Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, September 8, 2010

Sahabat, Ingin ku sentuh hatimu...


Sahabat...
Ingin ku sentuh hatimu dengan bicara hikmah,
Sungguh diri ini bukanlah sempurna,
Bukan jua ma'sum dan tidak punya dosa,
Hakikatnya diriku dan dirimu punya satu misi yang sama,
Memburu cinta dan redha Allah, Tuhan yang satu!

Sahabat...
Alangkah gentar hati ini pabila teringat satu sabda Rasulullah;
Aku tidak bimbang umatku akan berlaku syirik, tetapi aku bimbang andai dunia dibentangkan di hadapan mereka!
Lihatlah sahabat...
Islam menjadi semakin asing,
Fesyen-fesyen dimanipulasi agar nampak islami walau hakikatnya tidak,
Wanita semakin tidak kisah akan auratnya,
Lelaki tidak menjaga adab,
Seolah-olah ingatan Allah akan seksa neraka jahannam adalah suatu mainan!

Sahabat...
Aku mengerti,
Hatimu memberontak,
Menyoal itu dan ini,
Berfikir...apakah syariat itu benar menyeksa?
Lantas syaitan membisikkan azimat,
Lupakan Allah, jadi temanku!
Engkau termangu di situ,
Berfikir tak pernah jemu,
Terkadang engkau berjaya melawan nafsu,
Namun pernah jua engkau tersungkur lesu,
Terkadang mindamu bijak mencipta alasan,
Membenarkan apa yang salah,
Tapi ingatlah... hati yang masih hidup adalah hati yang menyedari kesalahan itu.

Sahabat...
Ingatkah kamu,
Bahawa Allah ada berfirman,
Dia lebih dekat dari pembuluh darah kita,
Justeru,
tatkala dirimu lemah,
Pandanglah jauh di sudut hati,
Agar kamu menyedari,
Kamu tidak pernah bersendiri....

Sahabat,
Mahukah dikau berjanji denganku??
Tatkala ku lemah dan bersedih,
Hiburkan aku dengan ayat pencipta,
Tatkala aku terlalu gembira,
Ingatkan aku pada azabNya,
Bimbinglah daku sahabat,
Agar aku tidak tersungkur di jalan yang salah,
Bukan bermakna aku tidak percaya kepada Allah,
Tapi kerana itulah sahabat dicipta, sebagai penguat dan pemberi pesan kepadaku,
Begitu juga yang berlaku kepada Rasulullah yang kita cintai...

Berjanjilah sahabat,
Peganglah Islam,
Walau derita menghambat,
Kerana di sana... Syurga tersedia buatmu....
Aku sayang kamu, kerana Allah semata.. :)

2 comments:

Anonymous said...

Ya Tuhan,
Bentuklah dirinya menjd hamba yg kuat tkala dia lemah,
Berani menghadapi tkala dia takut,
Bangga dan teguh dlm kkalahan,
Rendah diri dan jujur dlm kmenangan.

Ya Tuhan,
Janganlah dirinya dibimbing atas jln yg mudah tp lemah dan rapuh,
Bimbinglah dia supaya teguh berdiri di tgh badai.

~farhana

Mastura MY said...

ameen.

uhibbuki fillah :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .