Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, June 13, 2008

Ini ada satu cerita

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud:15-16)


Sekarang ni semua orang tgh kecoh pasal minyak naik.Kebetulan, pagi tadi ade ceramah, ustaz tu sentuh pasal harga minyak ni, saya ulaskan sikit-sikit.

"Harga minyak sekarang naik.. kita boleh complain, tapi apa yang kita patut buat sebagai orang Islam?" Ustaz membiarkan pertanyaan itu terhenti sebentar..

"Saya ni, dah tak tau dah apa lagi nak dijimatkan... rumah kat kota tinggi, office kat johor bahru.. apa tu, diorang suruh naik basikal.. saya pikir-pikir jugak, naik basikal dari kota tinggi ke johor bahru, kang sampai opis pukul 12..kalau ade mesyuarat,tiba-tiba boss saya tanya,'eh mane ustaz baru ni' 'nnt jap bos, dier baru sampai tiram, pedal beskal terputus' " Berderai ketawa sekalian hadirin.

"Kalau baju pulak, saya beli kan anak-anak baju kat pasar lambak je. Rm7 sepasang. Saya siap buat tawar-menawar dengan nyonya tu, 3 sepuluh ringgit tak boleh ker? ternganga nyonya tu" Berderai lagi ketawa hadirin,selepas itu ustaz menyambung..

"Tapi kita kena ingat, kita ni orang Islam, complain boleh complain, tapi kita kena redha. Kita kena bersyukur, mungkin inilah ujian dari Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 155 ; Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Macam mana nak sabar? ada duit sikit, redha, mungkin duit itu akan jadi berkat, walaupun barang mahal, kita dapat murah, kalau kita tak redha, duit banyak tapi tiba-tiba anak sakit, isteri sakit, nenek sakit, sampai habis duit tu. Sekurang-kurangnya kita masih hidup sampai hari ni. Itu bermakna keperluan kita masih cukup." Saat ini, tiada lagi derai ketawa hadirin, keadaan menjadi sunyi. Meremang bulu roma saya. Bersyukurkah saya selama ini dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan?..Redhakah saya dengan segala ujian dariNya?..

"Saya ceritakan satu kisah psl seorang raja termasyhur, Ibrahim Adham namanya. Dulu dia kaya, nak makan apa cakap jek, piza? pancake? semua ada.. Istana pun besar. Dia mewah, tapi hati dia tak tenang. Dia pun tak tahu kenapa. satu hari, dia nampak seorang pengemis di perkarangan istana dia. Pengemis itu senyum je.. tiba-tiba, Ibrahim Adham nampak pengemis tu keluarkan satu roti kering,dengan air kosong. Pengemis tu tadah tangan, doa, celup roti dalam air, makan, lepas makan baca doa lagi dan terus tersenyum.."

"Ibrahim Adham tak puas hati.. Dia pun turun bawah jumpa pengemis tu. Bila dia jumpa pengemis tu dia kata hei pengemis, kau ni duduk kat kawasan istana aku, kau makan apa tadi? Pengemis tu pun jawab Roti kering dengan air kosong. Ibrahim Adham pelik. Aik, aku selama ni makan macam-macam kat istana tu, sate, gajah goreng semua, kenapa aku tak tenang? Pengemis tu pun cakap Kerana kau tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kau tak redha. Mulai saat itu, Ibrahim Adham pun tersedar dan kata-kata hikmah Ibrahim Adham diguna pakai sehingga hari ini."

Saat ini saya merenung kembali dalam diri, adakah saya bersyukur seperti pengemis itu mensyukuri nikmat Allah. Saya ada baju,ada makanan. Tapi peduduk di Darfur dah lama tak ke dapur! Dunia ini sementara, apalah yang kita rebut-rebutkan? ingatlah sabda Rasulullah;

Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti..

Bersabarlah dengan dugaan kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

"Lagi 10 tahun awk pulak bg ceramah kat sini" Lamunan saya terhenti seketika dek suara lembut umi tercinta. Saya terseyum.

InsyaAllah umi!


Read More......

Islam atas dasar nama..

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk(Al-Baqarah:159)

Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Itu tanda Tuhan Murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa

"Aiya saya manyak sedih" suara yang munculnya dari seorang wanita india yang melangkah ke dalam kelas tempat saya belajar menjahit benar-benar menarik perhatian saya. Saya melihat ke arahnya, melemparkan senyuman, namun tiada balasan. Hampa.

"Kenapa?" Tanya seorang amoi. "Saya baru lepas kena ragut, mahu masuk rumah, baru beli barang tiba-tiba kena ragut." wanita india itu mengeluh, lantas menyambung "Itu melayu byk jht laa" Saya tersentak. Suara wanita itu seolah-olah sengaja dikuatkan dan ditekankan. Saya membuat aksi selamba. Meneruskan jahitan.

"U dah buat report ke belum?" Amoi itu bertanya."Apa guna buat report,nnt itu polis tny cina ka india yg buat? saya nampak itu melayu laa" Jiwa saya goyah. Sungguh, saya seorang shj gadis melayu di situ dan merasakan seolah-olah semua kata-kata itu dilemparkan ke arah saya.

Saya tidak menyalahkan wanita india itu. Juga tidak menyalahkan amoi itu. Hakikatnya, saya tidak menuding jari ke arah orang lain, tetapi jari itu saya tudingkan ke arah diri saya sendiri, seorang yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM. Ya, bagaimanakah seorang saya ini layak untuk menyalahkan orang lain sedangkan saudara-saudara seislam saya di Malaysia yang majoritinya berbangsa melayu itu tidak mengendahkan ajaran Islam,tidak menampakkan bagaimana ajaran Islam itu yang sebenarnya. Senarionya mudah,Islam itu damai, tetapi telah ditunjukkan bahawa Islam itu keganasan oleh ganster-gangster jalanan yang mempunyai 'bin' atau 'binti'' pada namanya. Islam itu adil dan bersih tetapi telah ditunjukkan bahawa Islam itu kotor oleh pihak-pihak yang terlibat dengan rasuah dan juga judi, baik yang nyata atau sembunyi seperti rancangan-rancangan menelefon untuk menjawab soalan dan yang nyatanya, pengacara rancangan itu adalah orang Melayu, orang Islam!

Saya tanya pada diri, siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati ajaran Islam itu sendiri. Jawapannya jelas, orang Islam itu sendiri yang mengkhianatinya,disko,maksiat,aurat, batas pergaulan,semua sudah tidak dijaga, Al-Quran sekadar menjadi perhiasan dalam almari-almari kaca, juga menjadi perhiasan di dinding rumah-rumah mewah. Ajaran agama sudah tidak dipeduli tetapi dunia diagung-agungkan hingga kita lupa,dari siapa kita datang,pada siapa kita akan kembali. Lantas kenapa kita marah apabila orang-orang yang tidak seagama dengan kita mencerca kesucian Agama Islam, Agama Allah,sedangkan hakikatnya, kita juga bersekongkol dengan mereka. Kenapa kita perlu menjadi munafik sedangkan orang-orang munafik itu sungguh hina sekali...
Inilah Islam atas dasar nama. Islam yang hanya diwarisi daripada ibu bapa kita. Mungkin, itulah kita. Itulah kita yang sanggup menyakiti Rasulullah yang benar-benar mencintai kita, itulah kita yang tidak pernah mengenang jasa Rasulullah yang bersusah payah menyebarkan agama Islam, itulah kita, yang tidak pernah mengingati Rasulullah yang walaupun sedang wafat tetap terkenangkan umatnya, itulah kita yang setiap detik leka dengan dunia tanpa mengingati Rasulullah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya, itulah kita, yang terlalu sombong dengan Allah yang sentiasa rela mengampunkan kita, lantas, layakkah kita untuk mencerca insan lain atas kesilapan diri kita sendiri? Layak kah kita bergelar umat Islam andai suruhan pencipta kita,kita abaikan?Sedangkan kerja yang ditinggalkan juga bakal memberi kita risiko untuk dibuang kerja...Tidak pernah kah kita terfikir apa perasaan Rasulullah jika melihat umatnya kini...

Mungkin itulah hakikat diri kita, Islam atas dasar nama. Tapi, pengampunan Allah itu lebih besar dari dosa hambaNya. Maka, ingatlah, Islam itu mudah, namun bukan untuk dipermudahkan...

Dan tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.(Az-Zukhruf:76)

Read More......

Wednesday, June 11, 2008

oh wanita..

Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa m
alunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada
berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangka
nnya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak diped
uli

Bait-bait lagu dari Hijjaz ini benar-benar menjentik tangkai hati saya. Ditambah lagi dengan suara muniff yang mendayu-dayu mendendangkan lagu ini. Saya hiba. Benarkah terlalu rendah wanita pada pandangan lelaki kini? benarkah wanita kini tidak lagi mempedulikan kehormatan diri,bahkan sudah tiada santun lagi. Adakah saya tidak tahu atau pun tidak mengambil tahu? Otak saya ligat mencari kebenaran nan satu. Lantas, saya teringat satu peristiwa yang baru sahaja berlaku..
9 Jun 2008- saya pergi mencari barang keperluan untuk dibawa bersama ketika meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah. Tanpa saya duga, saya terserempak dengan sepasang kekasih berumur sekitar pengakhiran zaman remaja, berpeluk-pelukan betul-betul di hadapan saya dan juga di tempat umum..astarghfirllah! saya hanya mampu beristighfar di dalam hati, mungkin iman saya belum benar-benar kuat untuk menegur dengan lisan mahupun dengan tangan. Semoga Allah mengampuni dosa saya....
Wanita itu, dimanakah tercampak sifat malunya?.. Dengan penuh kerelaan maruah diberi untuk dipijak-pijak umpama kain buruk.. Dengan penuh kesediaan, fizikal diberi untuk dilumurkan dengan noda... Apakah yang tinggal untuk dipersembahkan kepada sang suami kelak? mungkinkah rambut yang telah dibelai,diperlihat kepada bukan mahram? atau mungkinkah tangan yang sudah tercemar dengan sentuhan2 bernafsu bukan mahram? atau mungkinkah suara yang lembut yang telah digunakan untuk menjentik-jentik hati milik lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya...

Wahai muslimin dan muslimat, wahai saudara-saudaraku yang amat saya kasihi, tidak teringatkah kita pada firman Allah dalam surah An-nur;

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"(An-Nur:30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-Nur:31)

Ini belum dicampur dengan gejala homoseksual. Pilu hati saya melihat saudara seislam yang mempunyai bin dan binti pada pertengahan nama terjebak dalam
gejala homoseksual. Mengapakah hendak dilawan fitrah manusia yang dianugerahkan Allah? Wanita untuk lelaki, lelaki untuk wanita. Pilu juga hati saya bila memandangkan manusia di sekeliling mereka sekadar mencemuh tanpa cuba membetulkan kesilapan mereka. Mungkin mereka belum menemui sinar sebenarnya untuk dibuat penyuluh jalan nan berliku,oleh itu apalah hak kita untuk memandang mereka dengan pandangan yang penuh dengan kejelekan?.. Soal diri, adakah kita sudah benar-benar menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di bumi yang fana ini...

Simpati sahaja tidak mencukupi,hulurkanlah bantuan(peringatan utk diri saya juga) kerana mungkin dengan bantuan itu bakal menegakkan apa yang dahulunya terbengkok atas dasar kejahilan,

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.(Al-A'raf:164)

Wahai sahabatku muslimah,janganlah direndahkan martabatmu, contohilah peribadi ummul mukminin seperti saidatina Aisyah r.a, jangan dicontohi artis-artis barat yang semakin jauh dari Allah, Tetapi menutup aurat sahaja tidak mencukupi,ingatlah, apabila berkata-kata dengan lelaki, keraskanlah suara, jangan dilembutkan lagi suara kalian yang sememangnya lembut agar tidak menggetarkan hati-hati sang lelaki, Jangan memakai kasut yang mempunyai tapak yang bunyinya bakal menarik perhatian lelaki,atau apa-apa sahaja perhiasan yang berbunyi yang bakal menarik perhatian sang lelaki..peliharalah akhlakmu, agar tetap dalam keredhaan Allah kerana dunia itu adalah penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir, tetapi akhirat yang abadi adalah syurga bagi org mukmin dan neraka bagi org kafir..akhirul kalam;

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.(Al-Ahzab:35)

Read More......

Monday, June 9, 2008

hakikat cinta...(copy paste je)

Cinta dan dia

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:


Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."


Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.

Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,

ia penuh dengan penipuan,

kekecewaan,

dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..

tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan

itulah cinta abadi..

Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...



Cintailah Ilahi

Hati yang dahaga, mengharapkan sinar cinta..

Wahai teman-teman sekalian, kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelakdan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul sacara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah sayya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan -santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mensyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu, Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Sayatidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya disana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mangambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang saya boleh nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amt kekok bercakap dengan semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual denagn dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakanhasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahuummi sudah tahu perihal sya dan ummi tidak suka. Sayatidak pernah menggangapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadidengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tidak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what are you doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweerheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta, dan ianya tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkanya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah denagn saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami menjadi seorang insan yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali ketelanjuran kami dahulu dan mamohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insyaallah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik saja sahaja saya tamatkan pangajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu,dan saya berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuib a.s beribu-ribu tahun dahulu??

*Mafraq, Jordan

Read More......

Friday, June 6, 2008

Apalah khabar mereka...


Wajah-Jacklyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira


Sayup-sayup suara Jacklyn Victor mendendangkan lagu wajah, sekaligus seolah-olah menjentik neuron2 pada kepala saya untuk menghasilkan satu imej. Palestin. Apalah khabarnya anak2 Palestin yg seharusnya membesar dengan ilmu yang mantap, yang seharusnya mendapat belaian, bukannya lontaran peluru bak air hujan.. yang seharusnya bermain riang di taman, bukannya diasak dengan kekejaman tentera zionis..

Kaulah wira..
Apalah khabarnya sahabat2 kita di Palestin. Dapatkah mereka merasa apa yg kita nikmati pada saat ini. Dapatkah mereka merasa keenakan makanan yang kita makan pada hari ini. Dapatkah mereka tidur di katil empuk seperti apa yang kita nikmati hari ini. Atau adakah mereka satu tempat tinggal yang aman, yang sekurang-kurangnya mampu melegakan jiwa mereka tatkala melihat adik-beradik duduk dengan aman di bawah satu bumbung. baiti jannati. rumahku syurgaku. atau mungkinkah syurga itu telah berubah menjadi neraka atau mungkinkah mereka tidak pernah merasa benarnya perkataan rumahku syurgaku itu.

Palestin kini

Apalah khabarnya sekalian ibu bapa di Palestin. Dapatkah mereka melihat anak-anak mereka membesar dengan baik, atau mungkinkah hati mereka telah dipupuk dengan sifat redha untuk kehilangan permata berharga mereka. Dapatkah mereka menyabarkan anak-anak mereka dalam menempuh kehidupan di sana yang semakin hari semakin mengasak jiwa... Atau mungkinkah mereka terpaksa mendidik anak-anak mereka akan bahayanya tanah tempat lahir mereka itu...

Luahan rasa derita jiwa

Menjadi pelarian dalam negara sendiri. Sesuatu yang mendukacitakan. Bukan shj mendukacitakan, bahkan mampu merobek2 hati sesiapa sahaja yang mengalaminya. Simpati, kesian, namun apalah yang mampu kita lakukan selain menyatakan rasa simpati itu. Masjid Al-Aqsa dicerobohi, tp kita hanya mampu memandang dan melahirkan rasa geram. Kita. Anda. Saya. Mereka. sama2lah kita berdoa kerana doa itu adalah senjata utama orang Islam..Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin, selamatkanlah juga masjidil Aqsa, agar umat Islam dapat kembali merasai nikmat mengerjakan ibadah di sana...

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A'raf:27)


p/s: nak upload flash psl palestin, xboleh plak..sob3

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .