Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, April 27, 2012

Manual Mendidik Anak :D



Anak Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari

"Risaunyaa tengok keadaan sekarang, besar cabaran anak-anak akan datang." Topik itu kerap menjadi perbualan. kami tidak gatal

Ini lumrah. Naluri keibuan(ahem) dan mungkin kebapaan akan selalu memikirkan berkenaan si anak-anak kecil. Kain putih itu, entah bagaimana mahu dicorakkan?

Tapi, seperti yang kita semua maklum Islam itu lengkap dan menyeluruh. Maka mesti lah ada cara mendidik anak kan kan?


Contohi Saidina Ali

"Ish..sape tu Saidina Ali? Saya tak kenal lah kak, kalau Ali saya kenal lah,anak Pak Mat Tempe."

Fuh fuh. tarik nafas, hembus. tak boleh marah,tak boleh marah.

Ye, begini adik... Saidina Ali adalah suami kepada Saidatina Fatimah. Ha, adik tutup mulut balik akak tahu adik nak tanya pula siapa Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah adalah anak kepada Rasululullah s.a.w, Rasul yang amat kita cintai.

Haa.. apa nganga mulut tu? nak tanya siapa Rasululullah? *Asah pisau

"Tak akak, saya nganga mulut sebab terpegun akak banyak sangat cakap tapi isinya tak masuk lagi."

-.-"

Begini, Saidina Ali berpesan, didiklah anakmu berbeza pada setiap 7 tahun.
n :

7 tahun pertama, didiklah dengan penuh kasih sayang.
7 tahun kedua, berlaku tegaslah dengan mereka.
7 tahun ketiga, jadilah kawan kepada mereka.

Dalam bahasa yang lebih mudah, ketika anak berumur 1-7 tahun, didiklah dengan penuhh kasih sayang. Cakap lembut-lembut dengan mereka, kerana anak-anak ini masih belum boleh berfikir dengan matang dan mereka cenderung mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Jika selalu kena marah,anak ini akan jadi pemarah. Jika selalu kena pukul anak ini akan menjadi seorang kaki pukul.

Pada 8-14 tahun, berlaku tegaslah dengan mereka. Sebab itu Rasulullah berpesan: Didik anakmu bersolat ketika umurnya 7 tahun dan rotan jika tidak mahu solat ketika umurnya 10 tahun. Pada 7 tahun kedua inilah kita perlu mengajar anak-anak apa yang boleh,apa yang tidak boleh. Rotan jika perlu, berlaku tegas dengan mereka... kerana dalam usia sebegini mereka ingin mencuba pelbagai benda baru yang mereka nampak, maka kita harus kata. yang tu tak boleh! jangan buat begitu! Dalam lingkungan usia ini juga, jika anak-anak dimarah/dirotan, kemungkinan mereka untuk memberontak seperti lari dari rumah adalah nipis.

Pada 15-21 tahun, jadilah kawan kepada mereka. Dengar cerita mereka dengan ikhlas, kerana pada usia sebegini mereka amaaaatt perlukan seseorang untuk menjadi teman baik mereka yang sudi mendengar keluh-kesah dan rahsia-rahsia yang mereka simpan. Jika ibu bapa tak mahu menjadi kawan, maka anak akan mencari kawan lain di luar sana...

Kan ibu/Ayah dah kata!

"Kan ibu dah kata, jangan letak gelas atas lantai, kan dah tersepak pecah!"

"Kan ayah dah kata, jangan main tepi parit tu, kotor!"

Elakkan berkata..."Kan ibu/ayah dah kata!" Kerana itu seolah-olah ayat menghukum. Ajar mereka, tak apa lakukan kesilapan asalkan dibetulkan.

Katakan... ha, dah pecah gelas tu, tak apa, bila gelas pecah adik kena ambil kaca-kaca ni, buang, lap air yang dah tumpah tu.. lepas ni jangan letak gelas atas lantai lagi tau.

dan

Ha... ni baju kotor-kotor ni mesti main tepi longkang kan? tak apa, baju yang kotor boleh dicuci, hati yang bersih susah dicari..(Eh macam dialog iklan je)

Biarkan anak-anak meneroka dunia ini, kita pembimbing bukan penghukum. Jika itu tak boleh ini tak boleh apa pun tak boleh, macam mana minda anak-anak mahu berkembang?

Jangan Malu Meminta Maaf

Ada sesetengah ibu bapa yang amat mementingkan 'maruah diri' mereka. Konon ibu bapa tidak boleh minta maaf kepada anak-anak. Itu silap. Perlakuan kita juga hakikatnya adalah satu bentuk tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika ibu bapa ego dan tidak mahu meminta maaf kepada anak-anak, apabila anak-anak buat silap,mereka akan merasa :

Oh, rileklaa buat apa minta maaf. Benda kecik je.

Jika anda salah, maka jangan malu minta maaf. Contohnya anda marah anak anda depan ramaii orang. Pastinya dia malu. Apa salahnya anda berkata :

Ibu minta maaf tadi ibu marah sangat... Ibu belanja aiskrim nak tak?

Hati-hati wahai ibu bapa. Anak anda juga ada hati dan perasaan. mungkin mula-mula makan hati, lepas itu pecah hati, lama-lama berdendam dan bawa diri.. ketika itu, hendak minta maaf pun susah.

Ingatlah pada suatu ketika...

Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda(maksudnya):
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)

You get what you give. what you give,you get back.

Ya, saya masih belum beranak. Yang ada hanyalah anak tekak,anak telinga jua anak rambut. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman menjaga adik-adik saudara, dan juga daripada ceramah-ceramah Agama,pembacaan di sana sini, juga pengajian psikologi di Kolej. Moga yang baik dapat dijadikan tauladan, yang salah harap dimaklumkan^^

Wallahu'alam




Read More......

Tuesday, April 24, 2012

Al-Aqsa Menyeru



"Mutmainnah, apa yang kau menungkan?" Ah, Habibah. Kerap kali dia dapat menangkap kegelisahan di hatiku.

Aku hanya tersenyum. Kelat mungkin, entah aku tidak tahu.

"Aku rindu..."

Habibah kelihatan tersenyum. "Hah, kau rindu siapa pula? Ibu Ayah?" Sikunya hinggap tepat di lenganku.

"Aku benar-benar rindu...."

"Ya lah, kau rindu siapa?" Dia mencebik. Geli hatiku melihat gelagatnya.Lucu.


"Al-Aqsa..."

Sejenak, suasana hening. Tiba-tiba terasa basah kelopak mataku. Lantas jariku mengesatnya. Ah, cepat benar aku tersentuh kebelakangan ini. Sebut sahaja Al-Aqsa,pastinya basah mataku.

Al-Aqsa seolah-olah menyeruku.. Memangilku untuk menziarahinya. Seolah dia berkata 'Hai Mutmainnah, tidakkah kau rindu padaku?Adakah kau suka melihat aku kosong? Israel mahukan itu!'

Dan aku, tidak mampu membalas apa. Sekadar air mata,mungkin?

"Jadi,kau mahu ke sana?"

Aku mengangguk.

"Kau tak takut?" Habibah mengerutkan wajah. Aku mengoyak senyum. "Mahu takut apa?"

"Israel, bom, senapang?"

Aku tergelak,perlahan."Apalah hendak dibandingkan takut beberapa minit tu berbanding rakyat Palestin yang diselubungi ketakutan saban waktu?"

"Bukankah ada ulama' yang mengharamkan orang awam selain rakyat Palestin masuk ke Palestin, atas sebab menyumbang wang kepada Israel?"

"Benar..."

"Jadi, kau mahu sumbang wang pada Israel tu?"

Aku menggeleng. Habibah,habibah... tak sempat aku habis cakap, laju pula dia menembak. "Tapi itu ulama' luar. Ulama' Palestin menyeru orang Islam menziarahi Al-Aqsa kerana Israel mahu masjid itu kosong. Cuma kata mereka, pemimpin negara tidak digalakkan datang kerana datangnya mereka seolah-olah mereka mengiktiraf kerajaan Israel."

Habibah diam.

"Habibah... Kenapa aku rindu benar pada Al-Aqsa, aku rindu pada saudara di sana... Aku tak tahu, tapi aku seolah-olah terhenti daripada melakukan semua kerja kerana di minda aku hanya ada Al-Aqsa. Waraskah aku ini?"

Air mataku bergenang lagi. Ah, mengapa selalu benar ia hadir... Tolong aku ya Allah!

Habibah mendakapku. Erat.

"Semoga Allah memudahkan urusanmu, sahabat."

Dan air mata yang turun tadi, semakin deras... Melalui pipi lantas jatuh ke bawah.

Al-Aqsa, layakkah aku menjejakkan kaki di sana?

***

"Allahu Akbar... Allahu Akbar.."

Laungan azan itu mematikan lamunanku.

Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu laungan azan dari Al-Aqsa.

Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu seruan menuju kejayaan dari bumi Al-Aqsa. Bumi di mana Rasulullah menaiki buraq berjumpa Tuhan.

Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu adalah suara merdu dari Al-Aqsa.. Bumi di mana Umar dan Salahuddin Al-Ayubi pernah membebaskannya suatu ketika dahulu.

Ya, Al-Aqsa ini buktinya bahawa dahulu Islam pernah gemilang,dan aku kini berada di bumi itu..

Air mata itu gugur lagi. Terasa diri ini terlalu kerdil dan hina untuk menjejakkan kaki di bumi suci ini. Aku mengerling jam di tangan. Ada lagi setengah jam sebelum perlu berkumpul semula bersama para rombongan yang lain.

Terdengar iqamat dilaungkan. Pantas aku berdiri, bersama dalam satu saf bersama warga-warga Palestin yang tabah. Aku merasa diri semakin kerdil dan hina... siapalah aku di hadapan Tuhanku,apakah aku layak berada dalam satu saf bersama mereka?

Usai solat, aku melangkah longlai... Terasa amat berat hatiku ingin meninggalkan Al-Aqsa.

Habibah... Jika kau berada di sini, pastinya kau dapat merasa, udara di sini, udara yang penuh semangat. Udara peninggalan sejarah... Habibah, bumi ini.. bumi buktinya kegemilangan Islam. Namun kini, yang ada hanyalah kedukaan.
Bumi ini bumi buktinya indah hidup berTuhan, tapi kini yang tinggal hanyalah kelukaan....

Dan kaki ini melangkah, semakin jauh dari Al-Aqsa. Melihat sekeliling, anak-anak Palestin yang asyik bermain sesama mereka...

Ah Habibah. Mereka tidak takut lagi pada bom, senapang dan Israel, kerana mereka percaya Allah bersama mereka.. dan.. dan Habibah, mereka percaya bahawa semua umat Islam mengingati mereka dan berusaha sama untuk membebaskan Palestin.

Ah Habibah.. tulusnya kepercayaan mereka! Kudusnya jiwa mereka!

Air mataku gugur lagi. Al-Aqsa, bilakah lagi kita dapat bertemu...?

*******


-Cerpen pendek ini dihasilkan pada malam hari, kerana rasa rindu yang amat kepada Al-Aqsa. Doakan saya agar dapat menjejakkan kaki ke sana. Untuk semua... Maaf atas segala kekurangan, sungguh diri ini hanyalah umpama sebutir pasir di hadapan Tuhan... Penuh kekurangan, banyak kealpaan.. Maafkanlah... :') -

Tuhan...
Berikanku peluang..
Agar dapatku bersujud..
Di bumi Al-Aqsa..
Meski hanya sedetik cuma...


Wallahu'alam.

Read More......

Wednesday, April 18, 2012

Si Kain putih

Bermulanya sebuah kisah di petang yang heninggg... *krikk krikk...* Bunyi cicak



"Kak wawa, ni Al-Quran Kak wawa eh?"

"Ya Adam."





"Kenapa Kak wawa cium Al-Quran ni?"

"Sebab kak wawa sayang... Ni kan dari Allah... kak wawa sayangggg Al-Quran. Adam sayang tak?"



"Adam pun sayanggggg Al-Quran."

:')

Cerita bersambung... *Uuukk..uukkk* Cicak sudah tercabut ekor

"Adamm.. meh sini tengok kuda." Saya mengajak Adam, 'menonton' kuda di Youtube.

Adam akur, duduk di ribaan. Pantas, tangan saya menaip

Perang Badar.

Dan..keluarlah video perang badar. Adam seronok sungguh tengok kuda perang-perang. Saya pun terfikir satu video yang menarik.

"Adam nak tengok lawan-lawan? Tapi tak ada kuda."

"Nakkk"

Fuh,selamat.

Saya pun buka video ini :



Dan berlaku satu perbualan.

Adam : Kak wawa, sedap lagu dia.

Saya : Ye ke?

Adam : A ah.

Adam turun dari ribaan dan berdiri di sebelah.

Adam : Kak wawa, kenapa dia tembak-tembak api?

Saya : Oh.. dia nak lawan orang jahat. Yang gemuk tu yang jahat, yang naik kapal cantik orang jahat.. tengok tu dia pakai baju berat-berat dah tak boleh berenang.. orang baik pandai kan? Nanti Adam belajar swimming dengan tembak-tembak panah eh?

Adam : A ah... Adam dah belajar swimming.

Adam khusyuk melihat video..

Adam : Cepat cepat cepat!

Adam menepuk-nepuk tangan sewaktu kedua-dua pihak sedang bertarung

Ketika pihak musuh Islam sudah tewas dan tenggelam... Adam menjerit kesukaan.

"YEAYY YEAYY... ORANG BAIK MENANG. YEAYY!" Tangannya ditepuk-tepuk lagi sambil melompat-lompat.

Saya buka lagi satu video :



Pom! Pom!

Satu sekolah di bom. Pastinya di Palestin.

Bulat mata Adam melihatnya.

Adam : Kak wawa, kenapa dia bom sekolah budak tu?

Saya : yang bom tu orang jahat... kesian kan budak tu, kat sekolah Adam ada tak kena bom?

Adam : Tak ada, cuma ada cikgu marah je. (Oh jujur sungguh!)

Saya : Ha..tengok sekolah kena bom pun budak tu nak juga pergi sekolah.

Adam melihat lagi..

Tiba-tiba ..

Adam : Kak wawa, nanti Adam nak belajar tembak-tembak, Adam nak lawan orang jahat. Kak wawa ikut eh?

Saya : Okay.

Adam : Nanti Adam nak naik kereta kebal.

Saya mendiamkan... Tatkala video menunjukkan budak perempuan itu menggenggam seketul batu..

Adam : Kak wawa, kenapa dia ambik satu batu je?

Aaaa. Adam adam, kenapa suka bagi soalan cepu emas?

Saya : Sebab dia jumpa satu batu je -.-"

Dan tatkala kereta kebal itu berundur...

"HA HA. ORANG JAHAT TAKUT"

"A ah, orang baik berani kan?"

Adam mengangguk.

***

Tatkala itu, saya teringat pada satu pesan Rasulullah :

Anak-anak adalah ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, majusi atau nasrani


Waktu melihat video, Adam kelihatan amat marah pada orang jahat yang ada...dan hakikatnya itu adalah fitrah. Ketika kita kecil dahulu, hati yang bersih itu amat benci pada kejahatan...

Jadi,ibu bapa, kakak-kakak, abang-abang, semuanya... jadilah kreatif dalam mengekalkan fitrah yang bersih itu..

Jangan ajar anak kecil itu nyanyian,tarian yang melalaikan... Ajarlah dia mengenal Tuhan.
Jangan ajar anak kecil itu takutkan hantu yang bukan-bukan... Ajarlah dia takutkan Tuhan.
Jangan ajar anak kecil itu mengidolakan duniawi... Ajarlah dia meminati ukhrawi...

Kerana anak kecil itu adalah aset buatmu ke syurga....

Didiklah dengan penuh hikmah, agar kelak dia membesar menjadi seorang yang berhikmah :)

Didiklah anak agar menjadi Muslim dalam erti kata yang sebenar.

Macam mana didik anak dalam Islam? Dari umur sekian ke sekian didik bagaimana? Ha.. siapa tahu? siapa nak tahu, sila beritahu saya... rasanya dah panjang post ni.. :)

Wallahu'alam



Read More......

Sunday, April 15, 2012

Pengajaran Kehidupan


Assalamualaikum^^

Rasa macam dah lama tak update blog.

Hari ni, saya ada cerita menarik nak dikongsi bersama..

Rasanya semua dah tau, saya cuti 3 bulan sampai bulan 6. Apa? tak tahu? Er,er, ni saya bagitahu lah ni :')

Maka saya sedikit bosan terperap di rumah. Jadi, secara spontan saya telah mengajak kawan-kawan sekolah rendah(10 tahun terpisah) untuk berjumpa.


Yang hadir hanyalah 4 orang termasuk saya. Dan saya seorang yang beragama Islam. 2 orang berbangsa Cina dan seorang lagi India. Di sinilah ceritanya bermula...

Saya namakan gadis cina pertama sebagai A. Gadis cina kedua sebagai B, dan gadis India sebagai C untuk memudahkan penceritaan.

Banyak perkara yang membuat saya terharu, malu dan bermacam lagi rasa tatkala bersama mereka.

Situasi 1

Saya : Where we want to eat for lunch? Is there any restaurant in Persada?

B : I think there is a Malay Restaurant there.

Oh saya rasa terharu. Mereka sangat hormat dan peka bahawa saya perlu makan makanan yang halal.. :')

Situasi 2

Setelah penat berpusing-pusing sekitar PC Fair..

saya : tak apa ke ni... kesian korang penat jalan.. (sebab nak cari barang saya)

A dan B : You think too much Mas, it's okay with us.

Saya terharu lagi. Mereka selalu biarkan saya berada di tengah-tengah ketika berjalan supaya saya tidak hilang dalam lautan manusia :')

Situasi 3

Kami bergerak ke City Square JB untuk menemui C.

Saya : Have you take your breakfast, yet?

C : *Senyum, geleng (Dia baru sahaja selesai bertugas)

Saya : Come on, let's eat.

B : Mas, you decide lah. You have to eat the halal foods right?

Terharu lagi.

Situasi 4

Kami pergi ke food court. Saya dan A pergi berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari makanan.

A : I think i'll go to the western.

Saya : Yah, me too.

A : er, is it okay with you?

Saya : why?

A : Is it halal?

A tengok-tengok kedai tersebut.

A : Yeah, it has the halal logo. So you can.

Saat ini saya rasa nak menangis kerana orang bukan Islam lebih cakna lagi tentang halal haram daripada saya, sedangkan saya berasa yakin, kononnya semua kedai makan di Malaysia diiktiraf halal. Allah...

Ketika sedang makan, A tanpa rasa geli atau apa mengambil sedikit kentang goreng yang berada di pinggan saya. Ya, berkongsi. Tanpa rasa geli. :')

Situasi 5

Kami berjalan lagi.. mencari tempat untuk berbual panjang.

Tiba di satu tempat, kami mahu ambil gambar bersama. Di sebelah kami, ada pasangan melayu dan mungkin juga Islam sedang asyik bermesra.

Saya : I think we should ask someone to take our picture.

C: Yeah, can we ask that abang? *tunjuk ke sepasang kekasih di sebelah.

Saya : I think they are too busy?

C : You try approach him.

Melihat saya diam,

B : Aiya, Mas must be shylaa..

... Dan mereka mencari orang lain.

Hakikatnya saya malu kerana pertama - orang Islam sendiri dengan terang-terangan menunjukkan sikap yang tidak baik. Sedangkan kami, khususnya mereka tidak langsung mempunyai kekasih. Mereka kata tanggungjawab kepada keluarga sendiri masih belum selesai.

Mereka kata lagi tak sampai hati mengecewakan ibu ayah yang telah menjaga mereka sejak kecil dan membesarkan mereka.

Pang!

Ya saya rasa seperti ditampar-tampar. Allah... indahnya memiliki hati selembut itu. Indahnya jika semua umat Islam juga berfikiran begitu.

Jangan salah faham, saya tak kata orang Islam tidak bagus... tapi saya malu kerana orang bukan Islam yang seolah-olah lebih memahami Islam.

Dan ayat mereka yang masih segar di ingatan..

C: You know, i dont really have friends in Singapore. I just go to work and go back home.

A: Why?

C: Because they are very..you know... they smoke... they have child but no husband..

B : You better not to join them, or you will get influence.

Dan juga....

C : You know what.. my job .. you have to wear heavy make ups - eye shadows, very red lipstics, yeah you know..like a prostitute. But i dont want to do that and i never wear those make up!

Hati ini menangis lagi.

Allah, berikan mereka petunjuk dan hidayahMu.

Dan berilah kami(orang Islam) Kefahaman tentang AgamaMu.

Wallahu'alam.

Read More......

Sunday, April 8, 2012

Hati kita tanggungjawab kita

*Entri ini adalah entri bergambar. sesiapa tak suka gambar, boleh hentikan bacaan di sini. Jika anda ohsem dan suka tengok gambar,silakan meneruskan bacaan^^

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Sihatttt.

Apa khabar hati?

Er, sorry? awak tanya apa?

Eh? saya tanya apa khabar hati?

Sorry, tak ada orang nama hati kat sini. You can go back home and practice. *Berpaling wajah.

Ehhh sat sat. Maksud saya, keadaan hati, macam mana? okay ke?

Ehhh awak ni. makin melebih pula ye, macam mana nak tahu keadaan hati. boleh xray ke?

Ahem ahem. Begini sahabat...

Hati Kita Tanggungjawab Kita

Waktu kita lahir dulu... Hati kita semua bersih, suci bersih... Tapi bila kita dah besar sikit, kita buat dosa, buat maksiat..setiap kali kita buat dosa tu, satu titik hitam muncul. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Mula-mula kita rasa bersalah lakukan dosa, tapi lama-lama..Alaaa.. kita rasa normallah. semua orang buat. What's so strange 'boutt thattt?

Bila hati da gelapp sangat, orang beri nasihat, kita.. "Ummmpphh whatever"

Cikgu bagi ilmu, kita.. "Ha, ape ni, tak faham!"

Bila nak hafal Quran "Apa payah sangat ni nak hafall"

Jadi, berjalanlah kita umpama mayat hidup. Ada hati yang tidak lagi hidup.

Ha.. dah takut ke?

Sabarlaaa... belum habis lagi ni. Jadi kawan-kawan, untuk elakkan daripada hati mati, marilah kita mengenal dosa, dan mengetahui keadaan hati kita.

"Haa dia mula dah dia mula dah nak mengarut. Kasi terang sikit, apa awak cakap ni?"

Macam ni, marilah kita mengenal dosa!!

*Garu-garu kepala.

Er, okay. Mari tengok aplikasi di bawah.

Aplikasi

Sekarang semua ambil sehelai kertas dan lukiskan sebentuk hati yang ohsem seperti di bawah :



Baiklah, bermula daripada detik kita dah lukis tu, setiap kali lakukan dosa atau kemaksiatan, kita buat satu titik hitam,



Kalau setiap hari kita masih tak serik-serik lakukan dosa, terus buat titik-titik hitam tersebut.



TAPIIII... bila kita dah rasa. "Ishh, dah teruk ni hati aku ni. macam mana ni..macam mana ni."

Sabar. Kalau pensil ada pemadamnya,pen ada liquid papernya. Hati pun ada pemadam dosanya! suka tak, suka tak? Padamlah titik-titik hitam tersebut dengan istighfar dan berbuat kebaikan...



Kalau kita tak nak istighfar, hati kita akan menjadi...



Dan akhirnya, ilmu, kebaikan, nasihat, semua akan terkeluar balik. Sebab,hati dah mati.. :(



Jadi, teruskanlah memadam titik-titik hitam itu sehingga hati kembali cantik dan ohsem.



Dan berjalanlah kita di muka bumi dengan hati yang bersinar dan menjadi kecintaan Allah..

Jom jom!

Aplikasi ini boleh juga diajar kepada anak-anak kecil untuk mengenalkan mereka pada tanggungjawab menjaga hati.

Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Wallahu'alam




Read More......

Thursday, April 5, 2012

Mereka bukan Untuk Dicerca

Cantik Pakcik Gugel ambil gambar. Terima kasih :)

Dalam suram hati,
Dalam tandus Iman,
Mengapa hadir suara,
Yang mengontangkan segalanya...


"HOII.. APE NI TENGOK CERITA KAPIR NI KAPIR! TUTUPP TUTUPP!" Ada individu yang menjerit-jerit, hanya kerana rakannya melihat cerita Inggeris.

Sahabat yang 'ditegur' itu pun terus sahaja tak puas hati, berkecil hati dan menjauhi Islam. Bosan, ini tak boleh itu tak boleh.

Dan si penegur tadi pun terus terdetik, "Ala tak apalah... kat dunia ni kena hina, Rasulullah pun dulu dihina juga. Ala takpelah."

Senario itu berulang. Keadaan menjadi semakin parah.

Jangan Halang, Bimbinglah

Ini bukan cerita dongeng, keadaan ini adalah realiti. Jika tidak berlaku di sini mungkin di sana. Jika tidak di sana mungkin di situ, jika tidak di situ, mungkin di sini, jika tidak di sini, er er di..

Oh apa kita bincangkan tadi?

Boo tukar topik. Terdengar suara halus dibelakang

Jangan halang. Betul jangan halang. Cuba bayangkan, anda minaatttt sangat makan nasi ayam. Kalau dalam setahun, 365 hari makan nasi ayam sahaja pun tak apa. Tiba-tiba di saat anda mahu menyuap nasi ayam ke dalam mulut, datang seseorang dan berkata :

"Hoi! Jangan makan nasi ayam, kau tau tak. Ayam ni disuntik. Tak bagus untuk kesihatan. Nanti kau sakit terlantar kat hospital.." Pum pam pum pam dia 'tembak' kita tanpa henti. Malah lepas habis ceramah tersebut, dia dengan sukarela mengambil pinggan nasi ayam itu dan...

Puinggg..

Nasi ayam yang tadinya berada di atas meja telah pun selamat berada di dalam tong sampah.

Waktu tu,apa kita rasa?

Rasa gembira kah? Adakah kita akan bangun daripada kerusi dan berkata,"Eh kawan, terima kasihlah nasihatkan aku,kalau tak ni mesti aku kat hospital kan?"

Atau kita rasa nak bangun daripada kerusi dan pastikan kawan tadi tu berada di hospital?

Eh sabar. sabar. saya suruh bayangkan, jangan menjiwai.

Begitulah, apabila kita menghalang kesukaan mereka yang ingin kita dekati untuk menyampaikan Islam, mereka akan berasa jengkel. Contohnya dah 4 tahun mereka sukaa sangat tengok cerita Korea, tiba-tiba kita kata. No, tak boleh. Kau kena stop daripada tengok cerita ni, cerita ni tak soleh. Kalau kau tengok juga kau masuk neraka.

Atau kawan tu dah terbiasa gelak kuat-kuat, tiba-tiba kita pandang dia atas bawah, kita cakap. "Ish ish ish, solehah ke macam tu?" sambil geleng-geleng kepala penuh kesal.

Sahabat, bukan begitu caranya... Tak ada satu manusia pun yang suka merasa diri mereka dikongkong, tak ada satu manusia pun yang suka dikasari...

Jangan halang, bimbinglah.

Macam mana?

Kita ambil contoh di atas. Kes pertama, kawan suka tengok cerita Korea sampai lupa solat, sampai leka sungguh. Tengok cerita tu sama-sama dengan dia, tapi bila sampai waktu solat, kita minta diri untuk solat. Orang kata tingkahlaku kita lebih bermakna daripada cakap saja. Bila dah lama-lama buat macam tu, dah makin rapat.. Setiap kali nak solat, gurau-gurau cakap, "solat solat solat. Jom solat."

Tak adalah si kawan tadi tu terasa hati sangat. Perlahan-lahan tegur. Pendakwah perlu kreatif.

Kes 2, kawan suka gelak kuat-kuat. Bila bersama dia, kita gelaklah perlahan-lahan, lama-lama insyaAllah dia akan segan sendiri. Tak perlu cakap, buat saja.

Kalau kita tak suka sesuatu perbuatan tu, tegur dengan elok, kalau minat kawan tu kita tak suka, bimbinglah dia, jangan terus dihalang. Kalau kita tak suka, tinggalkanlah, jangan dikutuk mereka. Apa yang penting, mantapkan iman individu tu dahulu, apabila iman dah mantap, kelak mereka sendiri akan rela hati meninggalkan apa-apa yang melalaikan.

Cari Persamaan

Waktu saya kecil, saya dan kakak suka selak surat khabar sama-sama dan cari peraduan : cari perbezaan dalam gambar berikut.

Kadang-kadang ada tiga perbezaan, kadang-kadang empat,kadang-kadang lima. Tapi yang pastinya, perbezaan itu lebih sedikit berbanding persamaan.


Jumpa di gugel juga. Saya tak tahu ada berapa persamaan, tapi secara kasarnya nampak lebih banyak dari perbezaan, kan?

Begitu juga para pendakwah... Jangan terlalu melihat kepada perbezaan, carilah persamaan yang banyak. Kerana persamaan itu lebih menyenangkan, perbezaan pula melengkapkan.

Apabila kita telah menemui titik persamaan, maka orang yang didakwah juga semakin senang untuk didekati, disayangi, dikasihi juga dicintai.

Kelak, mungkin mereka juga berganding bahu menyebarkan Islam bersama kamu, siapa tahu? Pokoknya, kita jangan zalim kepada mereka jika tidak mahu Islam dizalimi....

Mudahkan?

Jom beramal!

Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya (Al-Qasas : 37)


Dalam sendu iman,
Dalam kekontangan jiwa,
Mungkinkah akan hadir,
Mereka yang menghapuskan segala?


Wallahu'alam


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .