Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, March 9, 2016

Have a good rest :)


"Ahhhh." 

Kau lepaskan satu keluhan berat. Kau rasa penat. Lalu kepala kau letakkan ke bantal. Badan kau luruskan. Mata kau lelapkan. 

Satu jam. Dua jam. Hingga ke 5 jam kau terlena. Kau bangun -- hairannya penat itu masih kau rasa. Menggigit-gigit seluruh tubuh tercinta.

Cubalah kau bangun dan lihat ke cermin -- lihat baik-baik wajah kau yang lesu, mata kau yang membiru, senyuman yang kau ukir pun tidak lagi semanis dahulu. Cubalah kau sedar, yang penat hakikatnya adalah sebuah jiwa. Meski kau tidur 24 jam lamanya -- lesu itu pasti tetap dirasa. 

Ya. Aku tahu setiap gusar yang membelenggu -- keluarga kau, rakan kau, jiran belakang rumah kau, saudara-saudara yang lainnya. semuanya mengganggu fikiran, semuanya kau fikirkan, semuanya kau rasa bertanggungjawab untuk bantu leraikan.

Tapi kau lupa pada diri kau sendiri. Kau tahan segala perit yang kau lalui. Kau terima setiap kesusahan yang menjatuhkan kau dari berlari. Kau tadah setiap butir peluru yang menembusi diri. 

Sampai kau hancur -- tak mampu diperbaiki lagi.

Lalu sekarang tarik nafas dan dengar apa yang aku kata -- kau perlu berehat. Bukan badan kau. Jiwa kau yang perlu berehat sebab kau juga manusia. Macam kau kata kalau kau tak ada, siapa mahu bantu mereka-- lalu kalau kau hancur bagaimana dengan mereka? 

Berehatlah sebentar. Tak salah menarik nafas hingga kau lega. Tinggalkan sebentar segala perkara yang menyesakkan jiwa. Buat apa yang kau suka -- yang beri ketenangan pada minda. For once, live your own life happily.

Sampai satu saat nanti bila kau tengok cermin -- kau lihat wajah yang ceria, senyuman yang gembira, dan kau mampu berlari semula sambil menghulurkan tangan kau berkata --

"Awak, jom kita masuk syurga?"

:)

Salam cinta.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .