Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, October 30, 2008

Sempurnakah Iman Kita?


Ana buntu.. Tak tahu apa yang patut ditulis,namun jiwa ana memberontak untuk menaip jua dalam blog ana yang serba kekurangan ini...

Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menanti kami di sini,meskipun kedua-dua kaki kami baru sahaja melangkah masuk ke dalam semester baru. Ana mula gelisah. Gelisah memikirkan apakah punca semua ini?

Mungkin tidak keterlaluan ana katakan bahawa cabaran belajar di ipts lebih besar berbanding ipta. Ketepikan dahulu soal pembayaran yang mahal kerana semua sudah maklum,sebaik kaki melangkah masuk ke dalam dunia ipts, kita harus bersedia dengan wang,wang dan wang.... Namun apa yang ana rasa melebihi rasa kekurangan wang kerana ana kehilangan sahabat. Sahabat yang mahu berhenti kerana tak sanggup lagi meneruskan pengajian di sini...

Bukan itu sahaja, kesepakatan dalam kelas jua sudah mula susut dari semasa ke semasa. Mungkin masing-masing sibuk berikhtiar untuk membayar yuran kerana biasiswa ditarik balik akibat tidak mencapai pointer yang dikehendaki. Kelas semakin suram dan hati ana semakin muram melihat sahabat-sahabat ana diam seribu bahasa.

Yang pandai mengetepikan yang kurang pandai. Yang kurang pandai merendah diri. Yang kaya tidak memikirkan yang kurang kaya, yang kurang kaya mula membenci yang kaya.

Inilah puncanya. Kerana tanpa kita sedari perasaan CINTA itu semakin susut dalam diri kita, kita hanya menyintai diri kita tanpa kita sedari sahabat-sahabat yang lain jua amat memerlukan CINTA itu sesuai dengan sabda baginda Rasulullah S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.

Sudah sempurnakah iman kita? Melihat sahabat-sahabat yang berdukacita kerana 'ditindas', hati ana kian luluh. Sebak. Di manakah iman kita? Ya Allah.. ampunilah ana berserta sahabat-sahabat ana..

Semoga segalanya kembali lancar. Kesepakatan membangunkan ummah...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Read More......

Wednesday, October 29, 2008

akhlak yang tercela...


"adik marilah sini kejap,tengok barang ni"

ana bersama sahabat-sahabat ana yang sedang dalam perjalanan menuju ke hostel kami memberhentikan langkah. Menghormati para penjual yang sedang asyik menjual di salah satu kawasan di kolej kediaman kami..

"Dik,barang ni bagus, adik mesti senang nanti nak bertutur dalam bahasa inggeris."

salah seorang promoter bersungguh-sungguh menarik perhatian kami.Kami mendengar. Sebagai tanda menghormati. Setiap soalan yang diajukan kami jawab dengan cara yang paling lembut. pada akhir penerangannya,salah seorang sahabat ana menunjukkan minat untuk membeli barang tersebut.. Tapi..

"Erm, akak, boleh tak saya call mak saya dulu, nak bincang"

Tanpa diundang, seorang promoter lain datang dan mencelah di tengah-tengah perbincangan kami. Ana lebih gemar mendiamkan diri. Ana bimbang jika ana bersuara perkara yang tidak diingini bakal berlaku. Tapi melihat sahabat ana yang sudah bergenang air matanya kerana dipaksa untuk menelefon uminya pada saat itu juga membuatkan hati ana tidak tenang. Dan ana mula bertanya..

"Erm, abang, kenapa harga promosi ni jauh sangat dengan harga asal? seribu lebih.. company tak rugi ke?" Tanpa ana duga,pertanyaan ana bakal mencetuskan kemarahan pada hati abang promoter tersebut.

"Kalau awak nak beli harga asal pun takpe, kami tak kisah. Ni untuk promotion je, lepas ni dah takde dah." Suara yang telah berubah dengan menjadi sedikit tinggi dan berbaur kemarahan membuatkan ana sedar bahawa api jangan disimbah lagi dengan minyak.

"Tak, saya cuma confuse aje"Ana cuba mengendurkan keadaan, tapi nampaknya ana silap kerana abang itu kembali menjerkah "Awak ni bukan confuse tapi tak percaya!"

Wah! kasyaf ke abang ni.. pandai-pandai ye cakap macamtu.. ana masih cuba bersabar..

"Hm, promosi ni sampai bila?" ana bertanya. "Esok kami ada lagi" ana bingung. Promoter yang sebelumnya mengatakan bahawa hari ini(semalam) hari terakhir. "Hm? kata harini last?" ana masih mahu bertanya. "kami nak kena terangkan kat budak-budak yang tak faham macammana nak guna, awak ingat saya nak sangat ke duduk kat **** ni? pejabat saya air-cond awk tau tak?"

Wah!

"Saya terpaksalah luahkan kat awak, student sini, pakai je tudung tapi impolite!" Wah!
"Belum ada degree,diploma, baru je lepasan spm tapi dah berlagak!" Wah!..

Ana masih cuba menahan kesabaran yang kian menipis.

"Hm.. sijil ni worldwide ke laku kat 64 countries je? macam nak mintak kerja ke?" Ana cuba menukar topik mengenai sijil yang akan dikeluarkan jika pengguna produk mereka melepasi tahap tertentu.

"Awak nak pegi kerja kat 64 countries tu ke?"

Wah!

"Awak cubalah fikir kenapa awak ada kat kolej ni.. tak pergi local U" Abang tersebut masih tak berpuas hati. "Sebab saya taknak." Ana menjawab sejujur mungkin. Bukan mahu riak, tapi ana mendapat tawaran dari salah satu kolej matrikulasi terbaik..Melaka dan juga mendapat tawaran pusat asasi universiti malaya. Tapi ana lebih berminat melangkahkan kaki di kolej ini..

Abang tersebut masih tidak berpuas hati. Azan berkumandang,namun suaranya masih kedengaran marah-marah.

"Erm, abang azan" Ana cuba memberi isyarat agar suaranya diperlahankan,namun hampa.

Ana geram bercampur sedih. Beginikah akhlak umat Rasulullah kini? Mungkin ana yang tersilap, tapi sahabat-sahabat ana yang lain juga mengalami pengalaman yang sama. Salahkah yang empunya degree melupakan sementara degree yang disandang demi menghormati pendapat orang lain? Dimanakah silapnya?

Pengalaman yang ditimba tentu sekali lebih bermakna dari sesi pembelajaran di dalam kelas.

Wallahualam..

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An-Nahl:126)

Read More......

Tuesday, October 21, 2008

Aqidah kita.. Aqidah Islamiyah


"Akak.. Aqidah tu ape?"

Ana tersenyum,.. Dalam fikiran sedang ligat untuk menerangkan kepada anak kecil ini apakah maksud aqidah agar dia benar-benar memahami..

"Aqidah tu,kepercayaan.. Kita orang Islam ada Aqidah Islamiah, maksudnya kepercayaan kita ialah Allah itu ada, Rasulullah itu utusan Allah.." Saya terhenti sejenak. Wajahnya bingung.

Aduh!

"Adik tau pokok tak?" Anak kecil itu mengangguk. Ana tersenyum. "Pokok ada akar kan?" Dia menganggung lagi. "Hm,bolehlah diibaratkan kita ni macam pokok, aqidah kita macam akar pokok tu.. Kalau pokok besar, akar dia kuat.. orang susah nak cabut.. kalau pokok kecik, macam rumput tu, akar tak kuat..senang-senang je orang cabut dia kan?" Saya berusaha menerangkan seringkas mungkin dan anak kecil itu mengangguk-ngangguk.

"Jadi, adik nak jadi pokok yang akar dia kuat ke tak kuat?" Saya cuba bertanya. "Eh, yang kuatlah kak!" Bersungguh-sungguh dia menerangkan.. ana tersenyum. "Kalau nak jadi pokok kuat,kita tak boleh kawan dengan syaitan. Kita kena hidup berlandaskan Islam. Nak makan, nak tidur,nak masuk bilik air,semua ada doa dan adab-adabnya tersendiri"

"Apa doa dia kak?" Ana mula membaca doa-doa tersebut, tapi..tak sempat nak dihabiskan, anak kecil itu bersuara lagi "Kak..japlah,nak salin..boleh?"

Ana terharu.. Begitu bersungguh-sungguh seorang kanak-kanak untuk membetulkan aqidahnya.. Tapi kita?...

"Adik nak kawan dengan syaitan?" Dia menggeleng. "Jadi kalau taknak, ingat tau.. Jangan buat benda yang Allah tak suka.. Adik sayang Allah kan?" Dia mengangguk. "Jadi ingat tau jangan buat Allah marah... Kalau boleh sebelum tidur tu maafkanlah semua orang"

"Akak..." Mata bening itu tepat memandang wajah ana. Ada keikhlasan di situ. "Akak, kalau kita tak maafkan orang, boleh?" Ana pelik. "Kenapa?" Dia diam sejenak. "Habis,kalau dah mmaafkan hari ni,esok orang tu buat lagi,baik tak payah.." Tersentuh hati ana, dalam diam, sekeping hati kecil miliknya pernah dilukai.. Lagi menyentuh hati anak itu juga pernah diludah oleh rakan-rakannya.. Inikah sikap kita?..

"Adik..." Dia memandang wajah ana. "Adik nak Allah maafkan adik?" Dia mengangguk. "Adik sedih tak kalau Allah taknak maafkan adik?" Dia mengangguk lagi. "Kalau macam tu, adik kenalah maafkan orang,walau seperit mana pun sbb adik sendiri tak suka kalau Allah tak maafkan adik.. takpe dik, Rasulullah dulu lagi teruk seksaannya."

Dia diam..tunduk..

"Dah faham,dik?" Dia mengangguk. Alhamdulillah... Semoga kita juga dapat sama-sama memperbaiki aqidah kita..

insyaAllah!

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Ankabut:7)

Read More......

Hadiah buatmu... AyahBonda..


Berdebar-debar hati ana sewaktu ingin menekan butang login portal pelajar kolej universiti islam antarabangsa selangor...

Button ditekan dan akhirnya..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmatnya yang tidak terhingga... Ana najah semua madah.. Syukur ya Allah... inilah hadiah buat umi wa abi yg sangat ana kasihi... Semoga pengorbanan kalian tidak ana sia-siakan buat masa ini dan masa akan datang.. insyaAllah...Semoga ana dihindarkan dari sifat riak dan ujub dengan nikmat dari Allah ini.. Amin! Semoga ini bukan istidraj.. Amin! Semoga sahabat-sahabat ana semua cemerlang jua..amin!


Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya.(Al-Ankabut:8)

Read More......

Saturday, October 18, 2008

Ketakutan diriku...seorang wanita...



Izinkanlah diri ana yang hina ini mencatatkan sepatah dua kata untuk meluahkan isi hati ana yang telah lama dipendam....

Ana tidak tahu kenapa semakin hari semakin banyak nombor yang tidak ana kenali misscalled2 nombor ana,semakin ana biarkan semakin menjadi-jadi.. Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbit ana.. sekadar misscalled! Ada juga yang hantar message ingin berkenalan.. Apakah makna semua ini?

Sudah lama ana diamkan.. Tapi ana juga seorang manusia biasa,punya hati dan perasaan.. Terlalu banyak hati yang perlu ana jaga sehingga ana terlupa pada sekeping hati milik ana.. Kadang-kadang ana menangis, sebak.pilu.rimas.jemu.marah.geram.. semua perasaan bercampur aduk sehingga dalam tidak sedar setitik demi setitik air mata ana jatuh.. Duhai lelaki para khalifah Allah, apakah yang cuba kalian buktikan pada diri insan yang lemah ini?... Ana tidak punya apa.. Apa yang ana ada hanyalah sekeping hati dan sebuah HARGA DIRI... Tolonglah hormati ana, jika kalian tidak mahu menghormati ana sekalipun, tolonglah hormati Allah, Tuhan Yang Esa....

Ketahuilah,ana memerlukan seorang imam yang soleh yang mampu membimbing diri ana serta mendidik anak-anak ana... Sekali lagi ana merayu, tolong hormati ana.. tolong....

Mungkin ana kelihatan hina di hadapan mata kalian sehingga kalian tergamak mencalarkan sebuah kehormatan milik ana... Mungkin semua ini salah ana... Maafkanlah ana dan tolonglah duhai para lelaki, hormati ana.. Berikanlah ana secebis..cukuplah sekadar secebis ruang buat diri ana sendiri.... Kerana ana masih lagi seorang anak yang punya tanggungjawab terhadap ibu bapa ana, jangan biarkan ana hanyut dalam lautan dunia yang sementara ini.. Kerana seharusnya tugas kalian sebagai khalifah Allah adalah memastikan kami wanita terus berada pada jalan KEBENARAN.. bukan memesongkan kami ke arah LEMBAH KEHINAAN..

Ana benar-benar rasa terhina.


Zain Bhika-Heart of a Muslim

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ibrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslims filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right

So whatever you do, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Read More......

Thursday, October 16, 2008

Cerpen

tak tau nak post ape.. ni boleh la kot.. penulis asal tidak diketahui..

***
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.


Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri maka
n 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.


"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Su
nyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula
anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat me
mbuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai.. air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah

isterinya!!! !!

Read More......

Wanita Ahli Neraka


Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."


Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."


Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Ya Allah... Bimbinglah kami...

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur:31)

Read More......

Monday, October 13, 2008

Apakah balasan kita?..

.

Mereka sudah tidak punya ibu bapa..tapi kita? Adakah kita menghargai keringat ibu dan ayah?

Hm.. Ana sakit kebelakangan ni. Pening, sakit perut, semua ada.. kadang-kadang terase macam malaikat izrael dah menanti utk menjemput ana ke alam yg lain.. Sampai kadang-kadang menangis, bkn krn tak tahan sakit tp kerana terasa amal belum cukup utk menghadap Tuhan yg satu. Bimbang xdpt melihat wajahNya pada hari akhir nnt..

Walau apepun, ada lagi satu perkara yg membuat hati ana gelisah. Kalau skt perut+pening nih ana dah tak thn, mcm mana pula ye sakitnya umi tatkala melahirkan ana?.. Hm, tak terkira betapa banyaknya urat-urat umi yg dah putus saat melahirkan ana, tapi umi tak pnh merungut. tak pnh marah. Bahkan, ana ditatang bagai minyak yg penuh. Waktu ana sakit, ana igt tak nak bgtau umi yg ana sakit. Tp ternyata hati umi yg sarat cintanya pada ana lebih cpt mengesan yg ana skt. Waktu ana tidur, umi tak kejutkan ana, umi masak sorg2 utk kwn2 ana yg nak dtg rumah.. Umi tak kisah walaupun itu kwn2 ana sbb umi tau ana sakit... Mcm tu juga abi, ssh pyh bwk ana pegi klinik... hm, org kata mana ada ibu bapa yg tak syg anak kan?

Tapi takde pulak ye peribahasa mana ada anak yg tak syg ibu bapa.. Mmg dah terbukti seorg ibu mampu menjaga 10 org anak tapi 10 org anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.. Ya Allah betapa tabahnya hati seorang ibu, Masih jelas lagi dalam ingatan betapa umi sanggup ambil cuti sebulan semata-mata untuk menjaga ana di tadika, Umi betapa hatimu penuh dgn cinta yg tak pernah meminta balasan.. Ana terfikir, ana dah balas ke cinta umi? Ana dah balas ke cinta abi? Satu-satunya cinta tanpa syarat selepas cinta Allah...

Umi..... Tangan umi tak pernah lupa untuk membelai, memicit kepala ana masa ana pening, mcm tu juga adik-beradik yg lain... walaupun umi ngantuk, umi penat byk kerja tp umi tak pernah merungut, maafkan kami andai kami tak sedar semua tu umi, maafkan kami andai kami ada membantah cakap umi, maafkan kami andai kami tak sedar umi sentiasa mahu yg terbaik untuk anak2 umi...

Ya Allah.. izinkanlah kami adik beradik membalas jasa abi wa umi sebelum Kau menjemput mereka.. Tolong ya Rahman..Tolong ya Rahim... Janganlah Kau jadikan kami anak-anak derhaka kerana kami tidak tegar untuk melihat walau setitis air mata umi wa abi jatuh menyembah bumi.. Cukup lah ya Allah.. cukuplah air mata itu gugur tatkala menyambut kelahiran kami dahulu... Amin Ya Rabbal Alamin..

***
ni ana dpt dari internet...

* KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.


* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASI
H IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.


* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN..

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,KI
TA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

***

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil"(Al-Israa':23-24)



Read More......

Friday, October 10, 2008

Apakah Penghujungya?



Ana bingung. xtau apa yg wajar dikatakan pada dua golongan ini..

1) Pada mereka yang TERLALU YAKIN pada amalan-amalan,ibadah-ibadah nya sehingga terlupa bahawa syaitan itu TIDAK PERNAH putus asa utk menggoda cucu-cicit Adam.. Pada golongan ini adalah terlalu sukar utk kita menegurnya,kerana mungkin bagi mereka sudah tersurat bahawa di akhir nafas mereka ini, mereka akan sempat mengucap dua kalimah syahadah..Entahlah...

2) Pada mereka yang TERLALU PUTUS ASA pada pengampunan Allah, sehingga mereka lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, pada golongan ini, mereka terlalu berdiri teguh dengan pendirian mereka bahawa memang sudah ditakdirkan bahawa mereka itu tempatnya di neraka, dan apabila ditegur selalunya akan terlontarlah ayat ini "Ah.. kubur lain-lain,kau ape sibuk!" Astarghfirllah..

Melihat situasi-situasi ini,ana jadi bingung.. Air mata pantas mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Hati ana sebak tidak terkira..Lantas, teringat ana pada satu kisah..

Terdapat dua orang adik-beradik, hidup dalam keluarga yg sungguh taat beragama. Namun, perilaku mereka jelas berbeza...

Si abang terkenal dgn kealiman dan kewarakannya, masa mudanya dihabiskan di masjid,seumur hidupnya tidak pernah menjejaki tempat-tempat maksiat, minuman keras tidak pernah disentuh, tidak pernah juga bergaul secara bebas dengan wanita yang bukan mahramnya.. Pernah si abang dirayu oleh seorg gadis cantik yg juga merupakan sepupunya sendiri,namun ternyata si abang mempunyai iman yg teguh... Dengan kealiman dan kewarakan si abang, maka dia disayangi ramai..

Manakala si adik adalah seorang ahli maksiat, sejak kecil sudah terkenal sbg seorg yg nakal. Pusat pelacuran telah menjadi satu tmpat yg biasa baginya.. Kadang-kadang si adik juga mengikut sekumpulan perompak untuk pergi merompak..

Pada suatu hari, sedang si abang tekun beribadah, tiba-tiba nafsunya membisik

"Sejak kecil kau asyik beribadat, kau disayangi rakan dan masyarakat. Namun tidak pernah sekali pun kau merasai nikmat hidup. Apa salahnya kau pergi ke tempat pelacuran adikmu. Hanya SEKALI sahaja. Selepas itu, kau bertaubatlah, kau boleh beristighfar sebanyak ribuan kali dalam tahajjudmu..bukankah Allah itu Maha Pengampun?"

Si ahli ibadah terfikir sejenak. Syaitan telah menguasai akal fikiran, hati dan seluruh anggotanya. Lantas, cepat sahaja si ahli ibadah ini membuat keputusan:

"Benar juga. Mengapa aku tidak pernah mahu menghiburkan hati? Malam ini aku mahu menari dan bersenang-lenang dengan wanita-wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Selepas itu, aku akan kembali ke masjid dan bertaubat"

Pada masa yang sama, si adik tiba-tiba terfikir bahawa hidupnya selama ini selalu sahaja bergelumang dengan dosa dan noda. Si adik mahu bertaubat dan meninggalkan segala bentuk maksiat yang pernah dilakukannya... Lantas, si adik mahu menuju ke masjid tempat abangnya beribadah..

Sedang kedua-duanya bertukar tempat.. Gempa bumi pun berlaku.. Banyak bangunan yang runtuh termasuk masjid dan tempat pelacuran tersebut.. Pada keesokan harinya, si abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran dalam keadaan di sisinya terdapat seorang penari wanita dalam keadaan yang sungguh memalukan..

Manakala si adik ditemui mati dalam keadaan mendakap sebuah mushaf di dadanya........

***
Ya Ilahi...
HambaMu ini sering sahaja melakukan dosa dan noda,
Walaupun jauh di sudut hati kecil ini,
HambaMu ini terlalu cinta padaMu,
HambaMu ini terlalu rindu padamu,
HambaMu ini terlalu ingin melihat wajahMu...

Ya Ilahi..
Aku tidak tahu apakah kesudahan hidupku,
Apakah redha atau murka yang ku damba Ya Tuhan,
Apakah Kau sudi menerima cinta dariku Ya Rabb,
Apakah ada tempatku disisiMu?..

Aku sedar,
Aku selalu lalai,selalu alpa dalam melaksanakan amanahMu,
Terkadang diri ini terlalu bersuka-ria sedangkan saudara-saudaraku sedang mengharapkan bantuan dariku,
Terkadang diri ini putus asa dengan ujian dan cubaanMu,
Terkadang diri ini jatuh tersungkur dan tidak mahu bgn kembali demi meraih cintaMu..

Ya Allah..
Diri ini tidak sesuci Rabiatul Adawiyah,
Tidak setabah Aishah mahupun Siti Khadijah,
Diri ini kurasakan terlalu hina untuk duduk disampingMu,
Diri ini selalu melanggar perintahMu,
Namun kau tetap juga mendengar rintihan hatiku,
Tetap juga meredakan tangisku tatkala aku menghadapMu..
Ya Ilahi..
Layakkah aku untuk menatap wajahMu,
Yang menjadi impianku setiap waktu?
Ya Ilahi..
Terimalah cintaku............

pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (An-nur:24)

Read More......

Tuesday, October 7, 2008

Buah CINTA berasas TAQWA


Inilah kisah indah percintaan seorang tabi'in yang mulia.Namanya Mubarak.


Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja dengan seorang kaya-raya yang memiliki kebun delima yg cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi teman-temannya dan penduduk sekitar kebun.


Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata : "Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!"

Mubarak seketika itu juga bergegas ke kebun. Ia memetik beberapa buah dan membawanya kepada Tuannya. Ia menyerahkannya kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Ia mencuba satu-persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak.

Pemilik kebun itu gusar dan berkata : "Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan yang masam?"
"Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut," jawab Mubarak

" Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!" Pemilik kebun marah merasa dipermainkan.


" Demi Allah Tuan. saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?" lirih Mubarak.


Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak terus percaya begitu saja. Lalu ia pergi bertanya pada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga para tetangganya.

Seorang temannya bersaksi: "Ia seorang yang jujur,selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja di sini bererti itu benar."

***

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.

Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak :


"Mubarak,sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?"

"Benar Tuan."

"Berilah aku alasan yang boleh aku terima!"

"Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugasnya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan syubhat apalagi haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan,maka aku tidak boleh memakannya."

"Meskipun itu delima yang jatuh ke tanah,Mubarak?"

"Ya, meskipun delima yang jatuh ke tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya."


Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata :


"Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mesti mengahwinkannya dengan siapa?"

Mubarak menjawab:

"Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunan. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu."

Pemilik kebun itu berkata: "Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu."

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata seorang gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan,Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama "Abdullah". Setelah dewasa anak ini dikenali dengan sebutan "Imam Abdullah bin Mubarak" atau "Ibnu Mubarak", seorang ulama di kalangan tabi'in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadith, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.

-Di Atas Sajadah Cinta;Habiburrahman El Shirazy-

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).(An-nur:26)


Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .