Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan yang sudah berlalu itu...


Ramadhan yang sudah berlalu itu..
Mengingatkanku pada sesuatu,
Apakah selepas ini masjid itu masih penuh,
Atau kosong ditemani unggas....

Ramadhan yang sudah berlalu itu...
Membuatku terfikir sesuatu,
Apakah syawal yang tiba ini,
Adalah satu kemenangan,
Atau satu ketewasan di kemudian hari..

Ramadhan yang sudah berlalu itu...
Membuatkanku tersedar,
Apakah sudah cukup amalku,
Untuk dibuat bekalan hari mendatang...

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Membuatkanku rindu,
Rindu pada ketenangannya,
Rindu pada barakahnya,
Rindu pada suasananya...

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Seolah-olah memberi pesan,
"Aku akan pergi...mungkin lama... Sentiasa persiapkan diri dengan sabar dan taqwa"

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Seolah-olah menggapaiku dengan ingatan,
"Sayang, itu dia Syawal sudah tiba. Sambutlah hari kemenanganmu, nantikanku di tahun hadapan. Jumpalah aku dengan amal yang sudah bertambah baik."

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Menggamit sayu di hati,
Apakah mungkin sempatku merasai lagi akan enaknya tarawikh,
Merasai enaknya berbuka,
Merasai kelazatan bermunajat tanpa gangguan syaitan..

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Yang diganti dengan Syawal,
Moga sentiasa menjadi kenangan terindah,
Yang berada dalam lipatan hatimu,
Agar kelak menjadi pembakar semangatmu untuk terus istiqamah,
Dalam ibadahmu....
Duhai sahabat.

p/s: Selamat hari raya, maaf zahir batin..maaf andai ada tersalah kata tersilap bahasa...Ampunkan segala kekurangan saya.... moga kita semua sentiasa di bawah limpahan rahmatNya..

Read More......

Thursday, August 25, 2011

Kenali Lubang Jahiliyah


Dalam pekat malam itu,
Allah masih lagi menemani,
Memberi satu pengertian yang abadi...


Malam itu, pekat sekali... Atas sebab-sebab tertentu, saya dan sahibah perlu melalui kawasan padang yang gelap gelita, hanya ditemani cahaya rembulan yang samar.

Mereka yang lalu di situ pun hanya kelihatan seperti bayang. Gelap.

"Jalan hati-hati, tengok bawah. sini banyak lubang." Sahibah berpesan. Habis sahaja ayatnya itu...

"Adui" Separa kaki saya masuk ke dalam lubang tersebut. Sakit. Tapi malu yang menerpa lebih menebal.

Pantas saya mengeluarkan kaki yang termasuk ke dalam lubang tersebut. Menyorok sedikit di belakang sahibah dan berharap tiada siapa yang nampak! (terlupa waktu itu amat gelap).

Esoknya, apabila hari sudah terang.. Kami melalui lagi padang tersebut.

"Haa..nilah lubang yang Mas jatuh semalam!" Usik sahibah.

Saya diam sahaja, sambil tangan cepat sahaja menepuk-nepuk lengannya. Bagus juga saya tahu yang mana satu lubang yang telah 'menelan' separa kaki saya, teringat pula pada pesan Rasulullah:


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” (HR Bukhari & Muslim)


Kenali Lubang Yang Anda Terjatuh

Fitrah manusia itu mudah lupa dan leka. Fitrah manusia itu sering berbuat dosa.

Bukanlah anda manusia hebat andai dosa tidak pernah dilakukan, tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah gagal dalam kehidupan. Saya percaya semua manusia pasti ada satu 'sejarah' yang tersimpan kemas jauh di sudut hati...

Tidak mengapa... kerana anda adalah manusia hebat apabila anda bangkit dari segala kesilapan itu, terus melangkah dan melangkah...mengejar rahmat Allah yang satu, menggapai cintaNya adalah cita-cita yang jitu dan terus-terusan mengumpul air mata merayu pada keampunanNya.

Anda adalah hebat, jika anda mengenali lubang yang pernah anda terjatuh!

Duduklah dan muhasabah... Apakah kejahilan yang dilakukan dahulu, lubang-lubang kejahilan itu, kenali sebaiknya..supaya nanti, apabila anda 'lalu' lagi di kawasan lubang itu, anda mampu mengelaknya...

Hebatnya Allah mencipta satu rasa tidak enak dalam hati apabila kita ingin melakukan dosa, tapi kita yang sering memaksa hati untuk melakukan sesuatu yang bukan fitrahnya... Hingga kita terjatuh ke dalam lubang kejahilan.

Tapi jangan bimbang...bila sudah terjatuh, berusahalah untuk keluar. Yakinlah Allah pasti akan membantu!

Bandingkan Diri Dengan Permata Islam


Mari duduk sejenak dan beriman.

Tak ada satu orang pun manusia yang suka dibandingkan. Saya faham betapa sakitnya hati jika diri dibandingkan dengan manusia lain. Tiada manusia yang sempurna,ya saya tahu.

Tapi untuk muhasabah...Lihatlah pada mereka yang amalnya lebih banyak dari kita, moga ia menjadi satu inspirasi pada diri kita untuk merasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah. Kalau kita bandingkan diri dengan mereka yang lebih teruk, maka...

"Ish, oklah tu. Baik aku ni,aku solat, dia tak solat."

Ha... di mana muhasabahnya andai diri terus-terusan merasa diri sendiri adalah yang terbaik?

Untuk muslimat yang dirahmati Allah... Ayuh kita lihat kehebatan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah, beliau tenggelam dalam keenakan cinta kepada Allah hingga tidak ada cinta dari insani yang berjaya merebut hatinya. Hidupnya serba kekurangan, malah andai beliau terasa selesa dengan nikmat senang, beliau akan menangis kerana bimbang itu adalah istidraj(nikmat yang Allah beri supaya manusia lebih jauh dari Allah).

Suatu hari...Rabiatul Adawiyah dilihat membawa air di tangan kanan dan api di tangan kiri, lantas penduduk bertanya :

"Ya Rabiah, kamu mahu ke mana?"

Dan Rabiah membalas, "Aku mahu membakar syurga dan memadam neraka agar ia tidak menjadi penyebab manusia menyembah Allah."

"Ishhhh... saudari, biar betul Rabiah ni boleh bakar syurga dan padam api neraka?"

Sabar. Sabar.

Di sini terlihatlah kebijaksanaan Rabiah. Apa yang dilakukan itu hanyalah satu simbolik. Hakikatnya, dia ingin manusia berfikir... Sembahlah Allah kerana Allah semata, ikhlaslah dalam beribadat...Bukan kerana mahukan syurga atau takutkan neraka!

Buat Muslimin yang beriman...Sungguh terlalu banyak kisah kaum muslimin yang mampu dijadikan tauladan. Yang paling mulia adalah Rasulullah s.a.w sendiri, tapi mungkin nanti kalian berkata...Kalian bukanlah Nabi yang suci dan mulia, walaupun telah diperingatkan Allah dalam Al-Quran yang suci :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu (Al-Kahfi : 110)


Tak apa...Mari kita lihat pada satu susuk tubuh bernama Saidina Umar Al-Khatab. Saidina Umar juga pernah jatuh ke dalam lubang kejahilan. Pada saat beliau jatuh, beliau adalah seorang yang amat membenci Islam.

Tapi setelah beliau keluar dan mengenal pasti lubang kejahilan itu..beliau bangkit mempertahankan Islam, malah menjadi salah seorang yang dijanjikan syurga. Tidak sekali-kali beliau jatuh lagi ke dalam lubang yang sama, kerana beliau sudah mengenal pasti lubang tersebut, senanglah untuk berhati-hati dan mengelaknya.

Beliau menjadi amat rapat dan kasih kepada Rasulullah, sehingga apabila Rasulullah wafat, beliau tidak dapat menerima hakikat. Dihunusnya pedang dan beliau berkata :

"Siapa yang kata Rasulullah sudah wafat,aku penggal kepalanya!"

Saidina Umar.... Meski luarannya bengis ibarat singa, namun hatinya sungguh lunak. Dialah khalifah yang berjaga malam, meronda kawasan takluknya, memasak dan memikul gandum di pundaknya sendiri demi rakyatnya yang sedang kelaparan.

Sekarang mari kita meneliti...Siapa kita di hadapanNya?

Banggakah kita dengan amalan-amalan yang entah diterima,entah dibaling semula ke bumi?

Mari muhasabah. Kenali lubang-lubang kejahilan dan elaklah sedaya mungkin!

Oh Allah,
Antara berjuta hambaMu yang bertaqwa,
Adakah diriku umpama sebutir pasir,
Jauh di pantai sana...


Wallahu'alam


Read More......

Sunday, August 21, 2011

Berbuka dan Ditarbiyyah



Dari kerdip matamu..
Ku lihat ada sinar keberkatan,
Dari Tuhan Semesta Alam..


"Akak, lama lagi ke buka?" Adik itu bersuara, sambil memerhatikan pelbagai jenis kuih yang baru diambil tadi.

Saya tersengih. Semua adik-adik comel dari Rumah Keluarga Besar Hajah Norlina itu sangat mencuit hati. Beruntung benar saya berpeluang berbuka bersama mereka.

"Kejap-kejap.Lagi 5 minit." Saya mengerling jam di tangan.

"Nak rasa sikit je." Tangannya sudah mula mencuit gula di atas kuih keria.

"Aip!"saya menarik pinggan berisi kuih-muih itu jauh sedikit darinya."Sabar."

"Ala..nak rasa kat lidah je."

"Ala..sabarlah eh..kejapppp je lagi."

Adik berusia 15 tahun itu mengangguk. Sekejap sahaja, azan pun bergema. Doa dibaca dan kami mula menjamu selera.

"Mula makan dengan kurma." Saya mengingatkan.

"Ala kak... saya tak suka kurma."

Adik-adik semeja

"Makan kurma bagus tau..Nabi dulu suka makan kurma."

Adik itu mendengar kata. Berkerut-kerut wajahnya menghabiskan sebiji kurma. Tak suka, tapi mendengar kata.

Lapar benar agaknya mereka berpuasa,sehingga adik itu menyuap laju-laju kuih-muih itu ke mulut. "Makan perlahan-lahan." Saya menegur.

Dia mendengar. makanan disuap kali ini dengan lebih sopan.

Dalam hati saya menangis..lembutnya hati mereka mendengar nasihat, petanda hati yang diredhaiNya. Hati yang suci dan bersih. Sekali lagi saya cuba menilai hati sendiri.

Ah,pastinya jauh berbeza dengan hati-hati suci itu..

Sebaik selesai melayan mereka mengambil makanan, saya pula pergi mengambil makanan. Di dewan itu tiada sinki, untuk memudahkan segalanya, saya mengambil sudu dan garfu.

"Kak, makan guna tangan kan berkat." Adik yang duduk di sebelah saya itu menegur.

Saya tersentak sedikit. Berhikmahnya kata-kata mereka.... Saya senyum tanda terima kasih. Duhai adik-adikku... melihat dirimu sahaja hakikatnya sudah cukup mntarbiyah hati akak yang kontang.

Syifa'

Qaseh Umaira

Qaseh

"Qasehh..nak strawberry tak?" Seorang kanak-kanak berusia 15 tahun berlari ke arah Qaseh yang berada di hadapan saya. Strawberry itu letaknya di atas kek.

Seorang lagi kanak-kanak memegang strawberry itu sahaja, dan akibatnya kek itu jatuh ke lantai. Kek itu tidaklah banyak, besar tapak tangan pun tak sampai.

Tapi...

"Ish kau ni...membazir..." Salah seorang dari kanak-kanak itu bersuara. Ada riak kesal di wajahnya. Saya termuhasabah.

Terkadang kita ini... rezeki banyak melimpah ruah,sehingga yang sedikit itu dipandang enteng, sedangkan hakikatnya..yang sedikit itu jika diberi kepada mereka yang benar-benar menghargai dan memerlukan, amat besar nilainya.

Kita selalu terlepas pandang. yang sedikit jangan disangka enteng. yang remeh jangan diambil mudah.

"Qaseh nak coklat?" Saya bertanya pada adik kecil berusia 2 tahun itu.

"Nak."

"Meh akak bukakan" Coklat yang berada di tangannya diberi kepada saya. Saya membuka dan menyuapnya.

"Susah nak gigit" Dalam pelat,dia bersuara. Coklat itu sedikit lemau. Dalam pelat, dengan mulut yang penuh...apabila dia bercakap saya jadi kurang faham.

"Apa dia sayang?"

"Susah nak gigit."

Saya menadah tangan, cokalt di dalam mulutnya dikeluarkan. Entah kenapa, saya sedikit sebak.

Dia tidak seperti kanak-kanak 2 tahun yang lain, yang bila tidak suka pada sesuatu makanan terus dibuang keluar dari mulut. Dia menunggu saya menadah tangan, barulah dikeluarkan 'khazanah' di dalam mulutnya.

Allah... sekecil usia itu, dia sudah pandai beradab. Saya menciumnya, ingin sekali bawa dia pulang, tapi apakan daya....

Apabila saatnya untuk kami pulang tiba, Qaseh tidak mahu turun dari dukungan saya. Saya tidak sempat mengambil gambar bersama yang lain kerana Qaseh mahu tetap melentokkan kepalanya di bahu saya.

"Qaseh nak tidur ye?"

Kepalanya yang didongakkan sebentar,kembali terlentok di bahu saya. Saya mendukung sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badannya, dengan harapan bila dia tidur, bolehlah 'pulangkannya'.

Tapi dia tidak juga lelap-lelap, sehingga akhirnya terpaksa diserah juga kepada penjaganya. Qaseh jadi merajuk, bersalam dengan saya pun tidak mahu. Saya terus-terusan sebak... Mengenali mereka, biarpun sekejap tapi sudah cukup melahirkan rasa kasih dan cinta dari dalam hati.

Justeru saya jadi hairan pada orang dewasa yang sanggup membiarkan anak-anak kecil bergelimpangan di jalanan... mendera mereka tanpa rasional, tidakkah orang dewasa itu melihat sinar dalam mata mereka...melihat kekudusan hati mereka, juga kedamaian jiwa mereka?

Ah, ingin saya coretkan segala memori bersama mereka di sini,tapi saya tidak mampu. Sehingga kini hati masih terasa sebak mengenangkan mereka. Duduk yang sekejap bersama mereka,tapi tarbiyah yang saya terima melalui perlakuan mereka adalah sesuatu yang sangat mahal dan berharga...tidak akan didapati di mana-mana.

Dalam kita bersuka-ria sahabat...ingatlah...jauh di sudut dunia,ada mereka yang dalam kesusahan. Ada mereka yang dalam kesedihan. Ingatlah pada mereka...kerana mereka juga manusia seperti kita, yang punya hati dan perasaan...hati yang bukan diciptakan untuk dilukai,tapi sekeping hati itu diciptakan untuk dikasihi.

Ambillah pengajaran dari setiap apa yang si kecil lakukan... mereka itu suci, jika kita benar-benar menghayati, mungkin ada 'mesej' dari Allah yang ingin disampaikan. Selamilah jiwa mereka...kerana di situ, kita akan lebih mengenali Agongnya Allah!

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.'' (Surah Al-Maa'un: 1dan 2)


Dari kejauhan,
Ku pohon doa,
Agar dikau tidak tersasar dari jalanNya,
Duhai adik-adikku....


Wallahu'alam

Read More......

Wednesday, August 17, 2011

Di Sebalik Ujian Itu....



Kesayuan yang menyapa hati,
Kesedihan yang meraja di fikiran,
Ah,
Itu semua cumalah ujian...


"Saya bagi take-home test. tapi jujur pada diri, jangan tengok buku, tak boleh bincang. Buat macam periksa di dewan peperiksaan. Allah tahu apa yang kamu buat." Panjang lebar pesanan pensyarah, menusuk-nusuk jauh ke lubuk hati saya.

Subjek itu bukanlah mudah, terlalu banyak formula yang perlu dihafal, ditambah dengan kekurangan diri, saya sedar saya perlu lebih lagi berusaha.

Berbicara pula mengenai kejujuran... Terlalu banyak artikel mengenai jangan meniru yang saya coretkan, entah berapa sahajalah yang menyerap masuk ke dalam hati insan..

Saat Menjawab

Saya memegang kertas soalan. Menarik nafas dan meraup wajah, cuba meyakinkan diri.

Dan...kertas pun dibuka. Mata saya mula bergenang, terasa ingin sahaja tangan mencapai buku dan menyelak lembaran-lembaran yang ada untuk melihat formula dan jalan kerja.

"Allah tahu apa yang kamu buat"

Pesanan itu membantutkan segalanya, apatah lagi teringatkan firmanNya :

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Soff : 3)

Allah sedang menguji....

Apakah saya benar-benar melakukan apa yang diperkatakan. Saya memejam mata, antara markah rendah dengan keberkatan atau markah tinggi yang disertai kemungkaran bermain-main di fikiran.

ya Allah...aku telah berusaha, kini aku bertawakal kepadaMu.

Dalam kesayuan,saya berdoa berkali-kali. saya bersandar, meningati kembali segalanya yang pernah dihafal....Sehingga kepala saya pening dan saya tidur sebentar,kemudian sambung kembali menjawabnya sebaik sahaja bangun tidur.

Ada soalan yang ditinggalkan.

Saya redha, jika inilah yang terbaik pada pandanganNya.

Kertas soalan ditutup, saya tidak mampu lagi memandangnya.

ya Allah...aku telah berusaha, kini aku bertawakal kepadaMu.

Doa itu meniti lagi. Saya tahu, Dia Mendengar!

Saat Itu Tiba...


"Na takut." Sahibah saya bersuara... Dia juga seperti kami yang lain, tidak dapat menjawab dengan baik.

"Sabar... kejayaan sebenar adalah apabila kita lulus cemerlang pada pandangan Allah." saya menepuk bahunya perlahan, saya ingin dia merasai jua besarnya rahmat Allah jika kita berkeyakinan padaNya.

"Allah dah tunjuk banyak pada kita.... "Saya menyambung kata. Sungguh, banyak sekali Allah tunjuk pada saya, pelajar yang meniru keputusan akhirnya tidaklah sebaik pelajar yang jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan.

Hanya keyakinan dan usaha itu yang kita perlu, selebihnya bertawakal pada Allah.

Hari ini,kaki dihayunkan menuju ke kelas.

Kertas peperiksaan harus diperiksa sendiri berdasarkan jawapan yang diberi oleh pensyarah di dalam kelas.

Saya menanda sambil hati bengkak menangis, memujuk hati untuk redha, memaksa diri untuk senyum, mengingatkan jiwa bahawa inilah yang terbaik dari Allah.

Di pengakhirannya... saya mendapat markah. 14.85/25.

Saya senyum hambar, dalam hati berdoa...jika inilah yang terbaik buat diri saya, maka saya redha.

Sebaik pensyarah habis mencatatkan markah, tiba-tiba beliau bangun dan bersuara.

"Ok, sekarang saya nak tanya...siapa yang tak ada langgar peraturan, yang jujur, yang tak meniru,tak bincang... senang cerita Allah tahu apa yang kamu buat."

Saya dan para sahibah mengangkat tangan. Hanya 6 orang semuanya. Pelajar lelaki pula hanya seramai 2 orang.

"Ok, pelajar yang jujur ni semua saya bagi markah penuh untuk peperiksaan pertengahan semester ni. 25/25."

Subhanallah!

Saya meraup wajah. Ada genangan air mata di kelopak mata saya. Sahibah di sebelah kiri saya sudah pun mengalirkan air matanya..

"Na, Allah tu Maha Hebat, Maha Penyayang kan.." Saya menepuk-nepuk bahu sahibah yang risau sebentar tadi.

Dia mengangguk perlahan. Terharu.

Sekali lagi..Allah menunjukkan kehebatanNya.

Dan saya semakin yakin....

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah : 216)


Yakinlah aturan Allah itulah yang terbaik, meski pahit pada awalnya untuk ditelan... Tapi Allah lebih mengetahui, di sebalik kepahitan itulah akan munculnya kemanisan yang sebenar!

Allah Engkau dekat...
Penuh kasih sayang...


Wallahu'alam

Read More......

Saturday, August 13, 2011

Blog dan Adam

"Kak wawa, baliklah.."

"Kak wawa... kenapa tak angkat telefon, Adam nak cakap dengan kak wawa." Suara Adam di hujung talian peti simpanan suara itu menyentuh hati saya. Lantas saya menelefon kembali.

"Hello, kak wawa..kak wawa kenapa tak angkat telefon?" Soalan pertama yang menerjah ke gegendang telinga saya sebaik sahaja talian bersambung.

"Kak wawa sekolah."

"Lamanya kak wawa sekolah..."

"A ah,, kak wawa sekolah lama."


"Kak wawa...bila kak wawa nak balik?" Aduhai. Soalannya benar-benar mengundang sebak di dada. Siapa yang tak mahu pulang ke rumah di bulan yang mulia ini, siapa yang tidak mahu masanya dipenuhkan dengan membaca quran, tolong-tolong emak tanpa perlu memikirkan periksa, assignment, projek dan tanggungjawab yang lain.

"Tak ada siapa nak ambil kak wawa.." Saya cuba berdalih.

"Tu..nanti wak ani(emak saya) nak pergi ambik abang hazim, ambiklah kak wawa sekali. Wak ani tengah solat tu." Bicaranya yang petah mengundang tawa saya, biar masih ada sebak di hujung hati...

"Tak boleh...sekolah kak wawa jauh..."

"Jauh?"

"A ah jauh...."

Lama dia diam. "Kak wawa bila nak balik?"

Aduhai!

Beberapa hari yang lalu, saya telefon ke rumah..

"Wa, haritu adam cakap jomlah ambik kak wawa." Emak bercerita.

"Ye ke? mak jawab apa?"

"Mak jawablah sekolah kak wawa jauh..."

"Lepastu?"

"Dia diam..macam tengah fikir."

Aduhai Adam.... Mengenangkan perbualan dengan Adam, menyebabkan saya teringat kembali...Bukan sahaja Adam yang rasa ditinggalkan, tapi mungkin blog ini juga sudah mula bersawang.

Dan saya tidak menghulurkan vacuum untuk membersihkannya.

Blog yang lama terabai bermakna juga saya telah mengabaikan satu tanggungjawab saya.

Maafkan saya....

Bukan tidak mahu menaip, tapi saya keluar dari rumah seawal jam 8 pagi, balik sekejap tengah hari..kadang-kadang keluar semula ke kelas dan hanya pulang apabila maghrib sudah hampir menjelang... Atau menyambung kerja yang tertangguh hingga lewat malam.

Maafkan saya sahabat... Saya masih ada periksa yang berbaki..masih ada projek yang belum siap, masih ada lagi beberapa tanggungjawab yang lain....
Alhamdulillah...borang-borang yang siap diperiksa dan ditandatangani.

Doakan saya ya?

Maaf andai tiada peringatan buat kita bersama.... insyaAllah sehingga akhir bulan ini sahaja kesibukan ini...

Moga Ramadhan kali ini membawa seribu makna....

Jadilah hamba yang Rabbani, bukan hamba Ramadhani -Sheikh Yusuf Al-Qardhawi.


Wallahu'alam

Read More......

Tuesday, August 9, 2011

selamat hari lahir duhai diri.




Alhamdulillah....

Di saat saya terjatuh, ada insan yang menghulur tangan. Betapa besarnya nikmat Allah yang satu itu, melebihi ujian yang diberiNya.

Terima kasih buat sahabat handai yang tidak putus-putus memberi kata semangat sama ada di blog atau pun secara berhadapan. Saya sedar, kegagalan bukan penyebab untuk saya berhenti melangkah....

Alhamdulillah jua... Hari bersejarah buat saya hadir bersama satu pengajaran yang bermakna.

Selalu saya update cerita mengenai sambutan hari jadi sahibah...Kali ni, saya pula yang terkena :)

Perancangan berjalan dengan teliti...sehingga malam pukul 12, tiba-tiba rumah saya blackout....

Dalam blackout itu jugalah tiba-tiba keluar semua kawan-kawan bersama kek hari jadi, dan makanan yang sudah siap sedia semuanya.

Syukur.

Alhamdulillah diberi nikmat menjejaki usia 21 tahun ini, hakikatnya bukanlah untuk saya bergembira...tapi ini adalah satu peringatan...

Kematian semakin hampir. Ah,amal ibadat...sudah mantapkah semuanya...

21 tahun yang lalu,pada hari inilah ibu saya bertarung nyawa demi memastikan kesinambungan hayat saya.

21 tahun yang lalu...ibu dan ayah bersusah payah menjaga, membelai saya...

21 tahun yang lalu... ibu hampir kehilangan nyawanya...

Terkadang saya terlupa untuk menghayati semua ini..Lantas jadilah saya hamba yang tidak bersyukur, menangisi segala ujian yang diberi,terlupa terus pada Allah yang membenarkan segala kejadian..

Sehingga saya terlupa pada janji Allah :

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)


Dulu mungkin saya berkata... Habislah aku kali ini!

tapi tidak...Allah beri lagi peluang hingga ke hari ini..

Dulu mungkin saya pernah berkata... Segalanya telah musnah...

Tapi tidak.. Hingga ke hari ini saya masih mampu tersenyum...

Ah,betapa banyaknya nikmat yang Allah beri...jarang benar saya mensyukuri... Saya terus-terusan mengharap sesuatu yang tidak ada pada saya, hingga saya terlupa mensyukuri apa yang saya ada...

Benarlah kata para cendekiawan, kadangkala..makam syukur itu lebih tinggi daripada sabar.

Alhamdulillah...selama 21 tahun ini ada para sahibah yang menyambut tangan saya tatkala saya terjatuh, yang terus berkata, "Mastura, keep going on!" "Mastura, jangan mengalah!" "You can do it"

Sehingga saya kesat air mata kecewa...Dan terus mengorak langkah...

Benar, saya tidak mampu bergerak seorang diri. saya punya hati yang rapuh,jiwa yang lalai, iman yang nipis... Justeru saya perlukan kalian...ya,kalian untuk menyokong saya, menegur saya...dan terus menegur....

Allah.... :')

Sayu benar hati ini mengenangkan pengorbanan kalian para sahibahku...Terima kasih di atas semua ucapan dan doa...



Terima kasih yang tidak terucap...Doakan saya agar meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan sentiasa...

Selamat hari ulangtahun kelahiran duhai diri.... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah.... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umurmu.

p/s : Saya ada hadiah istimewa sempena hari jadi saya.... 9/8 - saya ada dua exam, dan paper terakhir tamat pada jam 7.30 malam. Hajat doanya!

Salam kasih,dan sayang kerana Allah semata....

Read More......

Saturday, August 6, 2011

rainbow. rain.


Will you give me your hand...for me to get up?

"The whole class result is worse. Majority failed." The voice of her, my beloved lecturer went through my ears.

My heart beated faster than usual. I knew i did it worse too.

"Mastura." The lecturer gave the paper, something that i wished that she would hold it and never give that thing to me. Nah, it's better not to know than know something that I know, it would break my heart into pieces.

I took the paper from her, closed the area that she wrote the mark. I barely not to see.

Well, i had to face the truth though. I opened it slowly.

And yes. It was like what i expected.

Worse. My heart broke into million pieces. You know how it feel, when you always go high on the sky and suddenly you crashed to the earth.

I forgot to be grateful that I passed eventhough with a very low mark that i never obtained before. I tried to hold my heart there, trying not to cry, trying to think positively...Thus i kept my mouth shut. Silent.

There were friends who were having their turn in doing the presentation. I heard them half way before suddenly i cried. heavily.

"Please ask for some tissue." I touched my friend's hand, without looking at her face. But she knew i cried. She held my shoulders, gave me pieces of tissues that she asked from my other friend.

"Mas, don't be like this." She said it slowly. I cried even more.

I felt guilty to my parents. They paid not in a little amount to send me here but what did i reply... A low mark, which surely gave a shame for me and maybe can be some sort of fitnah for Islam?

I cried and cried until i felt that there were no more tears left. Then I stopped.

"Sometimes we need to fall, in order to go further." My other friend tried to console my heart. I forced myself to smile.

My friends and I rushed to the lecturer's room just after the class ended.

"Puan, my spirit is down." I said, honestly.

"Why?"

"Because..well, you know. the marks." I looked down. My heart were still not in a good condition to talk about this anyway.

"It is my intention to make the students' spirits down. So that all of you would study more for the second test." She replied.

"Oh. But i don't know, i feel like everything is nothing now."

She gave me..well actually us, a motivation, and i felt a little bit calm after that.

my legs were weak, my heart were sad, i don't know, why i am very down for this semester. And yes, there are still, lots of projects to be settled before this month ends....And yes, i only understand little from the whole subjects.

If this is some sort of test from Allah, i do hope that He would strengthen me up too.. And i do hope prays from all of you.

I am really down and i don't know why...

Give me advices, motivating story or anything... Am i entitled for the right of ukhwah - something that we have to give advices for our brothers/sisters who asked for it?

I really, really need that now.

Exam is just around the corner...and I....

There's always a strike of rainbow, after the rain... right? :')

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .