Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, February 1, 2016

Sudi tak?


"Kenapa gelap ni?" Saya menggosok-gosok mata, ketika ke United Kingdom pada tahun lepas, saya tinggal di rumah seorang sahabat. Waktu itu musim panas, subuh adalah seawal jam 2 pagi.

Namun, apa yang memelikkan, Sepatutnya biliknya itu bila buka pintu terus nampak ruang tamu, tetapi tatkala saya membukanya untuk ke bilik air, yang saya lihat cumalah kegelapan. Saya masih terpaku, berkira-kira hendak melangkah.

"Mas, itu storlah.." Tiba-tiba sahabat itu bersuara. OMG dia perasan pula, hoi siapa yang design buat stor dalam bilik??

Saya sekadar tersengih, pura-pura mamai baru bangun tidur, walaupun saya tahu sahabat itu sedang ketawa berguling-guling di dalam hati. takpe. 

Bila matahari sudah mula tinggi, sarapan sudah tersedia, sahabat itu bertanya pula. "Mas, tadi sejuk tak ambik wudhu?"

"A ah sejuk rasa nak beku."

"Oh, kite tak on water heater." Balasnya selamba beserta wajah tak bersalah. 

Perasaan saya bercampur baur, terfikir-fikir perlukah aku penampar budak ini? hoi, walaupun musim panas tapi sejuk dia waktu tu tak kelakor okay? tidur pun berbungkus dengan dua lapis selimut, kalau saya sedang ambil wudhu lalu bertukar menjadi snowman bagaimana pula?

"Konghajo." Balas saya pendek dan padu, diiringi ketawa tak bersalahnya. 

Kenapa saya menulis tentang ini? Entah. Saya sendiri pun tak tahu kenapa, cuma rindu itu tiba-tiba datang menyapa. Sebuah rindu yang menggamitkan satu cinta kepada Pencipta -- Atas nikmat ukhwah yang begitu indah. 

Yang tak begitu kenal saya mungkin melihat saya sebagai seorang yang serius, pendiam dan er solehah? Sungguh-sungguhlah saya ini begitu jauh dari gelaran-gelaran terhormat dan baik-baik itu. Cuma Allah lah Yang Maha Baik menyembunyikan segala keaiban diri. Justeru, bila saya disapa, "Solehahnya awak ni" 

Jauh di sudut hati saya menangis perlahan -- Ah, andainya di padang mahsyar nanti segala apa keburukan diri ditayangkan di hadapan kamu, adakah ketika itu kamu masih mahu mendekatiku?

Saya ini, juga pernah jatuh terhempas, berderai. Saya ini juga pernah kecewa, pernah menangis, macam kalian. Sejujurnya, saya banyak kali mahu saja deactivate facebook dan segala sosial media yang ada, tidak mahu menulis lagi, mahu hidup nyaman tanpa perlu peduli apa.

Namun sahabat-sahabat yang ada (termasuk sepupu merangkap sahabat you know who you are) -- merekalah yang terus-terusan menyokong saya, memberi kata-kata semangat, memberi pedoman. Maka andai ada gelaran yang baik-baik, merekalah yang lebih sesuai menyandangnya. Sungguh.

Maka, kamu -- andai punya sahabat yang telah tahu segala sisi baik burukmu namun masih tetap mahu berdiri di samping kamu, hargailah. Dan jangan lupa sujud pada Tuhan sebagai tanda mensyukuri -- meski sebanyak apa pun ujian, nyata DIA tak pernah tinggalkan kita, kan? 

Dan moga, sahabat-sahabat ini kelak -- ketika masuk ke syurga lalu tak nampak kita di sana, terus sahaja bertanya pada Tuhan --

"Wahai Tuhan, di manakah Mastura? Dahulu sewaktu di dunia kami bersama-sama bergerak di jalanMu ya Allah, suka duka saling menguatkan dan membantu, tapi aku tak nampak dia di sini, di manakah dia?"

:')

Kerana aku bukan malaikat -- Maka sahabat, andainya aku jatuh ke jurang neraka, sudi tak kau terjun ke sana dan ambil aku masuk ke syurga?

"Ya Allah,janganlah Engkau hukum aku dgn sebab (pujian) yg mereka ucapkan,dan ampunilah aku dari (perbuatan dosa) yg tidak mereka ketahui (dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yg mereka sangka)" (HR. Bukhari)

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .