Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, August 5, 2010

Buat Insan Bernama Adam....


Perempuan Sombong!
Jika itulah gelaran yang dikau berikan,
Maka aku menerima dengan redha,
Apalah lagi diri yang hina ini mampu berbuat?
Apakah layak untukku mengatakan,
“Berhenti! Jangan menganggapku begitu”

Perempuan Sombong!
Jika itulah tafsiranmu padaku,
Maka teruskanlah,
Apalah lagi yang mampu aku lakukan,
Selain berdiam dan berdoa,
Agar Allah merahmatimu sentiasa,

Perempuan Sombong!
Tidak tahu bersosial dan perasan bagus,
JIka itu yang terkeluar dari mulutmu,
Maka aku hanya mampu tersenyum hambar,
Meski di dalam hati berselimut duka…

Duhai insan yang bergelar Adam..
Ketahuilah hakikat yang tersurat,
Aku ini adalah Hawa yang dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,
Diutus ke dunia sebagai perhiasan matamu,
Setiap saat diriku mampu menjadi fitnah dunia,
Setiap saat ku berjalan,
Mengharap pada redhaNya yang satu..

Aku bukan insan sempurna,
Bukan jua insan maksum yang tak punya dosa,
Dosaku menggunung tinggi,
Dalam keterbatasanku menjaga syariat,
Terkadang aku tersungkur dan terjatuh.

Duhai Adam,
Sombongku bukan mainan,
Sombongku adalah satu suruhan,
Suruhan dariNya agar tidak melekakanmu,
Agar engkau bisa melangkah gagah menegakkan kalimah Allah,
Agar engkau bisa menjadi perwira Islam sebenar,
Kerana aku,
Hanyalah seorang insan yang lemah….

Duhai Adam,
Tatkala usikanmu ku diamkan,
Tatkala perasaanmu ku abaikan,
Tatkala dikau memanggil dan aku melangkah pergi,
Ketahuilah…
Itulah hakikat sayangku pada insan bergelar Adam…….

9 comments:

sitinoramira said...

nice post
thankz for sharing =)

K2r~90 said...

siyes , inilah pnjelasan y saye cr selame ini =)

Mastura MY said...

safiamira

:) moga mendapat manfaat

K2r~90

penjelasan untuk apa ya? :)

K2r~90 said...

kenape sombong pabila kaum adam btnye

Adam said...

Satu artikel yang bagus, baik untuk kesedaran muslimah diluar sana.

Namun, sedarlah malu, sombong menjaga batas pergaulan perlu bertempat...

Jika dari sudut ilmu (pengajian), perlukah sombong...

Berselisih dengan para guru, perlukah sombong sehingga malu bertegur sapa memberi salam...

tetapi bila bersua pakcik driver kereta sapu - bukan main ramah.

selisih dengan pak guard...mesra lupa dunia..

bukan begitu caranya...

letakkanlah malu dan sombong itu ditempatnya...

Mastura MY said...

Adam

na'am.. sombong dan malu biarlah bertempat. tidak perlu malu untuk bertanya, tidak perlu sombong dengan guru..

namun harus diingat, bukan sahaja kaum hawa yang perlu membentengi diri dengan perasaan malu. kaum adam juga harus begitu, agar dunia tidak kelam kabut jadinya.

malu itu sebahagian daripada iman, jika tiada malu maka tiadalah sebahagian dari iman itu..

insyaAllah... doakan mereka yang belum dapat hidayah itu agar diberi hidayah olehNya.

Moga Allah merahmatimu...

insyirah said...

post yang bagus...
baik utk tatapan kaum adam ataupun hawa..

*lama xbaca kat blog ni

Mastura MY said...

alhamdulillah, moga beroleh manfaat.

selamat membaca kembali :)

Anonymous said...

Semoga terus 'sombong'...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .