"Meow...Meow..." Seekor kucing berlegar-legar di sebuah kedai makan yang dipenuhi oleh manusia-manusia yang sedang rancak mengisi perut yang berkeroncong.
"Ahh!! menyibuk aje!" jerkah lelaki berkumis tebal, memandang bengis pada seekor kucing yang menagih secebis simpati...
"Meow..." Kucing itu menggesel-geselkan kepalanya meminta simpati.
"Pergi!!" Serentak, terpelanting jauh kucing malang itu akibat disepak. Namun, dirinya masih tidak serik. Ia pergi pula kepada insan-insan lain biarpun dijerit, dijerkah, disepak terajang... Sehinggalah ada insan yang belas kepadanya.
Seorang pendakwah itu hatinya kuat berpaut pada Allah. Jiwanya sarat dengan rasa cinta kepada penciptanya. Tetapi bagi dirinya, nafsunya sentiasa lapar untuk mengajak orang lain bersama-sama di jalan dakwah.
Seorang pendakwah itu tidak mungkin akan penat di jalan tarbiyyah. Biarpun dijerkah, dimarah, disepak terajang, namun dirinya akan terus mara demi mencapai kasih Allah, demi memperjuang tugas Rasulullah, demi menyelamatkan ummah yang kian parah, sehinggalah perjuangannya berjaya.
Biar pelbagai mehnah terpaksa ditempuh, Biar pelbagai kejian terpaksa ditelan, Biar pelbagai onak dan duri menikan hati, Biar berendam air-mata berhari-hari, Biar bermandi keringat yang memakan diri,namun jiwanya tetap kental... Demi melihat kalimah LAILAHAILALLAH MUHAMMADURRASULULLAH kembali tegak di muka bumi!
Ana pernah kalah bermujahadah. Diasak dengan arus persekitaran yang membantut, membuatkan fikiran ana benar-benar berserabut. Kusut. Buntu. Ana lihat kanan, ada maksiat, kiri, ada maksiat, depan, ada maksiat dan ana takut untuk menoleh ke belakang.
Ana menangis berhari-hari.
Syukur, sahibah ana memberi satu ayat yang menyentap tangkai jantung ana, memulihkan kembali semangat yang kian hilang. Meneguhkan kembali iman yang kian malap...
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut : 2)
Ana renung ayat itu. Lama. Titis-titis air mata yang kian kering kembali membasahi pipi... Allah.. ana terlupa untuk BAWA ALLAH BERSAMA
Betapa kerdilnya ana di sisiNya, tatkala dijentik dengan ujian yang hanyalah sezahrah cuma, ana sudah melatah.
Mungkin ana terlupa pada perjuangan Rasulullah tatkala dikelilingi masyarakat jahiliyyah. Ana asyik fikir bahawa ana keseorangan. Ana menangis, tercari-cari di mana sumber kekuatan, di mana insan yang mampu menolong?
Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang kecemerlangan gagal dicapai, namun itulah ujian, mencari iman yang teguh, semoga terus bersabar dalam perjuangan, kuatkan kakimu di jalanNya.
Tatkala diri di asak hiba, sahibah ana menghantar lagi mesej sebagai sumber kekuatan buat diri yang lemah. Subhanallah! Allah sedang menguji ana, bukankah ujian ini tanda kasih sayangNya??
Lantas ana mengangkat tangan memohon perlindungan daripada Yang Maha Mendengar, memohon kekuatan daripada Yang Maha Mengetahui. Subhanallah, satu kelegaan meresap di dalam diri. Rupanya Allah sekadar mahu menguji, sekuat mana keimanan ini...
Alhamdulillah... doakan moga ana dan rakan-rakan mampu berjuang dalam arus yang semakin parah... Moga syariat Islam kembali mekar mewangi...
Wallahu'alam..
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Friday, July 17, 2009
Di Jalan Ini Kaki Melangkah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment