*****
*Entri yang ana taip utk di siarkan pada 10/2/2009.. tapi disebabkan oleh gangguan teknikal (huhu), baru dapat disiarkan hari ni.. (11/2/2009)
“Malam ni ada gerhana bulan, pukul 8.45” Message yang ana terima pada hari Isnin,9 Februari membuatkan ana tersentak.
“Hah? Gerhana bulan?” Jam dikerling. 8.30..
Tanpa membuang masa, ana terus sahaja memberitahu teman-teman serumah yang nampaknya begitu teruja juga… Dari balkoni rumah kami, kelihatan bulan purnama yang sungguh cantik, luar biasa cantiknya…
Kami menunggu..
5 minit…
10 minit…
Aduh! Betul ke ada gerhana malam ni? Berbekalkan secawan horlick di tangan, ana duduk di tepi tingkap sambil memerhatikan bulan, sempat juga ana ‘berlagak’ dengan teman serumah dengan kata-kata “Tengok bulan sambil minum horlick, nikmatnya..” Tak sangka pula ada orang yang sambung ayat ana… “Nikmatnya bersama-sama yang tersayang”
Hehe!
Ya wahai sahibah, ana memang sayang kat kamu semua…. Penat memerhati, ana berjalan-jalan dalam rumah sambil berlatih forum yang bakal dibentangkan esok (hari ini). Berkat kesabaran dan kekhusyukan kami bertafakur di tepi tingkap, -setelah pelbagai aktiviti dilakukan seperti rakam video orang yang bertafakur di tepi tingkap ( sape ye? ;-) ) akhirnya, dengan izin Allah, kami mula dapat melihat perubahan warna awan di sekeliling bulan..
Dari putih ke kemerah-merahan.
Kami setia menunggu.. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam. Dari rumah ana, masih kedengaran ceramah di masjid. Sebaik sahaja azan dilaungkan (sedikit lewat dari waktu isyak yang sebenar), kami dapat melihat, ada seperti benda berwarna hitam menutupi bulan itu, sedikit demi sedikit..
“Eh, bulan hilang lah..” ana bersuara sedikit terkejut+takjub+terpana sama seperti seorang kanak-kanak tadika yang baru beli gula-gula (perumpaan yang tepat? Hehe)
“Bukanlah.. tu awan” sahibah di sebelah ana bersuara..
“Ooo.. awan..” Ana terpedaya (hehe). Ana bermain dengan kamera di tangan ana yang memang ana ambil dari dalam bilik yang jauh dari ruang tamu (hehe) dengan niat untuk merakan gerhana bulan,
“Eh, bukanlah… tengok tu bulan hilang sikit-sikit, gerhana lah!” Kami yang sememangnya tidak pernah melihat gerhana sedikit, er, jakun pada malam itu…
“Ye la gerhana… tengok tu, bulan hilang sikit-sikit, lepas tu ada balik” Ana masih nak menang.
Serentak, mata kami tertancap ke arah bulan. Kelihatan ada seperti ‘benda’ hitam menutupi bulan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sehingga bulan hilang dari pandangan buat sementara dan selepas itu muncul semula, juga sedikit demi sedikit…
“Subhanallah! Cantiknya…” Terpacul perkataan itu dari mulut ana.. Seorang sahibah ana memeluk sahibah yang lain mungkin kerana terlalu takjub dan kami memerhati kejadian itu sehingga akhirnya… Seronok.. tapi…
Allah! Lupa nak rakam… Huhu..
Jadi hanya gambar sahajalah yang ana dapat kongsikan… Asif Jiddan!
~Betapa agung ciptaan Allah, hanya kita yang tidak menyedarinya… Pada yang sedar merendah diri, pada yang leka lupa diri~
Wallahu’alam =)
No comments:
Post a Comment