanak-kanak itu, membuatkan ana terasa seperti hendak pitam juga...

Ya Allah, pulihkan semangatku...


Peristiwa ini menyedarkan ana bahawa yang hidup itu pasti akan mati. Itu pasti. Cuma waktunya sahaja yang kita tidak tahu bila. Mungkin hari ini, esok, lusa, minggu depan? Sememangnya tiada jawapan akan persoalan ini.. Mengenangkan amal ibadat ana yang masih terlalu kurang membuatkan jiwa ini kian sebak.. Cukupkah amalan yang ingin dipersembahkan kepadaNya?


Ya Allah...


Sahabat-sahabtku, ingatlah, dunia ini adalah landasan untuk kebahagiaan di akhirat, janganlah terleka kerana maut tidak mengenal waktu... Semoga kita bersama-sama dapat melihat wajahNya nanti.. itulah nikmat yang terbesar... insyaAllah..

Read More......

Wednesday, December 24, 2008

Ambillah waktu..


Subhanallah.. Jadual ana benar-benar padat sebaik sahaja pulang dari bercuti.. Minggu yang penuh dengan exam dan pembentangan, benar-benar mencabar keimanan… Kesihatan ana terganggu, mungkin ujian dariNya buat ana yang makin terleka.. Alhamdulillah, saki-baki ubat masih ada kerana ana malas menapak ke klinik =) …

Cuaca yang kian terik ditambah pula dengan kesihatan ana yang kurang memberangsangkan.. seringkali jiwa ini diasak nafsu agar meninggalkan kelas, namun kugagahkan jua kaki menapak demi menimba ilmu Allah, bukankah menuntut ilmu itu satu ibadat jika niatnya hanya kerana Allah? Menuntut ilmu kerana Allah pasti tidak terasa penatnya. pada sahabat-sahabat ana, terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan kerana sering memberi sokongan buat diri yang lemah ini…


Ana tidak tahu apa yang mahu dicatatkan kerana fikiran ana buntu.. Jadual yang padat membuatkan ana rasa bersalah untuk menaip sedangkan amanah di sini belum dilunaskan, buat semua, jutaan kemaafan ana titipkan.. Marilah kita sama-sama menikmati satu tazkirah yang diambil daripada unit hal ehwal wanita kuis.. ini sahaja yang mampu ana sediakan.. sekali lagi, jutaan kemaafan ana titipkan..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Doakan ana dan sahabat-sahabat sentiasa tenang, sabar dan tabah menempuh dugaan yang mendatang dan doakan kami berjaya di dunia dan akhirat.. insyaAllah..

Read More......

Sunday, December 21, 2008

Makhluk Terindah...


Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.

TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!

Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!

Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....

Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.

“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.

“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.

Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)

Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.


Diambil daripada : http://mpm-kuis.org/

Read More......

Saturday, December 20, 2008

Indonesia Oh Indonesia..

Sememangnya dalam hidup ini kita seringkali berhadapan dengan dua atau lebih pilihan yang mungkin sukar untuk kita membuat pilihan. Mungkin itu yang ana baru sahaja alami. Cuti yang telah dianjak ke hadapan oleh pihak pengurusan menyukarkan pihak keluarga ana yang telah merancang satu percutian keluarga ke indonesia dan natijahnya ana harus membuat pilihan : Mohon pelepasan kelas atau tidak pergi bercuti..

Aduh! kead
aan yang mendesak benar-benar membuat ana pening kepala. Ana istikharah dan alhamdulillah Allah tunjukkan dan permudahkan jalan ana untuk membuat pilihan-mohon pelepasan kelas.

Pada
mulanya ana merasakan bahawa ana mungkin kerugian kerana tertinggal banyak kelas, namun ana sedar ana tersilap kerana sebaik sahaja ana menjejakkan kaki di Surabaya,ana memeperolehi banyak pengalaman yang tidak mungkin ana dapat di dalam kelas..

Ana masih ingat satu p
eristiwa sewaktu ana ingin membeli senaskhah Al-Quran poket berserta terjemahannya.. "Adik ambil tahfiz?" Seorang makcik bertanya.. "Nggak" Ana menjawab ringkas.. "Adik masih muda, masih belum tercemar, masih belum terlambat untuk menjadi tahfiz" Ana terharu, dalam keharuan itu ana cuba jua mengeluarkan ayat "Iya, makcik doakan saya ya" Tanpa berlengah, dengan senyuman makcik itu membalas "Ayuh, teruskan berjuang"

Subhanallah! Itu belum lagi cerita di pesantran.. Akhlak-akhlak mahmudah yang ditonjolkan mereka di sana benar-benar mendesak hati ana untuk terus sahaja tinggal di situ.. Namun, apakan daya ana masih lagi punya tanggungjawab di Malaysia..

Terlalu banyak cerita y
ang ana ingin coretkan di sini sehingga ana buntu untuk bermula daripada mana...




Bonda sewaktu menunggu ketibaan pesawat AK 630 dari lapangan terbang senai,johor..











Pemandangan Surabaya dari dalam kapal terbang..











Di hadapan makam salah satu daripada wali songo.. Mampukah kita beramal seperti para wali Allah?..















Makam wali Allah dan keluarganya...










Di sinilah tempatnya wali Allah disemadikan.. T.T









Kejadian yang menginsafkan.. Minyak diteroka namun lumpur yang menjelma, sekaligus melenyapkan 16 buah kampung..








Ana jatuh sayang pada bi'ah di pesantren babul khairat..
Semoga kalian terus berjuang demi menegakkan kalimah lailahailallah muhammadurraasulullah di muka bumi ini...








Makan malam yang diberi oleh mudir babul khairat.. Syukran jazilan, fi amanalillah!










Indahnya alam ciptaan Allah..












Kitab kesayangan ana yang sempat dibeli di Kedai Mesir, Surabaya..
















On the way ke kolam air panas!!









Tangan siapakah ini?
Adakah hati kita jua sedang berkocak seperti air ini? Maka kembalikanlah hatimu pada fitrahnya =)













Abi wa umi menikmati epal segar ciptaanNya.. Subhanallah...












Semoga adik ini berjaya menggapai cita-citanya..










On the way ke Gunung Berapi Bromo..









Ini gunung berapinya.. Ana hampir-hampir sahaja tidak dapat bernafas kerana bau sulfur yang terlalu kuat..
Maha Suci Allah!








Kami berjaya mendaki gunung walaupun pecah semua lemak di kaki.. hehe..

Alhamdulillah!









Dan akhirnya kembali ke Malaysia daripada airport Surabaya dengan menaiki pesawat AK 631...


Terima Kasih ya Allah atas nikmatmu yang tidak terhingga..
Moga ini bukan istidraj...








Subhanallah.. banyak cerita yang ana ingin kongsikan dan mungkin boleh diambil pengajaran namun ana tidak tahu bagaimana ingin menyusun tiap bait kata itu kerana pengalaman ini sungguh tidak ternilai hingga ana sendiri kelu untuk berbicara..

Konklusinya, ayuhlah kita berjuang demi Islam tercinta..

Read More......

Sunday, December 14, 2008

Apa Khabar Imanmu?



Saat jari-jemari ana laju menekan keyboard ini, ana terfikir, apakah khabar sahabat-sahabat ana yang mungkin sudah lama tidak ana hubungi.. Sihatkah iman mereka? Adakah mereka mendapatkan nikmat Islam itu sebagaimana yang dilalui oleh sahibah di sini.. mendengarkan satu khabar yang agak kurang enak tentang rakan sekelas ana dulu sudah cukup membuatkan jiwa ana luruh..

Ya Allah.. apakah yang telah ana lakukan?

Betapa tegarnya hati ana membiarkan mereka kesunyian tanpa arah sedang ana sedang leka dengan nikmat yang dikurniakanNya di sini...
Betapa mementingkan dirinya ana ini kerana ingin menjadi baik seorang diri, mungkin..
Betapa teruknya ana kerana membiarkan mereka dengan hidup mereka sekarang..

Seorang sahabat yang dulunya 'kaki surau' kini terjebak dengan pergaulan bebas.
Seorang sahabat yang dulunya sopan berbahasa kini terjebak dengan keruntuhan nilai budi bahasa.
Seorang sahabat yang dulunya sosial kini makin sosial.
Seorang sahabat yang dulunya bertudung kini sudah hilang tudungnya.

Dan mungkinkah ana masih tidak sedar akan semua ini? Ana tidak menjalankan amanah ana sebagai seorang sahabat.. Pilunya hati ana kerana baru tersedar akan semua ini.. Apakah yang mampu ana lakukan? Ana jauh... Tapi mungkin itu hanya satu alasan.

Jauh. Alasan yang mungkin diciptakan iblis untuk ana semakin jauh dari mereka. Namun hakikatnya ana seolah-olah hampir berputus asa dengan dugaan yang melanda. Ana seolah-olah putus harap dengan mereka yang masih tidak mahu bebas dari unsur sekularisme.. Ya Ilahi, ampunilah hambaMu ini.. Aku lemah ya Allah..

Ana seolah-olah terlupa bahawa Nabi kita yang mulia tidak pernah berputus asa malah sentiasa juga tersenyum dengan dugaan malahan kerendahan hati baginda, sifat pemaaf dan penyayang yang memikat hati-hati mereka yang keras umpama batu seolah-olah luput dari ingatan ana. Mungkin juga ana mahu keluarkan alasan sibuk, tapi ana terlupa bahawa rutin hidup Rasulullah jauh lagi sibuk daripada ana namun baginda masih dapat menjalankan amanah sebagai seorang suami, ayah, nabi, dan seorang hambaNya...

Sungguh hebat helah syaitan dan betapa lemahnya iman ana... Melihat suasana para remaja harapan agama yang seolah-olah tidak beragama membuatkan hati ana semakin meruntun... Ya Allah.. selamatkan mereka dari terus hanyut dengan arus dunia...

Ayuh sahabat seperjuanganku...
Bangkitlah... mereka memerlukan kalian...

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa" (Al-A'raf:164)

Read More......

Friday, December 12, 2008

Siapa Aku Dihadapan Tuhanku?


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu..siapa aku di depan Tuhan ku.


Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan..siapa aku di depan Tuhan ku.


Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka..siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat..siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku..siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku? apabila azan berkumandang lagi,aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati..bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong
tanpa di isi dengan amalan hari esok. jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan, Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.

Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...
RENUNGKANLAH... SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???

Read More......

Tuesday, December 9, 2008

Mujahidah Solehah Untuk Mujahid Sejati..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.


Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya..

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Dan aku harapkan engkau membuat pilihan yang tepat untuk bersamaku..

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku bukanlah seorang yang berada. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku usahakan untuk ku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.(AR-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa dari keluarga yang tak punya darjat dan nama.Namun apa yang pasti aku juga adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Diri ini tidak dilahirkan indah rupanya tetapi mudahan cintaku pada agama ini akan menjadi asbab terserlah nye kecantikan itu.. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku yakin juga engkau tidak mengharapkan semua itu.. Jika begitu tenanglah menantikan kehadiranku..

Calon suamiku ..

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang ada ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. InsyaAllah putera puteri yang bakal kita lahirkan akn bisa menggoncangkan dunia Islam yang makin kudus .. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.


Ketahuilah bahawa aku tidak pernah mendambakan hantaran bersusun, mas kawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah.

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu insyaALlah, itulah yang aku harapkan daripada harta duniawi yang ingin kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pengetahuanku melalui buku Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.

Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, marilah sama-sama mengejar cinta Ilahi untuk menguatkan akar cinta kita .. ALLAH KNOWS BEST


Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.


~tulang rusuk kirimu..insyaALLAH~



Ikhlas dari :

Calon Zaujah mu..

Read More......

Agama :TAHU atau MAHU


Ana terpanggil untuk menaip topik ini kerana saban hari ana melihat semakin ramai orang yang TAHU agama terjerumus dalam kancah maksiat, manakala orang yang MAHU agama terus-terusan mara menentang arus peredaran zaman. Apa perbezaan antara orang yang TAHU agama dan orang yang MAHU agama? Mari berfikir sejenak, mengapa orang yang baru masuk Islam selalunya lebih waro' daripada orang yang sejak kecil sudah tertulis bin dan binti pada pertengahan namanya... Kerana mereka MAHU agama..

Seharusnya mereka yang TAHU agama akan meletakkan diri dalam lingkungan MAHU agama namun apa yang ana lihat sekarang ini sangat menyayat hati..

Pelajar tahfiz wanita naik motor dengan lelaki ajnabi..
Pelajar dakwah terlibat dalam aktiviti haram...
Pelajar usuluddin bergiat di disko..

ana tidak berniat untuk memburuk-burukkan pelajar aliran agama, kerana ana sendiri begitu cederung dalam memdalami Islam.. Namun apa yang ana ingin tekankan disini ialah TAHU agama sahaja tidak cukup untuk membentuk jati diri mukmin/mukminah kerana kita seharusnya MAHU agama... Pelajar aliran agama khusunya, pastinya akan menerima banyak dugaan di atas muka bumi ini kerana bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Jadi mereka yang TAHU agama ini akan diuji sejauh mana mereka MAHU agama kerana mereka juga merupakan idol bagi masyarakat sekeliling, satu bentuk harapan telah digalas pada pundak para pelajar yang berkelulusan agama untuk membimbing masyarakat sekeliling mengenali betapa indahnya Islam. Maka jangan sampai diri anda menjadi fitnah pada Islam kerana ana begitu sedih melihat orang yang pandai berkata tapi tidak beramal.

Sudah ramai orang yang ana jumpa mampu mengeluarkan dalil dan hadith-hadith mengenai sesuatu perkara tapi aurat masih tidak dijaga, percakapan tidak terbatas, perbuatan tidak dipeduli. Hancur luluh hati ana melihat seorang yang seharusnya menjadi pejuang agama Allah menjadi sumber fitnah untuk Islam yang sangat ana kasihi... Walau apa sekalipun, kita tidak boleh menilai orang dengan sesuka hati kerana sesungguhnya orang yang anda lihat teruk buat masa sekarang boleh menjadi LEBIH BAIK daripada anda jika dia diberi hidayah olehNya..

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.(Al-Kahfi:17)
Namun, apa yang pasti semua manusia di dunia ini merupakan da'ie, tidak kiralah anda aliran apa sekalipun, namun pastikan anda juga TAHU dan MAHU agama..

Jika anda menjadi doktor... Jadilah doktor yang islamic..
Jika anda seorang engineer.. Jadilah engineer yang islamic..
Jika anda seorang guru.. Jadilah guru yang islamic..

Kerana tidak kira apa jua bidang yang anda ambil, jadikanlah bidang kerja anda itu juga sebagai satu medan dakwah... ana percaya anda mampu berdakwah kerana kita semua adalah da'ie, sekurang-kurangnya jadilah da'ie pada diri anda sendiri...

Apabila anda mahu agama anda akan mengambil tahu perihal agama tetapi jika anda hanya tahu agama belum tentu lagi anda akan mahu agama..

renung-renungkanlah.. dalam golongan manakah kita?
Ingatlah, Allah adalah pencipta peraturan tertinggi,bukan sekadar menjadi sembahan.. Ikutlah segala peraturanNya, nescaya hidup anda akan menjadi aman.. Jaga diri,hiasi peribadi =)

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.(Al-Baqarah:212)

Read More......

Saturday, December 6, 2008

Maafkanku Sahabatku...


1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

***
Sahabatku..
Lama sudah kita tidak bersua,
Lama sudah tidak kita bertegur-sapa,
Rinduku padamu hanya Dia yang tahu,
Dan hari ini segalanya berakhir, rinduku terlerai jua tatkala melihat dirimu sebentar tadi…
Tapi sahabatku…
Aku seolah-olah melihat dirimu yang bukan dirimu,
Seolah-olah aku berdepan dengan orang asing yang tidak pernah ku kenali,
Keramahanmu masih seperti dulu. Sangat menyenangkan,
Cuma apa yang membimbangkan hati kecilku ini tatkala melihat rambut yang diwarnai perang terurai tidak tertutup,
Entah ke mana perginya tudung yang dulunya manis menutupi auratmu nan satu..
Sewaktu tanganmu ku jabat,
Sekali lagi hatiku meronta.. benarkah itu dirimu?
Kuku-kukumu sudah tidak berwarna putih asli lagi….

Sahabatku,
Ke mana hilangnya janji kita?...
Mengapa kau seksa diriku begini,
Air mataku mengalir tidak dapat ditahan lagi,
Maafkan aku sahabat kerana pergi meninggalkanmu seorang diri..
Maafkan aku sahabat kerana aku bersenang-senang di rantau orang sedang imanmu sedang sakit minta dirawati,
Maafkan aku sahabat andai aku telah melalaikan tanggungjawabku sebagai seorang sahabat yang seharusnya menasihatimu,menjagamu jua mengambil berat tentang dirimu,
Maafkan aku sahabat kerana aku tidak tegar melihatmu begini..
Namun ketahuilah,
Saat air mata jatuh ke pipi,
Hanya padaNya aku berserah,meminta agar dirimu terpelihara,
Ketahuilah sahabatku,
Diriku amat menyayangimu…
Kembalikanlah hatimu pada yang hak… Jangan kau seksa imanmu itu…….
Ya Allah…. Ampunkanlah diriku yang telah melalaikan amanah yang tergalas di bahu,
Sesungguhnya mungkinkah diri ini termasuk dalam golongan orang yang rugi?...
kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.(Al-Asr:3)
Beratnya dugaanMu ya Ilahi... Moga diri ini sentiasa redha dan sabar..

Read More......

Thursday, December 4, 2008

Masa Itu Tiba Jua..

Subhanallah, betapa pantasnya masa berlalu, tiba-tiba je midsem dah semakin hampir. Sedar tak sedar, ana terpaksa berhempas-pulas demi ilmu yg ingin dipelajari.. Berbanyak-banyak kemaafan ana titipkan andai blog ni sudah lama terbiar tidak diupdate, kadang-kadang ana diburu rasa bersalah untuk menaip pada blog sedangkan assignment ana masih terletak elok tidak terusik... Tuntutan masa amat menjerut, bahkan wireless connection makin lemah.. Maafkan ana andai ana tidak menjalankan amanah yang tergalas di bahu...

Esok insyaAllah ana balik semula ke Johor Bahru.. Doakanlah perjalanan ana selamat dan diberkati Allah.. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ana pada negeri kelahiran, pada ayahbonda, kawan-kawan dan semua yang ada di situ.. Semoga dengan kepulangan ana kali ini segala rindu itu bakal terungkai.... Raya haji pun semakin hampir... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.. Korban,korban juga, jangan sampai diri terkorban ye.. insyaAllah.. Ya Allah, rahmatilah mereka yang berada di sekelilingku.. amin...

Read More......

Sunday, November 30, 2008

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin




Penulis Asal : Dr. Asri Zainal Abidin
Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.
Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.


Kenduri Kahwin
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.
Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus Kahwin
Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Ijab Kabul
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:
“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Rumahtangga sepatutnya Syurga Dunia!

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.
Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Read More......

Wednesday, November 26, 2008

Istimewa Buatmu, Pembela AgamaNya...

Sifat-Sifat yang harus ada dalam diri seorang pendakwah :-
1) Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2) Beramal dengan ilmunya.
3) Tahan marah (berlapang dada).
4) Berani,tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5) Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6) Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit. 7) Kuat,sihat dan fasih lidah.
8) Mengetahui perkara-perkara berikut :



· Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
· Ilmu sejarah umum
· Ilmu psikologi
· Ilmu geografi
· Ilmu akhlak
· Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
· Bahasa orang yang menerima dakwah.
· Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya



9) Amat percaya kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.
10) Tawadu’(merendah diri) dan menjauhkan diri daripda perkara yang aib.
11) Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12) Bersifat wakar dan tenang.
13) Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuas hati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14) Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15) Bersikap taqwa dan amanah.




***


Secebis renungan untuk semua..


Tidak engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah umpama sebatang pokok yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh dan cabang pokoknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pengajaran) (Surah Ibrahim:24-25)


Amal perbuatan yang amat disukai oleh Allah ialah solat (yang tepat) pada waktunya, setelah itu berbakti kepada orang tua, setelah itu berjihad di jalan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwanya dan sangat malanglah orang-orang yang mengotorkan jiwanya (Surah As-Syams:9-10)


Dan demi sesungguhnya kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa(kematian orang yang dikasihi) dan buah-buahan (dusun dan tanaman). Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mengucapkan ; sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayahNya (Surah Al-Baqarah:155-157)

Read More......

Friday, November 21, 2008

Wahai Ukhti Muslimah..


Perlahan kaki Ahmad melangkah dari satu kedai ke satu kedai, mencari seutas jam tangan untuk dipakai. Gaji yang dikumpul sudah banyak. Memudahkannya untuk membeli barang-barang yang telah lama diingininya.


Sebaik kakinya melangkah masuk ke sebuah kedai jam tangan terkemuka, matanya tertancap pada seutas jam tangan. Cantik. Biarpun cantik, hati Ahmad sedikit kecewa. Jam tangan itu telah dibelek-belek malah kecantikannya telah menjadi tontonan ramai…


“Tokei, takde ke jam tangan yang elok bersampul” Justeru Ahmad bertanya. “Ada..ada!” Sebaik jam tangan yang elok bersampul diserahkan, mata Ahmad terpaku. Barang yang di dalam sampul itu sama sahaja jenamanya dengan jam tangan yang telah menjadi bahan pameran. Namun, pada pandangan Ahmad, jam yang di dalam sampul itu tampak lebih berharga. Lebih berkualiti. Tanpa banyak soal, wang dihulur dan jam tangan yang elok bersampul itu menjadi kepunyaan Ahmad. Dipakai dengan penuh kemegahan.


Ahmad berjalan lagi, mencari-cari kereta idaman hati. Sebuah kereta yang menjadi bahan pameran menarik hati Ahmad. Langkahnya diatur menuju sasaran.
“Adik, nak beli kereta ke?” Penjual kereta menyapa. Ahmad mengangguk. “Kalau nak yang murah, yang ni lah, ni barang second hand je, tapi murah la jugak. Kereta ni ok lagi, tak pernah rosak lagi” Ahmad merenung. Biarpun kereta ini tidak pernah rosak. Mana kan sama kereta second-hand dengan kereta first hand. Mana kan sama kereta baru dengan kereta yang telah dipegang orang. Mana kan sama kereta mahal dengan kereta yang telah di pandu uji!

***


Wahai ukhti muslimah…
Jadilah seperti jam tangan yang elok bersampul itu. Elok dijaga dari pandangan orang ramai. Tampak bernilai pada pandangan para lelaki soleh… Pada asasnya, semua wanita adalah sama. Cuma yang membezakannya adalah nilai keimanan dalam diri. Adakah imanmu membenarkan dirimu dibelek-belek, dibiarkan sahaja menjadi tatapan kumbang-kumbang perosak?


Jadilah juga seperti kereta yang baru. Tidak pernah dipandu uji, tidak pernah dibelek-belek orang. Jagalah auratmu sebaik mungkin.Mungkin, ada muslimah yang mengatakan bahawa Allah itu memandang pada hati, tidak menutup aurat pun tidak mengapa asalkan hati itu baik.


Wahai ukhti muslimah, ketahuilah menutup aurat itu adalah arahan dari Allah untuk kita, bukankah salah satu sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam ialah Allah tidak semata-mata sebagai sembahan bahkan merupakan kuasa tertinggi dalam penciptaan hukum-hakam. fikirkanlah…. Jika anda hanya menyembah Allah tanpa menuruti arahanNya yang lain adakah anda telah mencakupi sifat mereka yang hidup untuk Islam-ALLAH merupakan kuasa tertinggi dalam penciptaan hukum-hakam.


Bayangkan….
Jika anda mempunyai seorang orang gaji yang sangat baik. Mungkin terlalu baik pada pandangan mata anda, tidak pernah mahu menyakitkan hati anda. Tetapi, pada satu hari, anda menyuruh orang gaji anda mengemas rumah yang agak bersepah kerana anda bakal menerima tetamu. Namun, natijahnya, orang gaji anda hanya bergayut di telefon sepanjang hari dengan teman lelakinya. Marahkah anda? Orang gaji anda terlalu baik hati. Tidak pernah tinggi suara, tidak pernah engkar arahan anda selama ini. Cuma pada hari itu dia telah mengengkarinya dengan mengutamakan teman lelakinya lebih dari anda.Akibatnya anda terpaksa menanggung malu pada tetamu anda…. Sedangkan anda telah membayar gaji orang gaji anda yang sangat baik hati itu…


Jika anda tidak mahu menutup aurat. Samalah anda dengan orang gaji itu. Pelbagai nikmat telah anda terima, namun arahanNya agar anda menutup aurat, anda engkari… Biarpun anda sangat menjaga hubungan dengan masyarakat sekalipun, sanggupkah anda mengundang kemurkaan Allah s.w.t?


“Ah, buat apa pakai tudung.. Orang pakai tudung tu perangai lagi teruk dari aku yang tak pakai tudung ni”


Wahai ukhti muslimah… Ingatlah, tudung itu hanyalah sehelai kain, fahamilah nilai tudung itu sendiri. Jika seorang wanita mahu menzahirkan keimannya dengan bertudung, biarpun kelakuannya sedikit sumbang, bagaimana pula dengan yang tidak bertudung? Mengertilah. Nilai tudung itu adalah menjaga kehormatan diri kita, zahir dan batin… Menjaga percakapan,menjaga tingkahlaku,menjaga pandangan jua pendengaran… Nilailah tudung dengan nilainya yang tersembunyi…

Jika telah tahu bahawa tidak elok melakukan perkara-perkara yang mungkar, tinggalkanlah… Bukankah telah tercipta pepatah yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Maka pakailah tudung,tutuplah aurat dan jangan ditiru perbuatan yang anda sendiri tidak menggemarinya, kerana saya percaya,Allah telah mengurniakan anda dengan akal fikiran yang mampu membuat anda berfikir dengan baik… Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa hati itu gelisah jika melakukan kejahatan. Maka nilailah hatimu dengan sebaik-baiknya, jangan biarkan imanmu terseksa… Kasihanilah jua bakal suamimu yang harus membayar mahar yang mahal namun hanya mendapat barang second hand, yang telah dibelek-belek,dilihat-lihat orang atau mungkin jua yang telah dipandu uji!

Akhir sekali wahai ukhti muslimah… JANGAN DIFIKIR APA YANG ANDA LAKUKAN ITU MERUPAKAN DOSA KECIL ATAU BESAR… TAPI FIKIRLAH ARAHAN SIAPA YANG ANDA TELAH ENGKARI….

Read More......

Wednesday, November 19, 2008

Ubat Bagi Hati


Anak kecil yang comel itu berlari penuh girang. Tawanya jelas kedengaran. Entah apa yang menggembirakan hatinya, hanya dia dan penciptanya sahaja yang mengetahui. Kaki dihayun selaju mungkin, menuju matlamat yang tidak pasti…
Namun, sedang tawa menghiasi diri, kaki pula tersadung batu. Lalu si anak kecil itu terduduk kesakitan. Lututnya berdarah. Gelak tawa yang tadi penuh menghiasi alam diganti pula dengan tangisan yang syahdu. Mata bening itu tetap sahaja menatap luka di lutut. “Apakah salahku” Bicara si anak kecil..
Masa terus berlalu dan lututnya semakin pulih, sehinggakan tiada langsung kesan yang menandakan lutut itu pernah tercedera.. Anak kecil itu kembali gembira….


***


Dalam kehidupan ini, seringkali kita menghadapi situasi seperti anak kecil itu. Namun mungkin situasi kita lebih parah kerana kita sering sahaja terluka di tempat yang tidak kelihatan lukanya.Hati. Di situlah kita sering terluka kerana semakin kita menginjak usia dewasa, semakin pula bermacam-macam jenis perasaan datang menjengah.


Ada yang terluka kerana kawan.
Ada yang terluka kerana keluarga.
Ada yang terluka kerana nasib diri.
Ada yang terluka kerana kekasih.


Lantas, natijahnya sama seperti si anak kecil itu, air mata mengalir deras menuju pipi. Seringkali pula kita terlupa untuk menitiskan air mata demi Allah. Seringkali juga kita terlupa bahawa kita semakin jauh dariNya dan seringkali terlontar ayat “Apakah salahku” dari mulut kita. Kita sering sahaja merenung luka di hati kita tanpa kita sedari mungkin ada sekeping hati milik insan lain yang terluka lantaran kebiadapan kita.


Kita seolah-olah batu yang disadung anak kecil itu. Tapi,kita sering terlupa…
Apabila hati terluka, senang sahaja jiwa menyalahkan takdir. Menyatakan bahawa Allah tidak adil! Sedangkan diri kita sendiri yang tidak pernah mencari sinar kebahagiaan itu… Diri kita sendiri yang sering memandang negative pada setiap perkara… Pada saat iman menjerit-jerit minta difahami, nafsu meronta-ronta minta dituruti, mengapakah hati itu terlalu cenderung dengan tuntutan nafsu lantas membiarkan iman terkulai kesedihan…


Jika lutut yang terluka bolehlah diletak minyak atau iodine utk mengubati luka yang berdarah. Di hati bagaimana? Sahabatku, ubatilah hatimu dengan bacaan-bacaan dari kitab suci Al-Quran, jua zikir-zikir yang membawa hati lebih dekat kepadaNya. Di situ pasti akan ditemui sebuah kedamaian yang dicari-cari... Jangan dituruti hawa nafsu, tapi berilah makanan kepada imanmu… =) Bukankah telah tertulis dalam Kitab Suci Al-Quran ;


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram(Al-Ra’d:28)

Read More......

Saturday, November 15, 2008

Perjuangan Ini Bukan Mudah..


Sahabatku..
Jalan yang kita tempuh tidak semudah yang disangka,
Jalan yang kita tempuh tidak selicin lebuhraya,
Bahkan dipenuhi onak duri jua debu-debu kotor..
Kadangkala kita jua tersungkur, tersungkur dalam mencari secebis sinar penyuluh kehidupan,
Kadangkala kita jua mengaduh sakit terkena duri-duri tajam,
Kadangkala kita menangis akibat debu-debu kotor yang melekat di tubuh…

Tapi ingatlah sahabatku,
Jalan yang sukar itu tanda cintaNya kepada kita,
Jalan yang berliku itu ujian tanda kasihNya pada kita,
Untuk menjadikan kita tabah serta sabar dalam menghadapi dunia yang kian ganas..
Dunia ini hambar tanpa ujian,
Hati ini keras tanpa deraian air mata,
Ayuhlah kita berpimpin tangan berganding bahu demi menuju redha yang Esa,
Jangan bersedih wahai sahabat andai kau jatuh tersungkur,
Jangan berduka andai kau rebah menyembah bumi,
Kerna setiap langkah kakimu diambil kira oleh Allah..

Ayuh bangkit sahabat,
Kita tinggalkan gelak tawa mereka yang galak mengejek,
Kita terus mara ke hadapan demi matlamat yang satu,
Kita tinggalkan langkah yang lesu,
Kita padamkan angan-angan palsu,
Biar 1000 dugaan datang menjengah,
Jangan kau melatah,
Ku harap dikau akan terus tabah,
Kerna perjuangan ini BUKAN MUDAH....
PERJUANGAN INI BUKAN MUDAH....!

Read More......

Tuesday, November 11, 2008

Sehelai Kain Putih...



Alhamdulillah… ana dah selamat menjalani program anak angkat selama 4 hari 3 malam anjuran rakan muda… Suasana di desa memang cukup member kesan pada diri ana,apatah lagi di sinilah pengalaman ana menghalau kambing.. :)


Namun,dalam suka pasti ada duka nya… Mungkin tempoh 4 hari terlalu singkat untuk ana membuat penilaian penduduk kampong ini.. ana tidak nafikan mereka sangat baik,peramah,ringan tulang.. Namun apa yang menyebakkan hati ana sebak adalah akhlak yang tersasar dari ajaran Islam itu sendiri.. Ana semakin sebak apabila ana diberitahu bahawa pada sesiapa remaja perempuan yang menutup aurat dengan sempurna pasti akan diejek dan dipulaukan…


Ya Allah…


Dan air mata ana tidak dapat ditahan-tahan lagi apabila majlis penutup menjadi sebuah konsert yang membawa sekalian manusia semakin jauh dari Allah… Imam kampong juga terlibat! Kata-kata akak halaqah bagaikan terngiang-ngiang di telinga ana “Jauhkanlah diri dari majlis yang membawa anda jauh dari Allah”.. Saat remaja-remaja harapan agama terjerit-jerit ana menangis kehibaan, lantas ana meninggalkan dewan…


Teringat ana pada si kecil yang berusia 4 tahun, Aishah…


Aishah datang ke bilik sewaktu ana sedang berkemas-kemas untuk pulang semula ke kuis..


“Aishah dah makan?”


“Dah”


“Aishah makan apa?”


“Nasi”


Dan ana kembali melayan anak kecil itu, dukung, timang sehingga ana berasa sedikit letih…


“Aishah, akak penatlah… akak tak makan lagi, Aishah makan apa tadi?” Sengaja ana mengulangi soalan ana menguji kejujurannya..


“Mee”


Ana tersenyum..


“Aik? Aishah kata makan nasi tadi.. Aishah tipu eh.. Tak baik tipu tau…”


“Aishah tak bohong. Janji” Si kecil masih mahu mempertahankan hujahnya. Ana diam.


“Akak.. Aishah nak kahwin dengan abang handsome” Terkejut ana kerana ayat itu keluarnya dari si kecil yang berumur 4 tahun, namun ana masih cuba mengawal perasaan.


“Kenapa nak kahwin dengan abang handsome? Tak nak kahwin dengan abang beriman? Nanti dia boleh bawa Aishah masuk syurga” Ana cuba mengasuhnya serba sedikit dengan ayat yang ana rasa ringkas namun mungkin tidak bagi si kecil itu. Wajahnya berkerut.


“Aishah tahu syurga tu apa?”


“Tah tahu”


“Kat syurga best tau.. Nak apa je dapat.. Aishah kalau nak gula cakap je nak gula nanti terus ada.. Best kan? Aishah nak masuk syurga?” Aishah mengangguk.. “Kalau nak masuk syurga, kena buat baik, tak boleh bohong, tak boleh lawan cakap mak..” Pada waktu ini, kak dayah menghulurkan Aishah sebiji coklat. Aishah mengambilnya dan mencampakkannya “Taknaklah”


“Aishah.. tak baik macamtu, budak baik nak masuk syurga tak boleh buat macam tu, kalau orang bagi barang kena cakap apa?”


Aishah kembali mengambil coklat itu.. “Terima kasih akak” Ana terharu…


“Akak.. Aishah takut hantu” Ana terkesima. Si kain putih itu telah diasak dengan wajarnya takut kepada hantu, si kain putih itu tidak diajar takut pada Allah, saying pada Allah.. tidak diajar apa itu syurga mahupun neraka..


“Aishah jangan takut dengan hantu. Allah kan ada.. Allah jaga Aishah.. Aishah sayang Allah?” Aishah yang masih duduk di riba ana terus mengatakan sayang! Tapi..


“Akak, Allah kat mana?” Mata beningnya memandang tepat mata ana. Mengharapkan satu jawapan yang pasti..


“Ada kat atas langit,sayang..” Ana menerangkan seringkas mungkin. Semoga dia memahami…


“Akak, jom nyanyi”


“Ok.. Aishah ikut ye.. Subhanallah, walhamdulillah…” ana teruskan mengalunkan zikrullah dan diikuti oleh suara comel milik Aishah.. Subhanallah, ana merasa satu getaran dalam hati ana.. Rasa apakah itu ya Allah?....


Selepas segalanya siap dikemas, ana turun ke bawah untuk menikmati sarapan. Aishah sedang sibuk bermain dengan anak patungnya, dan tiba-tiba ana terdengar Aishah mengajar anak patungnya..


“Ta baik bohong tau.. tak baik bohong..”


Subhanallah!


Betapa pentingnya mencorakkan sehelai kain putih, Agar coraknya cantik tersusun..


Betapa pentingnya mendidik si kecil harapan agama agar apabila dewasa nanti dapatlah bersama-sama menegakkan agama Islam tercinta..


Hati ana kian sebak memikirkan nasib anak-anak muda di kampong itu.. Mungkinkah mereka tidak mendapat didikan agama yang sebaiknya atau mereka terpengaruh dengan dunia yang semakin ganas.. Pergaulan antara perempuan dengan lelaki bagaikan tiada batasan, kata-kata kesat bagaikan air meluncur laju dari mulut mereka… Semoga adik-adik angkat ku masih ingat lagi pesanan yang ditinggalkan buat mereka... amin!


Ya Allah, semoga taufiq dan hidayahMu singgah jua di hati mereka.. amin!


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .