Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, October 30, 2008

Sempurnakah Iman Kita?


Ana buntu.. Tak tahu apa yang patut ditulis,namun jiwa ana memberontak untuk menaip jua dalam blog ana yang serba kekurangan ini...

Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menanti kami di sini,meskipun kedua-dua kaki kami baru sahaja melangkah masuk ke dalam semester baru. Ana mula gelisah. Gelisah memikirkan apakah punca semua ini?

Mungkin tidak keterlaluan ana katakan bahawa cabaran belajar di ipts lebih besar berbanding ipta. Ketepikan dahulu soal pembayaran yang mahal kerana semua sudah maklum,sebaik kaki melangkah masuk ke dalam dunia ipts, kita harus bersedia dengan wang,wang dan wang.... Namun apa yang ana rasa melebihi rasa kekurangan wang kerana ana kehilangan sahabat. Sahabat yang mahu berhenti kerana tak sanggup lagi meneruskan pengajian di sini...

Bukan itu sahaja, kesepakatan dalam kelas jua sudah mula susut dari semasa ke semasa. Mungkin masing-masing sibuk berikhtiar untuk membayar yuran kerana biasiswa ditarik balik akibat tidak mencapai pointer yang dikehendaki. Kelas semakin suram dan hati ana semakin muram melihat sahabat-sahabat ana diam seribu bahasa.

Yang pandai mengetepikan yang kurang pandai. Yang kurang pandai merendah diri. Yang kaya tidak memikirkan yang kurang kaya, yang kurang kaya mula membenci yang kaya.

Inilah puncanya. Kerana tanpa kita sedari perasaan CINTA itu semakin susut dalam diri kita, kita hanya menyintai diri kita tanpa kita sedari sahabat-sahabat yang lain jua amat memerlukan CINTA itu sesuai dengan sabda baginda Rasulullah S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.

Sudah sempurnakah iman kita? Melihat sahabat-sahabat yang berdukacita kerana 'ditindas', hati ana kian luluh. Sebak. Di manakah iman kita? Ya Allah.. ampunilah ana berserta sahabat-sahabat ana..

Semoga segalanya kembali lancar. Kesepakatan membangunkan ummah...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .