"Kak wawa, kenapa kak wawa pakai sarung tangan(handsock)?"
"Kak wawa, kenapa kak wawa pakai tudung dalam rumah?"
Soalan demi soalan dari adik-adik saudara yang masih kecil tidak putus-putus menerjah ke gegendang telinga saya tempoh hari. Lucu pun ya tapi yang lebih menggusarkan adalah apabila saya mati akal bagaimana mahu menerangkan kepada jiwa-jiwa kecil itu.
Buatmu Adik-adikku..
Coretan ini ditujukan khas buat dirimu, moga pabila dirimu dewasa kelak, dikau mampu menjadi srikandi Islam yang berjiwa kebal. Maafkan kakakmu ini kerna tidak bisa menjawab dengan tepat saat soalan demi soalan dikau ajukan...
Belajar Dari Wanita Zaman Dahulu
Adik-adikku...
Dahulu wanita tidak menutup aurat, tidak pakai tudung seperti sekarang..Tapi sebaik sahaja turunnya ayat Al-Quran memerintahkan wanita agar memakai tudung, wanita-wanita di zaman Rasulullah tidak banyak bicara, dicapainya sebarang kain yang terlihat dek mata untuk menjalankan perintah Allah itu.
Hebatnya keimanan mereka... Tidak seperti manusia hari ini yang asyik mempersoalkan dan tidak percaya dengan hikmah di sebalik sesuatu perintah.
Ingatkah lagi duhai adikku, saat diriku sedang menyarungkan handsock ketika mahu pergi ke rumah saudara, wajah sucimu memandang hairan, lantas lidah memulakan bicara;
"Kak wawa, tak panas ke pakai macam ni?"
Dan saat itu, kakak terdiam sebentar berfikir jawapan apakah yang paling sesuai diberikan buatmu.
Beberapa minit selepas itu, entah mengapa lidah ini pantas sahaja menjawab "Kalau kena bakar kat neraka nanti, lagiii panas."
Dan dikau mendiamkan diri, entah faham entah tidak... Namun akak harap, coretan ini mampu menjelaskan kekaburanmu suatu hari nanti...
Ramai Golongan Wanita Di Neraka
Adik-adik pernah dengar tak kisah kekasih Allah- Nabi Muhammad s.a.w? Bagaimana cintanya baginda pada kita umatnya sehingga pada saat-saat terakhir kehidupannya masih lagi baginda menyebut ummati..ummatii..
Ingat tak... cerita Rasulullah naik ke langit bertemu Allah s.w.t? Mesti selalu dengar kan kat sekolah :)
Suatu ketika, Saidina Ali r.a bersama isterinya Saidatina Fatimah datang melawat Rasulullah s.a.w.
Namun, pada ketika itu Rasulullah s.a.w dilihat sedang menangis. Mereka berasa hairan lalu bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa dikau menangis?"
Dalam keadaan masih bersedih dan menangis, Rasulullah menjawab "Pada ketika aku diisrak ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan,apabila teringatkan mereka,aku menangis"
Tahu tak adik-adik, Rasulullah lihat golongan wanita ramaiiii sangat di neraka. Salah satunya adalah wanita yang digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut di kalangan lelaki bukan muhrim.
Oh, pasti dikau keliru... Dan kakak ingat lagi dikau bertanya, "Kat rumah ni kan saudara-mara je, kenapa kena pakai tudung?"
"Pakcik yang bukan adik-beradik dengan mak atau abah kak wawa, sepupu-sepupu tu semua bukan muhrim." Kak wawa menjawab waktu itu, ingat lagikah dikau?
Dikau kelihatan keliru. Mari kita hayati ayat cinta dariNya :Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur : 31)
..Maaf terpaksa bersambung atas beberapa halangan.. Sementara menunggu sambungannya, tadabbur ayat di atas dan fahaminya dahulu ya :)
wallahu'alam
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Monday, November 14, 2011
Adik-Adikku : Aurat Bhg 1
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalam kak mas...
'saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,....'
sy nak tya, jika anak kakak sepupu (sy ni pangkat mak la kan dgn mereka)menyalami saya (y lelaki, dah baligh)..blh ker?
sepupu x blh salam kan, anak2 mrk pon sama jg?
waalaikumussalam wbt adik..adik apa ya? :)
anak sepupu, bermaksud anak saudara kita. Namun, sepupu itu sendiri tidak seibu dan sebapa dengan kita, jadi batasan aurat antara sepupu berlainan jantina, jika wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Begitu juga halnya dengan anak-anak mereka, jika anak mereka lelaki dan telah baligh maka tidak boleh bersentuhan dengan sengaja dengan kita.
saudara-saudara mereka dalam ayat di atas membawa maksud adik-beradik, sama ada seibu sebapa,(kandung) atau seibu atau sebapa sahaja (tiri)
er, faham tak ye?
wallahu'alam :)
assalam..
fhm dah...mekasih. kalo sy ada apa2 kmuskilan bab2 agama blh sy tya akak lg? hrp akak sudi, ;)
waalaikumussalam wbt :)
Boleh insyaAllah, cuma jangan jadikan akak satu-satunya sumber rujukan, tanyalah juga pada yang lain yan glebih pakar sebab mungkin juga akak tersilap.
:)
Post a Comment