Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, September 1, 2010

Raya, Fesyen dan Islam


“Letihnyaaa…” Ana mengeluh. Satu nafas panjang ditarik.

Antara menahan letih dan menahan marah. Kedua-duanya berpadu menjadi satu keluhan yang amat berat. Merenung masa depan ummah yang semakin kelam, membuatkan ana meluahkan kata,

“Kita balik jelah mak, nanti cuba cari kat tempat lain pula.”

Pagi itu, puas sudah satu shopping complex dijelajahi oleh ana dan umi tercinta dengan niat mahu mencari baju raya buat ana. Tapi hampa.

Baju semua jarang.
Baju semua terlalu menarik perhatian dengan manik dan labuci di sana sini.


Ana sudah kesuntukan waktu untuk menempah baju sendiri, mesin jahit pula meragam di ketika ini.

Tiada lagi baju kurung beridentitikan Islam, labuh, longgar dan tidak jarang.

Hebat betul yahudi menggunakan fesyen untuk menyesatkan pemikiran ummat Islam.

Pakai Inner, bolehkah?

“Sekarang ni fesyen lah.. Pakai inner kat dalam, kain baju kurung jarang sedikit.” Pernah ana mendengar kata-kata itu diluahkan oleh seorang wanita ayu.

Fesyen? Benarkah itu fesyen yang digambarkan dalam Islam?

Teringat ana pada satu hadith ;


Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


Benar, ya! Ana mendengar suara hatimu. Pakai inner pun menutupi tubuh. Tapi sahabat, ingatlah, inner itu selalunya benar-benar melekat pada tubuh, apabila disarung baju kurung yang berkain nipis itu, masih ternampak bentuk tubuh kita.

Apa bezanya dengan memakai t-shirt ketat sahaja?

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)


Tabarruj, apa tu?

Tabarruj bererti menarik perhatian. Di sini, konsepnya luas. Tabarruj bergantung kepada tempat juga. Andai sesuatu tempat itu persekitarannya, wanita hanya memakai warna hitam dan menutup aurat, kita pun pakai warna biru cair, menutup aurat dan menjadi pandangan mata setiap manusia maka itu adalah tabarruj.

Tapi!

Andai di sesuatu tempat itu, semuanya tidak menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang berlandaskan syariat, maka andai kita memakai tudung dan menutup aurat sesempurna mungkin, semua mata memandang dengan pandangan pelik, maka itu bukanlah tabarruj melainkan mempertahankan imej seorang Islam.

Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan akan kembali pula dalam keadaan yang asing. Maka, berbahagialah orang-orang yang asing. (HR Tirmidzi)


Jadi, memakai baju yang keterlaluan hiasannya, walaupun menutup aurat di Malaysia ini, menurut pandangan ana ia adalah tabarruj.

“Enti, Islam melarang kecantikan kah?”

Tidak. Bahkan Islam menggalakkan kecantikan, kebersihan dan kekemasan. Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka pada kecantikan.

Tapi kecantikan yang dimaksudkan di sini adalah kecantikan yang bersederhana, berpada-pada. Tidak salah andai memakai bedak, tapi berpada.

Pakailah pakaian sesederhana mungkin, agar mata lelaki tidak berpaling dua kali. Kita Hawa, jagalah mereka, tunjukkan sayangmu kepada lelaki dengan menjaga pandangan mereka. Tundukkan nafsu mereka, agar terlindung mereka dari menjadi mangsa syaitan laknatullah. Lelaki itu, biarpun akalnya 9 tapi mampu ditipu oleh nafsu yang satu.

Pakailah secantik mungkin, bersolek lah setebal mana sekalipun, hanya untuk suamimu, lelaki yang halal buatmu. Izinkanlah Hawa.... Izinkanlah suamimu seorang sahaja yang berhak melihat kecantikanmu.

Izinkanlah mata suamimu sahaja yang menatap betapa cantiknya dirimu Hawa, diciptakan oleh Allah Yang Maha Esa!

Hebatnya Syaitan


Syaitan ada dua jenis. Pertama, syaitan yang benar-benar syaitan. Kedua, syaitan bertopengkan manusia.

Lihatlah sahabat, pintarnya kedua-dua mereka, mereka tahu, andai dikatakan ; “Jangan pakai tudung!” ummat Islam akan memberontak dan mempertahankan hak masing-masing. Jadi, dalam menarik ummat Islam dari landasan yang benar, mereka buat secara perlahan-lahan.

Tak apa, pakai ketat sikit. Janji berlengan panjang dan bertudung.
Tak apa berwangi-wangian sedikit, janji pakai tudung.
Ala, tak apa pakailah make-up, baru nampak cantik, janji bertudung.
Tak apa, pakailah inner. Kan masih bertudung?
Pakailah baju berlip-lap lip-lap tu, barulah orang nampak, janji pakai tudung.

Dan kita pun menurut, dengan penuh kepercayaan, sedang di sana... Allah tidak redha dengan perlakuan kita. Terjadilah kita dalam kalangan orang-orang yang rugi kerana apalah gunanya hidup tanpa redha-Nya....

Selepas itu,

Bukalah rambut sedikit, pakai selendang je.
Tak apa pakai lengan sekerat ni.
Tak perlulah pakai stokin, panas.

Sungguh, Allah telah mengingatkan kita dalam Al-Quran- wadah penyejuk jiwa.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu (Al-Baqarah :120)


Sahabat.... Ana benar-benar menyayangi kalian. Justeru, catatan ini ana wujudkan, sebagai tanda kasih ana terhadap kalian, meski kalian bosan dengan tajuk aurat yang sering ana tulis, contohnya : sini Sungguh, ana tidak sanggup melihat kalian menjadi panahan-panahan syaitan dalam melemahkan iman Muslimin-pejuang Agama.

Ana tidak mahu lagi sahabat, melihat kamu hanya menjadi Islam atas dasar nama. Ana mahu berpimpinan tangan bersama kalian menuju syurga-Nya yang abadi....

Baju Raya

“Ambil sahajalah yang tu.” Ana menunjuk pada baju kurung berwarna merah jambu. Hanya bersulam, berlabuci sedikit sahaja dan tidak jarang.

Itu sahaja yang ada. Tetapi ana masih harus membuka jahitan di pinggangnya agar tidak terlihat bentuk tubuh.

Susah benar mencari pakaian berimej Islam sekarang.

Pada masa hadapan, bagaimana pula?

Runsing benar ana memikirkannya.

Allah...Peliharalah kami.

Wallahu’alam

14 comments:

IZZATUL HANIS SHAARI said...

syukran atas ingatan yang kini umat islam kebanyakannya makin lupa bagaimana cara pemakaian yang di tetapkan.Islam itu indah.

Mastura MY said...

insyaALlah.

peringatan ini buat diri ana juga yang sering alpa. moga sama-sama beroleh manfaat :)

salam ukhwah fillah

ibnusina said...

alangkah bagusnya jika ada pereka fesyen islamik yang sentiasa menjaga soal halal dan haram..saya rasa ada..

Mastura MY said...

Benar, tapi ana masih tak jumpa lagi yang benar-benar bertepatan syariat..
Baju yang benar-benar menutup aurat, kebanyakannya mahal-mahal belaka.

Sedih melihat dunia.

Anonymous said...

Salam sahabat..ana bukan bukan hendak menggalakkan sahabt menggunakan inner..
tetapi ingin berkongsi sesuatu..baru-baru ini ana ada membeli sepasang inner,.ana membelinya kerana inner tu labuh dan tidak mengikut bentuk badan mungkin sebab ana mengambil yang besar kot....
oleh itu, kepada sahabat2 yang ingin menggunakan inner..
gunalah inner yang besar.....

Anonymous said...

lupa plak ana nak bgtahu kepada sahabat2 di mana ana membelinya,..
Ini tujuan untuk promosi ye..
tetapi untuk berkongsi..
ana membelinya di PKNS shah alam

Mastura MY said...

jazakillah.. harap-harapnya inner tu di bawah paras punggung :)

siapa nama ukhti yg baik hati ni ye :)

Anonymous said...

bantulah saya...saya terlalu ingin mengikut syarikat pemakaian islam tapi seringkali gagal setiap kali nak menunaikannya...terlalu rapuh iman saya dalam isu berpakaian ni..
benarkah suami turut mendapat saham sekiranya kita tidak menutup aurat sedangkan suami senantiasa mengingatkan hal itu kepada kita?

Mastura MY said...

Seorang wanita yang telah baligh.. apabila dia melakukan kemaksiatan, bapanya akan mendapat saham dosa yang dilakukannya (bagi yang belum berkahwin) dan saham dosa akan diberi pada suami (bagi yang telah berkahwin) tapi, andai mereka dah menegur, tapi kita masih enggan menuruti, maka hidayah itu adalah milik Allah dan bapa/suami terlepas dari saham dosa yang dilakukan.. wallahu'alam..

senang-senang email sahaja saya ye, insyaAllah saya membantu apa yang boleh :)

salah ukhwah kerana Allah :)

Anonymous said...

Terima kasih sahabat..doakan semoga hidayah dari Allah akhirnya diberikan kepada saya...

Mastura MY said...

insyaAllah... hakikatnya, Allah tidak zalim, hidayahNya pasti tiba ke seluruh hambaNya. Buktinya : lintasan-lintasan kecil untuk kita berbuat baik adalah hidayah dariNya, kemudian, ia terpulang pada kita.

Jika kita melakukan kebaikan yang terlintas dalam hati, maka Allah akan susulkan petunjukNya... Tapi, andai kita membiarkannya, maka itu adalah pilihan kita. Allah tidak akan mengubahnya melainkan kita yang mahu mengubah nasib diri kita....

Hidayah is to be grabbed, not to be wrapped :)

moga kita sama-sama mendapat hidayah dan petunjuk dariNya... :)

jaga diri ya, hiasi peribadi...

Anonymous said...

terima kasih..mungkin blog sahabat ni sebagai susulan petunjuk dari ALLAH..terlalu banyak sebenarnya untuk saya dapatkan pandangan, nasihat dan tempat untuk saya meluahkan segalanya..saya xtau pada siapa untuk saya bercerita dengan orang sekeliling saya...mungkin disebabkan terlalu ramai saya berjumpa dengan rakan dan akhirnya dikhianati..kepercayaan sukar dicari sekarang ni..nak bercerita dengan suami seperti terlalu banyak untuk diselindungkan..ermmm saya harap sahabat tidak bosan melayan setiap post saya ni..

sebenarnya lintasan berbuat baik tu selalu saya terima dan seringkali memikirnya tapi bila nak melakukannya seperti ada satu bisikan menghalang..mungkin dari hati saya yang terlalu rapuh..
CONTOHNYA : bila saya nak bertudung tapi saya fikir kenapa saya perlu bertudung sebab takutkan orang dan kerana dipaksa??alangkah baiknya saya bertudung sebab itu kemahuan diri saya dan bukannya dipaksa. saya fikir eloklah saya perbetulkan solat fardhu dahulu kemudian mendalami ilmu2 agama supaya saya tidak memakai tudung sebab fesyen atau ikutan atau sebab takutkan suami..

InsyaALLAH sekiranya saya diberikan kekuatan kelak, saya terlalu ingin untuk menceritakan segalanya pada sahabat tapi mungkin melalui email..bantuan sahabat terlalu dihargai dan ALLAH sahaja mampu membalasnya...

Mastura MY said...

Alhamdulillah... kata-kata saudari ada benarnya. Hakikatnya, apabila saya mengenali seseorang, saya juga tak akan menyuruh dia terus berubah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung, tetapi saya lebih berminat untuk menolong memperbaiki imannya dan moga imannya nantilah yang merubah perlakuannya.... Itu insyaAllah lebih istiqamah kerana matlamatnya jelas untuk mencari redha Allah.

Teringat ana pada satu situasi, seorang pelajar bertanya kepada seorang ustaz.. "Ustaz, tak semua yang pakai tudung tu baik, mungkin saya yang tak pakai tudung lebih baik dari mereka." Ustaz tenang menjawab, "Yang pakai tudung,apabila dia membuat kejahatan itu adalah hal dia dengan Allah, tapi bila yang tak pakai tudung, dia dah buat kejahatan pada manusia dan Allah sebab lelaki yang memandang auratnya akan mendapat dosa juga."

Moga Allah menguatkan hati saudari... Jangan malu-malu untuk pergi ke ruangan contact ya kalau ada apa-apa...insyaAllah, saya hanya seorang hamba yang banyak dosa juga.. tegur saya juga ya kalau ada salah silap.. :)

Moga Allah merahmati keseluruhan kehidupanmu....

Anonymous said...

Sahabat yang sangt2 dirindui kerana Allah...

maaf sebab lambat bagi respon....

inner tu memang bawah daripada paras punggung....

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .