Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, April 12, 2010

Tips : Hijrahkan Dirimu.



Duhai hati...
Mengapa nafsu masih dituruti,
Sedangkan kita punya Ilahi,
Yang setia menemani hari-hari....



"Ana rasa prestasi ana semakin menurun." Ana mengeluh. Mengharapkan empati seorang sahabat.

"Kenapa?" Dia melanjutkan pertanyaan.

"Ana rasa dosa ana dah menimbun. Hari-hari buat dosa, ana pun rasa hati ana semakin kering." Ana menarik nafas. Sedih pada kekontangan hati.

Benar, sudah lama ana tidak menangis kerana Allah. Ana benar-benar rindu hati yang basah lembut mengingati Allah. Hati yang tulus cintanya kepada Allah. Hati yang sering merindu, merintih pada Allah.

Kembali Muhasabah

"Kenapa jadi macam tu?" Sahabat ana menyoal lagi, sekaligus membuat ana merenung dalam-dalam ke dalam diri.

"Mungkin juga faktor pemakanan."

Sungguh, dahulu ketika keluar bersama sahabat-sahabat yang lain, ke pasar malam contohnya, seboleh-bolehnya kami tidak akan membeli makanan daripada penjual yang tidak menjaga tuntutan syariat seperti tidak memakai tudung atau mengubah fitrah. Isu pemakanan mungkin nampak kecil, tetapi dalam kita tidak sedar, sedikit demi sedikit ia akan merosakkan hati, menambah titik-titik hitam ke dalam hati sehingga hati menjadi hilang sensitiviti. Makanan yang berkat adalah faktor kepada hidup bersyariat.

Tetapi, sungguh Allah penentu segala. Berada di tempat baru, ana diuji dengan tempat makan di kawasan sekeliling yang rata-ratanya tidak begitu 'menjaga'. Hatta, di kafe kolej ana sendiri, rata-rata para pekerjanya tidak mengutamakan solat. Begitu juga dengan ibadah lain...

Ana tidak punya pilihan lain, benar ana lebih suka memilih untuk makan roti. Tetapi, sampai bila?

Sehingga..Akhirnya ana hilang sensitiviti dalam hati. Hilang sensitiviti terhadap maksiat yang berleluasa, liat untuk bangun qiamullail, kurang amalan sunat malah ana tidak lagi mudah menangis kepada Allah.

Alhamdulillah, Allah masih beri ana kesedaran untuk merenung ke dalam diri. Menilai kekerasan hati yang semakin menjadi-jadi. Tapi ana masih buntu.

Selangkah ke Hadapan


"Ana ada cadangan."Alhamdulillah, dikurniakan seorang teman seperti dia benar-benar menyenangkan.

"Apa dia?"

"Cuba tulis kat kertas, boikot syaitan, nafsu, israel. Kemudian, tampal kat lantai, tempat yang enti selalu lalu. Kalau rasa geram. Pijak-pijak lagi kertas tu."

Seolah-olah satu aliran elektrik mengalir ke dalam hati ana sebaik mendengar cadangan itu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Itu satu cara yang baik untuk menyedarkan ana yang sering terlupa.

Masih ada banyak lagi perkara yang mampu membantu.

Ayuh Berhijrah!

Mari sahabat. Mari hijrahkan diri kita sebelum mata terpejam untuk selamanya.

1. Peringatan

Buat satu peringatan kepada diri. Yang pertama. Tulis BOIKOT SYAITAN, NAFSU, ISRAEL pada sekeping kertas (mengikut kreativiti). dan kemudian tampal ke atas lantai, tempat di mana kamu selalu lalu. Tapi, elakkan untuk tampal di kawasan yang meghadap kiblat.

Ana buat simple je..

Peringatan seupaya berhijrah juga perlu. Tuliskan sekali matlamat hidup kita.

Contoh. Sahabat boleh buat yang lebih baik, insyaAllah :)

Untuk lebih baik, rencanakan apa yang kamu mahu buat. Contoh ; 20 tahun- ambil degree
23 tahun- ambil master, 25 tahun-kahwin.
Buat juga matlamat untuk minggu. Contoh ; minggu ini-hafal surah ...., bangun qiamullail sekurang-kurangnya 4 kali.

Begitulah. Orang muslim matlamatnya perlu jelas. :)

2. Banyakkan amalan sunat

Rajinkan diri untuk melakukan amalan sunat. Kalau boleh, solat sunat rawatib serta solat dhuha jangan sesekali ditinggalkan. Benar, buat yang fardhu/wajib sahaja pun boleh. Tapi cuba kita bayangkan, kita pergi ke kedai dan makan nasi semata-mata tanpa lauk. Enak kah?
Tak sedap kan? Maka, 'persedapkanlah' ibadat kita. Ingat, ibadat itu, kita mahu persembahkan kepada Allah....

3. Amalkan zikir sentiasa

Duduk-duduk tak buat apa, cubalah berzikir di dalam hati. Itu lebih berfaedah daripada kita mengalunkan rentak lagu yang mampu merosakkan hati. Berzikir, berselawat, bertasbih..

Begitu juga dengan wanita yang diberi 'cuti' oleh Allah. Tidak boleh bersembahyang tidak bererti kamu tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang mendatangkan kebaikan. Berzikirlah, jangan biar hati kosong terlalu lama. Semoga hati kita diberi cahaya oleh-Nya.

4. Lihat alam dengan mata hati

Hari-hari kita lihat pokok, lihat awan. Tapi jarang sekali kita melihatnya dengan mata hati. Selepas ini, cubalah, apabila melihat awan bergerak-gerak, bisikkan dalam hati "Subhanallah.. Indahnya ciptaan-Nya." atau jika melihat ada insan lain yang lebih susah daripada kita, berbisiklah "ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat yang tidak sempat aku syukuri."

Cubalah.

5. Belajar memaafkan

Hati yang tenang adalah hati yang bersih dari sifat-sifat keji. Maka, maafkanlah kesalahan semua insan agar hati kita sentiasa tenang, tidak terfikir-fikir tentang kejahatan orang lain. Kalau boleh, sebelum tidur maafkan semua manusia. Ingat! Kita pun pernah buat salah.

Mendoakan perkara yang baik buat insan lain mampu menenangkan hati..insyaAllah.

Mari Bersama

Itulah tips-tips yang dapat ana kongsi bersama. Kalau sahabat-sahabat ada lagi tips yang boleh dikongsi, ana alu-alukan. :)

Semoga kita sentiasa bersama-sama mengalahkan nafsu, seterusnya bersama-sama menuju redha-Nya yang satu.. insyaAllah.

Ingat! Allah sentiasa sudi memberi keampunan kepada kita, hanya kita yang selalu ego. Allah tidak pernah lupa kepada kita, cuma kita yang selalu lupa kepada Dia. Allah tidak pernah menzalimi kita bahkan kita sendiri yang menzalimi diri kita.

Kesilapan yang lalu moga dijadikan iktibar. Masa depan yang masih panjang, moga diisi dengan redha Allah, sehingga nyawa bercerai dari jasad....

Wahai diri,
Bangkitlah kini,
Kerana diriku,
Mencari redha Ilahi...


Wallahu'alam.

13 comments:

~ILHAM~ said...

salam..betul..
iman yazid wa yanqus..
bila time yanqus,rasa sedih sgt
rasa lain..seolah2 Allah makin jauh
sedangkan kita yang berlari jauh dari-Nya..

post yang memuhasabah diri..
jazakillah ya sodiqi..
rindu lillah jiddan kat mas..

Anonymous said...

ana pun rse bnda yg sma mas. lost in my own world. xtau jln kluar. hati xlg sensitif.hati dh xnk mncari yg benar itu.hmm

-chy mlmku-

~ILHAM~ said...

jom sama2 kita praktikkan cadangan mas..ayuh deh..

laili...cahaya malamku..
sungguh malam terasa gelap tanpa-mu=)

Mastura MY said...

ILHAM

Sebab tulah sahabat memainkan peranan penting. Mengingatkan masa lupa, tarik kita waktu kita hanyut..

Thanks zahra, coz selalu memainkan peranan tu. Rindu kamu juga, lillah jiddan :) :) :)

chy malamku

Hm, iman tu sungguh2 ada turun naiknya.. Semoga sama2 kita pertingkatkan iman.

Ana pun tkt juga.. tkt hanya berkata tp tak melakukan. Na'uzubillah.

ILHAM

jom3.

p/s : A ah, malam gelap sgt... sebab black out. he he..

ibtisamsyarha said...

Salam,
salam teramat rindu,
betul bicara kata, ilham, mas, cahaya malamku..

Hati itu sentiasa berbolak balik, iman pula ada musimnya, moga kita sentiasa mencari sinar itu walau betapa kegelapan yang datang, yang penting kita tak putus asa mengenalNYA, walau orang-orang yg mengingtkan terlalu jauh.

Mas, zahra, laili,

Pohon maaf ye atas kekurangan diri ini, if ada kesilapan,pohon tegurlah dengan bicara iman.

Syg semuanya lillah.

~ILHAM~ said...

mastura

jazakillah sudi sama-samanikmati nikmat kedua selepas iman iaitu ukhuwwah..
jazakillah jua sbb sudi melengkapi diri ini saat lemah..

ibtisamsyarha

sayang akak lillah juga..

asifah jiddan aidhan ala kulli hal ukhti..tegur2 zahra jua ye kak..

chy malamku

maaf tak dpt pi program yg laili ajak tu..tp lain kali ajak lg ye..hajat pi program yg tingkatkan iman..

syaqukunna lillah..
(rindu semua[perempuan] krn Allah)

Mastura MY said...

ibtisamsyarha

jazakillah atas pandangan. Tegur-tegur jualah diri ini yang selalu lalai dan alpa...

Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi..

Ameen.

ILHAM

:) :) :)

Anonymous said...

ni yg xsabar nk tggu naik sem baru ni. rindu dkt smua jgk. =(

p/s: azam baru utk sem 2, xnk blk rumah selalu. nk ddk selalu dgn sahabat2 di KUIS i'Allah. ;)

-chy mlmku-

Mastura MY said...

rindu laili juga...

p/s : smg dpt laksanakan azam :)

insyirah said...

Satu perkongsian yang baik.

Di sini, sy pun ingin berkongsi satu artikel yg memberi byk tips buat mereka yg dahagakan ilmu:

http://abuumair1.wordpress.com/2009/04/26/tahukah-anda/

Mastura MY said...

Subhanallah...

Terima kasih ya Allah atas ilmu-Mu.

Terima kasih akh, kerana sudi berkongsi blog enta yang penuh dengan ilmu..

Sahabat... jom sama-sama menuntut ilmu kerana Allah semata! insyaAllah..

insyirah said...

Itu bukan blog ana. Itu blog yg ana selalu baca. Ana cuma berkongsi tips.

Ilmu yang baik hendaklah dipanjang-panjangkan...

Mastura MY said...

aiwah..

jazakallah ya akh...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .