Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, September 28, 2008

Persoalan : Couple vs Tunang


Terpaku saya menatap skrin computer yang banyak menyiarkan persoalan couple dalam internet. Lucu. Ada yang secara tegas menekankan bahawa couple itu HARAM!! manakala ada pula membantah dengan mengatakan " Eh ape lak.. kalo couple haram, tunang pun haramla?"

Pertama sekali fahami dulu maksud couple itu sendiri..
1. Two people united, as by betrothal or marriage.
2. Two people together.


Ramai yg lbh cenderung mengambil maksud pertama daripada kedua. Jangan terlalu sempitkan fikiran dengan istilah couple itu sendiri. Suami isteri, adik beradik juga 'couple'. Kalau couple haram, knp tunang xharam? Couple tu nanti ade zina hati,zina mata,zina tgn,zina telinga n mcm2 zina lg tp adakah kalau bertunang kite da diberi sijil jaminan bahawa semua perlakuan zina itu dapat dielakkan? itulah yg menjadi persoalannya.

Selalu yang terjadi apabila seorang yg biase2 berjumpa dengan seorang yang alim utk bertanya perihal couple "Eh Leha, cane ni..aku da couple,ape aku nak wat ar?" dan ngan penuh kompidennye Leha tu menjwb " Eh, mane boleh! haram tu beb, baik ko putus je ngan Amin tu.. haram haram..nnt ko masuk neraka" Dan si kawan ni pun hancurlah hatinya, berbelah bagi, xtau nak wat ape..nak pilih Allah atau Amin, sdgkan soal hati dan perasaan tidak boleh dibwk main..


Ok, selalu org kate tunang xharam(berdasarkan hadis,sunnah,etc) dan saya bknlah sesiapa untuk menjatuhkan hukum bahawa couple itu haram,kerana basically dlm Islam couple itu adalah tunang.. Jom tgk tunang dari segi syara' :-

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Selalu yang terjadi apabila sedang bercouple adalah apa yg saya highlightkan.. so, couple=tunang. Abis cte! Mengapa couple dikatakan haram,xboleh? Jika couple dikatakan boleh maka akan berleluasalah gejala maksiat di bumi ni.. jalan pegang tgn, tgk wayang berdua-duaan, tgk bulan bintang same2 di tmn klcc dan makin byklah pule bayi yang lahir tanpa ayah dan ditinggalkan di tep-tepi jln umpama tiada harga.

Org kate...
perasaan cinta adalah something natural, anugerah Allah. Bkn dose untuk menyayangi org lain tp kite harus pandai control diri kite n jgn dilyn sgt perasaan tu.

So solutionnya, kita perlu pandai KAWAL n perlu ada BATASAN.. bezakan BATASAN dan SEKATAN... So It's enough.. knp ye kite kate couple tu haram? "La... da bape byk kali nak ckp, couple tu kan zina. zina hati! haram! masuk neraka!" Then, knp xgune hujah tu utk bertunang? Bertunang pun menghampiri zina la eh? Bertunang pun ingat2 jugak? hm..

Basically, couple tu haram sbb korg slalunya AKAN BUAT MAKSIAT bile bercouple.. jln berdua-duaan, duduk rapat-rapat.. makan same-same... kalo korg bercouple n just msg2,terigt skit2 xpela.. tp slalunya da berkhayal mende2 lain..lalai tanggungjwb,abai pelajaran,serahkan seluruh jiwa raga..tu da menghampiri zina hati. Maka elakkan.

Couple/tunang bkn utk suke2..kalo dedua da serius dlm perhubungan n si lelaki pun ckp " Awk, sy suke awk la..couple jom" n permpuan pun reply "Jom!" Si lelaki seharusnya melanjutkan pertanyaan "Kahwin nak?" n bile perempuan tu kate xnak.. lelaki pun ckp "xnak dah xya couple..watpe couple"

hehe!

Masing-masing ada pendpt sendiri mengenai couple.. Mudahnya Islam tidak pernah menghalang seseorang menyukai org lain. Cuma, diri kita sendiri perlulah tau batasan2 syara' dan tau KAWAL diri...

Satu petikan dari buku TENTANG CINTA (dapatkan di pasaran sekarang!)


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika....
Niat anda hanya untuk bersuka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tanagn dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri drpd melakukan perbuatan2 negatif spt berpegangan tangan, menyentuh dan...dot..dot.

ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dlm pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan tetap.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran. Atau anda adalah penganggur yg masih tercari-cari pekerjaan...


ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dlm ertikata yg sebenar.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belu, fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai.



"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diinginginya itu mengikut jalan yang halal."
(Al-Hadith)



Yang pentingnya tanya hati sendiri untuk apa aku bercouple????
innama 'amal libinniat...Setiap amal bermula dengan niat =)

Maka, fikirkanlah.....

Ada pepatah arab yg mengatakan bhw:

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Dan jangan dijadikan perkahwinan semata-mata untuk mendapatkan sijil halal daripada zina, sdgkan perkahwinan itu sendiri lbh besar cabarannya daripada zina.. Wahai lelaki, jgn buktikan jati dirimu selemah itu.. Jika menolak zina pun sudah xmampu, dimanakah nilai jati diri untuk memimpin isteri dan anak-anak?..

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .