Saat-saat terakhir ana bersama sahibah amat menyayat hati... Ana masih ingat sewaktu sedang berehat-rehat di bilik salah seorang sahibah ana, kami membuka topik tentang betapa hancurnya nilai-nilai sahsiah pada generasi hari ini... Tidak dapat tidak, kami membayangkan apa yang bakal berlaku pada generasi akan datang...
"Takutnya, mesti lagi teruk dari sekarang, mintak-mintak lah Allah ambil nyawa sebelum sampai saat tu" Seorang sahibah ana bersuara.
Ana terfikir... Memang indah andai nyawa diambil sebelum tiba saat menakutkan itu, pada saat kemaksiatan terbentang di depan mata namun tiada siapa kisah. Bahkan, mungkin ada yang berzina di tempat terbuka! Naduzubillah... Tapi, bukan soal sanggup atau tidak berhadapan dengan situasi itu, soalnya adalah, adakah kita boleh pergi dengan tenang, melepaskan tanggungjawab yang perlu kita galas sebagai amanah darinya-Kita ini KHALIFAH..
Khalifah yang dipertanggungjawabkan mentadbir bumi ini.. Biar sefana mana pun bumi ini, kita harus tegar dan tabah mentadbirnya...
Si pelaku maksiat kebanyakkannya merupakan saudara kita, sanggupkah kita melihat mereka terus bergelumang dalam dosa dan noda sedang diri kita berasa sangat selamat dan tenang dengan beramal ibadat kepadaNya semata.... Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa tidak lengkap iman seseorang selagimana dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri...
"Ish teruk la, perempuan apa ni naik motor dengan lelaki. Kan dosa tu! haram!"
"Kau pergilah tegur.."
"Ish, taknaklah aku, kubur lain-lain"
Jangan begitu wahai sahabat, jangan biarkan mulut-mulut kita mencerca si pelaku maksiat, anda seharusnya malu dengan mereka kerana mereka melakukan maksiat lantaran kejahilan dan mungkin kita melakukan maksiat yang kita telah sedia maklum... Ingatlah,andai Allah ingin menurunkan azab,bukan kepada si pelaku maksiat sahaja... Jangan didedahkan aib saudaramu itu wahai sahabat... Kasihanilah mereka... Tutuplah aib mereka agar Allah menutup keaibanmu di akhirat kelak!
Andai anda tidak mampu menegur, beristighfarlah di dalam hati, renungkanlah betapa lemahnya iman, kerana selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati... Doakanlah Allah memberi hidayah kepada mereka yang belum berolehnya lagi, doa jua supaya Allah tidak menarik kembali hidayah dalam diri kita...
La Tahzan, La Taghdab, Allah ma'ana... Suka ana berkongsi warkah daripada seorang kakanda halaqah ana, semoga kita sama-sama kuat menjalankan amanah dariNya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...
Salam sesegar aliran kauthar buatmu sahibahku sayang...
Subhanallah, ajaibnya hati itu! Hati yang merindui sebuah ukhuwwah sungguh amat ajaib!
Sungguh diri ini terasa serba kerdil dan kekurangan wahai sahibahku untuk bergelar da'e buatmu. Tak mahu kuberjalan di hadapan sebagai pemimpinmu, tak mahu juga ku berjalan di belakang sebagai pengikutmu. Marilah kita berjalan seiringan, kau sahibahku! Sama-samalah kita saling ingat memperingati, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.
Adindaku...
Jangan sesekali meletakkan pergantungan kepada manusia kerana manusia itu amat lemah, berubah-ubah dan mudah lupa. Sekali ia terjatuh dan futhur, kau akan berasa amat kecewa dan mungkin kau kan tersungkur sama. Sebaliknya, letakkan sepenuh pergantunganmu kepada Allah, fikrah-Nya yang suci bersih, deen-Nya.... agar selamanya kau akan dikuatkan di atas landasan kebenaran. Mengertilah adikku sayang, manusia itu amat lemah dan terlalu banyak kekurangan terutama sahibahmu ini. Terimalah setiap sahibah kita seadanya. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi sahabat sejati kepada siapapun jua sahibah kita itu....
Adikku wardah agama...
Jikau kau terasa lemah, mintalah dari Yang Maha Kuat,ucapkanlah... Lahaulawala quwwata illa billah! Dirimu terlalu penting dan berharga untuk agama. Lihatlah di sekelilingmu, terlalu banyak hati-hati yang ketandusan seorang da'e sepertimu untuk memimpin tangan mereka masuk ke bahtera penyelamat, iaitu hidup berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Ketahuilah dirimu terlalu penting sahibahku. Pikullah amanah dakwah ini agar kau dipandang mulia oleh Allah dan Rasul-Nya.
Adikku bakal bidadari syurga, insyaAllah,
Doakanlah sahibahmu ini. Teringin sekali untukku memiliki sekeping hati seperti hatimu, lunak dan lentur pada sebuah kebenaran. Teringin sekali untukku memiliki mata sepertimu, mudah menangis membasuh segala dosa dan alpa.
No comments:
Post a Comment