Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, November 27, 2015

Umpama matahari terbenam


"Mastura, awak pernah tengok matahari terbenam?" Begitu pertanyaan teman secara tiba-tiba bila saya nyatakan rasa terlalu rendah diri. Terlalu tak sempurna. Terlalu tak solehah. Terlalu lalai. Ah, terlalu. 

"Pernah." Saya senyum sendiri, terbayang kembali di benak fikiran akan keindahan matahari terbenam yang dilihat tempoh hari di Langkawi. "Kenapa?"

"Cantik?" 

Angguk. "Cantik."

"Ambik gambar tak?" 

"Ada. Kenapa?" Saya mengerutkan dahi. Pertanyaannya semakin aneh. 

"Sama tak cantik gambar tu dengan cantik yang awak tengok dengan mata sendiri?" 

"Er, mestilah tak. Saya ni dahlah bukan professional photographer" 

Kali ini giliran dia tersenyum. "Macam tulah apa yang awak rasa sekarang."

"Maksudnya?"

"Macam awak tengok matahari terbenam, tengok real lain, tengok gambar lain.. Guna kamera professional lain, guna kamera handphone lain.. Lagilah kalau guna kamera handphone cabuk macam saya ni, tengok terus rasa tak menarik pun matahari terbenam." Nafasnya ditarik dalam sebelum menyambung kata,

"Hakikatnya macamtulah awak tengok diri awak. Awak rasa awak terlalu tak bagus, sedangkan bukan awak tak bagus, cuma 'lensa' pandang awak yang tak bagus. Yang awak perlu tukar adalah 'lensa' tu." 

Saya termenung lama. Kata-katanya ada benarnya. Ah manusia, yang selalu dilihat bagus adalah manusia lainnya hingga acapkali terlupa membina potensi diri. 

"Tak ada manusia yang sempurna, mas. Jangan terlalu push diri sendiri, buat semampu, sedaya yang awak boleh. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Kita saling melengkapi. Kalau semua benda awak nak buat, jadi orang lain nak buat apa? Tak acilah dapat pahala sorang sorang." Dia tertawa kecil, memberi sebuah tenang pada sekeping hati. 

"Tapi.. Saya selalu rasa saya belum beri cukup baik, masih ramai saudara yang susah, tak tahu nak bantu macam mana.. Agaknya Allah marah tak eh?" Dada mula sebak, terbayang-bayang anak-anak kecil di Syria dan Palestin yang kesejukan dan kelaparan. 

"Apa awak cakap ni? Awak nak cakap Allah tu tak memahami?" 

Ayatnya mudah. Namun cukup menyentap sebuah rasa. 

Kadang-kadang kita lupa, kita cumalah seorang hamba, kita mahu buat semua seolah-olah kitalah Raja alam semesta. 

Kita lupa pada had daya upaya. Kita lupa hakikat sebuah tubuh yang bernyawa. Kita lupa pada jiwa yang tak bermaya. Kita lupa akan sakit lelah yang bakal diterima. 

Ah, berehatlah wahai jiwa! Akukan hakikat seorang hamba. Sedut udara dan stabilkan minda. 

Kelak, kita berlari semula -- gagah perkasa. 

hati itu boleh menjadi letih dan penat sama seperti penatnya badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan untuk kebaikan hati. 
-saidina ali

Salam jumu'ah mubarakah.
Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .