Ratuku...
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan...
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tgn-tgn yg ganas lg bernafsu serakah...
Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu.....
Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya...
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin byk bunga-bunga berguguran
Bagaikan tibanya musim luruh...
Ratuku...
Bukanlah ku harapkan kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasih di pintu syurga..
Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah,wanita suci terpuji
Kerna Aku tidak layak berharap sedemekian rupa..
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku...
Kadangkala musim berganti hingga bunga xdapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian bagimu...
Ratuku..
Esok musim bunga pasti kan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lgi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
kerna kau ratu idaman kalbu...
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu..
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan aku temui..
Ratu yang benar-benar ratu........
No comments:
Post a Comment