Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, July 22, 2009

Mengapakah Dunia Yang Dikejari?


Kosong. Jiwa ana kosong. Ana melihat sekeliling, cuba mencari sesuatu yang mampu mengisi kekosongan, dan ana temui Dia.

Hanya Dia yang Maha Memahami, Maha Mendengar segala isi hati ana yang dhoif.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diri ini. Ya,hanya Dia. Titik.

Terkadang terbit rasa cemburu di dalam hati ini melihat warga tua yang beristirahat di hadapan pintu, menyaksikan kebesaran alam ciptaanNya, meniti hari-hari yang bakal tiba untuk berhadapan dengan pencipta.... Indahnya tanpa perlu memikirkan dunia yang berbisa ini... Indahnya menghadap Allah Yang Esa...

Terkadang terbit rasa kasihan jauh di lubuk hati tatkala melihat anak-anak kecil berlari girang, tertawa gembira tanpa mengetahui bahawa masa hadapan yang menanti kejam, tanpa mengetahui keperitan dunia yang menanti... Berlari di situ tanpa risau akan mehnah yang bakal dihadapi....

Ana terpaku di situ. Memandang si tua dan si kecil dengan dua pandangan yang berbeza. Gumpalan awan-awan berat terasa menghempap kepala. Berat. Terkadang ana terduduk, jatuh malah tersungkur. Terkadang merasa sangat tidak berdaya walau untuk mengangkat kepala melihat ke hadapan. Takut. Gerun.

Mujur, dalam kepayahan ana temui Dia. Dalam keperitan Dia sentiasa ada. Dialah yang membantu ana bangun, bangkit dan berdiri. Seterusnya bertatih,berjalan dan berlari atas jalan dakwah ini. Bukan sekali dua duri-duri tajam menusuk-nusuk tubuh ana sehingga ana merasa letih dan tidak bermaya, tapi ana sentiasa tahu, Dia ada di sana... Memerhatikan ana, dan ana kembali tersenyum.... I trust in Allah!

Justeru kini, ana bingung melihat manusia-manusia yang ‘gila’ mengejar dunia. Tidak salah mengecap nikmat dunia, tapi berpadalah. Jangan terlalu mengejar dunia sehingga sanggup melengah-lengahkan solat, mengambil ringan akan perihal tiang agama itu. Bahkan sanggup menghina dan mencaci Allah atas ujian yang datang melanda. Begitukah sikap manusia hina yang bergelar hamba? Lupakah kita bahawa satu hari nanti kita PASTI akan menghadap Allah kembali? Pada waktu itu, apakah yang bakal diperkatakan???

Tatkala diri dibelenggu api yang menyala-nyala, barulah kita sibuk berkata “Ya Allah... Jika dibenarkan aku kembali ke dunia, pasti aku akan beribadat kepadamu!!”

Tapi ketika itu.. semuanya sudah terlambat, tiada apa yang mampu dilakukan biar menangis air mata darah sekalipun..

Jadi wahai saudara-saudaraku, sedarlah sebelum terlambat. Ingatlah kembali bahawa kita ini tercipta daripada setitis air yang hina, yang jika terkena baju, kita basuh... Jadi mengapa kita masih mahu menjadi hamba yang tidak bertaqwa kepada pencipta kita??

Ingat ! syurga itu dibalut oleh perkara-perkara yang dibenci nafsu tetapi neraka dibaluti oleh perkara-perkara yang amat nafsu gemari...

~Mengapakah dunia yang dikejari, sedangkan ia kan ditinggal pergi~

Fikir-fikirkan... Renung-renungkan..

Wallahu’alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .