Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, March 29, 2016

Let it go


"Mas, tau tak kalau kite depress kite ingat kat awak, mesti lagi stress kena layan karenah orang overseas." Teman baik saya melontarkan kata-kata itu tatkala kami berdua duduk menghadap laut, angin yang sederhana tiupannya kadangkala menyengetkan tudung bawal di kepala, lantas perlahan-lahan dia membetulkannya, sambil matanya melihat saya -- dia tersenyum.

Saya ketawa. 

"Kenapa?" Tanyanya hairan.

"Kita pulak, kalau stress je ingat kat awak mesti lagi stress layan karenah orang macam-macam, kerja pun tak tentu hala waktu." 

Dia sedang menjalani housemanship di salah sebuah hospital di Johor. Waktu kerja tidak menentu, bahkan entah berapa kali saya juga menitikkan air mata tatkala dia bercerita segala cabarannya di tempat kerja. Yalah, kau mesti rasa sakit bila orang yang kau sayang sakit.

"How beautiful is that?" Saya tersenyum lagi, sebelum kedua-duanya diam melayan rasa hati. 

Diam-diam saya akui, sebuah persahabatan adalah nikmat yang tidak terperi. Ramai orang yang minta nasihat -- Saya sedih, kawan saya dah tak ingat kat saya lagi.

Kita dah dewasa. Dah besar. Ada orang pernah cakap kat saya -- if you havent lose friends, you havent grow up. 

Senang cerita, kita dah makin tua. Hargailah apa yang ada depan mata -- Yang selalu di sisi, yang selalu menemani. Yang nak pergi, biarkan dia pergi. Kita dah tak ada masa nak rayu-rayu orang agar tetap di sisi -- hingga kadangkala kita terlupa hargai mereka yang meletakkan kita dekat di hati.

Untuk apa kau rayu-rayu orang yang tak pernah mahu kau dalam hidup mereka?

Let them be. 

"Mas ingat tau, jangan lupa mesej kite, kalau ada apa-apa jangan lupa cerita macam biasa." Katanya memecahkan sepi.

"Kite rasa boleh buat sujud syukur kalau kite mesej awak cepat je balas."

Tawanya meledak. "Tak kira kite lambat balas pun, mesej je." 

Saya tarik nafas, diam-diam saya muhasabah diri agar lebih menghargai. 

Ya. hargai -- siapa yang sudi meletakkan kita di hati, dan biarkan sahaja siapa yang mahu pergi. Let them go so that you can grow. Tapi jangan pula kau benci mereka, percaya saja ada orang yang hadirnya cuma untuk menjadi sebahagian sejarah hidup kita.

Dan mungkin suatu hari kelak, mereka yang pergi datang kembali kerana rindu membuak di hati, saat itu mungkin kau boleh tersenyum sambil berkata --

hey, i didn't walk away -- you let me go.

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .