Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, September 28, 2008

Persoalan : Couple vs Tunang


Terpaku saya menatap skrin computer yang banyak menyiarkan persoalan couple dalam internet. Lucu. Ada yang secara tegas menekankan bahawa couple itu HARAM!! manakala ada pula membantah dengan mengatakan " Eh ape lak.. kalo couple haram, tunang pun haramla?"

Pertama sekali fahami dulu maksud couple itu sendiri..
1. Two people united, as by betrothal or marriage.
2. Two people together.


Ramai yg lbh cenderung mengambil maksud pertama daripada kedua. Jangan terlalu sempitkan fikiran dengan istilah couple itu sendiri. Suami isteri, adik beradik juga 'couple'. Kalau couple haram, knp tunang xharam? Couple tu nanti ade zina hati,zina mata,zina tgn,zina telinga n mcm2 zina lg tp adakah kalau bertunang kite da diberi sijil jaminan bahawa semua perlakuan zina itu dapat dielakkan? itulah yg menjadi persoalannya.

Selalu yang terjadi apabila seorang yg biase2 berjumpa dengan seorang yang alim utk bertanya perihal couple "Eh Leha, cane ni..aku da couple,ape aku nak wat ar?" dan ngan penuh kompidennye Leha tu menjwb " Eh, mane boleh! haram tu beb, baik ko putus je ngan Amin tu.. haram haram..nnt ko masuk neraka" Dan si kawan ni pun hancurlah hatinya, berbelah bagi, xtau nak wat ape..nak pilih Allah atau Amin, sdgkan soal hati dan perasaan tidak boleh dibwk main..


Ok, selalu org kate tunang xharam(berdasarkan hadis,sunnah,etc) dan saya bknlah sesiapa untuk menjatuhkan hukum bahawa couple itu haram,kerana basically dlm Islam couple itu adalah tunang.. Jom tgk tunang dari segi syara' :-

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Selalu yang terjadi apabila sedang bercouple adalah apa yg saya highlightkan.. so, couple=tunang. Abis cte! Mengapa couple dikatakan haram,xboleh? Jika couple dikatakan boleh maka akan berleluasalah gejala maksiat di bumi ni.. jalan pegang tgn, tgk wayang berdua-duaan, tgk bulan bintang same2 di tmn klcc dan makin byklah pule bayi yang lahir tanpa ayah dan ditinggalkan di tep-tepi jln umpama tiada harga.

Org kate...
perasaan cinta adalah something natural, anugerah Allah. Bkn dose untuk menyayangi org lain tp kite harus pandai control diri kite n jgn dilyn sgt perasaan tu.

So solutionnya, kita perlu pandai KAWAL n perlu ada BATASAN.. bezakan BATASAN dan SEKATAN... So It's enough.. knp ye kite kate couple tu haram? "La... da bape byk kali nak ckp, couple tu kan zina. zina hati! haram! masuk neraka!" Then, knp xgune hujah tu utk bertunang? Bertunang pun menghampiri zina la eh? Bertunang pun ingat2 jugak? hm..

Basically, couple tu haram sbb korg slalunya AKAN BUAT MAKSIAT bile bercouple.. jln berdua-duaan, duduk rapat-rapat.. makan same-same... kalo korg bercouple n just msg2,terigt skit2 xpela.. tp slalunya da berkhayal mende2 lain..lalai tanggungjwb,abai pelajaran,serahkan seluruh jiwa raga..tu da menghampiri zina hati. Maka elakkan.

Couple/tunang bkn utk suke2..kalo dedua da serius dlm perhubungan n si lelaki pun ckp " Awk, sy suke awk la..couple jom" n permpuan pun reply "Jom!" Si lelaki seharusnya melanjutkan pertanyaan "Kahwin nak?" n bile perempuan tu kate xnak.. lelaki pun ckp "xnak dah xya couple..watpe couple"

hehe!

Masing-masing ada pendpt sendiri mengenai couple.. Mudahnya Islam tidak pernah menghalang seseorang menyukai org lain. Cuma, diri kita sendiri perlulah tau batasan2 syara' dan tau KAWAL diri...

Satu petikan dari buku TENTANG CINTA (dapatkan di pasaran sekarang!)


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika....
Niat anda hanya untuk bersuka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tanagn dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri drpd melakukan perbuatan2 negatif spt berpegangan tangan, menyentuh dan...dot..dot.

ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dlm pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan tetap.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran. Atau anda adalah penganggur yg masih tercari-cari pekerjaan...


ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dlm ertikata yg sebenar.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belu, fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai.



"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diinginginya itu mengikut jalan yang halal."
(Al-Hadith)



Yang pentingnya tanya hati sendiri untuk apa aku bercouple????
innama 'amal libinniat...Setiap amal bermula dengan niat =)

Maka, fikirkanlah.....

Ada pepatah arab yg mengatakan bhw:

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Dan jangan dijadikan perkahwinan semata-mata untuk mendapatkan sijil halal daripada zina, sdgkan perkahwinan itu sendiri lbh besar cabarannya daripada zina.. Wahai lelaki, jgn buktikan jati dirimu selemah itu.. Jika menolak zina pun sudah xmampu, dimanakah nilai jati diri untuk memimpin isteri dan anak-anak?..

Read More......

Friday, September 26, 2008

setting semula niat kita : kenapa sembah Allah?

Kenapa kita sembah Allah? Soalan ini banyak kali saya tujukan kepada sahabat handai dan saya mendapat satu skema jawapan : kerana inginkan syurga Allah dan takutkan neraka Allah..

Saya terfikir sejenak.

Benarkah kita menyembah Allah kerana inginkan syurga dan takutkan neraka? Jika Ya, maka kita seharusnya merasa malu pada kekasih-kekasih Allah yang ikhlas dalam menyembah Allah, cinta mereka secara total.. tidak mengharapkan apa-apa ganjaran mahupun takutkan apa-apa balasan. Mereka menyembah Allah kerana zat-zat Allah dan segala nikmat yang telah diberiNya..

Jika kita menyembah Allah kerana tamakkan syurga ataupun takutkan neraka, adakah jika syurga dan neraka itu tidak wujud, maka kita tidak akan menyembah Allah? Teringat saya pada satu kisah Rabiatul Adawiyah, wanita suci terpuji , satu-satunya perempuan yang menjadi wali Allah..

Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah membawa air di sebelah tangannya dan api di sebelah lagi tangannya.Orang yang melihatnya pun bertanya , “Engkau mahu ke mana ya rabiah?” dan Rabiah menjawab “ Saya mahu ke langit untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab menyembah bagi manusia”.

Orang awam yang melihat kelakuan pelik Rabiah itu tentunya merasa itu tidak masuk akal. Bukankah membakar syurga dengan api dunia dan memadamkan neraka dengan air dunia itu sungguh mustahil? Tapi para ilmuwan memahami maksud sebenar Rabiah. Rabiah mahu semua org menyembah Allah kerana Allah. Ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa balasan. Rabiah mahu manusia taat kepada Allah bkn kerana takutkan pembalasan. Kita ini hanyalah seorang hamba, seorang hamba hanya layak patuh pada tuannya dan menghormati tuannya.. Ganjaran atau pembalasan hanya layak ditentukan oleh Allah…

Saya mengagumi wanita suci terpuji itu, meskipun dia hanya menikmati air kosong sbg juadah berbuka, namun dirinya tidak pernah putus-putus mensyukuri nikmat Allah itu. Pernah suatu ketika, Rabiah sedang solat dan batu dari bumbungnya jatuh mengenai kepala Rabiah, meskipun kepalanya berdarah namun Rabiah tidak merasakan kesakitan itu kerana dia telah tenggelam dalam cinta yang ikhlas kepada Allah. Jika kita beribadah ikhlas kerana Allah, kita tidak akan jadi manusia yang gemar menghukum seolah-olah kita adalah Tuhan!

Rabiatul Adawiyah tidak menghukum org yg melanggar haknya dengan hukuman yg memuaskan hawa nafsu. Tapi dia lebih menekankan agar pesalah itu insaf dan sedar. Agar pesalah itu sedar akan kesalahannya lalu meninggalkannya buat selama-lamanya. Hal ini diperoleh Rabiah daripada kemuliaan Islam itu sendiri. Rabiah sedar, orang yg melakukan kesalahan itu biasanya mempunyai hati yang baik tetapi keadaan tertentu telah mendorongnya melakukan sesuatu jenayah. Jika ada seseorang yg dapat melembutkan nafsunya, nescaya akan datanglah kebaikan dalam dirinya. Dalam hal ini,bukan hukuman yang harus diberi tetapi nasihat yang dapat menyentuh hati nuraninya sehingga timbul keinginan untuk bertaubat..

Rasulullah S.A.W bersabda :

الناس هلكى الا العالمون وكل العالمين هلكى الا العاملون وكل العاملين هلكى الا المخلصون والمخلصون على خطر عظيمكل

“Semua manusia binasa melainkan orang-orang alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yg mengamalkan ilmunya. Semua org yg beramal dgn ilmunya binasa melainkan dia sertakan dgn ikhlas. Sedangkan orang-orang ikhlas pun masih berada di tepi jurang bahaya yg besar.”

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang ikhlas beribadah kerana Mu semata-mata…

‘Jauhilah aku wahai dunia, jika engkau hendak menipu, pergilah kepada orang yg selainku’

-Saidina Ali r.a

Read More......

Tuesday, September 23, 2008

Adakah kita lupa?..



AYUH!! BANGKIT SEGERA DARI LENA YANG PANJANG..

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa Kita bina kekuatan jiwa Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

************************************************************
Bangkitlah khalifah-khalifah Allah...
Kembalikan kegemilangan Islam..

Berhijrahlah khalifah-khalifah Allah..

Dari alpa ke peka..

Ayuh! kita sama-sama melakar kembali namaNya di bumi ini,

Demi mengekalkan kesucian hari akhirat nnt..


Jangan dibiarkan diri terus hanyut dalam keindahan duniawi,

Contohilah Rasulullah yg tidak memiliki rumah yang mewah,

Tidak menikmati makanan-makanan yang menyelerakan,

Namun jiwanya tetap zuhud, bibirnya, hatinya, bahkan fikirannya hanyalah pada Allah,

Tuhan yg Esa..
Contohilah para sahabat nabi,

Yang bekerja keras namun hasil pekerjaan mereka disumbangkan ke jalan Allah..

Mungkin kita tidak mampu menjadi seperti mereka yang mulia di sisi Allah..

Namun tidakkah kita takut andai menjadi makhluk yg terhina di sisiNya?...
Berhijrahlah sahabat..

Berhijrahlah......

Ingatlah Allah telah berfirman maksudnya:-

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Surah Muhammad:7)

Jika kita sedar,
Allah sebenarnya tidak memerlukan kita untuk menolong agamaNya, namun Allah memberi kita peluang untuk menolongNya bahkan
Dia janjikan kebaikan buat mereka yang menolong agamaNya kerana Allah itu Ar-Rahman, Allah itu Ar-Rahim...
Mengapa disia-siakan peluang yang diberi?...

Read More......

Saturday, September 20, 2008

Untukmu Ratuku....




Ratuku...
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan...
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tgn-tgn yg ganas lg bernafsu serakah...

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu.....

Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya...

Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin byk bunga-bunga berguguran
Bagaikan tibanya musim luruh...

Ratuku...
Bukanlah ku harapkan kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasih di pintu syurga..


Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah,wanita suci terpuji
Kerna Aku tidak layak berharap sedemekian rupa..
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku...
Kadangkala musim berganti hingga bunga xdapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian bagimu...

Ratuku..
Esok musim bunga pasti kan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lgi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
kerna kau ratu idaman kalbu...

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu..
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan aku temui..
Ratu yang benar-benar ratu........

-MPP UPM-

Read More......

Thursday, September 18, 2008

Semakin bimbang...


Assalamualaikum...

semoga sabahat-sahabat sekalian berada dalam keredhaan Allah sentiasa... Sungguh, nikmat dan rahmat dari Allah lah yg diidamkan oleh hati-hati yang lunak krn Rabbnya..

Tergeraknya hati utk menaip sepatah dua kata dalam blog ana yang daif ini lantaran kebimbangan yang semakin hari semakin sarat melihat telatah-telatah insan di sekeliling ana yang semakin hari semakin lupa bahawa dunia ini hanyalah sementara cuma. Teringat ana pada firman Allah yang bermaksud dan manusia dijadikan bersifat lemah.(An-nisa:28) . Perbalahan dan perpecahan sering berlaku sesama kita, bagaikan tak kita sedari semuanya berpunca dari sikap kita sendiri.. Sayu hati ana melihat Al-Quran sudah xdihormati, hanya dijadikan perhiasan dalam almari-almari kaca dan perhiasan di dinding-dinding rumah mewah...

mungkin inilah sebabnya hilangnya para mujahid dan mujahidah di bumi yg kian gersang ini.. Para lelaki yg kami wanita harapkan bagaikan lesu xbermaya, melihat kemungkaran dengan hati yg kosong, dengan mata yg lesu, dgn iman yg lemah.. Pada siapa lagikah ana mampu berharap andai lelaki yg diharapkan untuk menegakkan ad-dinNya semakin lama semakin jauh dari jalan yg benar... Tidak keterlaluan bagi ana,andai ana katakan..muslimat kian rosak krn muslimin semakin lalai...

Ukht muslimah yg ana kasihi.......
sukar utk digambarkan betapa pilunya hati melihat bunga-bunga yg seharusnya kembang mekar gugur satu persatu seperti tibanya musim luruh.. bertambah pilu lg krn ana xmampu utk kembali memekarkan bunga-bunga itu.. Ana pilu, krn ana juga seorg wanita..krn ana juga seorg Islam... Wahai ukht muslimah, kembalilah kpd fitrahmu, kembalikan malumu agar hati sentiasa terjaga,krn hati yg terjaga mencerminkan peribadi mulia, hati yg terjaga juga menjadi impian para lelaki soleh yg akan sama-sama menegakkan ad-din Nya... Jgn gusar andai cinta Adam x antunna miliki krn cinta Allah itu lebih hakiki.. jgn antunna rendahkan martabat antunna demi meraih cinta Adam..percayalah, lelaki yg baik utk wanita yg baik.. ana doakan agar lelaki-lelaki yg baik jualah yg menjadi sayap-sayap kanan antunna, agar dpt membimbing antunna ke arah yg lebih baik...

ana sgt berharap agar bumi ini kembali aman dengan hembusan-hembusan nafas para mujahid dan mujahidah.. Semoga cinta Allah mekar dalam hati sahabat-sahabat sekalian..doakan agar cinta Allah mekar dlm hati ana jua... insyaAllah!

Read More......

Monday, September 15, 2008

Dimanakah Mujahidin?..


Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Ghuraib, yang berasal dari sebuah keluarga yang

terkenal kebaikan dan ketaqwaannya….

Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka

tidak dapat menemukannya, pasukan AS

menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa

saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluar dari penjara Abu Ghurayb.

Surat ini menggambarkan penderitaan

para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS.Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan

terus berlanjut ke seluruh Iraq.

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.

"Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him." [Qur'an,

Surat 112 "al-Ikhlas"]

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena

mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hari orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah… Apa yang dapat kukatakan padamu?

Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janiin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-

robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar.

Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini

kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.

Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah!

Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan

mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan

pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.

Saya saudaramu karena Allah. Mereka

memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya

ada 13 gadis, semuanya belum menikah.

Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.

Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa

beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup

menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya…

Saya hanya berharap, semoga Allah

mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha

Pengampun.

Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.

Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami…

Waa Mu’tasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para saudarinya tidak berakhir ..

-friendster's bulletin-
****

ya Allah..aku merindui sang mujahid sejati utk menjadi sayap kananku, utk sama2 berjuang menegakkan yg hak, utk melindungiku dari cabaran2 duniawi yang bisa selayaknya melontarkan aku ke nerakaMu...nauzubillah..

ya Allah.. aku merindui seorang mujahid sejati yang mampu menunjukkan aku jalan yg lurus, yg mampu juga mengingatiku tatkala aku alpa..yg mampu menarik diriku dari segala keseksaanMu, yg mampu melengkapiku..

ya Allah..aku merindui seorg mujahid yg membela nasib insan lemah seperti diriku...aku merindui seorang mujahid yg bisa mententeramkan hatiku tatkala gundah, yg mampu meyakinkanku bahawa pengampunanMu itu tidak berhenti, nikmatMu tidak bertepi, dugaanMu itu pasti namun rahmatMu sedia menanti..

ya Allah..ubatilah kerinduanku ini.....

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.

(Al-Israa’ :18-20)

Read More......

Wednesday, September 10, 2008

bahagiakan dirimu dengan satu isteri.. =)


Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:-

  • Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
  • Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan poligami selama 10 tahun.
  • Rasulullah cuma dikurniakan anak dengan Khadijah.
  • Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
  • Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda,

“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

  • Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).
  • Kisah yang lain di apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

  • Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

KESIMPULANNYA:

  • Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu (Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah).
  • Anak-anak Rasulullah dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.
  • Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?
  • Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?
  • Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.
  • Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.
diambil dari :- ummusaif.com

Read More......

Monday, September 8, 2008

Adakah kita lupa...


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Read More......

Tuesday, September 2, 2008

sape betul?..

اشتكئ قروي عجوز من ألم في احدى ولما فحصة الطبيب قال له : "هذه آلام طبيعية سببها التقدم في السن ".فلم يقتنع العجوز بل قال للطبيب ساخرا : "لو كان الأمر كذلك لآلمتني ساقي الأخرى, أليستا من عمر واحد".
Ada seorg tua di kampung yg mengadu skt pada slh satu betisnya.apabila doktor memeriksa, doktor berkata: “ini penyakit semulajadi krn lanjut usia.” Orang tua tu x puas ati, die pon bls blk : “ kalau sbb lanjut usia, tentulah betis lg satu pun sakit.. bknkah kedua2nya satu usia?

******

Mengikut logik akal, mesti semua ckp doktor tu yg betol..hakikatnya bnr, doc belajar apa yg org tua tu xbelajar, ilmu perubatan doc tu mungkin lebih tinggi dari org tua tu...

tp di sinilah kita lihat fitrah manusia..ego, slalu nak menang.. itulah hakikat manusia.. insan yang mempunyai perasaan... renungkan, andai kata kite sedang berhujah dan pendapat kita dibangkang, ape yg kite akan lakukan? mrh? xpuas ati? tng? sabar?

selagi kejadian tu belum berlaku, sy pasti, ramai yg akan menjwb sabar.. tp hakikatnya, sabarkah kita menghadapi situasi seperti itu? cuba anda bayangkan, sdg anda berhujah tiba2 bgn seseorang dan membangkang kata2 anda dgn penuh lantang di depan khalayak ramai, mematahkan semua hujah2 anda di dpn umum... redhakah anda menghadapi situasi seperti itu? jika ya, syabas! tp lumrahnya, kita hanyalah manusia biasa, yg ada perasaan malu...

oleh itu kwn2.. renungkanlah, walaupun kita benar, tp hormatilah perasaan org lain.. dgr dlu sampai habis..dan tegurlah secara sopan agar xde hati yg terguris…

wallahualam..

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .