Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, December 25, 2015

Bila kita tunaikan hajat orang..



Suatu malam -- saya, abang dan adik lelaki duduk di ruang tamu bersama-sama emak. Tiba-tiba emak bersuara memulakan cerita tentang arwah datuk kami,

"Tau tak, arwah embah idris dulu baik sangat."

Kami mengangguk, sekadar membiarkan emak bercerita lanjut. Mungkin di hatinya terbit rasa rindu pada sebatang tubuh bergelar ayah. Mungkin juga ini tabiat biasa emak yang suka bercerita semenjak kami kecil hinggalah sekarang (dan sikap ini diwariskan kepada saya, hehe)

"Ada satu hari tu embah dapat bonus, lepastu ada sorang pakcik ni datang kata ada orang nak jual lembu-lembu yang dia ada, pakcik ni memang minatlah bela lembu..Lepastu embah bagi semua duit bonus dia." Emak berhenti sejenak, kemudian menyambung kata ;

"Tak berapa lama lepastu, pakcik tu datang menangis-nangis jumpa embah, dia kata orang yang nak jual lembu tu tipu je, duit dah lesap, lembu takde pun." 

Satu-satu wajah kami emak pandang lembut, "Kalau awak semua jadi embah, apa yang awak buat?" Soal emak. Seperti biasa, emak gemar menguji kami, tidak semuanya disuap ke mulut. 

"Em.. let by gone be by gone," Jawab saya ringkas.

"Awak pulak?" Tanya emak kepada abang sulung saya.

"Dah takde rezeki nak buat macam mana, cuma lainkali hati-hati je lah."

"Ajim pulak?"

"Dah suratan takdir…."

"Salah. Semua salah." Emak membalas.

"Habistu, apa embah buat?" Berkerut kening kami memikirkan jawapan kepada persoalan itu.

"Masa tu semua orang marah embah kenapa tak siasat dulu lah apelah, tapi embah pergi semua tempat cari dua ekor lembu, embah beli dan bagi pada pakcik tu. Orang semua tanya kenapa buat macamtu, rasa-rasa kenapa embah buat macamtu?" 

Emak bertanya lagi. Kali ini kami semua buntu, "Entah." Serentak, kami menjawab.

"Embah kata…pakcik tu berhajat nak bela lembu, kalau kita tunaikan hajat orang, Allah akan tunaikan pula hajat kita." 

Jawapan itu benar-benar menyentap jantung hati saya. Satu jawapan yang tidak pernah langsung terlintas di benak fikiran ini. Arwah datuk saya bukanlah datang dari keluarga yang senang, arwah nenek cumalah seorang surirumah tangga sepenuh masa, arwah datuk pula bekerja di pejabat pos, harus pula menanggung anak-anak seramai 9 orang. 

Namun, berkat itu ada. Tidak pernah mereka meminta-minta, senang itu tidaklah, tapi tidak pula susah. 

Minda saya menerawang pada satu kisah beberapa bulan yang lalu, tatkala saya menemankan emak bertemu bekas teman sekelasnya, makcik itu memandang wajah saya dalam, sambil memegang pipi saya lembut dia berkata --

"Arwah atuk awak baik sangat, ada satu hari tu masa makcik sekolah rendah, makcik nak beli buku setem tapi tak ada duit, arwah atuk awak cakap dah takpe, ambik tiga ringgit ni pergi beli buku setem. Dia memang tak pernah biarkan orang yang datang meminta pulang dengan kecewa."

Mata saya bergenang. Sungguh benarlah, erti hidup itu pada memberi. Saya tidak pernah walau sesaat pun bertemu wajah dengan arwah datuk, dia telah pergi menghadap Ilahi bertahun-tahun sebelum kelahiran saya, tapi demi Allah saya sungguh mencintainya. 

Dan, tatkala saya ditanya soalan oleh teman-teman bukan Islam --

"How can you love your prophet and all Muslims around the world when you never meet them, not even once?"

Saya akan tersenyum sambil berkata, "I never meet with my late grandfather, not even once, but I'm deeply in love with him."

I miss u, embah.

Al-Fatihah.

Read More......

Monday, December 14, 2015

Life gets better


I still remember the days i cried before going to work.

I still remember how tremble i was to look at my email whilst the questions of 'did i make mistakes yesterday and need to face up with the boss today' kept coming into my mind.

I still remember the day i suddenly cried while eating at the pantry. 

The memory is still clear -- about how i was very down, felt like giving up and run away, yes i  still remember that fragile me. 

Luckily i did not give up. I did not surrender to my emotions, why? 

Because today i can laugh with my boss, talking freely to each other, share stories and even laugh really hard while telling her the story about how much i cried and trembled before. 

You see -- life gets better, even if it doesnt, you will surely get more mature than before. 

So while waiting for life to become better, be patient! Do something useful, release the positive vibes, dont give up and keep on going. Make sure you are there to see how your life change --

With a new you. The better you. 

sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Al-Insyirah : 5-6)

Salam cinta :)

Read More......

Kerna mereka jua manusia


Tempoh hari, sepupu saya ditahan di hospital kerana kemalangan. Lalu dalam masa yang terbatas, saya berkejaran ke hospital usai tamat waktu kerja diiringi seorang sepupu cilik berusia 7 tahun. Namanya Adam. 

Dalam perjalanan menuju ke wad, hati saya berdegup kencang, Adam sudah begitu teruja untuk menziarahi sepupu kami yang sakit, tetapi Adam adalah anak kecil yang dilarang memasuki kawasan wad pesakit.

"Cik, cik" kedengaran pengawal bertugas memanggil saya, 

Saya menoleh "ya?" Senyum.

"Cik, budak kecik tak boleh naik atas" 

Saya angguk, mengerti. Lantas mendail nombor telefon sepupu yang sedia ada di wad untuk turun menjaga Adam, agar saya dapat pula berziarah. 

Tapi saya perasan sesuatu. Wajah Adam bertukar kelat, dia mula agresif, seolah matanya menyimpn seribu macam kesedihan. 

Perlahan, saya memeluk tubuhnya. "Adam, tau tak kenapa adam tak boleh naik atas?" 

Saya bertanya sekadar ingin menguji. Adam geleng. "Kenapa kak wawa boleh?" Rajuknya lagi. 

Otak saya ligat berfikir bagaimana mahu menerangkan segalanya pada anak sekecil Adam. "Kat atas tu, banyakkkk kuman. Adam kecik lagi, nanti kuman senang nak lekat kat Adam, nanti Adam sakit." 

"Habis kuman tu tak lekat kat kak wawa ke?"

"Kak wawa dah besar, badan kak wawa dah kuat nak lawan kuman, Adam kecik lagi, tak kuat lagi nak lawan kuman."

Adam mengangguk. "Ohhh nanti bila Adam dah besar baru Adam boleh tumbuk tumbuk tumbuk kuman kan kak wawa?"

Saya tersengih. Er, saya kira dia mengerti. Dia akur menunggu di bawah. Alhamdulillah. 

Saya kira, diplomasi dalam kehidupan harian adalah penting, anak kecil akan belajar daripada orang dewasa. Bertumbuk, bergaduh, suka viralkan perkara yang tidak pasti dan sebagainya, atau berbincang, bertanya dan selesaikan segalanya secara baik terpulang pada kita. 

Terkadang saya tertanya sendiri, apa yang manusia dapat dengan perkara buruk semua? Puaskah hati yang membara? Selesaikah masalah yang menerpa?

Entah. Ironinya, ramai antara kita yang setuju bila dikatakan "kalau tak belajar betul-betul ilmu Agama, jangan sewenangnya berhujah itu ini."

Tapi, bagaimana dengan ilmu yang lainnya? Tidak apakah orang yang bukan dalam bidang ilmu itu komen secara berlebihan malah meminggirkan segala ulasan orang yang memang dalam bidangnya? 

Kita mungkin lupa pada satu pesan Allah --

“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Tetaplah dalam bidangmu. Bertanyalah pada yang tahu. Berbincang jika perlu. Mungkin sahaja kau tidak tahu -- dengan berkata 'maaf aku tidak tahu' juga merupakan salah satu cabang ilmu. 

Berhentilah viral yang tidak-tidak. Orang yang kau viralkan juga punya jiwa...

Dan punya keluarga.

***
"Adam good boy eh?" Saya berkata seraya mendepangkan tangan merangkul si cilik itu. "Sebab adam good boy kak wawa belikan air"

"Yeayy. A ah adam good boy, adam tunggu sambil tengok fish je." Dia menyeringai sambil melompat-lompat gembira dapat beli air di vending machine. 

Manusia, memang lumrahnya gemar dihargai. Belajarlah menghargai, sebelum segalanya terlewat dan tiada gunanya lagi menyesal di kemudian hari. 

Salam cinta :)

Read More......

Sunday, December 13, 2015

Marriage is not a competition


I always meet with certain people who loves to give advice like "tak payahlah sambung belajar nanti tak de lelaki nak" 

Normally i will just stay quiet knowing there's no use in arguing about this,

But--

one day i met with the most extreme someone who said "tak payahlahh belajar tinggi tinggi. Buat apa? Lelaki nak dekat pun takut." And she started to point here and there "tengok anak makcik tu, tengok anak makcik ni"

That time i couldnt put my feelings grounded anymore i didnt even realise when did i open my mouth and said, "baguslah macamtu, at least saya boleh tapis siapa lelaki yang berkualiti, lelaki macamtu sah sah tak boleh jadikan suami, pendidikan isteri pun dia tak peduli, anak-anak nanti apatah lagi." 

That someone looked perplexed, i went away. 

I mean -- who cares anyway? Women aren't born to be ignored an education. 

Dulu zaman nabi dan sahabat, masyarakat jadi hebat sebab wanita-wanitanya berpendidikan. Wanita-wanita tidak dihalang menuntut ilmu malah digalakkan menuntut setinggi mungkin. Saidatina Aisyah juga dinobatkan sebagai perawi hadith terhebat, beliau juga adalah pengajar kepada yang lainnya. 

Bukankah wanita itu madrasah pertama buat anak-anaknya? 

Why do people take marriage as a competition? like you cant enter jannah if u dont do so. Then after they got married what else will you ask? When to have babies? When to add up more? And the question will go on -- unstoppable. 

I mean, every person has their own ambition, their own turbulance. cant we just give support and cheer them up? If u dont have any idea to start a conversation and come to think about these irritating questions -- just dont bother about talking anyway, talk only when you think your talking is better than your silence. 

Just because other people dont have what you have, doesnt mean they are less happier than you are.

To educate a child, is to turn walls into doors.

Salam cinta :)

Read More......

Thursday, December 3, 2015

Berlagaklah laksana seorang hamba



Di sebuah kampung yang permai, tinggal seorang lelaki tua bersama anaknya. Lelaki tua itu memiliki seekor kuda yang cantik. 

Suatu hari, kuda itu hilang entah ke mana, orang-orang kampung mula menunjukkan simpati --

"Kasihan, kuda kesayangannya hilang."
"Kasihan, berat dugaannya."

Si anak pun jadi terikut sama, kata si anak, "ayah, apalah malang nasib kita, kuda kesayangan yang cantik hilang entah ke mana, bagaimana pula mahu dicari gantinya?" 

Namun lelaki tua itu tetap sahaja tersenyum. Katanya, "tak apa, mesti ada hikmahnya."

Hari berganti hari, minggu berganti minggu -- 

Tiba-tiba kuda kesayangan lelaki tua itu pulang kembali ke rumah setelah sesat di hutan, bukan itu sahaja, ia diiringi beberapa ekor lagi kuda liar bersama!

Seronoklah hati si anak. "Wah ayah, beruntunglah kita, dapat banyak kuda sekaligus." Kata si anak girang.

Lelaki tua itu membalas tenang, "belum tentu lagi beruntung, tapi pasti ada hikmahnya."

Lalu, setiap petang si anak pasti bersiar-siar bersama kuda-kudanya, hinggalah suatu hari si anak jatuh dari tunggangan sehingga tangannya patah. 

Sambil menangis, si anak berkata, "aduhai ayah! Apalah malang nasib kita, baru sahaja mendapat kegembiraan kini musibah pula menimpa, bagaimanalah aku mahu bekerja mencari nafkah?"

Lelaki tua itu seperti biasa tetap sahaja melemparkan senyum manis, "tak apa, pasti ada hikmahnya." 

Beberapa minggu kemudian, kampung mereka diserang lanun, lanun-lanun itu menceroboh setiap sudut kampung, mahu merekrut pemuda-pemuda yang ada untuk dijadikan sebagai ahli kumpulan mereka. 

Lalu beraturlah anak-anak muda yang ada di hadapan ketua lanun, termasuk anak lelaki tua itu. Ketua lanun memeriksa seorang demi seorang sehingga tiba pada pemuda yang tangannya patah lalu ketua lanun berteriak--

"Kamu! Tidak perlu masuk ke kumpulan kami! Apalah gunanya kami menerima ahli yang patah tangannya, memegang senapang pun belum tentu berdaya!"

Perlahan-lahan, hati pemuda itu berbisik, "benar, setiap yang berlaku ada hikmahnya"

:) teruslah bersangka baik dengan Allah Yang Maha Baik. Meski segalanya tampak berselerakan, meski segalanya tak kau faham setiap keadaan -- percaya. Teruskan percaya. 

Suatu hari kelak, pasti kau terlihat hikmahnya, sambil tersenyum pasti kau berkata -- Tuhan, terima kasih, kerana dahulu tak semua doaku Kau terima. 

Wahai diri! Berlagaklah laksana seorang hamba. 

...komputer saya rosak, aktiviti menulis jadi terhad. Takpe, mesti ada hikmahnya, kan? Hajat doa :)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .