Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, March 6, 2012

Percaya dan realisasikanlah.

"Ahh Stres stress stress!!"

Ayat itu, ah ayat itu saya sudah biasa mendengarnya. Apatah lagi ketika saat-saat seperti sekarang, ya sekarang.

Ramai yang menjerit, tak kurang yang terkena histeria.

Mungkin lantaran stres yang melampau.


Pernah tak anda merasa sangsi dengan diri sendiri?

Atau merasa sedang berada dalam situasi yang sangat sukar sehingga tidak tahu mana jalan keluarnya?

Atau merasa segala-galanya telah tamat?

Atau anda ada idea tapi khuatir untuk direalisasikan?

Jika jawapannya ya, maka ketahuilah anda sekarang telah kurang kepercayaan. Percaya pada diri, percaya pada takdir dan yang paling penting anda mungkin sahaja telah kurang percaya kepada Tuhan.

Bukankah telah Allah ingatkan :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Al-Insyirah :5-6)


Percaya. Itu kuncinya. Apabila Allah telah berjanji, Dia tidak akan pernah memungkiri.

Saya berkejaran dengan waktu sekarang. Peperiksaan akhir, ditambah dengan tesis yang saya sendiri tidak tahu di mana punca awal dan akhirnya. Sebagai manusia biasa saya mengaku ada sedikit tekanan yang dirasa. Tapi sahabat, doakanlah saya menjadi manusia luar biasa yang sentiasa berfikiran positf.. dan sentiasa percaya.

Mari sama-sama kita ambil iktibar dari video di bawah.



hajat doa kalian selalu!

salam sayang.

wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .