Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, March 29, 2016

Let it go


"Mas, tau tak kalau kite depress kite ingat kat awak, mesti lagi stress kena layan karenah orang overseas." Teman baik saya melontarkan kata-kata itu tatkala kami berdua duduk menghadap laut, angin yang sederhana tiupannya kadangkala menyengetkan tudung bawal di kepala, lantas perlahan-lahan dia membetulkannya, sambil matanya melihat saya -- dia tersenyum.

Saya ketawa. 

"Kenapa?" Tanyanya hairan.

"Kita pulak, kalau stress je ingat kat awak mesti lagi stress layan karenah orang macam-macam, kerja pun tak tentu hala waktu." 

Dia sedang menjalani housemanship di salah sebuah hospital di Johor. Waktu kerja tidak menentu, bahkan entah berapa kali saya juga menitikkan air mata tatkala dia bercerita segala cabarannya di tempat kerja. Yalah, kau mesti rasa sakit bila orang yang kau sayang sakit.

"How beautiful is that?" Saya tersenyum lagi, sebelum kedua-duanya diam melayan rasa hati. 

Diam-diam saya akui, sebuah persahabatan adalah nikmat yang tidak terperi. Ramai orang yang minta nasihat -- Saya sedih, kawan saya dah tak ingat kat saya lagi.

Kita dah dewasa. Dah besar. Ada orang pernah cakap kat saya -- if you havent lose friends, you havent grow up. 

Senang cerita, kita dah makin tua. Hargailah apa yang ada depan mata -- Yang selalu di sisi, yang selalu menemani. Yang nak pergi, biarkan dia pergi. Kita dah tak ada masa nak rayu-rayu orang agar tetap di sisi -- hingga kadangkala kita terlupa hargai mereka yang meletakkan kita dekat di hati.

Untuk apa kau rayu-rayu orang yang tak pernah mahu kau dalam hidup mereka?

Let them be. 

"Mas ingat tau, jangan lupa mesej kite, kalau ada apa-apa jangan lupa cerita macam biasa." Katanya memecahkan sepi.

"Kite rasa boleh buat sujud syukur kalau kite mesej awak cepat je balas."

Tawanya meledak. "Tak kira kite lambat balas pun, mesej je." 

Saya tarik nafas, diam-diam saya muhasabah diri agar lebih menghargai. 

Ya. hargai -- siapa yang sudi meletakkan kita di hati, dan biarkan sahaja siapa yang mahu pergi. Let them go so that you can grow. Tapi jangan pula kau benci mereka, percaya saja ada orang yang hadirnya cuma untuk menjadi sebahagian sejarah hidup kita.

Dan mungkin suatu hari kelak, mereka yang pergi datang kembali kerana rindu membuak di hati, saat itu mungkin kau boleh tersenyum sambil berkata --

hey, i didn't walk away -- you let me go.

Salam cinta :)

Read More......

Bear a little more!


Saya tak pernah tahu wujudnya satu ayat yang paling menyedihkan dalam dunia, sehinggalah suatu hari saya berjumpa seseorang yang kerap menangis, lalu saya bertanya,

"Kenapa awak selalu sedih? Awak tak gembira ke dengan apa yang awak ada sekarang?"

Lalu jawabnya ringkas, "I was once a happy person." 

Hati saya tiba-tiba hiba, tatkala itulah saya sedar itulah ayat yang paling sedih dalam dunia -- sekurang-kurangnya bagi saya. 

I was once a happy person. Dahulu dia adalah seorang yang terlihat ceria. Dahulu dia adalah seorang yang suka ketawa. Dahulu dia adalah seorang yang pandai menyembunyikan rasa. Hinggalah tiba ke satu tahap -- dia sudah tidak mampu, lalu air mata yang dahulunya ditahan-tahan jatuh berguguran.

"Kenapa sekarang tak happy?" saya melanjutkan pertanyaan.

"Sebab saya penat… Saya nak jadi baik, tapi saya dah tak larat. Saya rasa nak berhenti."

Saya senyum, "Awak pernah pergi R&R?"

"Pernah. Kenapa?" 

"Bila kita penat driving, kita berhenti sekejap sebelum teruskan perjalanan. Macam tu lah juga kehidupan kita di dunia ni, bila kita penat, kita berhenti rehat, lupakan segala apa yang buat kita penat, tinggalkan sebentar, bila kita dah recharge.. Hah, barulah best kita teruskan perjalanan, risiko nak accident pun kurang." 

Dia tersengih sedikit. Lega melihat wajahnya sedikit demi sedikit beransur ceria, "Awak nampak kuat, awak tak ada masalah ke? Macam mana awak deal dengan semua masalah awak?"

"Saya sekadar sedar yang saya cuma manusia biasa."

"Apa maksud awak?" Keningnya berkerut, hampir bercantum kedua-duanya.

"Saya menangis bila saya mahu menangis. Saya meluahkan bila saya perlu meluahkan. Saya minta nasihat bila saya kehilangan. Menjadi manusia, tidak melawan fitrah tidak pula menjadi fitnah."

Dia menarik nafas dalam.

Ironinya, ramai orang menyangka menjadi kuat itu adalah tidak menangis bila dugaan datang menerpa, atau menyimpan segala masalah di jiwa, hingga akhirnya ia menghancurkan diri sendiri.

Tidak. Menjadi kuat itu adalah -- tak kisahlah kau mahu menangis, meluahkan, bercerita, atau apa sekali pun, namun tiap kali kau hancur, kau mampu kutip segala cebisan itu, cantum dan bangkit semula. 

Itulah kekuatan. Jangan malu dengan segala kelukaan, kecelaan atau apa pun -- Bukankah parut berdarah itu adalah petanda kita manusia bernyawa?

"Entahlah, saya dah penat. Nak melangkah pun takut." 

Kali ini saya menarik nafas dalam, lalu perlahan saya katakan, "Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life. Tip toe if you must, but please take the step."

Saya tinggalkan dia sendiri. Merenung kembali apa yang dikatakannya tadi.

I was once a happy person -- Tiada apa yang kekal di dunia ini. Kegembiraan yang kita hadapi pastinya tidak kekal, dan begitulah pula dengan kesedihan. Moga sahaja ayat itu kelak bertukar kepada --

I was once a gloomy person.

Sabarlah, sikit je lagi. 

Nanti kita happy-happy kat syurga, okay?

Salam cinta :) 

Read More......

Sunday, March 20, 2016

Trust Allah


~Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali di fikiranku
Betapa Kau mencintaiku~

'Prannggg'

Bingkai gambar graduasi saya jatuh ke lantai. Cerminnya pecah berderai. Saya kutip satu persatu kaca yang bersepai.

Perlahan-lahan saya ke dapur, beg plastik di ambil dan serpihan-serpihan kaca yang masih bersisa di bingkai gambar saya cuba keluarkan. Leceh.

Melihat saya yang terkial-kial pada ketika itu, adik saya yang kebetulan berada di dapur tampil membantu;

"Wa, tarik je lah kaca ni macamni." Tangannya ligat menarik serpihan kaca yang terlekat di tepi-tepi bingkai gambar.

"Takut tangan luka." Saya masih terkial-kial.

"Luka ke tak luka ke tu semua kuasa Allah, kalau Allah kata tak luka, tak lukalah." 

Saya sedikit tersentap namun mulut berkata, "Hish tolong jelah jangan banyak cakap." Biasalah. ego seorang kakak. ahem.

Saya renung-renungkan apa yang adik baru sampaikan. Semuanya kuasa Allah -- Kalau Allah kata ya maka ya lah. Kalau tidak, maka tidaklah. Tugas kita cuma berusaha.

Ikan paus tidak mampu menamatkan riwayat Nabi Yunus.
Api tidak mampu membakar Nabi Ibrahim.
Malah, laut tidak mampu mematikan langkah Nabi Musa.

Dan kita -- tidak pernah belajar bahawa kita cumalah hamba. Tugas kita cuma berusaha dan berdoa, selebihnya adalah kuasa mutlak Allah tercinta.

Kita lupa, lalu kita stress bila setiap apa yang kita mahu tidak berlaku. Kita kata, aku dah berusaha tapi takde apa pun yang berlaku! -- kurang kita sedar, 'tidak ada apa' yang berlaku itu hakikatnya adalah sesuatu yang berlaku, cumanya ia berlaku dalam kehendak dan peraturan Allah. Ia adalah sesuatu yang Allah kata sesuai untuk kita.

Ya, kita stress bila kita mempersoal segala -- seolah kita lebih tahu dari Allah pemilik alam semesta. 

Pernah tak kita tengok cerita yang based on true story? Perasan tak hakikatnya ia bagaikan sebuah filem biasa yang kita lihat. Ya. hidup kita begitulah, kita cumalah pelakon di pentas dunia. Cuma yang membezakannya adalah kisah hidup kita jauh lebih menarik daripada drama-drama Akasia.

Masakan tidak? Kisah hidup kita ditulis oleh Penulis Yang Paling Hebat. :)

Percayalah, rasa 'give up' dan menyerahkan segalanya pada Allah adalah sesuatu yang teramat manis -- That feeling bila kau solat sambil menangis, sujud dan berdoa sambil mengalirkan air mata, senyap-senyap hati kau bicara, "Ah Tuhan aku tidak berdaya, aku serahkan segalanya padaMu kekasihku."

That feeling. It is indescribable. Dan Allah sedang melatih kau untuk itu. Ya, segala jerih perih yang kau lalu bukanlah suatu hukuman, ia adalah sebuah latihan -- Agar kau lebih berjiwa perkasa, lebih dekat dengan Yang Esa dan nanti bila kau bertemu Rasullullah, baginda tersenyum sambil berkata --

Lihat! itulah dia umat yang aku banggakan!

Salam cinta :)

~Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu~

Read More......

Wednesday, March 9, 2016

Have a good rest :)


"Ahhhh." 

Kau lepaskan satu keluhan berat. Kau rasa penat. Lalu kepala kau letakkan ke bantal. Badan kau luruskan. Mata kau lelapkan. 

Satu jam. Dua jam. Hingga ke 5 jam kau terlena. Kau bangun -- hairannya penat itu masih kau rasa. Menggigit-gigit seluruh tubuh tercinta.

Cubalah kau bangun dan lihat ke cermin -- lihat baik-baik wajah kau yang lesu, mata kau yang membiru, senyuman yang kau ukir pun tidak lagi semanis dahulu. Cubalah kau sedar, yang penat hakikatnya adalah sebuah jiwa. Meski kau tidur 24 jam lamanya -- lesu itu pasti tetap dirasa. 

Ya. Aku tahu setiap gusar yang membelenggu -- keluarga kau, rakan kau, jiran belakang rumah kau, saudara-saudara yang lainnya. semuanya mengganggu fikiran, semuanya kau fikirkan, semuanya kau rasa bertanggungjawab untuk bantu leraikan.

Tapi kau lupa pada diri kau sendiri. Kau tahan segala perit yang kau lalui. Kau terima setiap kesusahan yang menjatuhkan kau dari berlari. Kau tadah setiap butir peluru yang menembusi diri. 

Sampai kau hancur -- tak mampu diperbaiki lagi.

Lalu sekarang tarik nafas dan dengar apa yang aku kata -- kau perlu berehat. Bukan badan kau. Jiwa kau yang perlu berehat sebab kau juga manusia. Macam kau kata kalau kau tak ada, siapa mahu bantu mereka-- lalu kalau kau hancur bagaimana dengan mereka? 

Berehatlah sebentar. Tak salah menarik nafas hingga kau lega. Tinggalkan sebentar segala perkara yang menyesakkan jiwa. Buat apa yang kau suka -- yang beri ketenangan pada minda. For once, live your own life happily.

Sampai satu saat nanti bila kau tengok cermin -- kau lihat wajah yang ceria, senyuman yang gembira, dan kau mampu berlari semula sambil menghulurkan tangan kau berkata --

"Awak, jom kita masuk syurga?"

:)

Salam cinta.

Read More......

You dont love her


"Bik(makcik dalam bahasa jawa), taufiq rasa nak bercintalah dengan sorang perempuan ni."

***

Bila tangan kecil ini memegang jariku, entah ada satu perasaan yang meluru.

Satu hari kelak, tangan ini pasti membesar, dan dugaan yang dilaluinya pasti juga semakin besar. 

Dan aku semakin gusar, melihat betapa banyaknya pancaroba yang dilalui anak-anak zaman ini.

Suatu hati kelak, andai taufiq yang masih bersekolah datang dan bersuara, "bik(makcik dalam bahasa jawa), taufiq rasa nak bercintalah dengan sorang perempuan ni."

Walhal, dia sendiri tidak berani bertemu walinya-- saat itu, aku harap aku mampu bertenang, tidak memarahinya, dan duduk bicara --

Taufiq, you dont love her. Maybe you are just too lonely, or maybe she is just too good for your ego. But no taufiq, you dont love her, because you wont destroy the person that you love. 

Harapnya taufiq faham dan membesar menjadi lelaki yang menyelamatkan wanita dari api neraka -- bukan melontar-lontar mereka ke sana dengan muslihat Agama dan cinta. Amin.

Dan andainya saat itu tiba -- namun aku sudah tiada lagi di dunia, harapnya taufiq baca coretan ini, dan ketahuilah -- bik will always pray for you -- far above. 

:)

Ironinya, ramai orang memberitahu wanita agar jangan dipermainkan. Tapi tak ramai yang memberitahu lelaki bahawa wanita bukan barang mainan.

And ladies -- can you do yourself a favour? Please dont limit yourself as an option. You are worth more than that. It's not gonna be easy, but trust me you will survive.

Salam cinta :)

Read More......

Wednesday, March 2, 2016

Do not judge!


"Apakah warna kulit buku ini?" Guru itu mengangkat buku yang tadinya terletak di atas meja.

Kedua-dua tangannya memegang buku tebal itu, diangkat ke udara sambil matanya melilau melihat para pelajar di hadapannya.

"Hitammm!" Serentak, pelajarnya menjawab.

"Kulit buku ini sebenarnya berwarna merah." Kata si guru.

Para pelajar mengerutkan kening mereka, "tidak! Warnanya hitam!" Balas mereka tidak puas hati.

"Warnanya merah." Guru tersebut membalas selamba. 

Para pelajar mula mendengus tidak puas hati. Ini ajaran sesat, fikir mereka. Lalu guru itu tersenyum sambil membalikkan buku di tangannya, kulit di belakang yang tadinya cuma dilihat sang guru kini di hadapkan ke hadapan.

Ternyata -- warnanya merah! 

Para pelajar terpana. Si guru tersenyum lebar.

"Maka, jangan dikata pendapat orang lain salah selagi kita tidak melihat apa yang orang lain lihat." Jelas si guru.

Dalam kehidupan ini, biasanya begitu, kita selalu mahu pertahankan pendapat kita yang terbaik, apa yang kita rasa itulah yang terbaik, apa yang kita baca itu lah yang paling betul sekali.

Sampai kita merendahkan para ulama' yang tidak selari pendapat dengan kita.
Bahkan lebih teruk lagi kita menghukum orang itu berdosa, orang ini kafir, yang sana confirm masuk neraka. 
Kita lihat para pendosa dengan pandangan benci amarah -- alahhh pakai tudung baju ketat serupa tak payah bertudung! Kurang kita tahu betapa sukar orang itu mengambil satu langkah untuk berhijrah.

Kita melihat dunia dengan sudut pandang kita cuma -- kita sakit hati bila orang lain tak serupa. Kita benci bila yang lain tidak sama. 

Hakikatnya -- kalaulah kita lebih banyak mendengar dari berkata, pastilah kita sedar, tiada gunanya bersengketa, pastilah kita tidak memandang hina manusia lainnya hanya kerana kita melakukan dosa yang berbeza. 

Dia belum sempurna tutup aurat. Kau asyik menghina sini sana. Apa yang buat kau rasa kau ahli syurga?

Ah. Kalaulah kita lebih banyak mendengar dari berkata -- pastilah dunia aman sentosa. Tiada jiwa yang terluka, tiada yang berputus asa dalam berhijrah.

Tapi apa kita kisah-- sebab kita rasa kita bagus.   

:'(

Salam cinta. 

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .