Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, March 15, 2009

Budaya Kita...


"Jom pergi masjid"
Abi bersuara mengajak ana dan umi pergi meraikan sambutan maulidurrasul yang diadakan di masjid berdektan rumah ana. Kami akur.

"Alhamdulillah hirabbil alamin, wassolatu wassalam..."
Khusyuk, jelas kedengaran suara imam membaca doa, menyentuh tiap hati yang mengesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

"Hehehe.. anak kau sekolah mana? sekolah tu memang teruk sikit"
Terdengar jua bisikan-bisikan insan yang khusyuk juga berbual hal duniawi di dalam rumah Allah yang suci...

'Tahniah' buat mereka yang begitu tegar bergelak-ketawa pada saat doa dibaca..
'Tahniah' juga buat ana yang duduk di sebelah mereka tapi hanya mampu mencegah dengan hati..

Oh.. Lemahnya imanku..

Selesai solat isya' berjemaah, jamuan diadakan di dalam masjid, makan dalam talam beramai-ramai memang seronok, kegembiraan dalam hati ana mula tercalar apabila berlaku satu lagi peristiwa di hadapan mata ana namun ana hanya mampu mencegah dengan hati..

"Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya) kalau kita pergi ke masjid untuk bersedia untuk solat jumaat pada waktu pertama, waktu pertama tu sebelum subuh maka sama lah dengan kita mengorbankan satu ekor unta,kalau nak balik pun lepas solat subuh balik, dalam pukul 8, ada balik kat masjid, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu kedua iaitu dalam pukul 9, maka sama dengan mengorbankan satu ekor lembu, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu ketiga iaitu dalam pukul 10 sama dengan mengorbankan satu ekor kambing yang baru tumbuh tanduknya, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu kelima iaitu dalam pukul 11 sama dengan mengorbankan satu ekor ayam, kalau kita pergi solat jumaaat pada waktu keenam iaitu dalam pukul 12 sama dengan mengorbankan satu ekor burung, kalau kita pergi solat jumaat pada waktu ketujuh iaitu sebelum azan pertama dilaungkan, maka sama dengan mengorbankan satu biji telur."

"Lihatlah tuan-tuan dan puan-puan betapa ruginya kita...."

Konsentrasi ana mula terganggu apabila tiba-tiba terdengar suara seorang wanita daripada belakang;

"Siapa nak lauk?"

Dengan spontan, kepala ana tertoleh ke belakang dan kelihatanlah mereka yang mungkin ditugaskan bahagian makanan memegang lauk-lauk yang masih berbaki untuk diagih-agihkan.

Aduh! Ustaz sedang berceramah.
Hadirin mengagih-agihkan makanan.

Sekali lagi, ana hanya mampu mencegah dengan hati.
Mata dialihkan kembali kepada ustaz yang sedang berceramah.

"Kelahiran Rasulullah ni sangat istimewa... Sebelum Rasulullah lahir lagi, dah heboh dah diperkatakan pasal Rasulullah, sehingga dikatakan bahawa orang-orang arab pada ketika itu lebih mengenali Rasulullah daripada mengenali anak-anak mereka sendiri"

"Eh, aku nak lauk"
Suara itu sekali lagi mengganggu tumpuan ana pada ustaz yang sedang berceramah.

Lauk diagih-agihkan, dan apa yang menyedihkan ada juga kuah-kuah yang telah tertumpah pada karpet masjid itu..

Allah..

Dan ana hanya menegur dengan hati..

Begini kah budaya kita? Mungkin kecil hati ustaz itu melihat wanita-wanita sedang sibuk mengagihkan makanan sedang beliau sedang sibuk bercakap di depan!

Ana teringat, ketika masih bersekolah dahulu, kami tidak dibenarkan langsung bercakap pada saat guru sedang mengajar, itu adab menghormati guru, ini kan pula ustaz sedang berceramah mengenai nabi kita, rasul kita, manusia yang diutuskan untuk kita...

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ

(Al-Ahzab:6)
Maksudnya :Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka
sendiri (Al-Ahzab:6)

Ana sangat berharap satu hari nanti ana mampu menegur mereka, dan ana harap sahabat-sahabat jua mampu menegur mereka..

Sedikit demi sedikit... Tegurlah secara berhikmah, hormati mereka kerana imam al-ghazali pernah berkata ;

Hormatilah mereka yang lebih tua kerana mereka lebih banyak ilmu daripada kita.

Malu jua lah kepada mereka yang membuat maksiat lantaran kejahilan, tetapi kita membuat maksiat yang kita sudah sedia maklum..

Wallahu'alam...

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .