Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, March 29, 2009

Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Masih segar di ingatan….
16/3/2009, laptop ana tiba-tiba tertutup dengan sendirinya dan tak boleh beroperasi lagi… Sedih.. Kelas sudah pun bermula, assignments sudah pun diterima dan laptop ana masih kekal di dalam almari kayu itu…

“Mas, cuba Tanya kak A, mana tau dia boleh tolong betulkan?”

Ana mencuba.. Dan sekali lagi satu peristiwa berlaku..

Handphone yang berbunyi memaparkan nama kak A sewaktu ana sedang berada di bilik seorang sahibah… Perasaan riang pun berbunga di hati.. Butang hijau ditekan, dan..

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam, mastura bz ke?”

“Tak kak, ada ape ye?”

“Macam ni, laptop mastura ni, mother board dia dah rosak, jadi kena tukar baru. Mahal. Dalam 500 lebih”

Ana seakan-akan lemah semangat mendengar kata-kata itu, lantas langkah di atur menuju ke bilik ana. Ana menangis semahu-mahunya di sisi sahibah-sahibah ana. Air mata yang deras mengalir seakan-akan tidak mahu berhenti…

“Mas, sabar ye.. insyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik” Sahibah tersayang, Z bersuara…

“Mas nangislah puas-puas dulu…” Kakak sebilik tersayang pula bersuara..

Oh! Air mata.. berhentilah…

Telefon bimbit dicapai dan ana mendail nombor umi tercinta. Saat perbualan dengan umi masih tidak dapat mengekang air mata daripada jatuh ke pipi…. Biarpun abi bersetuju untuk memberikan wang bagi membetulkan laptop ana, hanya Allah yang tahu bagaimana keadaan hati ana pada ketika itu..

Abi.. Umi.. maafkan anakanda yang tidak pernah putus-putus menyusahkan kalian…

Pada suatu petang yang tenang, burung-burung pun berkicau dengan riang, kilat tiada yang sabung-menyabung dan line internet pun masih laju dari sudut bilik ana… Telefon bimbit ana berbunyi..

Umi!

“Abang adi cakap nak belikan awak laptop baru, laptop lama tu hantar balik ke HQ nya”

Itulah berita yang disampaikan kepada ana.. Laptop baru? Mungkin ia lebih murah tapi mungkin itulah yang terbaik buat diri ana.. Teringat ana pada firmanNya :

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah:216)

Natijahnya begitulah.. Alhamdulillah ana berpuas hati dengan laptop baru ini, nikmat yang diberi olehNya tidak pernah putus meski diri ini selalu leka dan alpa.. Allah.. maafkan hambaMu ini..

Ayuh saudara-saudaraku sekalian, mari kita renungi diri..

Kita seringkali merungut apabila ujian dariNya sebagai tarbiyah buat diri kita menimpa…

“Aku fail examlah”

“Handphone aku ni asyik rosak je”

“Hish! Apesal hujan pulak.. aku baru je cuci kereta”

Seringkali kah kita terfikir, betapa indahnya penderitaan yang menimpa diri kita itu kerana Allah akan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik….

Seringkali kah kita terfikir bahawa penderitaan itu adalah untuk memupuk hati dan jiwa agar menjadi lunak dan lembut.. Hati itu pasti akan ketandusan andai kita jarang menangis.. Hati yang lunak dan lembut adalah hati yang menyesali dosa-dosanya…

Allah yang menciptakan kita, pasti Allah yang lebih tahu bagaimana mengaturkan perjalanan hidup kita agar kita menjadi yang terbaik, yang terbaik dan yang terbaik! Sama juga sifirnya kepada si pembuat komputer contohnya, pasti beliau lebih tahu bagaimana untuk mengoperasikan komputer ciptaannya dengan cara yang terbaik….

Cuba kita lihat pada rerama, mengapa Allah menciptakannya bermula daripada ulat ke kepompong dan akhirnya menjadi rama-rama yang indah, kenapa Allah perlu ‘menyusahkan’ rama-rama keluar dari kepompong, kenapa Allah tidak biarkan sahaja rama-rama itu lahir terus menjadi rama-rama… Ini kerana, sayap rama-rama tidak akan kuat andai dia tidak bersusah-payah keluar dari kepompong itu..

Allah Maha Besar!

Lihatlah sekeliling, pasti kita akan berjumpa dengan jawapan kepada persoalan :

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 13)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 16)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 18)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 21)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 23)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 25)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 28)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 30)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 32)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 34)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 36)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 38)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 40)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 42)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 45)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 47)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 49)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 51)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 53)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 55)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 57)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 59)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 61)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 63)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 65)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 67)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 69)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 71)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 73)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 75)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman : 77)

SELAMAT MENTAFSIR! =)

Wallahu’alam…

Read More......

Sunday, March 15, 2009

Jawapan Kenapa Muslimat Mesti Bertudung?


Jawapan untuk mereka yang bertanya "Kenapa mesti saya memakai tudung?" Moga dapat membantu.. insyaAllah..

1- Kerana Patuh Pada Perintah Alah & Rasul

Firman Allah yang bermaksud: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab : 59)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Semua badan perempuan itu aurat.

2- Tanda Perempuan Baik
Firman Allah yang bermaksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

3- Mengawal Dari Fitnah

Tudung boleh menyekat pandangan manusia (lelaki) dari menarik keinginan secara mendadak. Justeru itu, hati akan menjadi tenang, tenteram dan suci dari menarik fitnah. Kerana hijab boleh menepis kegelojohan hati-hati yang mudah tergoda.

Firman Allah yang bermaksud :
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik, " (Al-Ahzab:32)

4- Menandakan Bertaqwa

Firman Allah yang bermaksud "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-'Araf:26)

Satu masa Saidatina Aisyah R.A telah menegur fesyen pakaian wanita-wanita Bani Tamim yang datang mengadapnya dengan memakai pakaian yang amat nipis dari jenis yang mahal, "Jika cik-cik puan dari golongan muslimat bukan begini pakaiannya, TETAPI jika bukan dari golongan muslimat pakaialah apa sahaja yang puan kehendaki"

5- Tanda Bermaruah

Muslimat sepanjang hayat mesti menjadi model kepada wanita-wanita lain dengan menunjukkan tingkah-laku yang sopan dan bermaruah. Salah satunya mesti ada sifat MALU, dalam ertikata menjaga kesopanan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi setiap agama itu mesti berlandaskan keopanan. Dan kesopanan yang paling unggul dalam Islam ialah perasaan MALU." Sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadis yang lain bermaksud "MALU itu adalah sebahagian daripada iman dan iman tempatnya di dalam syurga"

***
MENGAPA OH MENGAPA? FIKIRKANLAH...

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya TETAPI bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya TETAPI bila seseorang Muslimah melakukan begitu die ditekan..

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya TETAPI bila wanita Islam berbuat begitu, mereka berkata "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat TETAPI bila seseorang kanak-kanak meminati Islam dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kritian atau YAHUDI membunuh, agamanya tidak dikaitkan TETAPI baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi TETAPI bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seeorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan TETAPI bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar TETAPI selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam AL-QURANUL KARIM?

rujukan: Helwani KUIS

Read More......

Budaya Kita...


"Jom pergi masjid"
Abi bersuara mengajak ana dan umi pergi meraikan sambutan maulidurrasul yang diadakan di masjid berdektan rumah ana. Kami akur.

"Alhamdulillah hirabbil alamin, wassolatu wassalam..."
Khusyuk, jelas kedengaran suara imam membaca doa, menyentuh tiap hati yang mengesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

"Hehehe.. anak kau sekolah mana? sekolah tu memang teruk sikit"
Terdengar jua bisikan-bisikan insan yang khusyuk juga berbual hal duniawi di dalam rumah Allah yang suci...

'Tahniah' buat mereka yang begitu tegar bergelak-ketawa pada saat doa dibaca..
'Tahniah' juga buat ana yang duduk di sebelah mereka tapi hanya mampu mencegah dengan hati..

Oh.. Lemahnya imanku..

Selesai solat isya' berjemaah, jamuan diadakan di dalam masjid, makan dalam talam beramai-ramai memang seronok, kegembiraan dalam hati ana mula tercalar apabila berlaku satu lagi peristiwa di hadapan mata ana namun ana hanya mampu mencegah dengan hati..

"Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya) kalau kita pergi ke masjid untuk bersedia untuk solat jumaat pada waktu pertama, waktu pertama tu sebelum subuh maka sama lah dengan kita mengorbankan satu ekor unta,kalau nak balik pun lepas solat subuh balik, dalam pukul 8, ada balik kat masjid, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu kedua iaitu dalam pukul 9, maka sama dengan mengorbankan satu ekor lembu, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu ketiga iaitu dalam pukul 10 sama dengan mengorbankan satu ekor kambing yang baru tumbuh tanduknya, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu kelima iaitu dalam pukul 11 sama dengan mengorbankan satu ekor ayam, kalau kita pergi solat jumaaat pada waktu keenam iaitu dalam pukul 12 sama dengan mengorbankan satu ekor burung, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu ketujuh iaitu sebelum azan pertama dilaungkan, maka sama dengan mengorbankan satu biji telur."

"Lihatlah tuan-tuan dan puan-puan betapa ruginya kita...."

Konsentrasi ana mula terganggu apabila tiba-tiba terdengar suara seorang wanita daripada belakang;

"Siapa nak lauk?"

Dengan spontan, kepala ana tertoleh ke belakang dan kelihatanlah mereka yang mungkin ditugaskan bahagian makanan memegang lauk-lauk yang masih berbaki untuk diagih-agihkan.

Aduh! Ustaz sedang berceramah.
Hadirin mengagih-agihkan makanan.

Sekali lagi, ana hanya mampu mencegah dengan hati.
Mata dialihkan kembali kepada ustaz yang sedang berceramah.

"Kelahiran Rasulullah ni sangat istimewa... Sebelum Rasulullah lahir lagi, dah heboh dah diperkatakan pasal Rasulullah, sehingga dikatakan bahawa orang-orang arab pada ketika itu lebih mengenali Rasulullah daripada mengenali anak-anak mereka sendiri"

"Eh, aku nak lauk"
Suara itu sekali lagi mengganggu tumpuan ana pada ustaz yang sedang berceramah.

Lauk diagih-agihkan, dan apa yang menyedihkan ada juga kuah-kuah yang telah tertumpah pada karpet masjid itu..

Allah..

Dan ana hanya menegur dengan hati..

Begini kah budaya kita? Mungkin kecil hati ustaz itu melihat wanita-wanita sedang sibuk mengagihkan makanan sedang beliau sedang sibuk bercakap di depan!

Ana teringat, ketika masih bersekolah dahulu, kami tidak dibenarkan langsung bercakap pada saat guru sedang mengajar, itu adab menghormati guru, ini kan pula ustaz sedang berceramah mengenai nabi kita, rasul kita, manusia yang diutuskan untuk kita...

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ

(Al-Ahzab:6)
Maksudnya :Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka
sendiri (Al-Ahzab:6)

Ana sangat berharap satu hari nanti ana mampu menegur mereka, dan ana harap sahabat-sahabat jua mampu menegur mereka..

Sedikit demi sedikit... Tegurlah secara berhikmah, hormati mereka kerana imam al-ghazali pernah berkata ;

Hormatilah mereka yang lebih tua kerana mereka lebih banyak ilmu daripada kita.

Malu jua lah kepada mereka yang membuat maksiat lantaran kejahilan, tetapi kita membuat maksiat yang kita sudah sedia maklum..

Wallahu'alam...

Read More......

Thursday, March 12, 2009

Suaramukah itu Muslimah?


"Mas, boleh ke ni nak dok satu bilik dengan awak?"

Seorang sahibah ana mengajukan soalan berkenaan penempatan asrama baru selepas final exam nanti..

"Kenapa?" Ana musykil


"Takut kena reject"

"Hm?"

"Yela, kite tak pakai tudung labuh"

Ana terpana...


Bukan sekali itu sahaja ana berhadapan dengan mereka yang fobia dengan wanita bertudung labuh. Ana tidak salahkan mereka. Seorang sahibah ana juga pernah bersuara menyuarakan betapa sakitnya hati apabila ditegur secara perlian oleh seorang wanita bertudung labuh.
Malahan, seorang senior ana juga pernah memarahi seorang pelajar junior yang bertudung pendek (walaupun bagi ana tidaklah berapa pendek,masih lagi mengikut syara')

Mereka dimarahi kerana tidak bertudung labuh atau bertudung bidang 60!

"Tak boleh pakai tudung macam ni! Tudung kena labuh atau tudung tiga segi bidang 60!"
Seorang senior memarahi junor..

"Tapi kak, saya tak tahu pun kat sini kena bertudung, macam mana saya nak cari tudung?"

"Pandai-pandai kamu lah!"

Duhai muslimah, kamukah itu yang bersuara lantang memarahi mereka yang kononnya tidak 'sekufu' dengan kamu? Tudung itukah yang membuatkan kamu berpecah-belah membentuk puak-puak baru?

Ana sedih bercampur marah. Entah kenapa, sedih memikirkan insan-insan harapan Agama yang semakin pudar sinarnya, umpama buih-buih di lautan... banyak tapi sungguh goyah.. Wahai muslimah yang ana sayangi, lihatlah di sekeliling kamu, betapa ramai insan yang memerlukan kamu untuk membimbing mereka agar BERSAMA-SAMA masuk ke dalam bahtera penyelamat.. Jangan menyelamatkan dirimu sahaja... Bimbinglah mereka, mereka masih belum mengerti lagi hakikat dunia yang sebenarnya, yang telah di solek cantik agar menawan siapa sahaja yang meletak IMAN jauh dari hati...

Ana pernah mendengar kisah seorang yang baru masuk Islam mengatakan bahawa jika dia melihat perangai orang Islam sekarang, dia TIDAK AKAN MAHU memeluk Islam, tapi disebabkan Al-Quran yang dikaji, maka dia kembali kepada fitrahnya yang suci bersih.

Ana malu dengan penyataan itu. Teringat ana pada seorang sahibah yang ana sayangi
, mengatakan bahawa dia telah disakiti oleh seorang wanita bertudung labuh, malahan berpurdah sehingga menyebabkan kecederaan kecil hanya kerana dia 'tidak sekufu' dengan wanita itu.. Tidak, ana tidak menyalahkan kamu wahai wanita berpurdah, ana mengagumi kalian yang tegar melaksanakan apa yang isteri-isteri nabi lakukan. Cuma, realiti dunia ini, setitik warna hitam di kain putih pasti tidak kelihatanlah warna putih itu... Hiduplah kalian dalan dunia tarbiyyah yang sebenar... Hidupkan amal islami di sebalik purdah itu... Jangan sampai purdah yang membirai wajah kalian daripada pandangan lelaki ajnabi menjadi fitnah bagi diri kalian pula...

Dengarlah bicara sahibahmu yang banyak khilafnya ini...

Coretan yang sugul, ditujukan jua buat diri ana yang selalu alpa dan lalai dengan dunia yang fana ini... Tiada paksaan dalam agama, tarbiyyah lah mad'umu dengan penuh berhemah serta berhikmah kerana mereka masih tidak mengerti apakah itu Islam. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah...

Jangan terus memberi hadith serta ayat-ayat Al-Quran pada mereka yang masih jahil tentang itu, tidak terfikirkah kalian, andai mereka faham dengan dalil-dalil itu, pastinya mereka tidak berkelakuan seperti apa yang kamu lihat sekarang! Jangan berkeras, ikutlah sunnah nabi yang sentiasa lemah lembut dalam segala hal, ikutlah sunnah nabi yang sentiasa bersangka baik, mendoakan mereka yang jauh dari Allah.. (Ya Rasulullah, ana rindu padamu....)

Ingatlah ini wahai sahibahku yang disayangi kerana Allah... Jangan asbab pakaian sahaja boleh menyebabkan kamu berpecah-belah.. Yang bertudung labuh hanya layak berkawan dengan mereka yang bertudung labuh, yang tidak bertudung layak berkawan dengan mereka yang tidak bertudung.. Jangan begitu, kalian dianugerahkan Allah dengan nikmat hidayah yang tidak diberikan pada insan-insan lain yang mungkin mendambakan hidayahNya, kalian wanita yang ditarbiyyah! Berkongsilah nikmat itu pada saudara-saudara kita yang lain juga, agar sempurna iman kalian yang menyintai saudara yang lain sebagaimana kalian menyintai diri kalian sendiri...

Jangan khuatir pada bi'ah(suasana) sekeliling kalian yang mungkin tidak solehah andai kalian membawa Allah dalam hatimu yang lembut itu...

Akhirul kalam,jadilah seperti ikan di lautan..
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi..Moga Allah sentiasa pelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya... Buatlah yang terbaik demi Islam tercinta...

Doakan sahibahmu di sini....

Read More......

Saturday, March 7, 2009

Pemergianmu.....


Assalamualaikum..
Pejam celik, pejam celik... 12 Rabiulawal menjelma lagi.. Kita semua sedia maklum, Nabi Muhammad S.A.W yang kita semua kasihi lahir pada 12 Rabiulawal tahun gajah... Baginda juga meninggalkan kita pada 12 Rabiulawal... Marilah kita renungi kisah kewafatan baginda, renungi jua diri kita yang telah banyak menyakiti Baginda...

Allah.. Kami rindukan Rasulullah....
Allah... Izinkan kami bertemu baginda di Jannah!

***


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata

Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-diam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Read More......

Kasih Sayang Rasulullah


Seringkali kita dengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw yang di saat akhir kematiannya bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata yg umat Muhammad saw akan dihisab dahulu dari umat Nabi lain. Dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut beberapa kisah di berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat nak minta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan seribu tahun. Mereka berkata,

"Wahai NAbi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."

Jawab Nabi Muhammad SAW,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina & terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yg sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Bila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang lakukan dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw?

sumber: sini

Read More......

Wednesday, March 4, 2009

Memahami Persoalan Bida'ah


Artikel ini ditulis di atas permintaan sahabat untuk memahami permasalahan mengenai bidaah. Saya tidak bercadang untuk membawa dalil-dalil dari kitab-kitab yang besar untuk menerangkan masalah yang tiada berkesudahan ini. Sekadar pemerhatian, saya dapati sudah banyak artikel mengenainya ditulis yang dipetik daripada kitab ulamak dan juga dalil al-Quran dan al-Hadis. Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama suatu kefahaman yang perlu ada kepada kita untuk memahami permasalahan ini yang sengaja dibesar-besarkan agar umat Islam terus berselisih sepanjang zaman sehingga melupakan perkara yang lebih besar daripada membincangksn masalah khilafiyah yang sudah diselesaikan oleh ulamak terdahulu beratusan tahun.

Namun, kerana wujudnya segelintir golongan yang tidak ingin berpedoman dengan kalam ulamak bahkan mereka lebih suka untuk menggunakan kalam mereka sendiri menyebabkan mereka hanyut dalam kefahaman yang mereka cipta sendiri. Ulamak dikatakan manusia biasa. Mempunyai potensi untuk melakukan kesilapan namun persoalannya apakah kita luar biasa? Apakah pandangan kita tidak ada potensi untuk silap? Sudah tentu pandangan kita yang dangkal dan tidak dipandukan dengan dowaabit syariyyah yang betul, lebih berpotensi untuk silap berbanding ulamak-ulamak kita yang jika dihitung kitab dan tulisan mereka tidak termampu oleh kita untuk merenangi lautan ilmu mereka. Justeru, menyebabkan kita hanyut di lautan yang luas bersama rakit kecil.

Sayugia difahami, untuk memahami nas syar’iyyah kita memerlukan penguasaan ilmu alat. Ilmu alat merupakan suatu sifir dan formula yang disusun oleh ulamak bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Formula ini disusun setelah mereka merenangi lautan ilmu yang luas daripada kalamullah dan kalam Rasulillah SAW. Bukan hanya berakit ke hulu lalu merasakan diri sudah hebat dan jaguh di lautan ilmu Allah SWT. Kesilapan memahami hadis Rasulillah SAW merupakan suatu pendustaan ke atas nama Nabi SAW yang dijanjikan “seat” kelas VVIP di dalam api neraka Allah SWT seperti mana yang telah disabdakan oleh junjungan besar SAW.

Bidaah bukan suatu hukum. Jika kita mempelajari ilmu usul fiqh kita tidak akan menemui satu hukum yang dinamakan sebagai bidaah. Hukum ada 5 yang disebut sebagai hukum takhlifi iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Jadi, sesuatu perkara bidaah hendaklah dihukumkan dengan 5 hukum ini samada ia bidaah yang wajib, bidaah yang haram, bidaah yang sunat, bidaah yang makruh atau bidaah yang harus. Maka kita tidak boleh hukumkan semua bidaah adalah haram kerana terdapat bidaah yang wajib seperti menyusun al-Quran di dalam satu mushaf yang kita tahu ia berlaku pada zaman Sayyidina Uthman R.A. iaitu zaman sahabat Radhiallahu ‘Anhum. Tidak berlaku pada zaman Nabi SAW. Maka Islam tidak menganggap ia sesuatu yang haram bahkan wajib kerana jika tidak disusun di dalam satu mushaf yang dikenali sebagai mushaf uthmani pada zaman kita ini maka keaslian al-Quran tidak akan terjamin kerana masing-masing akan membaca mengikut lahjah (loghat) mereka.

Saya boleh membincangkan topik ini daripada sudut bahasa arab itu sendiri. Adakah kullu yang digunakan oleh Nabi SAW menunjukkan tidak terkecuali yakni semua atau sebahagian sahaja? Tidak ada takhsis dan sebagainya. Mengapa digunakan lafaz nakirah pada perkataan bidaatin? Kenapa digunakan perkataan muaannas iaitu bida’ah tidak digunakan bid’un sahaja namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya pada artikel ini. Cukuplah jika kita memahami bahawa kalam nabi SAW merupakan kalam berbahasa arab dan mesti difahami dengan menggunakan bahasa arab yang betul mengikut qawaid nahwiyyahnya. Jika kita mengetahui makna bahasa arab dengan bantuan kamus jangan merasa terlalu bijak untuk memahami kalam Nabi SAW yang agung sehinggakan penyair-penyair arab yang hebat bahasanya di zaman jahiliyyah tidak dapat menandingi kesusasteraan bahasa Nabi SAW.

Kecuaian dalam memahami istilah hadis. Apakah yang dimaksudkan dengan hadis Nabi SAW? Hadis ialah “apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat kejadian tubuh Nabi SAW atau akhlaknya”. Ulamak usuliyyun yakni ulamak usul fiqh tidak mengambil kira sifat kejadian Nabi SAW dan akhlak sebagai dalil hukum. Dengan perkataan yang lain. Ulamak usuliyyun mengambil kira 3 aspek daripada 5 aspek ini untuk menentukan sesuatu hukum iaitu perkataan Nabi SAW, perbuatan Nabi SAW dan akuan atau diam Nabi SAW.

Kebiasaan golongan yang suka membidaahkan umat Islam melihat kepada dua sahaja iaitu apa yang dikatakan oleh Nabi SAW dan apa yang dibuat oleh baginda dan mencuaikan yang ketiga iaitu hadis taqriri atau sunnah taqririyyah. Jika Nabi tak buat dan Nabi tak kata maka bidaah padahal di sana masih ada satu lagi kategori hadis yang dicuaikan oleh mereka iaitu sunnah taqririyyah.

Sunnah taqririyyah ialah sesuatu yang Nabi diam padanya. Nabi tidak kata boleh dan Nabi tidak kata tak boleh atau haram maka dikira sebagai harus. Pernah belaku di zaman Nabi SAW, para sahabat memakan dhob (binatang padang pasir bentuknya seperti biawak) dihadapan Nabi SAW tetapi Nabi tidak memakannya dan Nabi SAW tidak melarang sahabatnya daripada makan maka ulamak menganggap ia suatu yang halal kerana jika ia suatu yang diharamkan oleh Allah SWT maka pasti dilarang oleh Nabi SAW kerana seorang Nabi tidak akan redha dengan maksiat yang dilakukan oleh umatnya dan menjadi kewajipan seorang Nabi untuk menyatakannnya. Maka inilah yang dikatakan sebagai hadis taqriri atau sunnah taqririyyah. Nabi tak kata dan Nabi tak buat tapi adakah Nabi larang? Jika tidak ada larangan daripada Nabi SAW mengapa kita memandai-mandai untuk melarang dan mengatakannnya haram?

Jika kita melarang apa yang Nabi SAW tidak larang kita juga sebenarnya melakukan bidaah yang lebih besar kerana kita mengada-ngadakan larangan sesuatu yang Nabi SAW sendiri tidak larang..

Kerana kecuaian kita dalam memahami sunnah taqririyah ini maka kita melarang apa yang Nabi SAW tidak pernah melarang seperti tahlil, berzikir selepas solat secara berjemaah, terawih secara berjemaah, talqin kepada orang yang telah mati, bacaan yasin malam jumaat dan seumpamanya bahkan nun jauh di sana ada dilalah yang membenarkan semua itu walaupun daripada sudut parktikalnya berbeza kerana ia termasuk daripada perkara yang luas dan tidak ditetapkan begini-begini. Adapun bidaah yang haram ialah seperti kita menambah bilangan rakaat solat yang secara qot’ie telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.

Adapun permasalahan baca yasin maka tidak menjadi satu kesalahan jika kita ingin membacanya pada malam jumaat atau pada malam-malam yang lain tanpa mewajibkannya. Namun dengan kelebihan surah yasin yang digelar sebagai qalbul quran (jantung al-Quran) dan kebesaran malam jumaat yang digelar sebagai sayyidul ayyam (penghulu segala hari) maka jika digabung keduanya sudah pasti kita akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Sumber :--> sini
--> sini

Read More......

Warkah Buatmu....


Saat-saat terakhir ana bersama sahibah amat menyayat hati... Ana masih ingat sewaktu sedang berehat-rehat di bilik salah seorang sahibah ana, kami membuka topik tentang betapa hancurnya nilai-nilai sahsiah pada generasi hari ini... Tidak dapat tidak, kami membayangkan apa yang bakal berlaku pada generasi akan datang...

"Takutnya, mesti lagi teruk dari sekarang, mintak-mintak lah Allah ambil nyawa sebelum sampai saat tu" Seorang sahibah ana bersuara.

Ana terfikir... Memang indah andai nyawa diambil sebelum tiba saat menakutkan itu, pada saat kemaksiatan terbentang di depan mata namun tiada siapa kisah. Bahkan, mungkin ada yang berzina di tempat terbuka! Naduzubillah... Tapi, bukan soal sanggup atau tidak berhadapan dengan situasi itu, soalnya adalah, adakah kita boleh pergi dengan tenang, melepaskan tanggungjawab yang perlu kita galas sebagai amanah darinya-Kita ini KHALIFAH..

Khalifah yang dipertanggungjawabkan mentadbir bumi ini.. Biar sefana mana pun bumi ini, kita harus tegar dan tabah mentadbirnya...

Si pelaku maksiat kebanyakkannya merupakan saudara kita, sanggupkah kita melihat mereka terus bergelumang dalam dosa dan noda sedang diri kita berasa sangat selamat dan tenang dengan beramal ibadat kepadaNya semata.... Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa tidak lengkap iman seseorang selagimana dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri...

"Ish teruk la, perempuan apa ni naik motor dengan lelaki. Kan dosa tu! haram!"
"Kau pergilah tegur.."
"Ish, taknaklah aku, kubur lain-lain"

Jangan begitu wahai sahabat, jangan biarkan mulut-mulut kita mencerca si pelaku maksiat, anda seharusnya malu dengan mereka kerana mereka melakukan maksiat lantaran kejahilan dan mungkin kita melakukan maksiat yang kita telah sedia maklum... Ingatlah,andai Allah ingin menurunkan azab,bukan kepada si pelaku maksiat sahaja... Jangan didedahkan aib saudaramu itu wahai sahabat... Kasihanilah mereka... Tutuplah aib mereka agar Allah menutup keaibanmu di akhirat kelak!

Andai anda tidak mampu menegur, beristighfarlah di dalam hati, renungkanlah betapa lemahnya iman, kerana selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati... Doakanlah Allah memberi hidayah kepada mereka yang belum berolehnya lagi, doa jua supaya Allah tidak menarik kembali hidayah dalam diri kita...

La Tahzan, La Taghdab, Allah ma'ana... Suka ana berkongsi warkah daripada seorang kakanda halaqah ana, semoga kita sama-sama kuat menjalankan amanah dariNya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...

***
Assalamualaikum warahmatullah...
Salam sesegar aliran kauthar buatmu sahibahku sayang...

Subhanallah, ajaibnya hati itu! Hati yang merindui sebuah ukhuwwah sungguh amat ajaib!

Sungguh diri ini terasa serba kerdil dan kekurangan wahai sahibahku untuk bergelar da'e buatmu. Tak mahu kuberjalan di hadapan sebagai pemimpinmu, tak mahu juga ku berjalan di belakang sebagai pengikutmu. Marilah kita berjalan seiringan, kau sahibahku! Sama-samalah kita saling ingat memperingati, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.

Adindaku...
Jangan sesekali meletakkan pergantungan kepada manusia kerana manusia itu amat lemah, berubah-ubah dan mudah lupa. Sekali ia terjatuh dan futhur, kau akan berasa amat kecewa dan mungkin kau kan tersungkur sama. Sebaliknya, letakkan sepenuh pergantunganmu kepada Allah, fikrah-Nya yang suci bersih, deen-Nya.... agar selamanya kau akan dikuatkan di atas landasan kebenaran. Mengertilah adikku sayang, manusia itu amat lemah dan terlalu banyak kekurangan terutama sahibahmu ini. Terimalah setiap sahibah kita seadanya. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi sahabat sejati kepada siapapun jua sahibah kita itu....

Adikku wardah agama...
Jikau kau terasa lemah, mintalah dari Yang Maha Kuat,ucapkanlah... Lahaulawala quwwata illa billah! Dirimu terlalu penting dan berharga untuk agama. Lihatlah di sekelilingmu, terlalu banyak hati-hati yang ketandusan seorang da'e sepertimu untuk memimpin tangan mereka masuk ke bahtera penyelamat, iaitu hidup berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Ketahuilah dirimu terlalu penting sahibahku. Pikullah amanah dakwah ini agar kau dipandang mulia oleh Allah dan Rasul-Nya.

Adikku bakal bidadari syurga, insyaAllah,
Doakanlah sahibahmu ini. Teringin sekali untukku memiliki sekeping hati seperti hatimu, lunak dan lentur pada sebuah kebenaran. Teringin sekali untukku memiliki mata sepertimu, mudah menangis membasuh segala dosa dan alpa.

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .