Sayu hati,
Pilu,
Tangisan itu berlari lagi,
Ah Al-Aqsa,
Apakah engkau sedang memanggil?
“Allah.” Sayu kata-kata itu berlari keluar dari mulut. Seperti tidak percaya, benarkah? Benarkah kaki ini telah pun selamat berpijak di bumi Palestin? Benarkah? Benarkah hidung ini menghirup udara damai Palestin?
Sejujurnya, sebelum sampai ke imigresyen lagi saya sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi seperti tidak dapat menziarahi Al-Aqsa. Israel, tingkahnya tidak dapat diduga. Arahannya hanya ikut suka.
Terkenang saya pada seseorang yang pernah juga menjejakkan kaki di Masjid Al-Aqsa sebelum saya, tetapi dia lebih bertuah kerana dapat berjumpa dengan Imam nombor satu masjid Al-Aqsa. Katanya, ketika ditanya mengenai fatwa tidak boleh menziarahi Al-Aqsa buat masa ini, imam itu tersenyum dan berkata, benar.(nota : lihat adab ulama’ dalam perbezaan pendapat, dikatakan benar. Bukan salah. Hanya fatwa saya yang betul) dan disambung kata-katanya.. tapi itu fatwa ulama’ luar. Ulama’ Palestin berfatwa, datanglah menziarahi Al-Aqsa kerana Israel mahu masjid itu kosong!
Maka kita bebas memilih untuk beramal dengan mana yang kita senang dengannya. Tatkala mengetahui cerita mengenai Al-Aqsa dari satu figur yang solehah sebelum saya menjejakkan kaki ke Al-Aqsa, hati saya menangis. Pilu. Rindu. Semua bercampur baur, sehingga jika ada sesiapa menyebut Aqsa, maka berderailah air mata saya.
Ah Aqsa. Apakah dikau sedang menyeru.
Ah Aqsa. Apakah dikau memanggilku? Saya sering tertanya-tanya.
Ya begitulah bermulanya cerita, dan selepas itu Allah lah yang memudahkan segalanya. Dari awal perjalanan ke KLIA sehingga jejak ke Al-Aqsa, saya percaya Allah yang melindungi dan mengaturkan segalanya dengan cantik sekali.
Jericho, Palestin.
Sebaik tiba, kami dibawa makan ke Jericho, waktu itu hati menangis lagi. Bagaikan tidak percaya dapat melihat senyuman indah pada wajah rakyat Palestin yang telah sekian lama saya rindui. Bagaikan tidak percaya dapat merasa masakan mereka. Sungguh, sungguh.. rindu.
Di tempat makan itu, ada seorang lelaki yang asyik mengelap kawasan sinki, serta mengambil air dan sebagainya. Tidak duduk diam. Wajahnya indah berseri, biar pun di sebalik senyumannya saya kira ada kisah 1000 duka yang tersimpan. Dalam bahasa Arab saya yang berterabur, saya tanya :
“Adakah kamu orang Palestin?”
“Alhamdulillah. Ya.” Dia menjawab. Begitulah rakyat Palestin tatkala ditanya adakah kamu orang Palestin mereka akan menjawab Alhamdulillah. Sungguh bersyukur mereka menjadi rakyat di bumi barakah itu, hingga timbul cemburu di hati saya :’)
“Berapa umur kamu?”
“18” Pada ketika itu saya terkejut. Umur semudanya seharusnya sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi dia tidak. Kerjanya mencuci tandas, untuk menampung diri dan keluarga.
Dalam sebak saya cuba tersenyum. “kamu adalah seorang yang baik.”
Dia tersenyum. “Kamu dari mana?” katanya.
“Malaysia.”
Dia tersenyum lagi. “Terima kasih.” Katanya. Saya tidak mampu lagi berkata. Terima kasihmu itu wahai saudaraku, untuk apa? Kerana saya datang melawat? Seharusnya sayalah yang mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana masih bertahan. Terima kasih kerana tidak gentar menghadapi Israel, dan terima kasih yang paling utama kerana masih menerima saya sebagai seorang saudara seIslam biarpun saya sering lalai alpa daripada mengingati bumi barakah itu.
Pemandangan dari Bukit Zaitun
Tapi itu hanya yang tersirat. Yang tersurat tidaklah begitu, nanti orang kata over pula. ☺ di bawah bukit ini terdapat banyak perkuburan Yahudi kerana mereka percaya bahawa dajjal akan keluar dari situ. Ya mereka menantikan kehadiran dajjal laknatullah walaupun saya kira mereka tahu bahawa dajjal itu juga akan kalah nanti.
“Israel can come and take anyone here that they like and shoot them.” Pemandu pelancong berbicara. Allah, Allah.. tidak sedarkah mereka, yang mereka tangkap dan bunuh itu adalah saudara saya. Saudara anda. Saudara kita semua. Ya Israel, anda boleh tangkap dan bunuh mereka. Tapi anda tak akan mampu membunuh jiwa kami terhadap bumi Palestin selamanya!
Selepas itu kami menuju pula ke maqam Nabi Musa. Maqam ini ditemui oleh satu figur terkenal – Salahuddin Al-Ayubi. Ya, ketika Salahuddin memasuki Jerusalem, diampunkan semua orang yang bersalah. Dia membersihkan Jerusalem daripada kehinaan. Dia mengangkat martabat Islam. Di bumi itulah Salahuddin pernah berpijak dan berjalan. Ya, di bumi itu. Bumi yang Israel cuba cemari.
Masjid dan Maqam Nabi Musa
Perkarangan Al-Aqsa
“Macam tak percaya dapat solat kat masjid Al-Aqsa.” Kata saya kepada seorang makcik.
“Alhamdulillah kan.”
Malam itu saya bersolat maghrib di masjid Al-Aqsa dan isyak di dome of the rock (kedua-duanya adalah dalam kawasan Aqsa) di kawasan itulah peristiwa Israk dan Mikraj berlaku. Terlalu banyak sejarah peninggalan Islam di sini. Ya, Aqsa ini bukti kita pernah gemilang suatu ketika dulu. Aqsa ini bukti bahawa dalam sejarah Islam itu pernah unggul.
Hari itu, saya mendirikan solat bersama warga Palestin. Sungguh terasa diri ini kerdil. Terlalu sebak, ingin benar saya bertanya, “Adakah masih layak saya bergelar saudaramu?”
Selepas menunaikan solat Isyak, kami bergerak menuju ke tempat penginapan. Ah, esok, sempatkah lagi menuju ke Al-Aqsa?
Aqsa, Aqsa.
Rinduku terlerai,
Tangisku berderai,
Kini ku datang,
Menyahut seruanmu....
To be continued...
7 comments:
Salam wbt akak,
Seronoknya baca entry ni,
dan sayu bila tgk gmbaq budak kecik nak b'gambar tu =(
moga akak baik2 di sana, InsyaAllah.
Sampaikan salam kami di sni buat palestin.
Moga Allah beri keizinan kpd kami semua untuk bersama-sama saudara di sana suatu hari nanti, InsyaAllah :)
wslm wbt wahai bakal bidadari syurgaNya :)
sedih kan, sungguh hari ini akak sendiri tak tahu hidup lagi atau tidak budak kecik tu... Akak dah balik Malaysia, 2 minggu. :')
Marilah sama-sama tanamkan azam, untuk memenuhkan ruang kosong di masjidil Aqsa, di sana adalah tempat pertama Nabi menunaikan solat setelah menerima perintah solat 5 waktu. sungguh dik, suasananya berbeza :'(
moga Allah cinta...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah saya menemui blog ini..Dh lama sgt cari cerita tentang masjid Al Aqsa..
Semoga sy juga mendapat keluasan rezeki seperti saudari agar dpt menziarahi Al Aqsa..
From:
rina_wazir@yahoo.com
Ya Allah berilah saudariku ini rezeki lebih dari Kau berikan padaku. Amin :)
Salam ukhwah fillah.
InsyaAllah aamiin =)
sungguh kak, terima kasih sgt3 sbb kongsi maklumat tentang palestin. Jujur, dulu sy jarang ambil tahu. Tapi, alhamdulillah, skrg kalau boleh hari2 nak tahu update dkt sn. Nak tebus balik segala bnda yg sy ambil lewa sblm2 ni. InsyaAllah
Akak update la lagi. Suka sgt baca post akk. Walaupun tak ada rezeki lagi nk pergi ke Palestin, baca post akak menambah2kan lagi rindu nak ke sana.
Moga Allah redha dgn usaha akk dan seluruh umat Islam yang berusaha bersungguh2 menegakkan Al-Aqsa, InsyaAllah aamiin =)
Tq sgt3x kak
subhanallah, indahnya memiliki hati sepertimu, yang lunak sungguh kepada kebenaran... doakan akak juga dapat hati seperti itu ya ;)
insyaAllah... doakan dapat update blog lagi. masa sungguh-sungguh cemburu, tapi hakikatnya akak yang tak pandai urus masa :(
cerita palestin, cukuplah diakhiri dengan 4 siri je, walaupun hakikatnya banyakk sungguh nak cerita. moga itu yang terbaik.
salam cinta kerana Allah.
InsyaAllah kak ;)
sama2 kita doa agar Allah dekatkan hati kita pada yang baik lagi diredhaiNya aamiin :)
huhu, from time to time, tercari2 jugak saya kalau ada apa2 update. Sekarang baru terasa betapa pentingnya untuk tahu berita2 dari sana. Sekarang pn Aqsa Syarif ada buat program sempena Ramadhan, huhu, best kak ~! >_< hehe
Rindu pulak :')
salam cinta lillah jugak kak :)
Post a Comment