*Entri ini adalah entri bergambar. sesiapa tak suka gambar, boleh hentikan bacaan di sini. Jika anda ohsem dan suka tengok gambar,silakan meneruskan bacaan^^
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Sihatttt.
Apa khabar hati?
Er, sorry? awak tanya apa?
Eh? saya tanya apa khabar hati?
Sorry, tak ada orang nama hati kat sini. You can go back home and practice. *Berpaling wajah.
Ehhh sat sat. Maksud saya, keadaan hati, macam mana? okay ke?
Ehhh awak ni. makin melebih pula ye, macam mana nak tahu keadaan hati. boleh xray ke?
Ahem ahem. Begini sahabat...
Hati Kita Tanggungjawab Kita
Waktu kita lahir dulu... Hati kita semua bersih, suci bersih... Tapi bila kita dah besar sikit, kita buat dosa, buat maksiat..setiap kali kita buat dosa tu, satu titik hitam muncul. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Mula-mula kita rasa bersalah lakukan dosa, tapi lama-lama..Alaaa.. kita rasa normallah. semua orang buat. What's so strange 'boutt thattt?
Bila hati da gelapp sangat, orang beri nasihat, kita.. "Ummmpphh whatever"
Cikgu bagi ilmu, kita.. "Ha, ape ni, tak faham!"
Bila nak hafal Quran "Apa payah sangat ni nak hafall"
Jadi, berjalanlah kita umpama mayat hidup. Ada hati yang tidak lagi hidup.
Ha.. dah takut ke?
Sabarlaaa... belum habis lagi ni. Jadi kawan-kawan, untuk elakkan daripada hati mati, marilah kita mengenal dosa, dan mengetahui keadaan hati kita.
"Haa dia mula dah dia mula dah nak mengarut. Kasi terang sikit, apa awak cakap ni?"
Macam ni, marilah kita mengenal dosa!!
*Garu-garu kepala.
Er, okay. Mari tengok aplikasi di bawah.
Aplikasi
Sekarang semua ambil sehelai kertas dan lukiskan sebentuk hati yang ohsem seperti di bawah :
Baiklah, bermula daripada detik kita dah lukis tu, setiap kali lakukan dosa atau kemaksiatan, kita buat satu titik hitam,
Kalau setiap hari kita masih tak serik-serik lakukan dosa, terus buat titik-titik hitam tersebut.
TAPIIII... bila kita dah rasa. "Ishh, dah teruk ni hati aku ni. macam mana ni..macam mana ni."
Sabar. Kalau pensil ada pemadamnya,pen ada liquid papernya. Hati pun ada pemadam dosanya! suka tak, suka tak? Padamlah titik-titik hitam tersebut dengan istighfar dan berbuat kebaikan...
Kalau kita tak nak istighfar, hati kita akan menjadi...
Dan akhirnya, ilmu, kebaikan, nasihat, semua akan terkeluar balik. Sebab,hati dah mati.. :(
Jadi, teruskanlah memadam titik-titik hitam itu sehingga hati kembali cantik dan ohsem.
Dan berjalanlah kita di muka bumi dengan hati yang bersinar dan menjadi kecintaan Allah..
Jom jom!
Aplikasi ini boleh juga diajar kepada anak-anak kecil untuk mengenalkan mereka pada tanggungjawab menjaga hati.Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Wallahu'alam
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Sunday, April 8, 2012
Hati kita tanggungjawab kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment