Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, November 27, 2015

Dont judge


"Waa, buat air nak minum petang." Suara emak kedengaran nyaring. 

Saya bingkas bangun menuju ke dapur, teko diambil, teh uncang dicapai, air panas di dalam thermos dipindahkan ke dalam teko, uncang teh direndamkan, sedikit gula ditambah,

"Siapp makk." Balas saya bangga. 

Tak berapa lama kemudian emak tiba di dapur bersama abah. Air teh dituang ke dalam cawan,

"Wa, kenapa masin?" Berkerut mata emak menahan rasa.

"Eh ye ke?"

"Awak letak garam ke gula?"

"Gula lah.." Saya bingkas bangun mengambil bekas berisi pepejal putih yang saya isi ke dalam air teh sebentar tadi. Penutupnya dibuka, saya ambil sedikit, "alamakk garamlah!"

Saya tersengih. Darinya saya belajar sesuatu. 

Banyak perkara dalam dunia ini yang kita nampak sama. Yang kita rasa sesuai dengan apa yang kita fikir. 

Nampak orang tak pakai tudung -- tak suka ikut perintah Allah la tu.
Nampak orang cakap kasar -- memang tak sopan dia tu.
Nampak orang datang lewat ke masjid -- tu mesti pentingkan duniawi. 

Kita rasa begitu. Tapi mungkin yang berlaku adalah sebaliknya. Yang tak pakai tudung mungkin belum benar-benar faham tentang Islam, yang cakap kasar mungkin tekanan hidupnya terlalu tinggi, yang datang lewat ke masjid mungkin keretanya rosak di tengah jalan. 

Kita tak tahu. Yang kita tahu cuma bersangka-sangka, bermasam muka dan menyemarakkan api nestapa. 

Ah. 

Seperti saatnya Islam dihina, dicemuh kerana segelintir pengamalnya yang berbuat jahat, seluruh umat Islam turut diheret sama. Kita benci, kita tak suka, kita marah.

Tapi cuba duduk sekejap dan fikir --

Selama ini adakah aku juga sama seperti itu? Melabel manusia, bersangka-sangka,dan tidak positif. 

Entah. Moga dengan dugaan ini bukan sahaja dunia mencelik mata melihat bahawasanya umat Islam selama ini dipijak hina setiap hari, tetapi moga juga kita sama-sama memuhasabah diri --

Stop judging. Dont trust what you see, even salt looks like sugar!

Keep praying for the ummah.

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .