Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, February 26, 2016

Upgrade diri!


"Kawan aku tu banyak kali aku mesej tak pernahnya balas."

"Alah, whatsapp dah bluetick tapi tak reply pun."

"Entah apa-apa je message dah seen tapi takde balasan."

"Diorang cuma cari saya waktu susah je. Siapa boleh tahan?"

Ini adalah keluhan-keluhan yang saya selalu dengar. Saya cuma tersenyum, sebab saya dulu pun macam tu.

Dimomokkan dengan kata-kata -- if you are important enough, people will make time for you. Lalu saya pun terperuk kesedihan. Poyo-poyo rasa diri tak penting, rasa malas dah pakai handphone. Acah-acah merajuk.

Sampailah satu saat, ditakdirkan saya juga sibuk. Lama-lama jadi tak alert dengan handphone. Nak mulakan mesej kawan memang jarang sama sekali, kalau dapat mesej pun kadang-kadang baca je, niat di hati nak balas nanti tapi apakan daya kealpaan menguasai diri. 

Harap-harap takdelah yang terasa hati. Ampun. 

Berada dalam situasi begitu, saya memuhasabah diri, saat saya tidak balas mesej kawan, bukan bermaksud mereka tidak penting, cuma pada saat itu saya ada perkara yang LEBIH penting untuk diuruskan. Kita cenderung melihat sesuatu situasi dari sudut pandang kita cuma, tanpa kita peduli apa yang orang lain rasa.

"Ha betullah kan, if you are important enough people will make time for you? Sebab tak pentinglah tu tak reply." 

Memang. Kita memang kena set dalam fikiran kita -- dalam dunia ni terlalu banyak perkara penting yang seseorang itu perlu hadapi. Ia berbeza dan berubah-ubah. Hari ini mungkin kepentingan kau di tempat pertama. Esok mungkin ketiga. Mengharap kita sentiasa berada pada tempat pertama, tidakkah kita sedar kita hanya mementingkan diri cuma? 

"Alah aku busy boleh je reply."
"Alah macamlah dia sibuk sangat, aku tengah ngantuk pun sanggup tunggu dia cerita."

Berhentilah meletakkan diri kita sebagai kayu ukur kepada rakan-rakan. Setiap manusia kan berbeza, kerana itulah kita saling melengkapi. Kalaulah semuanya kau mahu sesuai dengan selera kau, yang macam diri kau, lebih baik kau kawan dengan diri kau sendiri je. Kan? 

Sudahlah, tak payah sibuk-sibuk bluetick ke grey tick ke, baik kau buat list amal ibadah -- dah tick ke belum? 

Dan -- kau sibuk kata orang cari kau bila time susah je, yang kau pun cari Allah bila susah je, apa cerita? 

Kita selalu fikir kenapa dia tak sayang aku macam aku sayang dia. Kenapa kita tak fikir --

Kenapa aku tak sayang Allah macam Allah sayang aku?

Salam jumuaah mubarakah. Upgrade diri jom? 

Salam cinta :)

Read More......

Thursday, February 18, 2016

Time will tell


Buat yang terasa dunia telah musnah hanya kerana hatinya telah hancur segala --

Cuba kau tarik nafas, lihat ke luar;

Burung-burung masih berkicau,
Bas-bas masih berjalan,
Teksi masih mengambil penumpang,
Kedai masih dibuka, 
Orang masih bekerja.

Lalu di mana musnahnya dunia? Tiada. Yang musnah cuma ilusi di kotak fikiranmu sendiri. Siapa yang peduli? Malah musuhmu bertepuk tangan bersorak melihat kau jatuh dari berdiri.

Hapuskan segala ilusi yang kau cipta sendiri. Jangan dilayan segala remuk di dada. Menangis? Menangislah cuma di tikar sejadah. 

Kerana, dalam setiap yang kau jumpa -- cuma Allah yang paling tetap memahami semuanya. Meski tak mampu kau luah segala kata, yang mengalir cuma air mata, jangan gusar--

Boleh jadi, air mata itu juga adalah rantaian doa yang sampai pada Yang Esa.

Teruslah berjalan, cinta. 
Mana tahu di persimpangan kau temukan jalan yang tak pernah kau sangkakan,
Tidakkah kau belajar dari pelangi yang munculnya cuma setelah hujan membasahi bumi?

Dunia ini memang tempat kau bersakit segala, 
Jika tidak -- kau takkan merindui indahnya syurga.

My heart is at ease knowing that what is meant for me will never miss me, and what misses me was never meant for me - imam as syafie

Stay strong! 

Salam cinta :)

Read More......

Apa itu indah?


Mak selalu cerita -- abah dulu ramai peminat. Sampai ada yang obses tulis surat hari-hari. Sampai abah kena buatan orang, muntah-muntah keluar rambut. 

Emak pun suatu masa dahulu ramai peminat -- kata mak, sampai ada lelaki yang sanggup tunggu depan rumah, ada lelaki yang bawa duit berkoyan-koyan tunjuk pada emak. Sampai mak takut. 

Tapi akhirnya, emak pilih abah. Abah pilih mak. 

"Kenapa mak pilih abah?" Tanya saya.

"Sebab abah je satu-satunya lelaki yang datang terus jumpa embah(atuk & nenek)"

"Kenapa abah pilih mak?" Tanya saya pada abah, walau saya tak mengharap jawapan diberi sebab -- yelah abah kan alzheimer.

Tapi abah jawab juga, "sebab mak paling cantik."

Dan ia meletuskan tawa. Tak sangka abah boleh jawab macamtu. 😂 

Hakikatnya -- sebab dah jodoh. Sudah takdirNya nama mereka ditulis bersebelah-sebelah sebagai pasangan di dunia.

Kalau dah bukan jodoh tu, bercinta sejak dalam rahim pun tak ke mana.

So korang yang asyik nak risau je tu, tak payahlah risau. Lebih baik fokus pada apa yang lebih utama. Yang masih belajar teruskan belajar bersungguh-sungguh, yang nak mantapkan kerjaya teruskan, yang nak gapai cita-cita teruskan. Usaha perbaiki diri hingga ke tahap terbaik.

Kelak sampai satu saat bila Allah kata jadi! -- maka jadilah. 

kalau pun Allah izin tidak terjadi -- sekurang-kurangnya kau telah tumbuh menjadi manusia yang lebih baik.

Apa pun dari Allah adalah perkara terindah.

Indah itu apa? Indah itu bila kita tetap dengan penuh yakin berdoa penuh cinta, percaya bahawa Allah akan perkenankan -- walau bukan pada masa yang kita harapkan, tetapi pada masa yang Allah tahu yang terbaik untuk kita. 
Walau bukan seperti yang kita jangkakan-- tetap ia yang terbaik di sisi Tuhan.

jangan kau paksa Tuhan beri apa yang kau mahukan, kelak terputus di tengah jalan, Tuhan juga kau persalahkan. 

Takkanlah Allah hantar kau ke dunia untuk dipersia? 

Now get on your line, get set, go!

Salam cinta :)

Read More......

Berdoalah!


"Ya Rasulullah, ceritalah tentang dirimu," Begitu kata para sahabat kepada Rasul tercinta pada suatu hari. 

Rasulullah tersenyum dan menjawab, "Sesungguhnya aku hanyalah doa yang dimunajatkan oleh Ibrahim a.s" 

Ia sebuah doa yang dicatatkan dalam Al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat ke 129. 

Sebuah doa yang luar biasa nilaiannya -- ia merentas 4000 tahun, mengharungi perubahan zaman, semenjak Mekah merupakan sebuah tanah gersang sehinggalah menjadi tumpuan manusia.

Pada diri Ibrahim a.s pada ketika itu, doanya bertitipkan rasa gementar, diiringi rasa cinta dan pengharapan yang tiada tara, maka selayaknya doa itu dipelihara meski bertahun-tahun lamanya.

4000 tahun bukannya tempoh yang sekejap tetapi lihatlah hasilnya -- lahir seorang peribadi mulia yang memberi aman kepada seluruhnya.

Maka dari itu kita belajar -- apabila berdoa itu yang terpenting bukannya cepat atau lambat doa kita dimakbulkan, tetapi seberapa banyak doa itu mampu memberi manfaat.

Dari itu juga kita belajar -- Allah itu sungguh Maha Pemurah, walau tak diminta tetap sahaja Dia memberi, Allah itu Maha Tahu setiap apa yang kita mahu, maka ketika berdoa bukanlah sewajarnya niat kita 'memberitahu', ia adalah sebuah 'perbincangan' mesra antara hamba dengan Tuhannya, agar Dia sentiasa meredhai apa yang dianugerahkanNya kepada kita.

Maka dari itu mari kita belajar -- berlapang dada kepada Pencipta, lirik-liriklah kehidupan kita sebelumnya, sudah berapa banyak nikmat yang Dia beri tanpa sempat kita meminta,

Maka berdoalah dan teruskan berdoa -- dan bersedialah menerima sesuatu yang berlipat ganda baiknya.

Mungkin bukan hari ini.
Mungkin bukan esok.
Mungkin bukan dalam masa terdekat.

Tapi untuk Allah mengecewakan hambaNya -- adalah tidak sama sekali.

Salam cinta :) 

Read More......

Sunday, February 14, 2016

Dont be sad


Dulu, ada seorang sahabat, katanya --

Aku memohon doa kepada Allah, jika Dia perkenankan maka aku gembira SEKALI, jika tidak diperkenankan, aku gembira SEPULUH kali. 

Kerana -- apa yang aku minta adalah pilihan aku, sedangkan apa yang tidak diberi adalah pilihan Allah.

Ah. Betapa mendalamnya kepercayaan para sahabat kepada Allah.

Sungguh, antara diri sendiri dan pencipta kepada jasad yang berdiri -- siapa yang lebih luas pengetahuannya? Siapa yang lebih tahu akan perkara-perkara mendatang? 

Lalu kenapa kita masih sibuk yakinkan hati bahawa apa yang kita mahu adalah apa yang kita perlu. Apa yang kita minta adalah apa yang sewajarnya. 

Walhal, pintu-pintu yang Allah tutup mampu mendatangkan bahaya kepada kita. Kita menangis meronta-ronta, kurang kita sedar di belakang pintu itu ada raksasa gorgon yang menanti. 😁

Janganlah bersedih. Rasulullah selalu memohon agar dijauhkan kesedihan dari hatinya, kerana kesedihan itu mampu menghentikan langkah, kesedihan itu mampu melarikan kita dari jalan yang wajar, malah kesedihan itu selalu membuat kita lemah dan berputus asa.

Maka hari ini tarik nafas, pejam mata, letakkan tangan di dada, bicara pada hati -- janganlah kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! 

Salam cinta ;) 

Read More......

Monday, February 1, 2016

Be grateful!


Semalam saya penat sangat, balik kerja badan dah letih, tapi tetap push diri sendiri untuk baca journals dan tulis assignment sikit-sikit. Bila kepala dah sakit sangat, tengok jam dah pukul 1 pagi. Tengok cermin mata dah merah. Ok that's it, saya tutup komputer dan bersiap sedia untuk tidur.

So basically, today i wasn't in a very good shape. Sampai bila kawan sebelah nak uji sikit "Mas what day is today?" 

Saya fikir lama. Mahu setengah jam, untuk jawapan, "Wednesday, eh?" 

Saya rasa saya tak adil pada diri sendiri, lalu saya mesej seorang sahabat dan sepupu yang paling rapat -- hari ni nak push diri baca journals ke nak rileks dulu tengok movie? Kedua-duanya jawab : Rilek dulu, dont go so hard on yourself. Telur kalau genggam kuat-kuat pun boleh pecah. 

Agaknya hati kita pun macam tu juga, kan? Kadang-kadang rasa penat sangat, kadang-kadang rasa dah letih. Apa yang perlu kita buat bila rasa macamtu bukanlah STOP, tapi PAUSE.

Berhenti sejenak, tarik nafas, tinggalkan perkara-perkara yang melelahkan, cipta satu kegembiraan yang baru.

Oh ya. Gembira itu pula adalah amat subjektif. Kita silap bila kita meletakkan kegembiraan kita pada paras kebahagiaan orang lain. Kita rasa --

Oh, orang tu banyak duit dia bahagia.
Oh, orang tu ada pasangan dia bahagia,
Oh, orang tu ada kerja hebat dia bahagia.

Sampai kita membanding-bandingkan mereka dengan diri kita hingga kita terlupa untuk bersyukur. Kita rasa kita tak bahagia. Kita rasa kitalah yang paling malang dalam dunia.

Sebenarnya kita salah. Kita ada bahagia kita yang tersendiri.

Mungkin kita ada ibu bapa yang memahami… itu sudah cukup membahagiakan.
Mungkin kita ada kelengkapan diri… itu sudah cukup membahagiakan.
Mungkin kita tak punya wang berjuta, tapi cukup buat diri sendiri… itu sudah cukup membahagiakan.

Pokoknya, selagi mana kita asyik membanding-bandingkan dan tidak bersyukur dengan apa adanya, kita takkan bahagia.

Lalu berhentilah membataskan kebahagiaan kita pada paras kebahagiaan manusia yang lainnya.

Kerana hakikatnya -- diri kita, jiwa kita, hati kita, keadaan kita --

Tidaklah sama.

Let's start each day with a grateful heart! 😘

Hajat doa selalu ya?

Salam cinta :) 


Read More......

Sudi tak?


"Kenapa gelap ni?" Saya menggosok-gosok mata, ketika ke United Kingdom pada tahun lepas, saya tinggal di rumah seorang sahabat. Waktu itu musim panas, subuh adalah seawal jam 2 pagi.

Namun, apa yang memelikkan, Sepatutnya biliknya itu bila buka pintu terus nampak ruang tamu, tetapi tatkala saya membukanya untuk ke bilik air, yang saya lihat cumalah kegelapan. Saya masih terpaku, berkira-kira hendak melangkah.

"Mas, itu storlah.." Tiba-tiba sahabat itu bersuara. OMG dia perasan pula, hoi siapa yang design buat stor dalam bilik??

Saya sekadar tersengih, pura-pura mamai baru bangun tidur, walaupun saya tahu sahabat itu sedang ketawa berguling-guling di dalam hati. takpe. 

Bila matahari sudah mula tinggi, sarapan sudah tersedia, sahabat itu bertanya pula. "Mas, tadi sejuk tak ambik wudhu?"

"A ah sejuk rasa nak beku."

"Oh, kite tak on water heater." Balasnya selamba beserta wajah tak bersalah. 

Perasaan saya bercampur baur, terfikir-fikir perlukah aku penampar budak ini? hoi, walaupun musim panas tapi sejuk dia waktu tu tak kelakor okay? tidur pun berbungkus dengan dua lapis selimut, kalau saya sedang ambil wudhu lalu bertukar menjadi snowman bagaimana pula?

"Konghajo." Balas saya pendek dan padu, diiringi ketawa tak bersalahnya. 

Kenapa saya menulis tentang ini? Entah. Saya sendiri pun tak tahu kenapa, cuma rindu itu tiba-tiba datang menyapa. Sebuah rindu yang menggamitkan satu cinta kepada Pencipta -- Atas nikmat ukhwah yang begitu indah. 

Yang tak begitu kenal saya mungkin melihat saya sebagai seorang yang serius, pendiam dan er solehah? Sungguh-sungguhlah saya ini begitu jauh dari gelaran-gelaran terhormat dan baik-baik itu. Cuma Allah lah Yang Maha Baik menyembunyikan segala keaiban diri. Justeru, bila saya disapa, "Solehahnya awak ni" 

Jauh di sudut hati saya menangis perlahan -- Ah, andainya di padang mahsyar nanti segala apa keburukan diri ditayangkan di hadapan kamu, adakah ketika itu kamu masih mahu mendekatiku?

Saya ini, juga pernah jatuh terhempas, berderai. Saya ini juga pernah kecewa, pernah menangis, macam kalian. Sejujurnya, saya banyak kali mahu saja deactivate facebook dan segala sosial media yang ada, tidak mahu menulis lagi, mahu hidup nyaman tanpa perlu peduli apa.

Namun sahabat-sahabat yang ada (termasuk sepupu merangkap sahabat you know who you are) -- merekalah yang terus-terusan menyokong saya, memberi kata-kata semangat, memberi pedoman. Maka andai ada gelaran yang baik-baik, merekalah yang lebih sesuai menyandangnya. Sungguh.

Maka, kamu -- andai punya sahabat yang telah tahu segala sisi baik burukmu namun masih tetap mahu berdiri di samping kamu, hargailah. Dan jangan lupa sujud pada Tuhan sebagai tanda mensyukuri -- meski sebanyak apa pun ujian, nyata DIA tak pernah tinggalkan kita, kan? 

Dan moga, sahabat-sahabat ini kelak -- ketika masuk ke syurga lalu tak nampak kita di sana, terus sahaja bertanya pada Tuhan --

"Wahai Tuhan, di manakah Mastura? Dahulu sewaktu di dunia kami bersama-sama bergerak di jalanMu ya Allah, suka duka saling menguatkan dan membantu, tapi aku tak nampak dia di sini, di manakah dia?"

:')

Kerana aku bukan malaikat -- Maka sahabat, andainya aku jatuh ke jurang neraka, sudi tak kau terjun ke sana dan ambil aku masuk ke syurga?

"Ya Allah,janganlah Engkau hukum aku dgn sebab (pujian) yg mereka ucapkan,dan ampunilah aku dari (perbuatan dosa) yg tidak mereka ketahui (dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yg mereka sangka)" (HR. Bukhari)

Salam cinta :)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .