"adik marilah sini kejap,tengok barang ni"
ana bersama sahabat-sahabat ana yang sedang dalam perjalanan menuju ke hostel kami memberhentikan langkah. Menghormati para penjual yang sedang asyik menjual di salah satu kawasan di kolej kediaman kami..
"Dik,barang ni bagus, adik mesti senang nanti nak bertutur dalam bahasa inggeris."
salah seorang promoter bersungguh-sungguh menarik perhatian kami.Kami mendengar. Sebagai tanda menghormati. Setiap soalan yang diajukan kami jawab dengan cara yang paling lembut. pada akhir penerangannya,salah seorang sahabat ana menunjukkan minat untuk membeli barang tersebut.. Tapi..
"Erm, akak, boleh tak saya call mak saya dulu, nak bincang"
Tanpa diundang, seorang promoter lain datang dan mencelah di tengah-tengah perbincangan kami. Ana lebih gemar mendiamkan diri. Ana bimbang jika ana bersuara perkara yang tidak diingini bakal berlaku. Tapi melihat sahabat ana yang sudah bergenang air matanya kerana dipaksa untuk menelefon uminya pada saat itu juga membuatkan hati ana tidak tenang. Dan ana mula bertanya..
"Erm, abang, kenapa harga promosi ni jauh sangat dengan harga asal? seribu lebih.. company tak rugi ke?" Tanpa ana duga,pertanyaan ana bakal mencetuskan kemarahan pada hati abang promoter tersebut.
"Kalau awak nak beli harga asal pun takpe, kami tak kisah. Ni untuk promotion je, lepas ni dah takde dah." Suara yang telah berubah dengan menjadi sedikit tinggi dan berbaur kemarahan membuatkan ana sedar bahawa api jangan disimbah lagi dengan minyak.
"Tak, saya cuma confuse aje"Ana cuba mengendurkan keadaan, tapi nampaknya ana silap kerana abang itu kembali menjerkah "Awak ni bukan confuse tapi tak percaya!"
Wah! kasyaf ke abang ni.. pandai-pandai ye cakap macamtu.. ana masih cuba bersabar..
"Hm, promosi ni sampai bila?" ana bertanya. "Esok kami ada lagi" ana bingung. Promoter yang sebelumnya mengatakan bahawa hari ini(semalam) hari terakhir. "Hm? kata harini last?" ana masih mahu bertanya. "kami nak kena terangkan kat budak-budak yang tak faham macammana nak guna, awak ingat saya nak sangat ke duduk kat **** ni? pejabat saya air-cond awk tau tak?"
Wah!
"Saya terpaksalah luahkan kat awak, student sini, pakai je tudung tapi impolite!" Wah!
"Belum ada degree,diploma, baru je lepasan spm tapi dah berlagak!" Wah!..
Ana masih cuba menahan kesabaran yang kian menipis.
"Hm.. sijil ni worldwide ke laku kat 64 countries je? macam nak mintak kerja ke?" Ana cuba menukar topik mengenai sijil yang akan dikeluarkan jika pengguna produk mereka melepasi tahap tertentu.
"Awak nak pegi kerja kat 64 countries tu ke?"
Wah!
"Awak cubalah fikir kenapa awak ada kat kolej ni.. tak pergi local U" Abang tersebut masih tak berpuas hati. "Sebab saya taknak." Ana menjawab sejujur mungkin. Bukan mahu riak, tapi ana mendapat tawaran dari salah satu kolej matrikulasi terbaik..Melaka dan juga mendapat tawaran pusat asasi universiti malaya. Tapi ana lebih berminat melangkahkan kaki di kolej ini..
Abang tersebut masih tidak berpuas hati. Azan berkumandang,namun suaranya masih kedengaran marah-marah.
"Erm, abang azan" Ana cuba memberi isyarat agar suaranya diperlahankan,namun hampa.
Ana geram bercampur sedih. Beginikah akhlak umat Rasulullah kini? Mungkin ana yang tersilap, tapi sahabat-sahabat ana yang lain juga mengalami pengalaman yang sama. Salahkah yang empunya degree melupakan sementara degree yang disandang demi menghormati pendapat orang lain? Dimanakah silapnya?
Pengalaman yang ditimba tentu sekali lebih bermakna dari sesi pembelajaran di dalam kelas.
Wallahualam..
Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An-Nahl:126)
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Wednesday, October 29, 2008
akhlak yang tercela...
Labels:
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment