“Kak wawa, kenapa pakai tudung dalam rumah?” Si kecil itu bertanya ramah. Mata beningnya menusuk ke dalam hati. Suasana di kampung yang hingar-bingar pada ketika itu tidak lagi menjadi perhatian ana. Persoalannya merentap jiwa.
Ligat otak ana berfikir untuk menterjemah kata ke dalam perkataan yang paling mudah sekali buat si kecil itu, tapi entah kenapa fikiran ana seolah-olah buntu. Ana diam seribu bahasa, sesekali mengukir senyuman buatnya. Tangan ana mengusap-usap rambutnya yang lembut.
Dalam hati tidak putus berdoa, agar dia memahaminya suatu hari nanti...
Batasan aurat
Umumnya, ramai wanita yang bertudung ketika di luar rumah, tidak mengenakan tudung di dalam rumah, meskipun ada tetamu yang hadir.
“Pak cik ana tu enti, takkan kena tutup aurat juga.”
“Pak cik yang bagaimana? Adik beradik dengan ibu ayah?”
“Tidak”
“Jadi?”
“Pakcik yang berkahwin dengan adik ibu.”
“Maka aurat kita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.”
“Ha?”Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur : 31)
Ringkasannya, wanita tidak boleh melihatkan auratnya kepada lelaki ajnabi kecuali ;
Ayah
Ayah di sini termasuk juga datuk baik dari sebelah ayah atau ibu, juga bapa-bapa mereka ke atas (moyang ke atas). Namun harus diingat, bapa angkat tidak termasuk dalam kategori ini berdasarkan firmanNya :"Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. "[Al-Ahzab: 4]
Ayah suami
Sama seperti ayah, cuma di pihak suami. Maksudnya, ayah mertua, datuk mertua. Ayah angkat suami juga tidak termasuk dalam kategori ini.
Putera-putera mereka & putera-putera suami mereka
Anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka (Si wanita bercerai dan berkahwin dengan lelaki yang telah mempunyai anak, apabila si wanita telah bersetubuh dengan suaminya, maka anak-anak suami mereka-anak tiri tidak lagi termasuk dalam kategori lelaki yang boleh dikahwini) maka auratnya adalah dari pusat hingga lutut sahaja.
Saudara-saudara laki-laki mereka
Adik beradik baik seibu, sebapa, atau seibu sebapa. Adik beradik suami tidak termasuk dalam kategori ini.
Putera-putera saudara lelaki atau perempuan
Anak-anak abang atau kakak atau adik. Dalam hal ini, pakcik (suami kepada makcik yang merupakan adik/kakak kepada ibu/bapa) adalah lelaki yang bukan muhrim.
Wanita-wanita Islam
Aurat dengan wanita bukan Islam adalah sama dengan lelaki ajnabi.
Budak-budak
Hamba yang dimiliki
Pelayan-pelayan lelaki yang tak mempunyai keinginan
Para lelaki yang tidak lagi mempunyai nafsu kepada wanita.
Anak-anak yang belum mengerti akan aurat wanita
Kanak-kanak kecil yang belum baligh.
Rukhsah Aurat
“Enti, takkanlah nak buat kerja semua kena pakai tudung labuh-labuh, susahlah nak buat kerja. Takkan cuci pinggan nak kena pakai handsock, habis basah. Takkan nak pergi mencuci lantai pun pakai stokin?”
Jangan bimbang. Allah itu tidak zalim dan tidak pernah membebani hambaNya. Buktinya? Allah membenarkan solat qasar dan jama' atau juga dikenali dengan rukhsah solat (kemudahan dalam solat )ketika kita sedang bermusafir agar dimudahkan segala urusan.
Begitu juga perihal aurat. Teringat ana pada pesan seorang ustazah, apabila kita di dalam rumah (di kampung atau rumah sendiri atau rumah saudara) dan pada ketika itu kita mahu membuat kerja (cuci pinggan, basuh kain) ada rukhsahnya. Tidak apa tak memakai stokin dan lengan boleh dilihat dalam satu jengkal sahaja dari pergelangan tangan. Itu rukhsahnya, tapi kalau duduk-duduk tu, pandai-pandailah tutup aurat, labuhkan sikit kain agar kaki yang tak berstokin dapat ditutup sedikit.
Bagaimana pula dengan tudung? Ana rasa sekarang tidak ada masalah lagi untuk menutup aurat, hatta di dalam rumah. Asal sahaja tudung itu labuh menutupi dada dari pandangan hadapan, sisi dan belakang, tidak ketat dan tidak meleka-lekat sehinnga kelihatan bentuk tubuh, maka pakailah.
Islam itu mudah dan tidak memberatkan.
Tegur Dengan Akhlak Mulia
“Enti, susahlah.... Saudara mara ana tak faham Islam, nak tegur pun susah.” Bicara seorang muslimat, runsing memikirkan beban amanah seorang khalifah.
Jangan runsing saudaraku, ingatkah kita pada satu akhlak mulia yang telah menambat hati ramai orang bukan Islam pada suatu ketika dahulu untuk memeluk Islam? Ingatkah kita, dengan akhlaknya, nama Islam harum semerbak ke seluruh dunia? Ingatkah kita pada satu akhlak yang dikenang sehingga kini?
Benar, Rasulullah adalah satu figur yang berakhlak mulia yang layak dijadikan tauladan.
Baginda bukan hanya berdakwah dengan kata-kata tetapi juga dengan peribadinya yang mulia. Maka, andai kita tidak berani menegur, tunjukkanlah akhlak yang mulia. Tunjukkan walaupun dengan bertudung dan menutup aurat tidak membataskan pergerakan dalam membuat kerja.
Islam itu indah.
Moga Menjadi Hamba Allah Yang Taat
“Aisyah nak pakai tudung macam kak wawa.” Si kecil itu berlari ke bilik. Ana menuruti
“Tudung Aisyah yang ni,” Ana menunjuk pada tudung ber'owning' kecil dan berbunga-bunga.
“Tak nak” Tangannya ligat mencapai tudung berwarna hitam milik ibunya. Dikenakan ke kepala.
Ana tersenyum geli hati.
Aduh.. Labuh sungguh!
Semoga sahabat sekalian beroleh manfaat. Mari menjadi hambaNya yang taat dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Allah agar hidup sentiasa tenang dan terhindar dari gejala yang tidak elok.Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. (Al-Baqarah : 285)
Wallahu'alam :)
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Tuesday, September 14, 2010
Jom! Cover Aurah
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak awak pakai tudung indon cmtu ke???boleh ke??xketat???
Salam...
Terima kasih saudari kerana sudi bertanya. InsyaAllah, setiap soalan yang ditanya mungkin dapat membantu insan lain.
Ibu ana tak pakai tudung indon, Aishah adalah sepupu ana. Berbalik kepada soalan enti, tudung indon boleh pakai ke? tak ketat ke?
Baiklah, dulu, ana juga seperti enti. Merasakan semua tudung indon adalah ketat dan tidak menutup aurat biarpun ia amat mudah dan menyenangkan.
Tapi, setelah buat sedikit 'research' tudung jenis owning itu ada banyak jenis kain, contohnya lycra dan cotton. Ada yang ketat dan ada yang tidak, bab ni kena pandai pilih sikit, tanya orang kedai tu kain ni jenis melekat tak.
Carilah yang labuh menutupi dada dari depan sisi dan belakang dan tidak ketat sehingga kelihatan bentuk tubuh.
InsyaAllah Islam itu indah.
Wallahu'alam :)
Post a Comment