Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 10, 2010

Berjalanlah Sebagai Seorang Khalifah


"Saya nak cerita tentang kisah seorang jepun." Pensyarah membetulkan microphone nya, tersenyum dan menyambung kata,

"Dulu.. ada seorang nelayan Jepun ni, selalu tangkap ikan.. kat tepi-tepi laut je. Lepas dia tangkap, terus dia buat sushi. Ramai sangat suka sushi yang dia buat. Sedap...."

Nafas ditarik.

"Tapi.. pada suatu hari, laut mula tercemar.. tak ada lagi ikan di persisiran pantai. Maka, nelayan itu pun terpaksa menaiki bot untuk ke tengah laut demi mencari sesuap nasi. Seperti biasa, sampai sahaja di darat, si nelayan mula memproses sushi... Tapi sayangnya, sushi nya tidak sesedap yang dahulu.

"Si nelayan buntu. Puas difikirkan pelbagai cara. Akhirnya dia membawa sebuah tangki besar bersama-sama bot nya dan ikan yang telah ditangkap diletakkan ke dalam tangki tersebut sementara menunggu waktu untuk sampai ke darat. Tapi...... sushinya masih tidak sesedap yang dahulu."

"Kamu tahu caranya?" Pensyarah mula membuka soalan, membiarkan pelajar menggunakan minda sebaiknya.

Suasana hening seketika.

"Beli ikan kat pasar." Seorang pelajar bersuara.

Pensyarah tersenyum dan menggeleng.

"Kamu mahu tahu apa jawapannya?" Pensyarah bertanya lagi.

"Nakkkkk!" Dewan teater bergema dengan suara para pelajar yang teruja.

"Nelayan tu, letak ikan jaws dalam tangki tu."

"Ha?" kami tergamam. Tidak faham.

Pensyarah masih menguntum senyum. "Ya lah, dia tangkap ikan banyak-banyak.. bila ikan dah banyak sangat, ikan jaws pun tak larat makan. Tapi ikan di dalam tangki tu akan sentiasa bergerak aktif."

"Akhirnya... cara itu berjaya merealisasikan hajat si nelayan untuk membuat sushi sesedap dahulu.." Ayat disudahkan.

Perlu Aktif


"Kita perlu bergerak aktif.. Kita perlu sihat untuk sentiasa 'sedap badan' untuk belajar, untuk berkhidmat kepada Islam." Satu kesimpulan dibuat.

Benar, ramai manusia yang tidak kisah kepada hak badan sendiri. Tidak menjaga jasad diri kerana tidak sedar akan keperluannya.

Ana pernah 'dimarahi' oleh seorang sahabat apabila tidak mahu menjaga kesihatan. Bagaikan masih terngiang-ngiang kata-katanya : Kalau kita sihat, kita senang nak beribadat, kalau sakit jadi susah nak beribadat banyak-banyak.

Allah mengamanahkan jasad/badan kepada kita bukan untuk dipersia-siakan. Ia adalah satu AMANAH! Apabila dikatakan amanah maka kita WAJIB menjaganya dengan sebaik-baiknya. Jika sakit, maka berikhtiarlah untuk sihat.

"Ala... Kalau Allah nak bagi baik, baiklah..Ini kan ujian" Kata Aminah sambil terbaring lesu.

Tidak dinafikan bahawa sakit itu datangnya dari Allah. Tapi mungkin kita lupa bahawa Allah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang, itulah ertinya hidup sebagai seorang KHALIFAH di muka bumi-Nya!


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah (Al-Imran : 159)


Berjalanlah... Sebagai Seorang Khalifah!

Khalifah tidak gentar kepada cabaran, malah khalifah adalah seseorang yang punya akal yang mampu berfikir sebaiknya dan hati yang mampu mentafsir dengan bijak.

Maka, seorang khalifah perlu sedar bahawa memang benar ujian itu adalah dari Allah, tetapi tidak bermakna Allah tidak menyuruh kita BERUSAHA untuk melepasi ujian itu.

Cuba bayangkan ketika musuh sedang menyerang Islam, ramai umat Islam yang sakit serta tidak berdaya walau untuk mengangkat sebilah pisau. Musuh menyerang dengan rakusnya. Maka bolehkah kita berkata, "Ala.. ini kan ujian.. Kalau Allah nak bagi menang, menanglah.."

Ingat! Sejarah pernah melakarkan peristiwa di mana umat Islam kalah kerana salah strategi peperangan. Berperanglah dengan penyakitmu. Jangan berputus asa.

Penguasaan Minda

"Kamu nak tahu, jika di US, doktor akan memberi ubat-ubat yang basic kepada pesakit-pesakit kronik. Selepas itu, doktor akan menasihatkan pesakit agar menyorok ubat itu jauh-jauh setelah memakannya. Malah, pernah suatu ketika, seorang pesakit barah disokong agar bermain permainan tembak-tembak dan membayangkan bahawa dia menembak sel-sel barah di dalam badannya." Penceramah hebat itu diam sebentar.

"Pesakit itu dijangka hidup selama enam bulan. Namun, setelah masanya semakin hampir, doktor memeriksa pesakit itu dan terkejut kerana sel barah telah tiada!"

Penguasaan minda itu penting. Otak kita adalah satu mesin yang berkata 'ya' kepada setiap perbuatan yang kita lakukan. Jika kita mencerca diri kita dengan perkataan yang bukan-bukan, maka otak akan berkata 'ya' dan mengarah tubuh untuk melaksanakannya.

Maka kerana itu dalam Islam kita disuruh agar sentiasa BERSANGKA BAIK.

Jangan kata sakit jika sakit. Fikirkan perkara yang indah-indah. Jangan sesekali berkata " Aduh, rasa macam nak demam" kerana akhirnya kita akan demam.

Jika sakit katakan "aku sihat!" Jika lemah katakan "aku kuat!" Jika susah katakan "senang!"

Kuasailah mindamu wahai khalifah Allah... Diri kita adalah ubat sebenar kepada penyakit yang sedang kita hadapi. Diri kita adalah jalan penyelesaian kepada ujian yang sedang kita lalui.

Kuatkan semangat, agar kakimu sentiasa kuat di jalan Allah, maka Islam akan kembali gemilang...

Wallahu'alam..

4 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih sahabatku sayang...

Ukhwahfillah...

~muslimah~

Anonymous said...

sangat memberi inspirasi dan motivasi.. jkk! =)

Mastura MY said...

insyirah

jazakallah. Semoga mendapat manfaat.

muslimah

sama2 kasih.. ukhwah fillah abadan abada :)

anonymous

alhamdulillah.. semga kita sama-sama mendapat manfaat

Raihana said...

Subhanallah,,
sgt m'beri pengajaran buat diri ana... Jazakillah ya ukhti.. =)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .