Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, March 22, 2011

Iktibar Bandung -Hari 2-

Kami disapa pokok teh sepanjang perjalanan. Damai.

Indahnya alam yang luas terbentang,
Juga langit yang gah berdiri sendiri,
Pada camar yang girang ke sana sini,
Ah, apakah manusia masih tidak menyedari?


Pagi itu, hari kedua kami di Bandung. Subuh di sana seawal jam 5 pagi, selepas Subuh, terus bersiap-siap untuk bersarapan dan bertolak ke Tangkuban Perahu sekitar jam 9 pagi.

"Nanti di sana, akan ada local tourist guide yang jaga ya." Pemandu pelancong kami berbicara.

"Kenapa ye?" Abah betanya, mewakili kepelikan kami semua.

"Nanti di sana, semua berebut-rebut nak jual barang, jadi bingung."

Kami diam.

Tangkuban Perahu


Kabus sudah turun.. Sungguh dingin!

"Pak, beli pak.. ini murah pak.."

Allah....

Benar seperti dikata, berpusu-pusu peniaga datang menjual barang, dari tanam-tanaman sehinggalah ke kraftangan. Walau dengan harga yang murah, mereka sanggup asal sahaja dapat melihat keluarga tidak kelaparan.

Allah...Allah...

Salah satu kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu.

Betapa susahnya mereka mencari secicip rezeki buat menampung kehidupan sekeluarga. Teringat juga nasib-nasib saudara-saudara yang bertebaran di serata dunia.

Mereka parah, mereka derita, meraka sengsara menunggu bantuan yang hanya kan kunjung tiba melalui kepentingan semasa.

Strawberi yang merah dan sedap ini hanya dijual dengan harga RM3 sekotak penuh.

Mungkinkah.. Mungkinkah para pemimpin dunia sekarang sudah semakin lupa.. sudah semakin lupa, bukan melupakan rakyatnya tapi melupakan satu amanah besar yang tergalas di bahu.

Teringat pula pada kisah Umar Al-Khatab yang sanggup memikul gandum di pundaknya lantaran rasa bersalah membiarkan seorang rakyatnya kelaparan.

Pandangan dari atas.

Teringat pula pada Umar Al-Aziz yang berpakaian lusuh walau berpangkat besar.

Oh Benarlah!

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.(Al-Qasas : 83)


Pokok Batik


Inilah dia pokok batik tu!

"Ek eh, cantiknya dia ukir-ukir kayu ni." Saya berkata sebaik sahaja melihat banyak kraf tangan berasaskan kayu-kayu berukir.

"Ini bukan diukir, ini asli dari pokok" Pemuda yang mengiringi kami menjelaskan.

"Ha?"Saya terkejut. "Memang potong je pokok terus ada corak ni?"

"Iya.. pokok ni ada pelbagai motif batik."

Subhanallah... kata apa lagikah yang layak saya keluarkan. Allah memberi nikmat tanpa putus. Meski mereka tertindas dek rasuah, tapi Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui memberi mereka banyak hasil bumi untuk menampung keperluan hidup.

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang Maha Besar. (Al-Waqiah : 96)


Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar!
Mendaki

"Aduii penatnya.." Emak berkata seraya mendaki tangga menuju ke puncak gunung itu.

"Ala mak ni, kata nak bersenam" Saya membalas seraya tergelak kecil, lucu melihat emak yang sengaja melakonkan watak keletihan.

Saya berjalan sedikit ke hadapan.

Saya lupa nama pokok ini, tapi ia amat berkhasiat dan hanya tumbuh di kawasan yang ada belerang. Subhanallah.

"Kamu sudah kerja?" Pemandu pelancong yang mengiringi kami tadi bertanya kepada saya.

Saya menggeleng." Belum, masih belajar."

"Di universiti?"

"Iya."

"Kalau di sana, ada bantuan kewangan?" Dia bertanya lagi.

Saya mengangguk.

"Di sini hanya yang ada duit sahaja mampu masuk ke universiti."

Allah...

Dia juga merupakan salah seorang peniaga yang berniaga di situ. Dengan sabar dia melayan kami, mengambil gambar dan bercerita itu ini, tidak lupa juga menceritakan khasiat ulam-ulaman yang berada di situ.

Semua itu... untuk bekalan seisi keluarga.

Saya lantas teringat pada kisah pemandu pelancong yang menngiringi kami sejak hari pertama yang diceritakan di kereta semasa dalam perjalanan.

"Sebelum saya ambil bapak di airport, saya muntah-muntah. Tidak sihat, saya baru hantar tetamu lain pulang."

"Tak penat?"

"Saya perlu gerakkan semua tubuh, tenaga.. kalau tidak, anak saya tak minum susu."


Allah...

Walau sepuluh sen bagi mereka begitu berharga. Tapi kebanyakan kita, sepuluh sen jatuh di lantai buat tidak endah sahaja...

Mari kita lihat betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan secara percuma. Allah tidak meminta kita membayarnya dengan harta dunia, Allah tidak minta kita membayarnya dengan berteleku di tikar sembahyang 24 jam, Allah tidak meminta yang susah-susah.

Allah hanya mahu kita TAAT. Dan pengakhirannya, Allah beri lagi ganjaran;

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (yaitu) di dalam taman-taman dan mata-air-mata-air; mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan,demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari. (Ad-Dukhan : 51-54)


Jangan jadi seperti orang utan, yang menggenggam ketat dahan tempat berpaut tatkala angin kencang menyapa, tapi tidak mengendahkan pegangan pada dahan tatkala angin sepoi-sepoi datang menyinggah, dan pengakhirannya rebah ke tanah lantaran terlupa pada bahaya yang mendatang.

Kolam Air Panas

Kolam air panas terbuka.

"Lepas ni kita ke mana?" Abah bertanya sewaktu kami dalam pulang dari Tangkuban Perahu.

"Sari Ater Hot Spring."

"Ada tempat mandi tertutup tak?" Saya bertanya, teringin juga hendak merasa mandi air panas yang berpunca daripada gunung berapi ni :)

"Ada...ada kamar khas."

"Baguslah." Saya girang. Bolehlah saya dan emak mandi dengan aman tanpa terlihat oleh mana-mana insan yang tidak harus melihat aurat kami.

Tidak, bukan kami ketinggalan zaman, bukan kami terlalu jumud dalam berfikir, tetapi lantas dengan keimanan yang masih setipis kulit bawang, dengan kesedaran bahawa Islam itu indah, kami merenung satu hadith yang tidak lagi menjadi tumpuan ummah;

Barangsiapa beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi]


Kenapa dalam hadith itu wanita dilarang memasuki tempat mandi umum?

Pakaian kita, jika terkena air..pasti melekat-lekat ke tubuh, adakah melekat-lekat ke tubuh itu menepati syara'?

Sahabat semua bijak... pasti punya jawapannya :)

Pulang

Badan yang letih berjalan, terkena pula penangan air panas daripada gunung berapi adalah sesuatu yang membuatkan kita hanya mahu mencari katil dan bantal.

Kami semua keletihan, termasuk pemandu pelacong yang asyik menguap ketika memandu.

Namun Alhamdulillah berkat doa semua, kami selamat juga tiba di hotel selepas makan malam yang menyelerakan.

Ikan-ikan comel di tempat makan.

Bersiap sedia untuk tidur, mungkinkah esok membawa lebih pengajaran?

Oh Insan..
Lupakah dikau melihat gunung yang hebat berdiri,
Atau hujan rintik di celah pagi,
Atau tanaman yang memunculkan diri,
Ah, mengapa sukar benar memuji Ilahi?


Bersambung...

Pautan : Iktibar Bandung -Hari 1-

Read More......

Monday, March 21, 2011

Iktibar Bandung -Hari 1-

Permusafiran itu...
Adakalanya membawa duka..
Adakalanya bahagia tiba...
Ruginya mereka yang berjalan..
Tapi menyisihkan Allah




nota:perbualan dengan mereka yang berbangsa indonesia telah ditukar ke dalam dialek melayu agar memudahkan semua. Moga Allah kasih


"Cepat-cepat, masukkan beg dalam kereta." abah menggesa, takut terlewat untuk masuk ke balai berlepas. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, penerbangan insyaAllah sekitar jam 8 pagi.

Beg Kami di Lapangan Terbang Senai

Kami menuruti, memasukkan beg ke dalam kereta dan bertolak ke lapangan terbang Senai,Johor Bahru.

Dipendekkan cerita, dengan izin Allah, diiringi doa sahabat sekalian yang soleh dan solehah, kami selamat tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi, penerbangan ke Bandung dijangka jam 12 tengah hari.

KLIA

Rezeki di dalam kapal terbang.

Dari dalam kapal terbang... merenung jauh ke bawah..

Terkadang kapal terbang bergerak dalam keadaan tidak stabil lantaran cuaca yang kurang baik. Berada setinggi itu membelah awan, terkadang ramai yang terlupa untuk melihat ke bawah.

Membelah Awan

Saya terfikir, begitukah situasi kita yang sebenarnya? tatkala berada di atas, lupa terus mereka di bawah.. Biarkan sahaja mereka yang berada di bawah, itu bukan masalah kita, yang penting,apa yang kita mahu tercapai. Begitukah?

Ramai manusia memasang cita-cita setinggi langit, berusaha itu dan ini sehingga terlupa kepada Yang Satu. Sehingga, apabila angan-angan setinggi itu yang tidak diiringi kasih Sang Pencipta jatuh terhempas ke bumi, ramai yang memberontak.... Lupakah kita, pada Penyelamat Jiwa yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hati kita?

Allah...Allah...Allah...

Langit yang terbentang luas itu, berdiri teguh tanpa tiangnya..

Lupakah manusia mengambil pengajaran?

Tiba Di Bandung

Umi.. Alhamdulillah selamat tiba di Bandung

"Mak, tu.." Saya menunjuk kepada seorang lelaki yang sedang memegang kertas yang tertera nama ayah saya.

Kami bergerak ke arahnya dan dia membalas dengan senyuman.

Kaki bergerak, melangkah laju menuju ke kereta yang akan membawa kami berjalan sekitar bandung.

"Eh, itu polis buat apa kat situ?" Ayah saya bertanya sewaktu melihat polis bersama seorang pramugari tidak berapa jauh dari tempat kami berada.

"Oh itu perkara biasa"

"Melindungi...lagi apa tu?" Ayah saya cuba membaca tulisan yang tertera pada kereta polis-polis tersebut.

"Itu bukan melindungi, tapi memeras!" Pemandu pelancong kami sedikit berjenaka.

"Iye ke?" Ayah kembali bertanya.

"Iya... tiup je wisel, priitttt... nah, dapat Rp 200,000."

"Saman ke?"

"Iye.. tapi kalau masuk kepada kerajaan saya ikhlas, ini masuk poket mereka, saya tak ikhlas."

Kami diam.

Dan saya kembali berfikir... Indahnya Allah, hebatnya Allah, Bijaksananya Allah.

Sesuatu itu diharamkan pasti bersebab.

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)


Diperjelaskan lagi dalam hadith pesanan Baginda Rasulullah kekasih allah.

Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran,
kehakiman dll) ( HR At-Tirmidzi)


Amalan rasuah yang diamalkan.... memudaratkan banyak pihak, yang susah semakin susah, yang senang semakin senang. Itukah keadilan yang manusia mahukan?

Petang

Setelah makan,kami kembali ke hotel untuk menunaikan solat.

Perjalanan petang itu, disulami udara yang dingin benar-benar menyamankan. Pergi ke beberapa Factory Outlet hanyalah sekadar untuk melihat-lihat. Tidak banyak barang yang dibeli..

Ikan di salah satu Factory Outlet

Perjalanan yang mendamaikan.... Diiringi makan malam yang sungguh memuaskan hati..

Abaikan adik saya yang suka berposing pelik. T_T

Tempat basuh tangan yang unik

Makanan Sunda, makan bersila begitu benar-benar merapatkan ukhwah yang tercipta. Lauk-pauk yang tidak begitu hebat seperti di Malaysia namun tetap sangat menyelerakan, bukan kerana lapar tapi kerana barakah Allah mungkin terletak di situ, menyedari keperluan berbanding kemahuan, menyelami kepahitan hidup rakyat di sana..



Ah, hidangan itu benar-benar menyelerakan!

Terima kasih Allah yang memberi tanpa henti.
Yang masih menghidupkan manusia untuk meniti hari....

Oh Musafir!
Lihatlah itu...
Pada matahari yang terbenam indah,
Pada awan yang berdiri megah,
Masihkah hatimu tertutup,
Dari melihat hebatnya Allah?


Bersambung.....

Read More......

Tuesday, March 15, 2011

Amalkanlah Perbicaraanmu


kawan..apalah yang kau kesalkan...

Apbila rintik hujan itu bertukar deras.. Hati seolah-olah dirobek pilu..

Ummah semakin tergelincir dari landasan, bersama hujan yang membasahi bumi. Lenyap.

"Saya sedih..." Satu hari seorang wanita bersuara.

"Kenapa?" Temannya berbicara.

"Ada orang cakap, kau macam baik sangat nak tegur-tegur orang, kau sendiri pun bukannya bagus."

Ummah Memandang

"Tak ada manusia yang sempurna." Temannya berbicara, berusaha menenangkan hati.

Dalam sepi itu, saya termenung jauh... Saya akui, memang tiada manusia yang sempurna yang mampu berdiri teguh dan berkata, "Wahai manusia! Mari bersama saya, saya adalah manusia sempurna yang tidak pernah buat salah."

Tidak ada. Yang tinggal hanyalah manusia yang terpalit dosa dan noda, yang maksiat menjadi santapan harian, yang tidak tahu entahkan syurga atau neraka menjadi tempat penginapan.

Benar.... mereka salah jika mengharapkan yang sempurna untuk menegur. Mereka salah jika melihat pada yang berkata bukan melihat apa yang dikata.

Tapi sahabat... Mari kita berfikir sejenak.

Manusia adalah satu makhluk yang Allah sediakan dengan perasaan, dengan hati yang meneliti, dengan mata yang melihat.. Apa kita rasa jika seorang pemabuk berbicara tentang keburukan arak sedang arak itu ditogaknya siang malam tanpa henti, apa kita rasa jika seorang pembunuh bersiri berbicara tentang kezaliman yang berleluasa kini.

Dan apa mereka rasa jika kita berpakaian seksi dan berkata "eh, kau ni tak pakai tudung dosa."

Atau apa yang mereka rasa jika kita seorang yang siang malam keluar dengan seseorang yang bukan muhrim dan berkata "Kau ni tak baiklah asyik bergayut je siang malam dengan pakwe/makwe kau."

Seperti ketam yang berusaha mendidik anaknya jalan tegak, sedang dia sendiri terhencot-hencot maju ke hadapan.

Benar, tiada manusia yang sempurna.

Tapi sekurang-kurangnya seorang khalifah itu berusaha menjadi yang sempurna untuk Agama dan Tuhannya.

Ummah kini ummah yang bijak, mereka memerhati setiap perilaku,perkataan dan perbuatan. Jika kita tidak melakukannya, bagaimana mereka mahu mencontohi?

Amal dan Kata Biar Seiring

Sungguh saya amat takut untuk berbicara, untuk menaip dan untuk berkata. Ketika menyampaikan usrah, saya akan membuat persiapan seminggu lebih awal dan untuk menaip blog saya mengambil masa yang agak lama untuk menaip setiap patah yang akan menjadi tatapan pembaca yang saya kasihi sekalian.

Bukan saya takut untuk menegur, bukan saya takut akan dihina, bukan saya takut untuk dikritik, tapi saya takutkan pada satu firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As-Saff : 2-3)


Teringat saya pada kisah-kisah yang Rasulullah tunjukkan. Mari sahabat, kita bersama mengambil pengajaran daripada cerita manusia agung ini..

Kisah 1

Ada seorang wanita yang anaknya amat gemar memakan kurma sehingga dikhuatiri akan menjejaskan kesihatannya. Satu hari, ibu yang risau pada tahap kesihatan anak tercinta datang bertemu Rasulullah.

"Ya Rasulullah, aku amat khuatir pada anakku, dia amat gemar makan kurma sehingga ." Kata ibu itu.

Rasulullah membalas, "Pulanglah dan kembali semula setelah 3 hari."

Ibu itu pelik tapi menuruti suruhan Rasulullah... Setelah 3 hari ibu itu datang kembali dan Rasulullah menasihati anaknya, "Kurangkanlah makan kurma, banyak sangat makan boleh memudaratkan kesihatanmu." mungkin begitulah kata-kata insan mulia itu.

Ibu yang masih pelik dengan suruhan Rasulullah yang lalu lantas bertanya, "Ya Rasulullah! Kenapa kamu suruh aku datang kembali setelah 3 hari?"

Rasulullah pun menjawab, "Kerana diriku juga suka makan kurma, maka apabila aku ingin menasihati orang lain, aku harus buat dahulu."

Kisah 2

Selepas perjanjian Hudaibiah, Rasulullah mengarahkan sahabat supaya bercukur tetapi sahabat enggan.

Dengan perasaan dukacita, Rasulullah pun mengadu kepada isterinya, Ummu Salamah. Ummu Salamah yang pintar terus memberikan pendapat, beliau berkata, "Wahai Rasulullah, bercukurlah di hadapan mereka kemudian bertahalul dari ihram."

Rasulullah pun akur. Sahabat yang melihat baginda bercukur seraya berkata, "Adakah patut kita tidak melaksanakan apa yang dilaksanakan Rasulullah?"

Dan mereka pun turut bercukur.

Ambil Pengajaran

Dengan kisah di atas sahabat, Boleh kita lihat bagaimana Rasulullah melakukan apa yang dikata. Allah sudah menunjukkan, ketika Rasulullah belum lagi melakukan apa yang diperkatakan, sahabat tidak mahu menuruti...

Lumrahnya manusia lebih gemar mengikuti apa yang terlihat pada pandangan mata, kerana itu lebih mudah diingati. Kita sendiri gemar melihat video daripada hanya mendengar atau membaca sesuatu kan?

Maka wahai sahabatku, khalifah Allah, tentera Agama, kebanggaan Islam!

Ambillah pengajaran.... Jangan hanya berkata, tapi buktikan kata itu menerusi amal..

Apabila ada yang berkata "Ah, kau bukan baik sangat."

Bersangka baik dan muhasabah kembali diri...Adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk Islam? Atau sekadar menjadi fitnah semata?

Moga kita sahabat, tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi, yang angkuh dan tidak mahu mengguna pakai pendapat manusia lain...

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As-Saff :14)


Wallahu'alam

Read More......

Sunday, March 13, 2011

Jadilah Orang Yang Beruntung


"Eh masuk-masuk." Dia yang sedang berbaring berusaha untuk duduk, memerhati kami sekeluarga yang memasuki ruang kamarnya.

Pantas, isterinya membantu dia mengangkat tubuhnya, meletakkan timbunan bantal di belakang badan lelaki itu agar lebih selesa dia untuk bercerita.

Allah menguji...

Keempat-empat jari kakinya dipotong, hanya yang tinggal ibu jari kaki. Semasa kami datang, kakinya masih berbalut, kesakitannya seolah-olah terasa, tapi wajahnya tanpa sedikit kesedihan bercerita itu dan ini. Teringat isterinya pernah memberitahu kami.

"Masa jari dia kena potong, dia tak menangis pun, kitorang yang menangis.."

Kafarah

"Ni ha..jari pakcik ni kena potong,kencing manis... Minum manis banyak sangat." Katanya pembuka bicara.

Saya yang duduk di tengah-tengah antara emak dan abah hanya mengangguk, tidak mampu berkata apa pun, bagai hendak menitik air mata melihat ketabahannya yang menggunung.

"Ustaz kata, ini kafarah dosa.. apa tu, Allah nak hapuskan dosa.. yelah, mana tahu saya ada buat dosa.. dulu-dulu ke masa muda banyak dosa. Ha ni Allah nak hapuskan dosa lah ni." Katanya disambung.

Allah... Hati saya kian sebak, saya menunduk ke bawah.

Tiada langsung riak sedih di sinar matanya. Tiada.

Sungguh benar peringatan Allah :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya (Al-Baqarah : 286)


Kerana sakit itu... kerja terpaksa ditangguh sementara. Anak-anak terpaksa belajar berdikari.

Ah,ketabahannya meresap ke hati.

Sungguh saya tidak tahu apa yang membuatkan dia setabah itu, apakah mungkin kerana dahulunya dia seorang kaunselor, atau apa?

Rahsia Tersingkap

"Saya ni..pagi tadi terbangun pukul 3, tak boleh tidur dah.. Bangun perlahan-lahan, nak pergi solat."

"Pukul 3 bangun sendiri?" Ayah saya bertanya.

"A ah.. Dah tak boleh tidur, dah terbiasa bangun. Yelah, teringat dulu Nabi pun bangun solat pukul 3 pagi, tahajud.."

Saya terkedu. Dalam kesakitannya dia masih lagi mampu untuk istiqamah mengerjakan amalan sunnah itu, mengerjakan solat-solat sunat yang pastinya menjadi sedikit sukar lantaran kesakitannya itu.

Saya termuhasabah.

Kita ini...

Allah beri tubuh yang sihat.
Jari-jemari masih lengkap.
Kaki masih mampu berjalan.
Mata masih mampu melihat.

Tapi...

Tubuh itu kita gunakan untuk dunia.

Jari selalu sahaja ada masa untuk ber-chatting, dan melayari internet,
Kaki selalu sahaja berjalan sana-sini tanpa menghayati alam ciptaan Ilahi.
Mata selalu melihat,tapi jarang sekali memahami bisikan alam..

Ah,apakah kita sudah terlalu buta untuk melihat semua itu.
Apakah bertahajud tidak lagi menjadi hidangan lazat bagi iman?

Sedangkan itulah yang menjadi penguat semangat tatkala lemah.
Itulah yang menjadi pembakar api semangat yang kian padam.
Itulah yang menguatkan kaki untuk bergerak lagi.

Itulah...

Rahsia kekuatan diri, namun jarang sekali kita menyedari....

Mari Bertaubat Sebelum Terlambat

Lewat kebelakangan ini, fenomena-fenomena yang tidak terjangka kerap berlaku.

Apakah kita masih tidak menyedari?

"Pakcik ni,agaknya lagi 2 tahun je hidup... Minta-minta Allah terima ibadatnya.. ni nyawa kat kaki dah tak ada, lepas tu naik pinggang, nanti dah sampai tekak dah tak guna lagi..."

Sahabat, adakah kita tahu bilakah ajal kan datang menjemput?

Apakah waktu itu kita dalam keadaan yang diredhaiNya?

Allah sudah memberi tanda-tanda,supaya kita tersedar... Namun apakah kita masih terlalu buta untuk menyedari?

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (An-Nur : 31)


Wallahu'alam


Read More......

Wednesday, March 9, 2011

Kita Kan Sahabat! -part 2(end)-


“Nanti bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.” Asiah bersuara lemah.

Husna Farisah pantas melarikan anak matanya ke wajah Asiah, pantas tubuh kecil itu dipeluknya. “Saya takkan lupakan awak.”


Saya takkan lupakan awak.

Suara itu bergema dalam fikiran Husna Farisah.

“Puan?” Suara wartawan bergema kembali.

Husna tertarik ke alam realiti.

Para wartawan semakin pelik dengan kelakuan Husna Farisah.


“Saya..saya mendapat inspirasi daripada teman sekuliah saya.” Dalam hiba, Husna menyambung.

Asiah.... di mana kau sekarang, lama sudah kita tidak berhubung. Terakhir sekali ketika kau bergelar pensyarah di universiti kita dahulu, sebelum aku bergelar usahawan berjaya dan sibuk dengan duniaku sendiri. Asiah...maafkan aku...

“Teman sekuliah puan? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?” Salah seorang wartawan di press conference itu melanjutkan pertanyaan.

Husna Farisah berdiri, “Maaf, saya ada hal penting, saya akan buat press conference baru nanti. Maafkan saya, saya akan jelaskan segalanya nanti.” Husna Farisah beredar ke keretanya, hatinya membuak-buak ingin bertemu Asiah, sahabatnya tatkala suka dan duka, pada saat hujan dan panas.

Husna berlari-lari anak.

***
Kereta BMW 5 Series Sedan yang berwarna silver itu berlari laju di lebuhraya. Tangan Husna Farisah mencapai satu cd yang memang tersimpan rapi di dalam laci keretanya.

Cd dipasang.

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah


Lagu sakha –Ingatlah Allah itu mencucuk-cucuk hatinya. Air matanya semakin pantas mengalir, tangannya yang mulus mencapai pula telefon bimbit, mencari nombor telefon Asiah yang baru yang didapatinya dari seorang teman yang lain dan terus menekan butang dail.

Beberapa saat tiada jawapan.

Husna mencuba lagi dan menunggu dengan penuh sabar.

“Hello Assalamualaikum…” Suara wanita yang dicintainya itu kedengaran juga. Husna Farisah menangis semahunya,melepaskan kerinduan yang bersarang begitu lama, melepaskan rasa bersalah yang beraja di hati dan melepaskan segala bebanan yang terpikul di bahu.

“Hello? Siapa ni?” Suara Asiah kedengaran cemas.

“Asiah… ini…”

***
“Husna Farisah!” Asiah mendakap tubuh Husna erat-erat,seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Husna membalas.

“Asiah...kenapa tukar nombor tak bagitahu?” Husna bertanya sambil air matanya terus mengalir.

“Maaf Husna, handphone saya hilang, saya ada cuba telefon nombor awak, tapi tak ada balasan, saya ingat awak dah tukar nombor.”

Husna terdiam, baru dia teringat..kesibukannnya seharian sehingga mengabaikan segala nombor yang tidak dikenalinya.

“Maaf Asiah, saya yang bersalah..”

“Tahniah! Awak dah jadi usahawan berjaya sekarang. Dah tercapai cita-cita awak ye.” Asiah bernada ceria, ingin mencuba mengusir segala kesedihan yang melanda.

“Belum.”

“Kenapa?”

“Sebab saya terlupa nak menolong orang-orang yang susah. Saya lupakan awak, teman sejati saya.”

“Saya faham awak sibuk...tapi saya tetap simpan awak kat sini” Asiah menunjuk ke dadanya, memberi isyarat hati.

Husna menggeleng. “Awak ingat apa saidina Ali pesan?”

Asiah menggeleng. “Apa?”

“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” Husna menjawab, beserta air mata yang semakin banyak mengalir.

Asiah memeluk Husna erat-erat.

“Asiah..apakah nikmat ini semakin membuat saya jauh dari Allah?”

“Semuanya belum terlambat Husna… U-turnlah ke jalan yang benar, jalan yang sama-sama kita lalui dahulu.”

“Asiah….”

“Ya…”

“Tolong ingatkan saya, macam awak selalu buat dulu.”

Asiah menangis, menggenggam erat tangan Husna. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Husna Farisah yang hiba.

“Kita akan sama-sama merentasi jalan ini.” Asiah berkata, seolah menyimpulkan satu janji.

“Kalau saya jatuh, awak tarik saya kembali ya?”

Asiah mengangguk. “Hatta kalau awak jatuh dan terluka sampai tak mampu berjalan lagi saya sanggup mamapah awak sampai awak mampu berlari semula.”

Husna meletakkan kepalanya di bahu Asiah.

Burung-burung yang berterbangan bercicipan riang, wakaf tempat mereka selalu beristirahat kini menjadi saksi pertemuan yang indah.

Air tasek yang tenang, berserta daun-daun yang berguguran benar-benar mendamaikan suasana.

“Asiah.” Husna memanggil, memecah suasana.

“Jangan menangis lagi…Uhibbuki fillah..”

“Uhibbuki fillah aidhan… Kalau awak tak menangis, baru saya tak menangis..Kita kan sahabat!” Asiah membalas, berserta satu janji yang tergalas.

Kita akan bersama beriringan..sehingga syurgaNya yang kekal abadi!

Nota kaki:

*uhibbuki fillah – saya mencintaimu kerana Allah
*uhibbuki fillah aidhan – saya mencintaimu kerana Allah juga.


Rujukan : Part 1

Read More......

Monday, March 7, 2011

Kita Kan Sahabat! -part 1-



“Hm.” Matanya berkaca-kaca. Wajah jernih itu bertukar muram. Husna Farisah mengawal sebak di dada. Soalan daripada wartawan yang menemuramahnya cukup membuatkan dadanya berombak kencang.

“Puan Husna?” Suara daripada wartawan yang bertubuh kecil itu kembali menarik Husna ke alam nyata. Kerlipan lampu kamera tidak henti-henti menyimbah wajahnya, hingar bingar wartawan bersama microphone di tangan kembali menjengah ke ruang matanya yang sayu.

“Maaf, boleh ulang semula pertanyaan saudari?” Husna mengorak senyum meski dadanya masih berombak kencang.

“Apakah inspirasi Puan Husna sehingga menjadi salah seorang usahawan yang paling berjaya di Malaysia?”

Husna Farisah kembali merenung jauh. Bibirnya bergerak-gerak perlahan,seolah-olah memikirkan perkataan yang sesuai untuk dilafaz.


***

“Awak dah makan?” Wajah bersih Husna Farisah yang terselah sinar keimanannya tersenyum mesra. Sahabat di hadapannya ditatap penuh kasih, bersama sahabat itulah dia menyelusuri suka dan duka kehidupan sebagai seorang pelajar. Bersama sahabat nan satu itulah dia berpaut tatkala lemah, sahabat itulah yang menghulurkan tangannya saat Husna tersungkur di medan perjuangan.

Asiah tunduk. Perlahan dia menggeleng.

“Belum?” Bulat mata Husna Farisah memandang sahabat nan satu itu. Sudah pukul 3 petang, masih tak makan lagi? Sejenak, kerutan di dahi gadis manis itu kelihatan sehingga hampir mencantumkan kedua-dua keningnya.

“Eh... aa.. dah. dah.” Asiah kelu, serba-salah melihat wajah tidak senang Husna.

“Awak tipu saya ye?”

“Eh, mana ada.” Asiah menoleh ke arah yang bertentangan dengan Husna.

“Kalau tak ada, kenapa tak nak tengok saya? Cik Asiah, saya bukan baru kenal awak semalam tau.”

Perlahan Asiah kembali menundukkan wajah. Dia tahu, dia tidak akan mampu untuk berbohong dengan sahabat yang paling dicintainya dunia akhirat.

“Jom.” Husna berdiri, mengibas-ngibas sedikit jubahnya.

“Pergi mana?” Buntang mata Asiah lantaran terkejut.

“Makanlah.”

“Tapi...tapi..saya...”

“Saya belanja!” Husna Farisah menghentikan bicaranya di situ, sambil tangan pantas menyambar tangan sahabat yang paling dicintainya itu.

Asiah akur.

***
Suasana di tasek universitinya sangat mendamaikan. Ditambah dengan wakaf-wakaf kecil yang disediakan untuk para pelajar beristirahat, Asiah dan Husna Farisah amat gemar melayan perasaan di situ. Sungguh, jika segalanya dilihat menerusi mata hati, tiada satu apa pun yang dapat menandingi kehebatan Allah.

“Husna” Asiah memanggil.

Husna yang sedang termenung jauh terhempas kembali ke alam nyata.

“Ya.”

“Awak tengok tu.” Jari telunjuk Asiah tirus menghala ke satu arah.

“Pokok tu?” Husna mengangkat kening. “Kenapa?”

“Nampak tidak banyak daun-daun dia sedang gugur?”

Husna tergelak memandang wajah serius Asiah ditambah lagi dengan bahasa pujangga ibarat sebuah novel. “Asiah sayang.... Memanglah daun-daun tu gugur, angin kuat ni, nak hujan agaknya.”

“Ish... Bukan tu maksud saya.”

“Jadi?”

“Kan bagus kalau dosa-dosa kita gugur macam tu..”

Husna terdiam, terus sahaja matanya digenangi air. “Asiah..”

“Ya.”

“Terima kasih.”

“Kenapa?”

“Sebab selalu ingatkan saya...”

di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah


Telefon bimbit Asiah berbunyi, lagu Sakha – Ingatlah Allah yang berkumandang meresap terus ke dalam hati gadis manis –Husna Farisah.

Perlahan, dia menyanyikan lagu itu sementara Asiah bercakap di telefon.

“Ehem!” Asiah tersenyum, telefon di tangannya kembali diletakkan ke dalam beg. “Berangan nak masuk Akademi Fantasia ke Cik Husna?” Tangannya pantas mencuit hidung mancung Husna.

“Mana ada.” Wajah Husna memerah. “Awak nak jadi apa nanti bila dah besar?”Dia menyambung.

“Aii…tak cukup besar ke saya ni?” Asiah bersenda.

“Bukanlah,maksud saya bila dah grad nanti.”

“Saya nak jadi pensyarah.” Bersinar-sinar mata Asiah menceritakan mengenai cita-cita yang diimpi.

“Wah! Ye ke? Seronoknya….” Wajah Husna berubah ceria, berkongsi kegembiraan teman sejati.

“Awak pula?”

“Saya nak jadi usahawan!”

“Kenapa?”

“Sebab, nabi ada bersabda, 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan, kalau Allah izin rezeki saya banyak, bolehlah saya tolong orang susah.”

“Macam saya?” Asiah mengorak senyum.

“Macam awak apa?” Husna kerut kening.

“Orang susah macam saya?” Asiah masih tersenyum.

Wajah Husna bertukar hiba, “Awak cakap lagi macam tu, saya tak mahu cakap dengan awak.” Muncungnya ditarik.

Asiah tergelak. “Baiklah, maafkan saya tuan puteri Husna yang cantik jelita.”

Husna Farisah diam.

“Husna..” Asiah memanggil.

“Ya.” Husna menyahut, matanya masih tertancap pada tasek yang tenang airnya.

“Nanti bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.” Asiah bersuara lemah.

Husna Farisah pantas melarikan anak matanya ke wajah Asiah, pantas tubuh kecil itu dipeluknya. “Saya takkan lupakan awak.”

Bersambung..........

Read More......

Thursday, March 3, 2011

Problems? Face It!

Face the problems and be the winner!

“WHYYYY…. Why Allah gave me this problem. Why He chose me, not the other people? Whyyy??” She cried.

I kept silent. It would be no meaning for you to say, “Hey, Allah knows best.” Or “Hello friends, Allah will only give the trouble to those who can adapt with it.”

No no no. Do you think that people with a very-down emotion would listen to those words? Yes maybe there are a few who would listen, but as a precaution, please do keep silent and let your friends cry first because those words that comes through your mouth would be non-pleasant for them to hear eventhough it is true.

Hm… Suddenly I remember about a motivating story that was told by a motivator at my college.

Once upon a time… (oh what a common start)

Let’s change.

Few years back in Japan, when people still rely their lives to the sea, where fishes could be seen just at the edge of the sea…. There came a trouble, a BIG trouble.

On one cloudy day, the fishes at the edge of the sea were gone. Nothing left for them to catch. The citizens were very angry to the fishermen; they need fishes to make sushi! They cried and shouted, making the fishermen at a very high pressure.

So… All the fishermen made a meeting.

“What should we do?” One of them asked with a messy face.

“We have no choice, we have to go to the middle of the sea to catch those fishes.” The other fisherman gave suggestion.

Without having any option, they finally agreed eventhough to go to the middle of the sea and come back to the land would worth them a day.

After they finished their jobs at the middle of the sea, they came back to the land, but with a dead fishes.

What a bad luck, the citizens were not satisfied. They claimed that their sushi were not as tasty as before.

Again, the fishermen made a meeting.

“How about if we bring a tank of water so that we can put all the caught fishes into the tank.” A fisherman came with an idea.

Yeah, the rest of them agreed.

So… They did their jobs again at the middle of the sea, but this time they came with live fishes. They knew that the citizens would be happy. Yes, of course they would be happy, what’s more that they were craving for other than live fishes.

However…… The citizens were again very angry; the fishes were not as tasty as before. No one was interested to buy those fishes.

A meeting was held for the third time.

The fishermen were all silent for half an hour.

Suddenly one of them stood up and said, “How about we put a little shark into the tank?”

The rest of them looked at him with a big question mark.

“We put a little shark into the tank, so the caught fishes will not stay still, they will be hunted by that shark until we reach the land.” He continued.

“So?” They asked.

“So… I am sure that the active movement of those fishes would make them tasty.”

The fishermen were still blur but they agreed. What other option that they had?

They went to the sea, caught fishes and put them into a tank with a little shark in it.

They reached the land and sold those live fishes.

And the citizens were very happy! At last the fishes were as tasty as before…. And finally they lived happily ever after :D

So friends!

To apply it to the real world, the shark is the problems and obstacles that we are facing, like what I said in previous post, there is no goodbye for problems because we will face many obstacles through out our lives.

However, like the fish, the problems will make us stronger, healthier and we will be tougher to face another obstacles. Let’s look. A child who is never being scold will give a tantrum once he/she is being criticized.

Why is that so?

Because the child never face the little trouble (being scold) and suddenly he/she is facing a big trouble (being criticized.)

Now, do you see that? Allah gave us a step-by-step guide to face our problems later. It is later, we - who develop the patience and be matured through times. Of course a great people would learn from experiences and mistakes.

Hey friends!

It is really true – Allah knows best.

And

Hello friends! He will only give trouble to those who can adapt. He knows you better than you know yourself, though.

Do not afraid to face the problems because you are never alone, He is always there, to those who believe...

May today is better than yesterday.

See you soon. ☺

**Again,i copy pasted this article which i typed for our new-born family blog.

Read More......

Wednesday, March 2, 2011

Perkataan Salam? Boleh Gunakah?


"Eh jangan guna perkataan salam! jangan guna askum nanti rosak akidah!" Semakin hari entah berapa ramai yang terpengaruh dengan e-mail dan artikel-artikel forward yang berleluasa di ruangan internet.

Pada mulanya saya membiarkan sahaja, tapi apabila golongan ilmuwan yang saya rasa lebih mendalam pelajaran Agamanya dari saya mengeluarkan juga statement begitu, saya semakin gusar. Apakah manusia semakin mempercayai berita tanpa menyelidiki dan mengetahui asal-usul berita tersebut?

Apakah manusia sudah terlupa bahawa Allah ada mengingatkan :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu (Al-Hujurat : 6)


Saya mahu mengulas sedikit mengenai forward email yang kian popular ini. Saya bukanlah seorang yang pakar, sahabat boleh lagi buat sedikit research untuk lebih jelas. Orang Islam sifatnya bukan percaya sahaja bulat-bulat apa yang didengarinya, sebaliknya buat kajian.

Jangan mudah percaya. Hanya kata-kata dari Nabi sahaja yang boleh terus dihadam di dalam hati. Selain daripada Nabi, selidik dahulu agar kita tidak menjadi orang Islam yang naif.

Mengenai e-mail itu, saya tidak berhajat untuk meletakkan link atau apa-apa sekalipun kerana saya tidak mahu semakin menyebarkan dakyah yang tidak pasti kesohihannya. Saya percaya, 90% daripada para pembaca sudah pun mengetahui mengenai artikel tersebut. Jadi, di sini ulasannya... (Ulasan yang saya beri kepada yang bertanya melalui e-mail dan telah di-edit sedikit agar lebih formal dan tersusun)

Sedikit Ulasan

Memang betul..lafaz terbaik adalah assalamualaikum. Ayat quran tentng salam ada dua. Satu untuk orang-orang yang baik dan satu untuk orang-orang yg jahil. Dalam artikel tersebut hanya ada untuk orang yang jahil, yang mana lafaz salam diberi sebagai ucapan selamat tinggal (kita tidak mahu terlibat dengan kejahilan dia).

Ayat quran untuk orang yang baik, contohnya :


دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Doa ucapan mereka (yakni orang-orang beriman dan beramal soleh) di dalam Syurga itu ialah; ‘Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan!’. Dan ucapan penghormatan mereka di dalam Syurga itu ialah: ‘Salaamun’ (selamat sejahtera). Dan akhir doa mereka ialah; ‘Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam’”. (Surah Yunus, ayat 10)


Jadi...salam tu sendiri dalam bahasa arab bermaksud sejahtera. Maka tak mengapalah kalau nak cakap pun, cuma yang lebih elok cakaplah assalamualaikum.

Kalau nak tengok dari segi Maqasid Syariah (Objektif dari hukum syariah) ada seorang ustaz ni dia pernah cakap (ustaz zaharuddin, boleh cuba search ye) ustaz ni cakap, yang penting kita faham intipati penyampaian tu.

contohnya, orang mesej tulis salam, takkanlah orang tu ada maksud lain selain assalamualaikum, kan? maka, jadi kecacatan orang yang membaca itu sendiri apabila dia tak baca penuh. contohnya kat mesej, selalunya 'untuk' diringkaskan menjadi utk. jadi cacatlah si pembaca itu apabila dia membaca utk tu sebagai u.t.k. bukannya untuk.

Jadinya... Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Logiklah bila di sms orang tulis salam, atau askum kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang penuh yang nak ditujukan. tapi bila jumpa depan-depan tak adalah nak ucap askum je kan? kalau jumpa depan-depan, ada juga lafaz salam yang berbeza menurut ulama' tp apa apa pun, lafaz terbaik adalah assalamualaikum.... dan As salam tu tak pernah dengar pula, rasanya salamun'alaikum tu adalah dalam senarai cara memberi salam yang berbeza tu.. kalau nak tengok daripada segi bahasa arab, salam dan as-salam tu sama sahaja, cuma AS itu ditambah alif dan lam selepas perkataan salam, maka dia jadi khusus, maksudnya tetap sama. Itu sahaja. jadi saya kurang faham kenapa orang yang tulis artikel tu kata salam tak boleh tapi as-salam boleh...

Seterusnya..pasal bye tu bahasa yahudi, tak tahulah pula. dan saya memang tak tahu bahasa yahudi. Jadi,apa yang kita semua belajar daripada bahasa inggeris, bye maksudnya selamat tinggal. Maka, gunalah yang itu.. tak baik buat fitnah kepada bahasa orang kan... kat malaysia sendiri, satu perkataan ada banyak maksud.. yang penting orang tu tahu apa yg kita ingin sampaikan.

takkanlah dengan orang bukan islam, kita jumpa, tak boleh cakap bye? Islam bukannya keras sampai begitu sekali...

Apa kita rasa bila tiba-tiba sahaja ada artikel yang mengatakan, JANGAN GUNA PERKATAAN BAJU KERANA BAJU ITU BERMAKSUD SAYA BUKAN ISLAM?

Ha? Sedih kan bila orang cakap bukan-bukan pada bahasa kita.

Maka, kita harus hormati bahasa orang lain, baru orang hormati bahasa kita. Bukankah Rasulullah sudah bersabda :

Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.


What you give, you will get back!

Jadi sahabat.. Hentikan menekan butang forward untuk sebarang artikel yang anda sendiri tidak pasti ketepatannya. Anda pasti tidak mahu terlibat dalam rantaian dosa yang berpanjangan bukan?

Maka, katakan TAKNAK kepada sebarang forward article yang tidak tahu dari mana asal-usulnya.

Apa-apa pun, ini adalah daripada apa yang saya tahu, daripada ilmu saya yang cetek.. Sahabat boleh rujuk pada mereka yang lebih pakar, insyaAllah.

Wallahu'alam

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .