Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, August 28, 2017

Gembira

 


"Kau tahu, kita patut rasa gembira bila Allah tak perkenankan doa kita."

"Kenapa?" Aku mengerutkan dahi. 

"Kerana" katanya seraya membetulkan tudung sebelum tersenyum dan berkata, "bila Allah perkenankan doa kita, ia adalah sesuatu yang kita mahu untuk diri sendiri, gembira juga, tapi bila Allah tak perkenankan maknanya Allah telah memilih sesuatu yang lebih baik untuk kita, mestilah kita lagi gembira."

"Bahasa kau tinggi sangat, aku tak faham." Aku berseloroh.

"Hei" dia menampar bahu aku perlahan, "kau tak happy ke bila Allah sendiri pilih sesuatu untuk kau?" 

Aku memandang jauh. Mengerti. Sering sungguh kita berduka bila Allah tak perkenankan apa yang kita minta -- kurang kita sedar bahawa Allah telah memilih untuk memberi sesuatu yang lebih baik.

Dan, bukankah pilihan Allah itu sentiasa yang terbaik?

:)

#catatanpendekkakwawa.

Read More......

Saturday, August 26, 2017

It is time to improve!

 


...Dia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu seorang yang dapat melihat?"…..


"Hi, my name is mastura and i'd like to present about my project paper titled factors of resistance to change among employees in…"


Saya merindui kesibukan dalam persiapan membentang kertas kerja ketika zaman ijazah sarjana muda dahulu -- Faktor-faktor penghalang perubahan dalam diri. 


Ada yang setuju dengan pengaruh rakan sebaya menjadi faktornya.

Ada yang setuju persekitaran menjadi faktornya.

Malah ada juga yang bersetuju bahawa pengalaman silam merupakan faktor terpenting. 


Senyap-senyap saya kembali berfikir -- Manusia begitu terkenal dengan sikap yang suka beralasan. 


"Kenapa tak nak baca Quran?"

"Buat apa, mak ayah aku pun tak pernah baca Quran tapi okay je hidup diorang."


Kita cenderung memberi seribu. Tidak. Sejuta alasan dalam membuat kebaikan. Malah kita sering berkira-kira dan bermalas-malasan dalam melakukan sebarang amal.


Penatlah.

Nantilah.


Sedangkan kita tak tahu, dalam kita bernanti-nanti mungkin sahaja nyawa dicabut pergi. 


Lalu bertemulah kita dengan sang Pencipta -- Dalam keadaan yang tidak bersedia, dalam jiwa yang bernanti-nanti, dalam dosa dan noda lalu kita merayu-rayu, "Ya Rabb, kembalikanlah aku ke dunia, sesungguhnya sekarang aku dah yakin!"


Masakan mungkin. Saat itu segalanya telah terlambat. 


Lalu hari ini -- marilah kita sama-sama bertanya pada diri : Kita mampu beri SEJUTA alasan untuk tidak membuat kebaikan, tidakkah kita mampu untuk beri SATU sahaja sebab untuk berubah ke arah yang lebih baik?


ya cuma SATU -- Kerana Allah suka pada kebaikan.


Kerana Rabbku. Kerana Dia. Cuma Dia.


:)


...Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

(Taha : 125-126)


Wallahu'alam


Read More......

Thursday, August 17, 2017

You can let go now, daddy

 


It was killing me to see the strongest man I ever knew,
Wasting away to nothing in that hospital room,


You know he's only hanging on for you,

That's what the night nurse said,


My voice and heart were breaking,
As I crawled up in his bed and said--


You can let go now, daddy, you can let go,
Your little girl is ready to do this on my own,
It's gonna be a little bit scary but I want you to know,
I'll be okay now, daddy, you can let go, you can let go..

Read More......

Friday, March 17, 2017

Selamat hari lahir abah

 


Andainya abah masih ada,
Genaplah hari ini usianya yang ke enam puluh lima, 
Mungkin sambutan dijalankan seperti biasa,
Dengan hiruk pikuk keluarga, 
Bersama kek aiskrim kegemaran abah di atas meja, 
Lalu kita bergambar bersama,
Dengan abah tersenyum gembira, 

Aku masih ingat sambutan yang terakhir kalinya,
Dalam separuh bermaya, 
Sambil tanganku menyuapkan kek ke mulut yang terbuka, 
Aku bertanya -- abah, abah sayang siapa?
Wawa-- laju jawabnya. 

Tahun ini, 
Meski tarikh yang sama tiba lagi, 
Namun ia seakan sepi,
Tiada lagi hiruk pikuk sesama sendiri,
Tiada lagi kek aiskrim di atas meja yang teguh berdiri.

Abah. 
Tenanglah kau di syurga abadi,
Moga diberi makan yang enak lagi, 
Di hari kelahiranmu yang teristimewa sekali.

Abah,
How i wish you were here,
To tell me that,
Everything is going to be okay.

Selamat hari lahir, abah.
17mac2017.

Much love.

Read More......

Saturday, March 4, 2017

Asma' bin Abu Bakar

 


sudah-sudahlah asyik update status di mana imamku, di mana tulang rusukku, mari, saya ceritakan sebuah kisah yang lebih menarik, lebih menyentuh hati.


Ia sebuah kisah cinta tulus seorang wanita yang gagah berani. Namanya Asma’ binti Abu Bakar, ya, dia puteri Abu Bakar sahabat Nabi.


Semenjak kecil lagi Asma’ telah dididik dengan baik oleh bapanya, lalu setelah menginjak dewasa, rasa kecintaan kepada Rasulullah semakin mendalam, sehinggalah suatu ketika Abu Bakar menemani Nabi berhijrah dan terpaksa bersembunyi dalam gua di bukit Thur kerana musuh terlalu hampir.


Pada ketika itu, Asma’ si wanita yang mulia tampil membantu bapanya. Dialah yang berulang-alik menghantar makanan. Oleh kerana Asma’ tidak mempunyai tali bagi mengikat makanannya, dia telah membelah tali pinggangnya menjadi dua. satu bagi mengikat bekas makanan dan satu lagi sebagai ikatan bekas simpanan air. Atas peristiwa ini, Asma’ digelar Dzatin-Nithaqain, bermakna gadis yang mempunyai dua belahan tali pinggang.


Dengan penuh ketabahan Asma’ melalui jalan dari Makkah ke Bukit Thur, memanjat bukit,sambil berhati-hati daripada musuh bukanlah perkara mudah. Kita nak panjat bukit yang dah siap jalan cantik pun termengah-mengah, apa lagi pada zaman dahulu Bukit Thur dipenuhi batu batan. Hatta lelaki yang gagah pun sukar melakukan apa yang Asma’ lakukan.


Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari Bukit Thur, Asma’ telah ditahan oleh beberapa orang tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal.


“Di manakah Muhammad?” Abu Jahal bertempik.


Asma’ diam. menggelengkan kepala. Meski diasak berkali-kali, Asma’ tetap mengunci mulutnya hingga Abu Jahal naik berang lalu ditampar Asma’ sekuat hati sehingga anting-anting Asma’ terpelanting. Kesakitan itu dirasakan Asma’ beberapa hari, namun dia tetap merahsiakan tempat persembunyian Rasulullah meski pun nyawanya terancam.


Perkara ini memberi kesan pada Asma’ dalam memilih jodohnya. Asma’ menerima Zubair bin Awwam sebagai suaminya. Siapakah Zubair? Zubair tidak terkenal malah tidak berharta. Dia hanyalah seorang pejuang Islam yang miskin, namun kaya dengan semangat perjuangan.


Walaupun Asma’ sering ditinggalkan sendirian kerana suaminya keluar berjuang, Asma’ tidak pernah berkeluh-kesah. Dengan rela hati dia melepaskan suaminya dan menjaga anaknya, Abdullah bin Zubair.


Hasil didikan ibu yang solehah, Abdullah menjadi ketua di Makkah dan Madinah dalam masa yang lama sehinggalah berlaku rampasan kuasa. Kemenangan berpihak pada Bani Umaiyah. Abdullah menjadi buruan. Lalu dia meminta pendapat ibunya,


“Wahai ibu, adakah aku harus terus berjuang atau terus sahaja mengaku kalah?”


Apa jawab Asma’? Dengan tenang Asma’ menjawab, “Wahai anakku, sekiranya engkau mendapati bahawa dirimu berada di pihak yang benar, maka teruskan berjuang kerananya. sesungguhnya mati kerana mempertahankan yang hak itu lebih bermakna daripada hidup yang terpaksa tunduk kepada kezaliman.”


Subhanallah. pada ketika itu Asma’ sudah pun mencecah usia 100 tahun, tetapi cintanya tidak pernah pudar. Ya. cinta begini yang mulia, yang membantu seisi manusia dekat pada Tuhannya.


Bukankah hakikat cinta itu mahu ke syurga bersama-sama? Lalu mengapa kau campakkan orang yang kau cinta ke neraka dengan maksiat yang ternoda?


Berusahalah meraikan cinta pada jalan yang diredhai, kerana cinta yang kau rasa adalah anugerah dari Yang Esa. Mengapa tergamak kau ketepikan-Nya?


Wallahu’alam :)


Read More......

Saturday, February 25, 2017

Redah je :)

 


"Mak..mak.." air mata saya mengalir laju walaupun mata masih terpejam rapat. Tika itu saya berusia 6 tahun.


"Wa. Wa." Terasa sesuatu menggerak-gerakkan badan saya. Mata terbuka. Terlihat wajah cemas emak di sisi.


Saya lantas bangun dan memeluk tubuh emak erat. Seakan tidak mahu dilepaskan. "Mak.." air mata masih mengalir.


"Mimpi apa?" Kata emak sambil mengusap-usap rambut si kecil mastura. Saya sekadar menggeleng. Tidak sanggup diceritakan mimpi itu.


Sebuah mimpi yang dahsyat -- kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan, emak abah tercampak ke luar kereta, yang tinggal cuma saya. Tak punya siapa. Nauzubillah. 


Semenjak hari itu, saya sering tertanya-tanya, bagaimana nanti aku mahu hidup tanpa emak, tanpa abah di sisi-- membayangkannya sahaja sudah tidak sanggup, apatah lagi mahu melalui! 


I was once a daddy's girl. Sikit-sikit abah. Apa-apa mesti cari abah. Sampaikan abah outstation, saya jatuh sakit. Lalu saya berfikir lagi-- bagaimana nanti kalau abah pergi tak kembali, adakah saya jatuh sakit yang lebih teruk tak terperi.


Lontaran mata saya buang sejauh mungkin. Hinggalah satu ketika dengan penuh cinta, Allah menguji -- abah jatuh sakit. Di hadapan mata seorang anak abah ini, abah jatuh sakit perlahan-lahan. Tahun demi tahun kesihatan abah semakin merudum.


Saya tolak tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara beserta biasiswa -- pertama kerana abah pernah pesan kalau nak belajar luar negara kena kahwin dulu (though it only applies to me and not to the other siblings sebab abah risau sangat this girl seems too weak🙄) kedua, kerana mahu kekal di sisi abah, dan kelak kalau Allah mahu ambil abah pergi, saya mahu tetap di sisi menghantar abah hingga ke kuburan sepi. 


Namun siapalah saya untuk menolak aturan Sang Pencipta. Tatkala dia berkata kun -- fayakun. Jadi, maka jadilah ia. 


Abah pergi-- saat saya jauh di Turki. 


Saya menangis setiap malam. Berbulan lamanya. Tertanya-tanya : Tuhan, kenapa aku? 


Hinggalah suatu ketika, dengan lelehan air mata, saat lembaran Al-Quran dibuka, mata saya tertancap pada ayat : tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 


Air mata saya mengalir lebih laju, mengimbau kembali detik-detik lalu. 


Tatkala ujian diberi, tatkala Allah mengambil orang yang paling bermakna bagi saya pergi, Allah telah pun menyiap sediakan saya segagah mungkin.


Tatkala abah sakit, dari seorang anak manja yang lembik, saya belajar berdikari. Berlari-lari antara hospital dan tempat kerja, tak cukup tidur, menangis sampai bengkak mata hinggalah ke tahap tersungkur lemah -- Allah beri latihan sedikit demi sedikit.


Hinggalah sampai satu saat saya mampu berdiri sendiri -- maka Allah ambil abah pergi.


Allah tak jahat, sayang. Percayalah setiap apa yang kita lalui, Allah dah bagi training terlebih dahulu. Cubalah lihat ke masa lalu, betapa banyak ujian dah kita lalui-- walaupun pada suatu ketika dulu kita sendiri tak tahu bagaimana nak hadapi semua itu.


Lalu ketika sepupu saya bertanya, "macam mana kak wawa redah kehidupan, tak culture shock ke dengan benda-benda baru?"


Saya cuma tersenyum, "tak." Sebelum menyambung, "apa ada depan mata redah jelah. Tak payah overthinking. Pahit manis-- those things will create a new you, a stronger you. A tougher you."


One tip for you : believe in Him. He will NEVER leave you alone.


Dont let something that you fear might happen makes you do nothing at all. 


Berdoalah, nescaya Dia perkenankan -- ini janji Allah, tak mungkin termungkiri.


Salam sayang :)

Read More......

Monday, February 20, 2017

Not everyone deserve a second chance

 


"No matter how troublesome the employees are, you should give them a chance to explain themselves."


Kelas petang yang hampir membuat saya tersengguk mengantuk itu disegarkan dengan sebuah kenyataan baik dari lecturer.


Chance. Peluang. 


Post saya sebelum ini berkaitan maaf, ada saya katakan kita semua adalah amat berharap pada sebuah kemaafan. Namun, sebuah kemaafan bukanlah bererti kita ini berhak untuk dilenyek-lenyek, diambil lewa malah dihenyak-henyak jiwa. 


Kita juga berhak mempertahankan diri sendiri. Islam tidak pernah mengenepikan hak-hak kita sebagai seorang manusiawi.


Maaf itu cerita lain.

Mempertahankan hak itu cerita lain.

Dont mix those things up. Memaafkan bukan bererti kita lembik dan menuding jari semua kepada takdir. 


"Habis tu kak wawa, bukan semua orang deserve a second chance ke?"


Semua orang DESERVE untuk DIDENGARI. Selalu bila saya mengadu rasa pada sahabat di sisi, diorang mesti kata, "mas, cuba dengar dulu dia nak explain apa. Semua orang buat benda mesti bersebab."


So listen. Listen to understand, not to judge or just for the sake of replying. 


Lepas dah dengar, barulah buat keputusan. Adakah mereka berhak diberikan peluang atau tidak -- it is all up to you. Kau yang tahu diri kau sendiri. Jatuh bangun duduk berdiri, air mata yang kau kesat setiap pagi, malam-malam yang sunyi -- bukan semua orang mengerti.


So let them be. Biarkan orang yang tak faham tu. Not every people deserve a second chance.


"Tapi mereka kata merek dah berubah?"


"Then ask them to prove it."


"Kena terima mereka balik dalam hidup kita lah kan baru boleh tahu mereka dah berubah ke tak."


"No. Ask them to prove it from afar before you let them to come near you."


"Hmm habistu kalau semua orang marah cakap saya jahat?"


"Tell them that, that person might be a changed person, but so do I."


Love yourself enough to know your worth. 


And remember-- being strong does not mean that you have to continue to put up with the disrespect day after day and night after night. 

You DESERVE to be respected all the time, not depending on their mood.


Chill.


Salam sayang :)


Read More......

Saturday, February 4, 2017

Kenapa sambung belajar?

 


"Kenapa sambung belajar?" This is perhaps the most common question that I received.


Selalunya saya akan clueless sebab saya benar-benar tak tahu kena ada sebab untuk sambung belajar. Lalu soalan itu akan bersambung dengan andaian dari si penanya --


"Nak jadi bos eh?"

"Nak tukar kerjaya eh?"

"Nak enhance skill ke?"


Saya sengih. Jungkit bahu. "Sebab minat kot?"


"Sebab minat je?" Cebik bibir. "Tipulah."


Saya garu kepala yang tidak gatal. Eh dia ni, tanya soalan lepas tu orang jawab tak nak percaya pulak. 


Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lamanya, hinggalah satu hari makcik saya yang berkunjung ke rumah bersuara, "Makbul doa ayah awak nak anak-anak dia belajar tinggi-tinggi."


"Abah ada doa macam tu ke?" Kerut dahi. 


"Iyalah.. Dulu ayah awak selalu cakap aku nak anak aku belajar betul-betul, tak kisahlah nak belajar sampai bila pun, biarlah diorang belajar."


"Ye ke?" Mata berair. Kelip-kelip sikit. Come on, tak macho lah menangis depan makcik :') 


Terimbau-imbau kembali saat kecil dan masih berlari-lari, kalau nak duit beli buku abah mesti beri. Tak kisah lah sesusah mana pun abah, seterdesak mana pun dia, katalah saja "Abah, nak beli buku boleh tak?" pasti abah keluarkan wang yang ada dan tersenyum meletakkannya di telapak tangan kami.


Sampai-sampai, abah perlu bina sebuah mini library untuk memuatkan buku kami adik-beradik dan itu pun masih tidak memadai. 


Dan kini, kalaulah saya masih mampu duduk di sebelah abah dan bercerita, "Bah, orang sekarang menuntut ilmu sudah tidak beradab lagi. Guru tidak dihormati, yang ahli diherdik pergi, malah hendak menuntut ilmu pun perlukan sebab material buat diri."


Agaknya pasti air mata abah jatuh bercucuran di pipi. 


Tidak ada lagi keseronokan menuntut ilmu. Tidak ada lagi niat menuntut ilmu kerana Allah Taala -- Ilmu yang ada membuatkan manusia mendabik dada, memijak-mijak mereka yang ahli seolah-olah merekalah yang paling hebat sekali.


Bah, how awful it is to see people damaging themselves like this.


Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja hebat dalam merancang strategi, malahan hebat dalam bidang Agama, Sains serta Sastera tapi dia begitu merendah diri dan menghormati yang ahli. Lalu apa alasan kita meninggi diri dan meletakkan limitasi sendiri?


Belajarlah. Bukan untuk dipandang hebat. Bukan untuk dapat gaji yang banyak. Bukan untuk demand hantaran tinggi-tinggi. No. 


Belajarlah -- kerana Allah suka orang-orang yang berilmu. Tidak cukupkah satu sebab itu mendamaikan hati yang lesu?


Tapi ops. Berhati-hati dalam belajar, beradablah seperti seorang mukmin yang prihatin pada 'standard' ilmu yang datang. Belajarlah dari yang ahli dalam bidangnya. Jangan main ceduk situ sini ilmu dari internet ya kerana sungguh--


Bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang berbuat kebaikan"


Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (Al-Baqarah 11-12)


Jom tuntut ilmu yang benar! :)


Salam sayang :)

Read More......

Friday, January 27, 2017

Give up

 


"Mas, i want to give up." Matanya berkaca.


"Why?"


"I'm so tired already." 


Tangan saya mengusap-usap rambutnya. "Okay, just give up."


Ayat itu yang pertama sekali keluar dari mulut saya. Saya terkelu sebentar. Dulu, ayat itulah yang sering saya hindar.


Jangan give up.

Hold on.

Be strong. 

Sabarlah.


Itulah yang sering kali diratib-ratib setiap kali ada yang mengadu mahu menyerah -- because i did not feel the pain before, and i didn't know how it feels to hold on to something that made more harm -- until that pain chose me.


"Is it really okay for me to give up?" Dia bertanya lagi.


"Sure my dear, why not?"


Kita sering disogok-sogok dengan ungkapan jangan menyerah. Ya, saya tidak nafikan dalam sesetengah keadaan ungkapan itu sangat sesuai diguna pakai. Namun dalam sesetengah situasi yang lain pula ungkapan itu seolah-olah menambah bisa di luka yang ada.


Seolah-olah kita lihat kawan kita genggam paku sambil menangis-nangis sakit kemudian bila dia kata, "Aku tak larat. Boleh tak aku nak lepaskan paku ni?"


Kita pula dengan angkuh membalas,"Jangan give up! Stay strong! I know you can do it."


My dear, you have to know when to give up --


Bila sesuatu tu tak mendatangkan manfaat pada diri sendiri,

Bila sesuatu tu makin merosakkan diri sendiri,

Bila bangun pagi-pagi rasa depress je,

When you lose your own goodself --


Why don't you just give up on something that you hold, kemudian pilih benda lain yang mampu menceriakan hari-hari mandatang? It is really okay to give up, trust me. 


Give up bukan bererti kita dah tak sayang kat seseorang atau kita dah tak suka kat something atau kita dah benci dengan apa perkara yang kita mulakan dahulu. No. 


It's just that -- if you don't give up on them, you might be giving up on yourself. 


Bila kau give up dengan diri sendiri -- Siapa pula yang mahu menceriakan hari? Bukankah kau kata ramai orang memerlukan kau di sisi? 


So my dear, give up if you want, BUT find something that can turn your frown upside down. :)


"Right mas? I should give up, right?"


"Sometimes holding on gives you more harm than letting go." Saya menepuk-nepuk bahunya. Seperti terlihat - lihat kebenaran kata-kata sang murabbi :


Manusia akan pergi bila dia rasa tak diperlukan lagi, dan manusia akan berubah bila selalu disakiti.


Appreciate, before it's too late.. and you, stay strong if you can, hold on if u want, rest if you must, but dont let people force you to think that giving up is a sin, okey? 


Respect yourself enough to walk away from whatever that makes you unhappy.


P/S : Cuma ada satu je perkara yang jangan kau give up selama-lamanya -- berharap pada rahmat Tuhanmu.


Salam sayang :)


Read More......

Saturday, January 21, 2017

It is okay to cry

 


"Kenapa diam je?" -saya


"Takde apa." -dia


"Stres?"


Geleng kepala. 


"Too much to take?"


Air mata mengalir laju. "Trying to be strong, though" sengih sedikit. Pura-pura ketawa sambil tangan kesat air mata yang semakin deras.


Saya teringat satu peristiwa, masa saya kecil dulu, sedang asyik bagi burung merpati liar makan di kampung bersama sepupu sepapat, ada seekor burung yang tidak bergerak seperti rakannya yang lain.


Kami menghampiri. Ternampak luka di sayap burung tersebut. 


"Eh ambik minyak gamat jom kita sapu."


Burung itu pun selamat dalam jagaan kami. Sehari, dua hari, hinggalah akhirnya dia tiada di tempat yang kami letakkan. Mungkin sayapnya sudah pulih, mungkin dia telah terbang kembali -- kami berandaian.


Seekor burung pastilah berkeinginan untuk terbang bebas bersama sayap yang gagah.


Seorang manusia pula pastilah mahu hidup gembira dengan memiliki hati yang bahagia.


Tapi, macam mana nak bahagia bila fitrah hati itu diabaikan semua? Hati itu fitrahnya untuk merasa, dan rasa yang ada dalam dunia ini bukanlah cuma suka. Sedih, marah, kecewa-- semua itu mengapa diabaikan?


Mungkin kita rasa kita hebat, kita kuat. Kita simpan semua, kita tepis segala-- hingga kita tak sedar perkara itulah yang hakikatnya membuatkan kita hancur secara total.


My dear, kuat bukan bererti kita cakap "tak sakit tak sakit" bila ada peluru menembusi diri kita. Kuat bukan bererti bila kita terluka kita gelak-gelak macam takde apa.


Eventhough it seems STRONG my dear, it is WRONG.


Kuat adalah bila kita mampu cakap "YA! Aku sakit!" Dan kita pulihkan diri sendiri serta muncul lebih berani.


Kuat adalah bila kita mampu menghargai semua perasaan yang beraja di hati. Acknowledge it. Feel the pain. Let it stir your soul. And let it go away -- how can it go away when you never acknowledge it at the very first place?


"Cry as much as you want. I'll be waiting." -saya


"Sorry." Dia


"Orang cakap sorry bila buat salah. Hargai perasaan sendiri mana ada salah. You did nothing wrong, so dont make people force you to believe that you are wrong to feel the pain. That is abuse."


Grieving is okay. Crying is okay.


I really do hope that people dont look at those who cry and grief as the weak one. They are really strong enough to acknowledge the pain.


Hey, kenapa patahkan sayap seekor burung, kemudian paksa ia untuk terbang megah?


Let's grow up, people. 


:)

Read More......

Thursday, January 12, 2017

Sebuah hati yang terluka

 


~If i showed u my flaws,

If i couldn't be strong,

Tell me honestly,

Would you still love me the same?~


"Mas, ayah kau sihat?" Soalan itu keluar tulus dari mulut teman yang telah lama tidak bersua.


Kali terakhir berjumpa adalah ketika ayah saya terlantar sakit. 


Saya sekadar senyum, menggeleng sedikit, "Ayah aku dah takdelah.."


"Eh eh Mas, sori sori. Bila Mas? sori aku tak tau." Wajahnya bertukar cemas, seraya tangannya menepuk-nepuk sedikit bahu saya.


"Bulan 10 hari tu, aku pun tak sempat jumpa untuk kali terakhir sebab takde kat Malaysia. Sorilah tak sempat mesej semua orang."


Suasana hening sebentar sebelum dia menyambung kata, "Sabarlah Mas, Allah tahu kau yang paling rapat dengan ayah kau, maybe kau tak kuat nak tengok saat-saat akhir ayah kau."


"Aku dah redha dah." Saya menarik nafas. "Macam mana kau move on eh?" 


Ayahnya telah pergi dahulu sebelum ayah saya, namun dia kelihatan teguh berdiri, tersenyum dan berlari, hingga saya benar-benar mahu tahu bagaimana dia menghadapi hari. 


Dia menundukkan wajah. Tatkala matanya bertentangan dengan mata saya, kelihatan dua matanya dipenuhi air, "Aku tak pernah move on pun, setiap malam sampai sekarang aku menangis. Habis kerja je terus pergi kubur."


Matanya dikelip-kelipkan, membuang sisa-sisa air mata yang kian memenuhi birai matanya yang jernih. "Aku lagilah mas.." Dia menarik nafas. "Masa ayah aku nak pergi, aku yang bawak dia naik kereta pergi hospital, dia genggam je tangan aku." 


Suaranya terhenti. Lama. Kami diam melayan perasaan masing-masing, ditinggalkan oleh cinta pertama yang bertakhta di hati sungguh bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, segala memori bersama seolah-olah sedang berlari-lari di tirai mata, hingga akhirnya kami menangis. Bersama. 


"Entahlah Mas, sekarang ni sampai aku rasa dah takde perasaan dah kalau orang nak pergi dari hidup aku. Kalau nak stay, stay. Nak pergi, pergi."


Saya mengangguk-angguk, mengerti, "Sebab kita rasa orang yang paling bermakna dalam hidup kita pergi pun kita boleh hadapi inikan lagi yang entah siapa-siapa, kan?" 


Hari itu sungguh bermakna, seolah-olah Allah memakbulkan doa saya -- untuk berbicara pada insan yang benar-benar mengerti akan gelodak di jiwa. 


Ramai orang pada hari ini takut untuk terluka. Takut andai dirinya hancur. Takut untuk hadapi dunia -- Dijaga hatinya tanpa dibenarkan walau secalit calar menghinggapi. 


Walhal, saya begitu mencintai seseorang yang pernah 'hancur'. Kerana orang-orang beginilah yang begitu sekali mengerti.


Sebab pernah dimaki -- berusaha cakap elok-elok dengan orang lain.

Sebab tahu sakitnya tak dihargai -- Jadi dirinya lebih menghargai.

Sebab tahu pedihnya ditinggal pergi -- Jadilah dirinya seorang pencinta sejati. 


Orang-orang beginilah tatkala kita bercerita, dia akan mendengar penuh asyik, kerana setiap apa butir bicara yang kita kata -- dia pernah rasa. Ah, indahnya sekeping hati yang pernah terluka!


Menangislah. Untuk apa Allah ciptakan air mata? Bukannya dalam dunia ini dihiasi perkara indah cuma -- Lelaki mana boleh menangis. Big girls dont cry; tak tahulah siapa yang mencipta, walhal air mata bukanlah satu simbol kelemahan melainkan ia adalah satu kekuatan --


Kuatnya jiwa kau hadapi segala ujian. 


Saidina Umar yang terkenal gagah perkasa juga pernah menitikkan air mata tatkala ada rakyatnya yang dalam derita.


Rasulullah yang tiada dosa juga acapkali menangis mengenangkan umatnya -- Lalu mengapa sewenangnya kita meratib -- ah. jangan menangis. orang kuat tidak menangis. Siapa kata?


Orang-orang kuatlah yang sering menangis, dan dari sisa-sisa air mata itu mereka bangun kembali, bangkit dan berlari.


Menangislah. Usah dihiraukan mereka yang menolak pergi. Bukan mereka yang ada tatkala kau teresak-esak di birai katil. Bukan mereka yang ada saat kau berlelah-lelah bangun berdiri. Bukan mereka yang ada saat kau tersembam menyembah bumi. Menangislah. Rasailah kepedihan di hati. Hargailah segala calar balar yang menyelubungi. Jangan biarkan orang lain menidakkan kepedihan yang kau rasa -- hey, it is your pain. you deserve to feel it. 


Calar itu, luka itu -- bukti kau masih lagi sebuah jasad yang bernyawa. Bersyukurlah dan teruskan berlari :)


And you know what? Never mess around with someone who had already fell to the lowest point of their lives -- because you. will. never. win. 


Senyum sikit :)


'Some kind of sadness don't leave us. Not because we want to be sad, but because we want to keep reminding our souls of how brave they were to overcome such pain.' -najwa zebian.


Salam sayang :)


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .