Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Celaru(?)





Assalamualaikum.

Hm, kepala dah mula sakit-sakit.

Badan dah mula panas-panas.

Jiwa dah mula kacau.

Hati dah mula berdebar.

Tidur tak lena, makan tak lalu. Perut masuk angin. padan muka

"Eh mastura nak kahwin ke, tak jumput pongg."

Eh bukan bukan.

Tu petanda exam dah dekat. Maaf lama tak update blog, tiba-tiba kata dah nak exam pula. Ish ish.

Saya sebenarnya amat 'kebulur' kan doa kalian, moga saya dapat 4.0 semester akhir ni, dan dapat present tesis dengan baik, dan kemudian dapat kerja yang baik juga. mudah-mudahan.

Kalian saudara saya yang saya sayang kerana Allah, sudi tak doakan saya :)

p/s : saya terpaksa tinggalkan blog sementara, doakan saya ye,...

Read More......

Tuesday, September 6, 2011

Hajat Doanya.



Assalamualaikum wbt.

Saya mencuri sedikit waktu yang terbatas untuk menaip di blog yang kian terabai.

Sahabat, tak lama lagi saya dan sahabat seperjuangan yang lain bakal menduduki final exam.

Saya amat berhajat pada doa kalian. Moga-moga doa insan sesoleh dan sesolehah kalian ini diterima Allah terus tanpa hijab.

Doakan kejayaan kami ya, sungguh kami hakikatnya membawa imej Islam ke mana jua...Jadi kejayaan ini perlu,walau zahirnya nampak untuk kami tapi hakikatnya kejayaan ini untuk Islam :)

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah berhenti daripada kalian. Terima kasih banyak-banyak.

Dalam masa sebulan ni mungkin jarang-jarang saya update blog. Kalau update mungkin di ruangan facebook sahaja. Saya hajat tembakan doa dari kalian selalu,tanpa henti..ya?

Oh ya, mari kita isi hati dengan video-video terpilih minggu ini :)




Read More......

Wednesday, July 27, 2011

Minggu Yang Padat


Saya manusia lemah. Ya, saya mengaku itu.

Tahu tidak betapa sakitnya menahan tangis yang bergelora dalam hati, menelan satu-persatu dugaan yang mendatang, mengunyah segala cabaran yang terbentang di hadapan.

Mengukir senyum dalam kepahitan, merawat hati yang berdarah.

Tapi saya akur...ini tandanya Allah kasih. Mana ada manusia yang tidak punya ujian di hadapan. Maka saya akur, dalam dunia ini tak semua perkara indah. Tapi yang pahit itulah yang mengajar erti hakikat kehidupan sebenar.

Seringkali saya mahu menaip sepatah dua kata, buat peringatan saya dan sahabat, tapi seringkali itu jualah kerja-kerja yang menggunung di hadapan menyapa benak fikiran.

Sahabat...

Mari bersama doakan kemudahan segala urusan saya dan sahabat-sahabat saya di sini...

Mid-Term Exam

Ekonomi - 15/8/2011
Costing - bulan 8
Management - 2/8/2011
Bahasa Arab 28/7//2011
Web Programming - 9/8/2011
Marketing (kuiz) - 3/8/2011

Presentation

Hafazan dan tajwid - 28/7/2011
Marketing -22/8/2011

Project

Marketing(individu + group) - 22/8/2011
Management - week 13 (lagi berapa minggu je)
Web Programming - End of August
Database - minggu depan.

Setakat ini..ini sahaja yang berada dalam list.

Mohon doa semua dan saya pohon seribu kemaafan andai sahabat buka blog ini dan tiada update yang baru, tapi insyaAllah saya akan update status di laman facebook blog ini ya... :)

Doakan doakan doakan... saya hajat doa kalian...

Saya manusia lemah. Saya mengaku itu, maka saya perlukan kekuatan dari Allah, mungkin melalui doa kalian yang soleh dan solehah...maka saya mampu menjadi lebih kuat.

insyaAllah.

sayang kerana Allah.

Read More......

Monday, July 11, 2011

Blog Bermasalah.

"Subhanallah." Baru sahaja siap menggabungkan slide-slide pembentangan nanti bersama sahabat, pantas jari-jemari saya menaip url blog.

Natijahnya, saya melihat ini :





Saya sendiri pelik, kenapa kotak itu tidak menimbulkan dirinya. Adakah ini kes sabotaj atau apa? -.-"

Berlegar di ruangan blog teman-teman, ada juga yang memiliki masalah yang sama.

Allah izin..pasti punya hikmahnya.

Saya tidak tahu bagaimana mahu membetulkannya, penukaran template juga tidak berhasil. Kasihan buat sahabat yang bertanya.. :



Maka, saya mencuba mencari beberapa solusi. Begini caranya jika nak follow, selagi kotak 'misteri' itu masih merajuk tidak mahu munculkan diri ya...

Buka dashboard blog anda... dan lihat di bahagian senarai blog yang sudah di follow, di bahagian bawah sekali ada tertulis add.



Sudah jumpa?

Baiklah, langkah seterusnya, tekan button add itu dan akan keluar pula gambar seperti ini.



Di ruangan URL itu..masukkan lah url blog saya yang dhoif ini. http://masturamohdyusuf.blogspot.com.

Maaf teman atas kekurangan ini.....

Siapa-siapa yang ada solusi dan tahu penyebab perkara ini berlaku, amatlah besar hati saya jika anda ingin membantu... :)

Moga Allah kasih dan redha pada semua...

Read More......

Thursday, July 7, 2011

Hajat Doa Semua...


Telefon bimbit saya berbunyi menandakan ada satu mesej yang baru masuk.

Saya membiarkannya sahaja sambil mata masih lagi terpacak di skrin laptop. Sejenak, hati saya menjadi tidak sedap.Lantas, kaki diarah menuju ke arah telefon bimbit saya.

Mesej dibuka.

Salam. ukhti fillah kita, kak fadhilah di masukkan ke wad kerana kritikal komplikasi darah. selama 4 hari ini keadaannya sangat lemah dan doktor tak dapat detect lagi penyakitnya. mohon doa akhwat yang lain semoga kak fadhilah diberi kekuatan dan kesembuhan. Allahumma ujurni fi musibathy wakhlufly khaira minhaa. amin. Allahuakbar!


Saya tersentak. Tidak semena-mena ada takungan jernih di kelopak mata.

Ah, kakak itu... sangat solehah.
Kakak itu... Allah baru sahaja mengujinya dan ahli keluarganya dengan mengambil ayah tercinta menghadap Tuhan Yang Esa.
Kakak itu... hebat ujian buat dirinya dan keluarga...

Ah, saya rindukannya!

Allah... harap sahabat semua dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan, keselamatan, dan ketabahan serta kesabaran buat kakak tersebut dan ahli keluarganya.

Moga doa-doa kalian didengari Allah.

Saya masih rindu pada raut wajahnya.
Saya masih rindu untuk mendengar suaranya.
Saya masih rindu memeluknya.

Akak, moga cepat sembuh dan mari bersama kembali di medan dakwah ini... :'(

wassalam.

Read More......

Wednesday, April 6, 2011

Mari ber e-dagang :)


"Risaunya, duit poket tak cukup ni."

"Macam mana ni... nak beli buku tak ada duit."

Kerap saya mendengar keluhan-keluhan begitu. Anak-anak sekarang, terkadang terlupa mengenang jerih payah ibu bapa mendapatkan satu not wang. Bahkan ada sehingga sanggup menderhaka kerana duit.

Ada yang mencuri.

Ada yang merompak.

Ada yang membunuh.

Mungkin ada yang pelik, kenapa blog saya semakin banyak iklan. :) Baiklah, saya sekarang sedang mempraktikkan apa yang saya belajar. Business Administration with E-Commerce.

Berbicara mengenai e-commerce atau e-dagang, semua mesti terbayangkan perniagaan melalui internet. Manusia semakin malas bukan? Semuanya mahu dihujung jari sahaja. Maka dengan niat untuk mengurangkan sedikit beban ibu bapa, saya mencuba apa yang saya pelajari di kelas. Sungguh, pendapatan sendiri amat manis dan bermakna.

Tidak salah mencari wang, asal sahaja ia halal.

Allah beri banyak pilihan buat manusia, tapi selalunya yang haram itulah yang dipilih, mungkinkah lebih menyeronokkan?

Baiklah, mari saya mahu berkongsi sedikit sebanyak mengenai e-commerce. E-commerce menjimatkan masa dan minyak (minyak dah mahal sekarang :D) pengguna, dan ia mudah!

"Tapi, saya tak ada modal nak buat perniagaan internet."

Jika kamu, ya kamu adalah seorang blogger dan mahukan pendapatan sampingan untuk menanggung sedikit sebanyak keperluan hidup, saya sarankan heartbeat.. Heartbeat lebih kurang macam nuffnang, tapi lebih mudah dan senang menjana pendapatan,insyaAllah dengan izinNya.

"Mastura, macam mana dengan nuffnang saya? nanti saya hilang keistimewaan"

Jangan risau sahabat! sesiapa yang ada nuffnang, anda takkan hilang apa-apa keistimewaan sekalipun kerana heartbeat bukanlah saingan dalam senarai nuffnang.

Mari, saya mahu berkongsi apa yang saya tahu dan insyaAllah moga Allah sama-sama memberi rezeki buat kita semua. Belajar cari wang sendiri, nanti kita akan tahu betapa ibu bapa kita memberi cinta tanpa syarat!

Cara mendaftar.

Mudah saje sahabat :)

1) klik banner ni untuk ke website heartbeat.



2) Klik pada logo heartbeat.my



3) Click pada create account.



4) Isilah borang tersebut dengan penuh kejujuran dan klik agree.



5) Tekan get code.



6) Paste sesuka hati di blog anda! :)


Mudah kan? Selamat mencuba, insyaAllah hasilnya memuaskan.


p/s : saya tak letak watermark di gambar supaya sahabat-sahabat lain boleh ambil gambar tu untuk sahabat pula bagitau sahabat-sahabat lain di blog.

Oh ya, mungkin saya akan menyepi selama beberapa hari kerana saya dan keluarga serta sahabat mahu pergi riadah yang merapatkan ukhwah. Doakan kami selamat pergi selamat pulang ya, moga doa insan sesoleh/ah kalian dimakbulkanNya. Doakan moga kelak saya pulang bersama pengalaman dan iktibar yang boleh dikongsi bersama :)

insyaAllah saya akan update status facebook.

Moga Allah kasih. :)


Read More......

Wednesday, February 2, 2011

Doakan Saya..



"Aik, kata nak study?" Emak berkata seraya menjengah saya di bilik yang sedang khusyuk menghadap komputer riba, meninjau-ninjau peredaran semasa di internet.

"Er, nantilah. Malam." Saya menjawab.

Mungkin saya sudah terlalu banyak membuang masa. Meskipun hakikatnya, kita sudah tidak ada masa untuk membuang masa.

Masa sudah semakin suntuk untuk kita menjadi orang biasa.


Justeru..Menyedari hakikat itu, saya terpaksa, dengan berat hati menyatakan hakikat ini.

Saya terpaksa berhenti berblogging untuk menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang bakal menjelang dan mungkin hanya akan update status di sini (Walaupun tak tahu seberapa kerap).

Jadual peperiksaan saya adalah seperti di bawah:



Tujuan saya meletakkan jadual periksa di sini adalah dengan harapan sahabat semua dapat berteleku dia atas sejadah selagi saya tidak habis jawab periksa! Sungguh,saya takut. :'(

Saya bukan takut pada peperiksaan, tapi saya takut tidak dapat beri komitmen terhadap pelajaran, justeru saya jadi semakin takut andai saya ini mengabaikan amanah sebagai seorang anak lantas mengecewakan hati kedua ibu bapa saya.

Ah, bagaimana mungkin saya tegar melihat wajah duka mereka.

Allah....

Doakan saya dan sahabat yang akan menduduki peperiksaan ya? Saya amat mengharap doa dari insan soleh dan solehah seperti kalian, insan yang kurang dosanya daripada saya, siapalah saya ini di hadapan Allah Yang Maha Esa.

Moga-moga, sahabat dan sahibah yang solehah sekalian, doa kalian dimakbulkanNya.

Jazakumullah hu khair..

Wallahu'alam

Read More......

Wednesday, January 12, 2011

Alhamdulillah..



Alhamdulillah... Tepat hari ini,sempena tahun baru, azam baru. Oh, azam beru tahun ni saya nak tulis menggunakan 'saya' lah. lebih rapat rasanya.

Ok, berbalik pada topik tadi, hari ini telah terhasillah (ke tercipta ye?) satu laman sesawang khas untuk blog ni.

Moga ia memudahkan perbincangan kita, kita santai-santai sahaja ok.

Yang saya tak tahu, harap adalah kawan-kawan yang memberitahu..insyaAllah. Moga semuanya mendapat redha Allah.

Jom jom jom, kita sama-sama meriahkan diskusi ilmiah di masturamohdyusuf.blogspot.com versi facebook. :)

oh oh ya. saya ada satu cerita yang berlegar dalam kepala, masih belum diterjemah dalam bentuk tulisan. harap kawan-kawan doakan saya ye..

Jumpa di sanaa :)

Read More......

Wednesday, January 5, 2011

Mohon Cadangan

Bagilah cadangan sambil tersenyum ye :)

Ana semakin disibukkan dengan dunia.

Terkadang blog terdampar sepi.

Sepi tiada bicara.

Ana terfikir sesuatu... Ana rasa nak buat satu akaun di facebook, khas untuk blog ini. Maknanya, bolehlah ana dan para pembaca berinteraksi dengan lebih kerap, dan boleh juga ana post status-status muhasabah yang pendek-pendek di facebook nanti.

Ada apa-apa cadangan?

Read More......

Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha


Hari itu semakin hampir.

Hari Raya Aidiladha... Mengenang kembali peristiwa Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Ismail a.s.

oh, Ana tidak mahu bercerita mengenai bagaimana si anak yang patuh.

Bagaimana Nabi Ibrahim menyembelih leher anaknya, pisau menjadi tumpul lalu turun malaikat menggantikan Ismail a.s dengan seekor kibas.

Tidak. Tidak.

Semua sudah tahu akan kisah itu, cuma ana tertarik pada kata-kata Nabi Ismail a.s

"Jika itu perintah Allah, maka lakukanlah!"

Nah, itulah dia erti pengorbanan sebenar. Mengorbankan nafsu yang menipu, mengorbankan masa untuk Allah, mengorbankan kesenangan dan keselsaan diri demi syurgaNya yang pasti kekal abadi.

Berapa ramaikah antara kita yang benar-benar memahami erti di sebalik 10 Zulhijjah ini.

Jika yang ternampak hanyalah yang tersurat - sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Ismail, maka rugilah kita...

Hakikatnya, maksud tersiratnya jauh lebih banyak dan mendalam.

Berkorbanlah demi TuhanMu.. Lawan nafsu yang menipu demi kesejahteraanmu, semoga seperti Nabi Ibrahim yang diuji dengan perintah menyembelih anaknya sendiri, namun akhirnya Allah menggantikan penyembelihan itu dengan seekor kibas, Allah bakal juga menggantikan sesuatu yang kita korbankan demiNya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

insyaAllah.

"Jika itu perintah Allah, maka lakukanlah!"

Selamat Hari Raya AidilAdha.. Selamat mengorbankan nafsu yang menipu :)

Wallahu'alam

Read More......

Tuesday, September 7, 2010

Warkahku untukmu.

Sekadar catatan pendek.

Tiada gambar untuk menceritakan.

Tiada video yang menyayat hati.

Tiada jua lagu yang membuai jiwa.


Pertama sekali, ana ingin memohon maaf.. Allah izin, laptop ana rosak dan ana mengalami sedikit kesukaran untuk mengemaskini blog.

Maaf buat jiwa-jiwa yang mendamba setitis peringatan. Maaf buat hati-hati yang inginkan nasihat. Moga entri-entri ana yang lepas boleh dibaca semula buat hati yang mendambakannya.

Ana tidak tahu bila laptop akan kembali 'pulih', semoga ia cepat 'sembuh' agar ana bisa menulis semula...

Sahabat, di kesempatan ini suka ana mengingatkan bahawa Ramadhan semakin meninggalkan kita. Apakah persiapan kita? Sudahkah kita beramal di sepertiga malam terakhirnya, atau kita sibuk membuat kuih dan bermain mercun semata??

Sahabat, ramadhan akan datang.... Adakah sempat untuk kita bertemunya? Atau maut dahulu yang datang menjengah? Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita semua dan semoga amalan-amalan baik sepanjang bulan Ramadhan ini dikekalkan sehingga di luar bulan Ramadhan.

Bawa peribadi Ramadhan itu ke mana-mana dan ingatlah! Kita bukan menjadi hamba kepada Ramadhan, kita adalah hamba kepada Allah, justeru itu, amal ibadat yang dilakukan janganlah hanya sekadar di bulan Ramadhan..

Sahabatku yang dirahmati Allah... Mari kita muhasabah kembali puasa yang telah kita lalui hampir sebulan. Adakah puasa itu hanya dipenuhi dengan lapar dan dahaga tanpa terisi dengan ibadah lain? Adakah kita tidak menjaga syariat di bulan Ramadhan? Adakah ketika bulan yang mulia ini, ketika rahmat ALlah terbuka siang dan malam, tika pengampunanNya dibuka seluas-luasnya, tika syaitan diikat untuk memudahkan kita, kita masih lagi berminat untuk melakukan maksiat dan mengundang murkaNya???

Sahabatku yang diredhai ALlah... Marilah, mari bersama mencapai redhaNya... Tangisilah Ramadhan yang kian pergi meninggalkan kita dan semoga syawal yang bakal tiba, bukan diisi dengan keseronokan dunia semata. Isilah dengan zikrullah dan tasbih memuji pencipta, itulah kegembiraan hakiki untuk bertemu ALlah di syurgaNya yang kekal abadi.

Salam sayang, Selamat memburu redha ALlah. Maaf zahir dan batin..

Read More......

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan dan....



Ku mengharapkan Ramadhan kali ini,
Penuh makna,
Agar dapat ku lalui,
Dengan sempurna.....


"Mak, kenapa kita kena puasa dulu baru raya?" Ana melontarkan pertanyaan ini kepada umi tercinta ketika ana baru sahaja berusia 5tahun.

"Sebab,kita kena rasa susah dulu, baru boleh gembira." Umi menjawab.

Susah, sebelum gembira. Ketika itu, ana masih samar-samar, tidak faham. Tetapi kepala masih dianggukkan, sebagai satu tanda ana mendengar dan masih mengingati..

Sahabat, moga kesusahan kita melawan nafsu pada bulan Ramadhan kali ini, dibalas dengan hari kemenangan-hari raya. Benar syaitan sudah diikat, tetapi ingatlah, nafsu di dalam diri tidak pernah kan berkurang kecuali kita sendiri berusaha untuk melawannya.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Moga amalan dapat dipertingkat seiring usia dan semoga amalan itu berkekalan sehingga di luar ramadhan. Kerana, kita bukan hanya menjadi Islam di bulan Ramadhan, tetapi kita adalah seorang Islam sepanjang masa.

Selamat beribadat, selamat beramal dan semoga istiqamah. Ameen.

Mohon Laluan


Ana meminta izin, untuk tidak mengemaskini blog dalam tempoh sebulan kerana mulai minggu depan, (16.8.2010) peperiksaan akhir semester akan bermula sehinggalah 25.8.2010. InsyaAllah, dalam tempoh itu ana mahu belajar kerana Allah dan mendapat keputusan yang baik kerana Allah dan Islam tercinta.

Sahabat, ana mohon doa dari kalian.

Moga sepanjang tempoh 'senyap' ini, kalian beristiqamah menjadi hambaNya yang bertaqwa. Hajat doa dan ingatan kalian.

Moga Allah kasih :)

Wallahu'alam


Read More......

Saturday, May 29, 2010

PENGUMUMAN : millatfacebook


Alhamdulillah...

Ucapan apa lagikah yang selayaknya ana ucapkan, apabila mendapat pengganti yang insyaAllah setanding facebook, satu laman yang dipunyai oleh seorang islam..

Millatfacebook


Anda gusar akan perpecahan ummat islam? Macam mana nak bantu ummat Islam?

Ayuh, mari bersama-sama kita berkumpul di millatfacebook. Sokonglah, ini usaha kita dalam menyepadukan kembali hati-hati yang kian gersang..

WWW.MILLATFACEBOOK.COM

jumpa di sana :)

p/s : laman ini dalam proses penaiktarafan, mungkin ada sedikit features yang tidak ada..

Read More......

Wednesday, May 26, 2010

PENGUMUMAN : Info terkini Palestin


info terkini : NGO malaysia telah bergabung tenaga menghantar sebanyak 20 biji kapal yang berisi keperluan untuk rakyat palestin, tapi malangnya, yahudi telah mengesan hal ini dan menyediakan 100 biji kapal dagang untuk mengepung rombongan dari Malaysia. Yahudi juga bercadang ingin membina tembok 20 meter bawah tanah, sambungan tembok yang sedia ada agar bantuan tidak dapat disalurkan melalui bawah tanah.
Saudaraku, ayuh lakukan solat hajat, memohon agar Allah meilndungi rombongan Malaysia dan menyelamatkan saudara kita di Palestin. Teruskan memboikot. Allah menilai setiap usahamu.









Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .