Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, March 12, 2009

Suaramukah itu Muslimah?


"Mas, boleh ke ni nak dok satu bilik dengan awak?"

Seorang sahibah ana mengajukan soalan berkenaan penempatan asrama baru selepas final exam nanti..

"Kenapa?" Ana musykil


"Takut kena reject"

"Hm?"

"Yela, kite tak pakai tudung labuh"

Ana terpana...


Bukan sekali itu sahaja ana berhadapan dengan mereka yang fobia dengan wanita bertudung labuh. Ana tidak salahkan mereka. Seorang sahibah ana juga pernah bersuara menyuarakan betapa sakitnya hati apabila ditegur secara perlian oleh seorang wanita bertudung labuh.
Malahan, seorang senior ana juga pernah memarahi seorang pelajar junior yang bertudung pendek (walaupun bagi ana tidaklah berapa pendek,masih lagi mengikut syara')

Mereka dimarahi kerana tidak bertudung labuh atau bertudung bidang 60!

"Tak boleh pakai tudung macam ni! Tudung kena labuh atau tudung tiga segi bidang 60!"
Seorang senior memarahi junor..

"Tapi kak, saya tak tahu pun kat sini kena bertudung, macam mana saya nak cari tudung?"

"Pandai-pandai kamu lah!"

Duhai muslimah, kamukah itu yang bersuara lantang memarahi mereka yang kononnya tidak 'sekufu' dengan kamu? Tudung itukah yang membuatkan kamu berpecah-belah membentuk puak-puak baru?

Ana sedih bercampur marah. Entah kenapa, sedih memikirkan insan-insan harapan Agama yang semakin pudar sinarnya, umpama buih-buih di lautan... banyak tapi sungguh goyah.. Wahai muslimah yang ana sayangi, lihatlah di sekeliling kamu, betapa ramai insan yang memerlukan kamu untuk membimbing mereka agar BERSAMA-SAMA masuk ke dalam bahtera penyelamat.. Jangan menyelamatkan dirimu sahaja... Bimbinglah mereka, mereka masih belum mengerti lagi hakikat dunia yang sebenarnya, yang telah di solek cantik agar menawan siapa sahaja yang meletak IMAN jauh dari hati...

Ana pernah mendengar kisah seorang yang baru masuk Islam mengatakan bahawa jika dia melihat perangai orang Islam sekarang, dia TIDAK AKAN MAHU memeluk Islam, tapi disebabkan Al-Quran yang dikaji, maka dia kembali kepada fitrahnya yang suci bersih.

Ana malu dengan penyataan itu. Teringat ana pada seorang sahibah yang ana sayangi
, mengatakan bahawa dia telah disakiti oleh seorang wanita bertudung labuh, malahan berpurdah sehingga menyebabkan kecederaan kecil hanya kerana dia 'tidak sekufu' dengan wanita itu.. Tidak, ana tidak menyalahkan kamu wahai wanita berpurdah, ana mengagumi kalian yang tegar melaksanakan apa yang isteri-isteri nabi lakukan. Cuma, realiti dunia ini, setitik warna hitam di kain putih pasti tidak kelihatanlah warna putih itu... Hiduplah kalian dalan dunia tarbiyyah yang sebenar... Hidupkan amal islami di sebalik purdah itu... Jangan sampai purdah yang membirai wajah kalian daripada pandangan lelaki ajnabi menjadi fitnah bagi diri kalian pula...

Dengarlah bicara sahibahmu yang banyak khilafnya ini...

Coretan yang sugul, ditujukan jua buat diri ana yang selalu alpa dan lalai dengan dunia yang fana ini... Tiada paksaan dalam agama, tarbiyyah lah mad'umu dengan penuh berhemah serta berhikmah kerana mereka masih tidak mengerti apakah itu Islam. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah...

Jangan terus memberi hadith serta ayat-ayat Al-Quran pada mereka yang masih jahil tentang itu, tidak terfikirkah kalian, andai mereka faham dengan dalil-dalil itu, pastinya mereka tidak berkelakuan seperti apa yang kamu lihat sekarang! Jangan berkeras, ikutlah sunnah nabi yang sentiasa lemah lembut dalam segala hal, ikutlah sunnah nabi yang sentiasa bersangka baik, mendoakan mereka yang jauh dari Allah.. (Ya Rasulullah, ana rindu padamu....)

Ingatlah ini wahai sahibahku yang disayangi kerana Allah... Jangan asbab pakaian sahaja boleh menyebabkan kamu berpecah-belah.. Yang bertudung labuh hanya layak berkawan dengan mereka yang bertudung labuh, yang tidak bertudung layak berkawan dengan mereka yang tidak bertudung.. Jangan begitu, kalian dianugerahkan Allah dengan nikmat hidayah yang tidak diberikan pada insan-insan lain yang mungkin mendambakan hidayahNya, kalian wanita yang ditarbiyyah! Berkongsilah nikmat itu pada saudara-saudara kita yang lain juga, agar sempurna iman kalian yang menyintai saudara yang lain sebagaimana kalian menyintai diri kalian sendiri...

Jangan khuatir pada bi'ah(suasana) sekeliling kalian yang mungkin tidak solehah andai kalian membawa Allah dalam hatimu yang lembut itu...

Akhirul kalam,jadilah seperti ikan di lautan..
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. Tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi..Moga Allah sentiasa pelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya... Buatlah yang terbaik demi Islam tercinta...

Doakan sahibahmu di sini....

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .