Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, February 6, 2009

Perjuangan Ini Bukanlah Mudah...


"Wa.. Baliklah, kan hari Isnin cuti Thaipusam" Suara umi ana di corong telefon sayup-sayup menusuk ke tangkai jantung ana.. Apatah lagi, ana benar-benar rindukan kampung halaman ana di Johor Bahru, biarpun tempat ana belajar sekarang ini masih lagi di Malaysia, Hm, entahlah.. tempat jatuh lagikan dikenang...

"InsyaAllah..." Ana tidak tahu apa ayat yang seharusnya dilontarkan buat seorang ibu yang jauh di mata... Pada saat artikel ini ditaip, hati ana terus-terusan sebak menahan kerinduan yang teramat sangat pada keluarga di Johor. Biarpun akhirnya ana terpaksa jua menuturkan bahawa ana tidak dapat balik kerana terikat dengan program-program kolej, namun ana yakin bahawa hati seorang ibu itu faham akan keadaan ana di sini...

"Takpelah, awak nak periksa kan..." Ayat itu, ana tidak tahu entahkan redha entahkan terpaksa, namun sedikit sebanyak menceriakan jua hati ana... Apatah lagi, inisiatif keluarga yang ingin menjenguk ana pada hari Ahad ini sedikit sebanyak menceriakan diri ini... Pengorbanan keluarga tidak pernah berhenti, amanah yang dipikul oleh seorang anak seperti diri ana dan kalian jua tidak pernah akan berhenti....

Ana buntu. Pada mulanya banyak benar pengalaman dan perasaan yang ingin ana coretkan dalam blog dhoif milik ana ini buat tatapan sahabat-sahabat sefikrah, entah kenapa tiba-tiba sahaja semua itu hilang, astarghfirullah...

Lagi seminggu sahaja peperiksaan akhir semester akan menjengah. Ana seolah-olah tidak sedar betapa pantas masa berlalu. Pada sahbat-sahabat ana yang masih belajar seperti diri ini, bersabarlah, mungkin kalian lebih banyak pengalaman daripada ana tetapi ingin ana berkongsi satu cerita buat pengajaran dan peringatan kepada semua termasuklah diri ini... cerita benar yang diceritakan oleh seorang ustaz ana kepada ana dan sahabat-sahabat di MRSM dahulu....

Khusyuk benar seorang pelajar itu beribadat kepadaNya, bermula dengan berdiri tegak, sehinggalah ke tahiyat akhir. Benar-benar khusyuk. Surau An-Nur yang tersergam indah itu menjadi saksi pengabdian diri seorang hambaNya. Pada satu sudut lain, sekumpulan pelajar bijak tapi nakal sedang khusyuk juga mentertawakannya. Mengejek, mencaci serta mengacaunya sembahyang. Mereka seolah-olah lupa di mana mereka berada. Namun, perbuatan mereka itu tidak langsung menjejaskan pelajar yang sedang asyik bersolat. Ya, memang seluruh maktab mengakui bahawa pelajar yang KHUSYUK SOLAT itu tadi adalah pelajar yang LEMAH+KURANG PANDAI dalam pelajarannya dan pelajar yang MENTERTAWAKANNYA itu adalah pelajar yang EXCELLENT dalam maktab. Pointer tidak pernah bwh daripada 3.5 sedang pelajar yang asyik bersolat pointernya tidak pernah jejak 3.0... Akhirnya, sebaik sahaja keputusan SPM keluar, pelajar yang KHUSYUK SOLATNYA mendapat keputusan CEMERLANG sedang pelajar yang MENTERTAWAKANNYA pengsan sebaik sahaja keputusan diterima. teruk. itulah natijahnya...

Allah itu kan adil.. Allah tidak akan biar kita lemah, Allah tidak akan biar kita jatuh andainya kita benar-benar yakin kepadaNya... Andainya kita jatuh, itu adalah petanda kasih sayangNya kepada kita, ujian Allah itu kan banyak, ujian sakit dan ujian senang.. Allah sentiasa sahaja memerhatikan kita cuma mungkin kita yang tak sedar... Seperti juga malaikat maut yang sentiasa menjenguk kita dan kita masih juga tidak sedar... Jadi andai anda merasakan bahawa anda tidak pandai, maka ketahuilah itu adalah ujian dariNya, jika anda katakan anda pandai maka ketahuilah jua itu ujian dariNya dan jika anda lihat seorang yang selalu engkar pada Allah namun sentiasa berjaya, ketahuilah itu adalah istidraj(nikmat yang diberi untuk menjadikannya semakin jauh dari Allah)..

Ana sendiri pernah mengalami peristiwa sebegini sewaktu darjah khas sekolah agama johor dahulu... Ana pulang ke rumah dalam keadaan menangis yang teruk kerana ana tergagap-gagap waktu ujian hafazan surah yasiin yang ditebuk di tengah-tengah ayat. Ntah kenapa ana jadi blur pulak... Balik ke rumah dalam keadaan menangis disaksikan umi ana... Ikutkan kata hati, ana memang nak quit terus daripada sekolah agama tu kerana jika ana gagal hafazan, bermakna ana gagal keseluruhan kerana hafazan adalah subjek teras selain ibadat, tauhid dan Al-Quran.

Syukur, ana tidak membuat keputusan secara terburu-buru. Ana teruskan jua perjuangan dalam keadaan lemah sehinggakan jadual peperiksaan bertulis juga ana tidak hafal, pernah ana sangka kan ujian mua'malat, rupanya hari tu periksa jenayat. Aduh! ana memang tak baca apa-apa. Pada saat itu ana hanya mampu redha dengan dugaanNya. Ana lemah...

Berkat doa umi dan mungkin jua doa ana yang dhoif ini... Sebaik sahaja keputusan keluar, alhamdulillah ana mumtaz! ana dapat pangkat satu... Subhanallah, ana sendiri tidak sangka....

Jadi sahabat-sahabatku sekalian...

Jangan mudah berputus asa kerana itu bukanlah sifat seorang mukmin...

Jangan menipu! maksud ana, jangan meniru.. Kalian mungkin dapat markah yang cemerlang hasil penipuan.. namun ketahuilah Allah itu MAHA MELIHAT... Biarlah buruk mana pun result, janji itu adalah hasil USAHA kita....

Yakinlah dengan Allah, berdoalah, menangislah kerana Allah merindui rintihan suara kalian...

Jangan mengeluh. Andainya kalian merasakan kalian tidak dapat jawab exam, teruskan berdoa...

Akhir sekali..
Mintalah restu ibu bapa, bangkitlah dari lena, berjuang dan teruslah berjuang, meski PERJUANGAN INI BUKANLAH MUDAH namun ketahuilah, berkat ukhwah islamiyah yang tulus keranaNya akan memudahkan perjuangan ini...

Salam Perjuangan....

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .