RSS

Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, August 28, 2017

Gembira

 


"Kau tahu, kita patut rasa gembira bila Allah tak perkenankan doa kita."

"Kenapa?" Aku mengerutkan dahi. 

"Kerana" katanya seraya membetulkan tudung sebelum tersenyum dan berkata, "bila Allah perkenankan doa kita, ia adalah sesuatu yang kita mahu untuk diri sendiri, gembira juga, tapi bila Allah tak perkenankan maknanya Allah telah memilih sesuatu yang lebih baik untuk kita, mestilah kita lagi gembira."

"Bahasa kau tinggi sangat, aku tak faham." Aku berseloroh.

"Hei" dia menampar bahu aku perlahan, "kau tak happy ke bila Allah sendiri pilih sesuatu untuk kau?" 

Aku memandang jauh. Mengerti. Sering sungguh kita berduka bila Allah tak perkenankan apa yang kita minta -- kurang kita sedar bahawa Allah telah memilih untuk memberi sesuatu yang lebih baik.

Dan, bukankah pilihan Allah itu sentiasa yang terbaik?

:)

#catatanpendekkakwawa.

Read More......

Saturday, August 26, 2017

It is time to improve!

 


...Dia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu seorang yang dapat melihat?"…..


"Hi, my name is mastura and i'd like to present about my project paper titled factors of resistance to change among employees in…"


Saya merindui kesibukan dalam persiapan membentang kertas kerja ketika zaman ijazah sarjana muda dahulu -- Faktor-faktor penghalang perubahan dalam diri. 


Ada yang setuju dengan pengaruh rakan sebaya menjadi faktornya.

Ada yang setuju persekitaran menjadi faktornya.

Malah ada juga yang bersetuju bahawa pengalaman silam merupakan faktor terpenting. 


Senyap-senyap saya kembali berfikir -- Manusia begitu terkenal dengan sikap yang suka beralasan. 


"Kenapa tak nak baca Quran?"

"Buat apa, mak ayah aku pun tak pernah baca Quran tapi okay je hidup diorang."


Kita cenderung memberi seribu. Tidak. Sejuta alasan dalam membuat kebaikan. Malah kita sering berkira-kira dan bermalas-malasan dalam melakukan sebarang amal.


Penatlah.

Nantilah.


Sedangkan kita tak tahu, dalam kita bernanti-nanti mungkin sahaja nyawa dicabut pergi. 


Lalu bertemulah kita dengan sang Pencipta -- Dalam keadaan yang tidak bersedia, dalam jiwa yang bernanti-nanti, dalam dosa dan noda lalu kita merayu-rayu, "Ya Rabb, kembalikanlah aku ke dunia, sesungguhnya sekarang aku dah yakin!"


Masakan mungkin. Saat itu segalanya telah terlambat. 


Lalu hari ini -- marilah kita sama-sama bertanya pada diri : Kita mampu beri SEJUTA alasan untuk tidak membuat kebaikan, tidakkah kita mampu untuk beri SATU sahaja sebab untuk berubah ke arah yang lebih baik?


ya cuma SATU -- Kerana Allah suka pada kebaikan.


Kerana Rabbku. Kerana Dia. Cuma Dia.


:)


...Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

(Taha : 125-126)


Wallahu'alam


Read More......

Thursday, August 17, 2017

You can let go now, daddy

 


It was killing me to see the strongest man I ever knew,
Wasting away to nothing in that hospital room,


You know he's only hanging on for you,

That's what the night nurse said,


My voice and heart were breaking,
As I crawled up in his bed and said--


You can let go now, daddy, you can let go,
Your little girl is ready to do this on my own,
It's gonna be a little bit scary but I want you to know,
I'll be okay now, daddy, you can let go, you can let go..

Read More......

Friday, March 17, 2017

Selamat hari lahir abah

 


Andainya abah masih ada,
Genaplah hari ini usianya yang ke enam puluh lima, 
Mungkin sambutan dijalankan seperti biasa,
Dengan hiruk pikuk keluarga, 
Bersama kek aiskrim kegemaran abah di atas meja, 
Lalu kita bergambar bersama,
Dengan abah tersenyum gembira, 

Aku masih ingat sambutan yang terakhir kalinya,
Dalam separuh bermaya, 
Sambil tanganku menyuapkan kek ke mulut yang terbuka, 
Aku bertanya -- abah, abah sayang siapa?
Wawa-- laju jawabnya. 

Tahun ini, 
Meski tarikh yang sama tiba lagi, 
Namun ia seakan sepi,
Tiada lagi hiruk pikuk sesama sendiri,
Tiada lagi kek aiskrim di atas meja yang teguh berdiri.

Abah. 
Tenanglah kau di syurga abadi,
Moga diberi makan yang enak lagi, 
Di hari kelahiranmu yang teristimewa sekali.

Abah,
How i wish you were here,
To tell me that,
Everything is going to be okay.

Selamat hari lahir, abah.
17mac2017.

Much love.

Read More......

Saturday, March 4, 2017

Asma' bin Abu Bakar

 


sudah-sudahlah asyik update status di mana imamku, di mana tulang rusukku, mari, saya ceritakan sebuah kisah yang lebih menarik, lebih menyentuh hati.


Ia sebuah kisah cinta tulus seorang wanita yang gagah berani. Namanya Asma’ binti Abu Bakar, ya, dia puteri Abu Bakar sahabat Nabi.


Semenjak kecil lagi Asma’ telah dididik dengan baik oleh bapanya, lalu setelah menginjak dewasa, rasa kecintaan kepada Rasulullah semakin mendalam, sehinggalah suatu ketika Abu Bakar menemani Nabi berhijrah dan terpaksa bersembunyi dalam gua di bukit Thur kerana musuh terlalu hampir.


Pada ketika itu, Asma’ si wanita yang mulia tampil membantu bapanya. Dialah yang berulang-alik menghantar makanan. Oleh kerana Asma’ tidak mempunyai tali bagi mengikat makanannya, dia telah membelah tali pinggangnya menjadi dua. satu bagi mengikat bekas makanan dan satu lagi sebagai ikatan bekas simpanan air. Atas peristiwa ini, Asma’ digelar Dzatin-Nithaqain, bermakna gadis yang mempunyai dua belahan tali pinggang.


Dengan penuh ketabahan Asma’ melalui jalan dari Makkah ke Bukit Thur, memanjat bukit,sambil berhati-hati daripada musuh bukanlah perkara mudah. Kita nak panjat bukit yang dah siap jalan cantik pun termengah-mengah, apa lagi pada zaman dahulu Bukit Thur dipenuhi batu batan. Hatta lelaki yang gagah pun sukar melakukan apa yang Asma’ lakukan.


Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari Bukit Thur, Asma’ telah ditahan oleh beberapa orang tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal.


“Di manakah Muhammad?” Abu Jahal bertempik.


Asma’ diam. menggelengkan kepala. Meski diasak berkali-kali, Asma’ tetap mengunci mulutnya hingga Abu Jahal naik berang lalu ditampar Asma’ sekuat hati sehingga anting-anting Asma’ terpelanting. Kesakitan itu dirasakan Asma’ beberapa hari, namun dia tetap merahsiakan tempat persembunyian Rasulullah meski pun nyawanya terancam.


Perkara ini memberi kesan pada Asma’ dalam memilih jodohnya. Asma’ menerima Zubair bin Awwam sebagai suaminya. Siapakah Zubair? Zubair tidak terkenal malah tidak berharta. Dia hanyalah seorang pejuang Islam yang miskin, namun kaya dengan semangat perjuangan.


Walaupun Asma’ sering ditinggalkan sendirian kerana suaminya keluar berjuang, Asma’ tidak pernah berkeluh-kesah. Dengan rela hati dia melepaskan suaminya dan menjaga anaknya, Abdullah bin Zubair.


Hasil didikan ibu yang solehah, Abdullah menjadi ketua di Makkah dan Madinah dalam masa yang lama sehinggalah berlaku rampasan kuasa. Kemenangan berpihak pada Bani Umaiyah. Abdullah menjadi buruan. Lalu dia meminta pendapat ibunya,


“Wahai ibu, adakah aku harus terus berjuang atau terus sahaja mengaku kalah?”


Apa jawab Asma’? Dengan tenang Asma’ menjawab, “Wahai anakku, sekiranya engkau mendapati bahawa dirimu berada di pihak yang benar, maka teruskan berjuang kerananya. sesungguhnya mati kerana mempertahankan yang hak itu lebih bermakna daripada hidup yang terpaksa tunduk kepada kezaliman.”


Subhanallah. pada ketika itu Asma’ sudah pun mencecah usia 100 tahun, tetapi cintanya tidak pernah pudar. Ya. cinta begini yang mulia, yang membantu seisi manusia dekat pada Tuhannya.


Bukankah hakikat cinta itu mahu ke syurga bersama-sama? Lalu mengapa kau campakkan orang yang kau cinta ke neraka dengan maksiat yang ternoda?


Berusahalah meraikan cinta pada jalan yang diredhai, kerana cinta yang kau rasa adalah anugerah dari Yang Esa. Mengapa tergamak kau ketepikan-Nya?


Wallahu’alam :)


Read More......

Saturday, February 25, 2017

Redah je :)

 


"Mak..mak.." air mata saya mengalir laju walaupun mata masih terpejam rapat. Tika itu saya berusia 6 tahun.


"Wa. Wa." Terasa sesuatu menggerak-gerakkan badan saya. Mata terbuka. Terlihat wajah cemas emak di sisi.


Saya lantas bangun dan memeluk tubuh emak erat. Seakan tidak mahu dilepaskan. "Mak.." air mata masih mengalir.


"Mimpi apa?" Kata emak sambil mengusap-usap rambut si kecil mastura. Saya sekadar menggeleng. Tidak sanggup diceritakan mimpi itu.


Sebuah mimpi yang dahsyat -- kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan, emak abah tercampak ke luar kereta, yang tinggal cuma saya. Tak punya siapa. Nauzubillah. 


Semenjak hari itu, saya sering tertanya-tanya, bagaimana nanti aku mahu hidup tanpa emak, tanpa abah di sisi-- membayangkannya sahaja sudah tidak sanggup, apatah lagi mahu melalui! 


I was once a daddy's girl. Sikit-sikit abah. Apa-apa mesti cari abah. Sampaikan abah outstation, saya jatuh sakit. Lalu saya berfikir lagi-- bagaimana nanti kalau abah pergi tak kembali, adakah saya jatuh sakit yang lebih teruk tak terperi.


Lontaran mata saya buang sejauh mungkin. Hinggalah satu ketika dengan penuh cinta, Allah menguji -- abah jatuh sakit. Di hadapan mata seorang anak abah ini, abah jatuh sakit perlahan-lahan. Tahun demi tahun kesihatan abah semakin merudum.


Saya tolak tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara beserta biasiswa -- pertama kerana abah pernah pesan kalau nak belajar luar negara kena kahwin dulu (though it only applies to me and not to the other siblings sebab abah risau sangat this girl seems too weak🙄) kedua, kerana mahu kekal di sisi abah, dan kelak kalau Allah mahu ambil abah pergi, saya mahu tetap di sisi menghantar abah hingga ke kuburan sepi. 


Namun siapalah saya untuk menolak aturan Sang Pencipta. Tatkala dia berkata kun -- fayakun. Jadi, maka jadilah ia. 


Abah pergi-- saat saya jauh di Turki. 


Saya menangis setiap malam. Berbulan lamanya. Tertanya-tanya : Tuhan, kenapa aku? 


Hinggalah suatu ketika, dengan lelehan air mata, saat lembaran Al-Quran dibuka, mata saya tertancap pada ayat : tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 


Air mata saya mengalir lebih laju, mengimbau kembali detik-detik lalu. 


Tatkala ujian diberi, tatkala Allah mengambil orang yang paling bermakna bagi saya pergi, Allah telah pun menyiap sediakan saya segagah mungkin.


Tatkala abah sakit, dari seorang anak manja yang lembik, saya belajar berdikari. Berlari-lari antara hospital dan tempat kerja, tak cukup tidur, menangis sampai bengkak mata hinggalah ke tahap tersungkur lemah -- Allah beri latihan sedikit demi sedikit.


Hinggalah sampai satu saat saya mampu berdiri sendiri -- maka Allah ambil abah pergi.


Allah tak jahat, sayang. Percayalah setiap apa yang kita lalui, Allah dah bagi training terlebih dahulu. Cubalah lihat ke masa lalu, betapa banyak ujian dah kita lalui-- walaupun pada suatu ketika dulu kita sendiri tak tahu bagaimana nak hadapi semua itu.


Lalu ketika sepupu saya bertanya, "macam mana kak wawa redah kehidupan, tak culture shock ke dengan benda-benda baru?"


Saya cuma tersenyum, "tak." Sebelum menyambung, "apa ada depan mata redah jelah. Tak payah overthinking. Pahit manis-- those things will create a new you, a stronger you. A tougher you."


One tip for you : believe in Him. He will NEVER leave you alone.


Dont let something that you fear might happen makes you do nothing at all. 


Berdoalah, nescaya Dia perkenankan -- ini janji Allah, tak mungkin termungkiri.


Salam sayang :)

Read More......

Monday, February 20, 2017

Not everyone deserve a second chance

 


"No matter how troublesome the employees are, you should give them a chance to explain themselves."


Kelas petang yang hampir membuat saya tersengguk mengantuk itu disegarkan dengan sebuah kenyataan baik dari lecturer.


Chance. Peluang. 


Post saya sebelum ini berkaitan maaf, ada saya katakan kita semua adalah amat berharap pada sebuah kemaafan. Namun, sebuah kemaafan bukanlah bererti kita ini berhak untuk dilenyek-lenyek, diambil lewa malah dihenyak-henyak jiwa. 


Kita juga berhak mempertahankan diri sendiri. Islam tidak pernah mengenepikan hak-hak kita sebagai seorang manusiawi.


Maaf itu cerita lain.

Mempertahankan hak itu cerita lain.

Dont mix those things up. Memaafkan bukan bererti kita lembik dan menuding jari semua kepada takdir. 


"Habis tu kak wawa, bukan semua orang deserve a second chance ke?"


Semua orang DESERVE untuk DIDENGARI. Selalu bila saya mengadu rasa pada sahabat di sisi, diorang mesti kata, "mas, cuba dengar dulu dia nak explain apa. Semua orang buat benda mesti bersebab."


So listen. Listen to understand, not to judge or just for the sake of replying. 


Lepas dah dengar, barulah buat keputusan. Adakah mereka berhak diberikan peluang atau tidak -- it is all up to you. Kau yang tahu diri kau sendiri. Jatuh bangun duduk berdiri, air mata yang kau kesat setiap pagi, malam-malam yang sunyi -- bukan semua orang mengerti.


So let them be. Biarkan orang yang tak faham tu. Not every people deserve a second chance.


"Tapi mereka kata merek dah berubah?"


"Then ask them to prove it."


"Kena terima mereka balik dalam hidup kita lah kan baru boleh tahu mereka dah berubah ke tak."


"No. Ask them to prove it from afar before you let them to come near you."


"Hmm habistu kalau semua orang marah cakap saya jahat?"


"Tell them that, that person might be a changed person, but so do I."


Love yourself enough to know your worth. 


And remember-- being strong does not mean that you have to continue to put up with the disrespect day after day and night after night. 

You DESERVE to be respected all the time, not depending on their mood.


Chill.


Salam sayang :)


Read More......

Saturday, February 4, 2017

Kenapa sambung belajar?

 


"Kenapa sambung belajar?" This is perhaps the most common question that I received.


Selalunya saya akan clueless sebab saya benar-benar tak tahu kena ada sebab untuk sambung belajar. Lalu soalan itu akan bersambung dengan andaian dari si penanya --


"Nak jadi bos eh?"

"Nak tukar kerjaya eh?"

"Nak enhance skill ke?"


Saya sengih. Jungkit bahu. "Sebab minat kot?"


"Sebab minat je?" Cebik bibir. "Tipulah."


Saya garu kepala yang tidak gatal. Eh dia ni, tanya soalan lepas tu orang jawab tak nak percaya pulak. 


Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lamanya, hinggalah satu hari makcik saya yang berkunjung ke rumah bersuara, "Makbul doa ayah awak nak anak-anak dia belajar tinggi-tinggi."


"Abah ada doa macam tu ke?" Kerut dahi. 


"Iyalah.. Dulu ayah awak selalu cakap aku nak anak aku belajar betul-betul, tak kisahlah nak belajar sampai bila pun, biarlah diorang belajar."


"Ye ke?" Mata berair. Kelip-kelip sikit. Come on, tak macho lah menangis depan makcik :') 


Terimbau-imbau kembali saat kecil dan masih berlari-lari, kalau nak duit beli buku abah mesti beri. Tak kisah lah sesusah mana pun abah, seterdesak mana pun dia, katalah saja "Abah, nak beli buku boleh tak?" pasti abah keluarkan wang yang ada dan tersenyum meletakkannya di telapak tangan kami.


Sampai-sampai, abah perlu bina sebuah mini library untuk memuatkan buku kami adik-beradik dan itu pun masih tidak memadai. 


Dan kini, kalaulah saya masih mampu duduk di sebelah abah dan bercerita, "Bah, orang sekarang menuntut ilmu sudah tidak beradab lagi. Guru tidak dihormati, yang ahli diherdik pergi, malah hendak menuntut ilmu pun perlukan sebab material buat diri."


Agaknya pasti air mata abah jatuh bercucuran di pipi. 


Tidak ada lagi keseronokan menuntut ilmu. Tidak ada lagi niat menuntut ilmu kerana Allah Taala -- Ilmu yang ada membuatkan manusia mendabik dada, memijak-mijak mereka yang ahli seolah-olah merekalah yang paling hebat sekali.


Bah, how awful it is to see people damaging themselves like this.


Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja hebat dalam merancang strategi, malahan hebat dalam bidang Agama, Sains serta Sastera tapi dia begitu merendah diri dan menghormati yang ahli. Lalu apa alasan kita meninggi diri dan meletakkan limitasi sendiri?


Belajarlah. Bukan untuk dipandang hebat. Bukan untuk dapat gaji yang banyak. Bukan untuk demand hantaran tinggi-tinggi. No. 


Belajarlah -- kerana Allah suka orang-orang yang berilmu. Tidak cukupkah satu sebab itu mendamaikan hati yang lesu?


Tapi ops. Berhati-hati dalam belajar, beradablah seperti seorang mukmin yang prihatin pada 'standard' ilmu yang datang. Belajarlah dari yang ahli dalam bidangnya. Jangan main ceduk situ sini ilmu dari internet ya kerana sungguh--


Bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang berbuat kebaikan"


Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (Al-Baqarah 11-12)


Jom tuntut ilmu yang benar! :)


Salam sayang :)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .