Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan yang sudah berlalu itu...


Ramadhan yang sudah berlalu itu..
Mengingatkanku pada sesuatu,
Apakah selepas ini masjid itu masih penuh,
Atau kosong ditemani unggas....

Ramadhan yang sudah berlalu itu...
Membuatku terfikir sesuatu,
Apakah syawal yang tiba ini,
Adalah satu kemenangan,
Atau satu ketewasan di kemudian hari..

Ramadhan yang sudah berlalu itu...
Membuatkanku tersedar,
Apakah sudah cukup amalku,
Untuk dibuat bekalan hari mendatang...

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Membuatkanku rindu,
Rindu pada ketenangannya,
Rindu pada barakahnya,
Rindu pada suasananya...

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Seolah-olah memberi pesan,
"Aku akan pergi...mungkin lama... Sentiasa persiapkan diri dengan sabar dan taqwa"

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Seolah-olah menggapaiku dengan ingatan,
"Sayang, itu dia Syawal sudah tiba. Sambutlah hari kemenanganmu, nantikanku di tahun hadapan. Jumpalah aku dengan amal yang sudah bertambah baik."

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Menggamit sayu di hati,
Apakah mungkin sempatku merasai lagi akan enaknya tarawikh,
Merasai enaknya berbuka,
Merasai kelazatan bermunajat tanpa gangguan syaitan..

Ramadhan yang sudah berlalu itu,
Yang diganti dengan Syawal,
Moga sentiasa menjadi kenangan terindah,
Yang berada dalam lipatan hatimu,
Agar kelak menjadi pembakar semangatmu untuk terus istiqamah,
Dalam ibadahmu....
Duhai sahabat.

p/s: Selamat hari raya, maaf zahir batin..maaf andai ada tersalah kata tersilap bahasa...Ampunkan segala kekurangan saya.... moga kita semua sentiasa di bawah limpahan rahmatNya..

3 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum.

selamat hari raya Aidilfitri :)
Moga segala amalan diterima Allah.

WaU ALif NuN said...

Salam.. :)
entry yg menarik..tersentuh bila baca ni. Semoga kita semua dapat tarbiyah yang secukupnya dalam madrasah Ramadhan ni dan moga kita dapat sampai ke Ramadhan yang akan datang. :)

Mastura MY said...

Nazihah

waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah..seronoknya dapat doa :) moga syawal yang menjelang menjadi syawal terbaik dari sebelum-sebelumnya :)

wau alif nun

waalaikumussalam wbt.

ameen ameen..alhamdulillah,semoga saya dapat juga jadi insan yang sering mendoakan insan lain.

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .