“Mastura, boleh tak cerita part lowest point dalam hidup tu?”
Saya baca mesej itu sambil tersenyum. Ada permintaan-permintaan yang minta saya tulis kisah hidup saya yang at the lowest point — mungkin sebab dengar video yang bestfriend saya buat sempena birthday! (your fault, laili :p) Tapi saya rasa kisah hidup saya tak ada yang menarik. Lepas bincang-bincang dengan sahabat handai, mereka kata,
“Mas, tulislah mana tahu itu bawa kebaikan pada orang lain.”
Maka ya, saya tulis. Walaupun tak berapa menarik, dan maaf jika terlalu panjang.
***
Lowest point dalam hidup saya — saya kira adalah ketika abah masuk hospital untuk diambil air tulang belakangnya. Waktu itu, saya ingat lagi sayu suara emak memberitahu ;
“Doktor nak jumpa anak-anak minggu depan.”
Saya mohon cuti, annual leave, tapi kena reject. Demi Allah, hanya Tuhan yang tahu pada waktu itu betapa hancurnya hati. Ini soal orang yang saya cinta. Soal abah. Satu-satunya abah yang saya ada dan tidak mungkin ada gantinya.
Saya cuma diam masa tahu cuti saya di reject. Diam seribu bahasa. Saya tidak suka bercakap ketika marah, pertama kerana saya akan menangis. Kedua, saya takut kata-kata saya mengguris hati sesiapa. Do not mix your bad mood with bad words, you might have the chance to fix your mood but you can never replace the words you said.
Sesekali kepala saya menerawang memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang ada, mata pun berair, saya letakkan pen di meja, lari ke bilik air, kesat mata dan kembali semula ke pejabat. Masa tu, semua hairan… seorang mastura yang selalu ceria tiba-tiba diam sahaja.
“Mas kenapa?” Tanya mereka pada teman rapat saya. Lalu mereka pun tahu keseluruhan cerita dan saya pula di marah,
“Kenapa tak ambil emergency leave je? kenapa tak MC je?”
Saya geleng, “Kesian. Nanti workload banyak kat team mates.”
“Mas boleh tak sekali ni je jangan fikir pasal orang lain, fikir pasal diri sendiri. Sekali ni je.”
Saya senyum. Mana mungkin saya buat begitu. Saya begitu faham erti lelah erti penat, mana mungkin saya biarkan orang lain rasa begitu. Tidak, tak mungkin.
Dan tahu tak apa perkara yang paling menyakitkan? Ia bukanlah tatkala kita dimarahi, dibebeli atau disuruh itu ini. Ia adalah tatkala kita hanya didiamkan sahaja, tidak dimarahi, seolah berkata — lantak lah kau nak buat apa, aku sudah tak peduli. Jadi bersyukurlah jika kita masih dimarahi, dibebeli, itu tandanya orang masih peduli.
Maka oleh sebab saya hanya berdiam diri, ia mencetuskan sebuah ketegangan buat saya dan bos saya.
Dingin. Benar-benar dingin. Sampai suatu hari saya kembali rasional. That’s it. Saya tak boleh terus begini. Perkara yang tidak dibincangkan akan terus menjadi sebuah barah dalam hati. Jadi kami berbincang — berdua. Saya dan bos. Saya dengar semua explanation yang diberi, kenapa cuti di reject dan sebagainya.
Dan saya senyum, saya kata saya faham. Boleh tak minta half day leave, masuk kerja jam 4 petang. Persetujuan diberi. Akhir segalanya, saya minta maaf, saya kata setulusnya, “I’m sorry, I was wrong, i understand your situation.”
Dan tika itulah mungkin hatinya tersentuh, matanya berair, “I feel guilty because i cannot approve your leave.” Katanya tulus.
Dan tiba saat berjumpa doktor, masa menunggu agak lama. Sudah hampir jam 4 baru lah procedure untuk cucuk tulang belakang dijalankan. Sekejap-sekejap saya kerling jam, saya harus ke pejabat. Telefon bimbit dikeluarkan, saya mesej bos, “Im sorry i might be late.”
Jam sudah pukul 4, tapi procedure masih belum tamat. Saya tiada pilihan, minta izin pada emak untuk pergi. Kereta dipecut menuju ke pejabat. Sampai di pejabat, saya tersenyum ceritakan segalanya. Semua hairan.
“Mas ni rileks je abah masuk hospital.”
Saya tambah tersenyum. Bukankah Allah sudah berjanji, ujian itu diturunkan mengikut batas kemampuan seorang hamba?
Tepat jam 6 petang, Allah izin kerja sudah siap sepenuhnya. Saya yang sepatutnya balik jam 8 sekali lagi bawa berbincang dengan bos. Minta izin balik awal. Dua jam berbaki akan saya ganti di kemudian hari. Bos setuju. Alhamdulillah, kereta sekali lagi dipecut menuju ke hospital.
Dan rutin hidup saya bertukar secara drastik. Pagi-pagi harus bangun dan masak, buatkan bekal untuk emak di hospital. Singgah hospital hantar bekal, pecut pergi pejabat, balik kerja pecut ke hospital ziarah abah dan ambil emak balik rumah, lepas isyak hantar emak ke hospital semula, kemas rumah dan masak untuk makan malam.
Begitulah… hingga suatu hari sudah tak tertanggung rasa hati lihat abah yang sakit, lepas hantar emak ke hospital semula, dalam perjalanan pulang tiba-tiba saya menangis dahsyat. That’s it. Saya kira keterbatasan seorang saya ketika itu sudah sampai limitnya. Saya seorang — diuji sebegitu. Dipendam segalanya, rapuh.
Mata saya jadi kabur. Pemanduan jadi bahaya. Saya berhentikan kereta di bahu jalan, kepala disandarkan pada stereng dan saya menangis semahunya. Dalam esak tangis itu saya berbisik perlahan, “Tuhan.. aku ingin benar tanya mengapa aku, mengapa begini, tapi aku tahu Kau merancang sebaiknya, maka aku mohon kau kuatkanlah aku.”
5 minit, 10 minit berlalu. Saya kesat air mata dan teruskan pemanduan pulang ke rumah.
Sampai rumah, saya terduduk lagi. Terasa begitu lemah kaki. Saya peluk lutut dan menangis. Saya tak mampu bangun, tak kuat. Lelah. Rumah terasa sunyi. Saya gagahkan juga kaki, perlahan menuju ke bilik air. Wudhu diambil dan saya solat dua rakaat. Lega. Tenang. Semua kisah tangisan itu tiada siapa yang tahu, kerana pagi-pagi saya akan kembali senyum, ceria seperti biasa. Tak sanggup membebankan manusia lain yang malah mungkin punya masalah yang lebih besar lagi.
Dan bayangkan ketika stres ketika jatuh begitu, tatkala soalan ditanya pada doktor “kenapa ayah saya begini, kenapa begitu?”
Dibalas bersama wajah kelat, “Awak tak faham ke saya cakap apa? saya cakap banyak-banyak tu awak tak faham? ni awak faham ke tak ni?”
Saya tarik nafas dalam. Mahu sahaja di balas, “doktor kalau saya cakap pasal islamic finance secara detail doktor faham tak eh?” I did not go to a medical school. Medik bukan bidang saya, tentulah saya tak faham. Tapi sekali lagi, saya cuma senyum. Bersangka baik mungkin dia terlalu penat.
Instead of saya marah, atau update status bukan-bukan, saya cari doktor lain, minta explain. Dalam setandan pisang tak semuanya buruk kan? Saya diberi penjelasan dengan baik, mantap. Walaupun wajahnya penat. Thank you doc, i dont remember your name but i do remember your face perfectly. Moga Allah balas dengan kebaikan.
Dan akhirnya abah dibenarkan keluar., segala kepahitan pun cuma tinggal kenangan. Saya yang dahulunya rasa sudah terlalu lelah, tak mampu bangun lagi, tetap masih utuh berdiri di sini.
Mungkin dulu saya tertanya-tanya mengapa asal yang malang itu sahaja -- aku. Tapi mungkin kerana Allah tahu saya suka menulis dan mahu pengalaman ini dituliskan, untuk jadi pengajaran buat semua.
Buat kamu yang dilanda ujian -- Percayalah, saya amat benar memahami ape yang kamu rasa sekarang. Dan percayalah Allah tak pernah pergi. Jangan putus asa. Teruskan berjalan. Sampai satu saat kau mampu berdiri tegak, toleh ke belakang dan cakap pada segala kenangan itu :
Dan dengarlah jeritku, jujur tak terfitnah, kau bagiku cuma suatu yang pernah. Eh ini lagu. Hehe.
Rileks, senyum, stay strong because you have Allah by your side. Always. Remember, whatever happens, life goes on. Okay?
Ingat-- setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, dengan syarat kau sanggup berlapang dada dengar penjelasan, sanggup turunkan ego duduk berbincang.
Dan --
Jadikan diri kita sampai satu tahap kita tak hingin apa-apa pun melainkan apa yang Allah rancangkan untuk kita. Berbahagialah dengan kesakitan yang kau rasa, kerana sungguh acapkali hakikatnya kesakitan itulah yang terbaik untuk kau. Kau tak tahu, sedang Allah Maha Tahu.
Im telling you to move on not because its not going to hurt, not because it is easy, but because to stop, is to die.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (At-Talaq : 2)
~Takkan ku pamer reput di dada,
Takkan ku lemah,
Takkan ku goyah,
Takkan ku biar tubuh didarah~
P/S : ada sesiapa medical doctor atau medical student kat sini? Boleh tak saya minta nak susahkan sikit? Boleh PM saya? Saya ada sesuatu nak tanya. Thanks 😊
No comments:
Post a Comment