Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, February 26, 2016

Upgrade diri!


"Kawan aku tu banyak kali aku mesej tak pernahnya balas."

"Alah, whatsapp dah bluetick tapi tak reply pun."

"Entah apa-apa je message dah seen tapi takde balasan."

"Diorang cuma cari saya waktu susah je. Siapa boleh tahan?"

Ini adalah keluhan-keluhan yang saya selalu dengar. Saya cuma tersenyum, sebab saya dulu pun macam tu.

Dimomokkan dengan kata-kata -- if you are important enough, people will make time for you. Lalu saya pun terperuk kesedihan. Poyo-poyo rasa diri tak penting, rasa malas dah pakai handphone. Acah-acah merajuk.

Sampailah satu saat, ditakdirkan saya juga sibuk. Lama-lama jadi tak alert dengan handphone. Nak mulakan mesej kawan memang jarang sama sekali, kalau dapat mesej pun kadang-kadang baca je, niat di hati nak balas nanti tapi apakan daya kealpaan menguasai diri. 

Harap-harap takdelah yang terasa hati. Ampun. 

Berada dalam situasi begitu, saya memuhasabah diri, saat saya tidak balas mesej kawan, bukan bermaksud mereka tidak penting, cuma pada saat itu saya ada perkara yang LEBIH penting untuk diuruskan. Kita cenderung melihat sesuatu situasi dari sudut pandang kita cuma, tanpa kita peduli apa yang orang lain rasa.

"Ha betullah kan, if you are important enough people will make time for you? Sebab tak pentinglah tu tak reply." 

Memang. Kita memang kena set dalam fikiran kita -- dalam dunia ni terlalu banyak perkara penting yang seseorang itu perlu hadapi. Ia berbeza dan berubah-ubah. Hari ini mungkin kepentingan kau di tempat pertama. Esok mungkin ketiga. Mengharap kita sentiasa berada pada tempat pertama, tidakkah kita sedar kita hanya mementingkan diri cuma? 

"Alah aku busy boleh je reply."
"Alah macamlah dia sibuk sangat, aku tengah ngantuk pun sanggup tunggu dia cerita."

Berhentilah meletakkan diri kita sebagai kayu ukur kepada rakan-rakan. Setiap manusia kan berbeza, kerana itulah kita saling melengkapi. Kalaulah semuanya kau mahu sesuai dengan selera kau, yang macam diri kau, lebih baik kau kawan dengan diri kau sendiri je. Kan? 

Sudahlah, tak payah sibuk-sibuk bluetick ke grey tick ke, baik kau buat list amal ibadah -- dah tick ke belum? 

Dan -- kau sibuk kata orang cari kau bila time susah je, yang kau pun cari Allah bila susah je, apa cerita? 

Kita selalu fikir kenapa dia tak sayang aku macam aku sayang dia. Kenapa kita tak fikir --

Kenapa aku tak sayang Allah macam Allah sayang aku?

Salam jumuaah mubarakah. Upgrade diri jom? 

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .