Ana mendengar ceritanya dengan teliti. Raut wajahnya ana tatap penuh kasih. Matanya yang bening terkadang menusuk ke hati. Gadis yang berasal dari Sabah itu membetulkan tudung labuhnya, terkadang bibirnya menguntum senyum.
“Saya sudah lama teringin berpakaian begini.” Bibirnya bergerak menyusun kata.
“Iye?” Ana memberi respon.
“Ya.. Dahulu saya Cuma memakai tudung bawal yang biasa itu. Saya tidak selesa. Kadang-kadang bila ditiup angin, saya kelam-kabut menutup dada.” Mimik mukanya yang bersungguh-sungguh meruntun hati ana, terkadang meremang bulu roma mendengar cerita benar itu.
"Kenapa kamu tidak berpakaian begini daripada dahulu lagi?" Ana cuba meniru loghat Sabah.
"Saya tidak punya sebab. Kawan-kawan saya akan mengejek saya. Tapi sekarang saya sudah punya sebab. Saya belajar di kolej Islam."
Ana mengangguk-angguk, "Kamu selesa?"
"Mula-mula, kaki dan tangan saya penuh dengan ruam kerana tidak biasa dengan handsock dan stoking."
"Tapi kamu masih pakai?"
"Ya. Saya suka."
Mata ana berkaca. Tersentuh.
Sedih
Para wanita yang berjalan tanpa kisah akan aurat mereka benar-benar menyedihkan hati ana. Betapa besar nikmat yang Allah berikan percuma. Nikmat sebagai seorang Islam itu dibiarkan sepi. Aurat yang dituntut agar ditutup dibiarkan terpinggir.
Begitu juga dengan para jejaka harapan agama. Yang seharusnya bersusah-payah memerah keringat memperjuangkan Islam tercinta, namun akhirnya tersungkur lemah di kaki dunia.
Mungkin benar kajian yang mengatakan bahawa kita hanya akan menghargai jika kita merasa susah untuk memiliki. Rata-rata golongan yang diberi kesenangan dalam menuntut agama yang suci ini tidak sedar akan nikmatnya memiliki...
Sedih hati ana melihat mereka yang punya bin dan binti di pertengahan nama masih bergerak sosial.. Membelah arus semasa, membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang 'up-to-date', kononnya gah di mata dunia. Mahu kelihatan 'up-to-date' adalah misi utama, tanpa disedari bahawa diri sendiri sudah jauh dari Ilahi..
Astarghfirullah... Mari kita beristighfar sebentar sebelum memulakan bacaan seterusnya. Ingat selalu, kita ini hanyalah seorang hamba. Seorang hamba yang punya nafsu dan akal. Jika nafsu merajai akal, maka jadilah kita hamba yang hina. Jika akal merajai nafsu, maka maralah kita dalam perjuangan agama.
Lihat Dunia Dengan Mata Akhirat
"Cepat-cepat! Buat kerja tu."
"Er, saya tak solat lagi."
"Buat dulu, solat nanti-nanti pun tak apa."
Hakikatnya.. Pada mula kita dilahirkan, hati kita umpama kaca tingkap kereta yang baru dikeluarkan. Telus dan jernih, kita bisa melihat persekitaran dengan terang. Tetapi, semakin kita meningkat dewasa, hati kita di 'tinted' menjadi hitam sedikit akibat kemaksiatan yang dilakukan, lama kelamaan, keseluruhan hati menjadi hitam pekat, sehinggalah hati menjadi mati.
Apabila hati mati, kebenaran yang datang akan dipantulkan semula tanpa sempat meresap ke dalam hati. Kita tidak akan merasa bersalah lagi ketika maksiat dilakukan, solat hanya dilakukan sebagai rutin harian.. Maka tergolonglah kita dalam kalangan mereka yang rugi. Na'uzubillah...
Ambil sebatang pensel.
Nah! Dunia itu hanyalah sepanjang pensel itu sahaja. Yang selebihnya adalah akhirat semata. Maka kenapa dunia masih dikejari sehingga kita terlupa pada akhirat.
Tidak, ana tidak bermaksud agar dilupakan dunia sepenuhnya. Tetapi jadikanlah dunia ini sebagai tempat semaian yang hasilnya akan diperoleh di akhirat nanti. Buat segala-galanya hanyalah kerana Allah semata, insyaAllah semuanya akan lebih diberkati.
Jangan Jadi Penghukum
"Ish ish ish, teruk betul lah dia tu.. Pakai seksi-seksi. Tak ingat mati agaknya." Senget-senget mulut Jenab berkata sebaik melihat wanita seksi yang lalu betul-betul di hadapan matanya.
Sahabat, kita ini hanyalah seorang manusia. Seorang manusia tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan. Justeru Allah telah berfirman, andai hambaNya datang kepadaNya, melakukan dosa sehingga mencapai langit sekalipun.. selagi dia tidak mensyirikkan Allah, pasti akan dimaafkan.
Allah itu siapa sahabat? Allah itu adalah pencipta ana, pencipta kamu. Tuhan ana, Tuhan kamu.
Dia tegar memaafkan. Kenapa kita hanya tahu menghukum?
Jangan terlalu cepat menghukum. Sebaliknya, andai bertemu dengan mereka yang belum mendapat hidayah, lakukanlah 3 perkara ini :
- Doakan dia.
- Minta supaya Allah lindungi kita.
- Jangan tinggalkannya.
Mungkin kita punya sahabat yang tidak kenal apa itu Islam. Jangan sesekali meninggalkannya. Mereka tidak tahu. Mereka mengharapkanmu. Justeru, apa gunanya Allah memberi hidayah kepadamu andai kamu tidak mahu berkongsi dengan saudara-saudaramu sendiri?
Jangan terkejut, andai mereka yang kamu kutuk dahulu menjadi lebih baik darimu. Bukankah Allah itu Maha Membolak-balikkan hati manusia?
Allah Bersamamu
Tamat sahaja usrah di Masjid Al-Azhar, matanya berkaca. "Kenapa?" Ana cuba bertanya.
Dia menggeleng. "Saya rindu pada emak saya."
Ana mengesat matanya. Sungguh ya Allah, ana menyayanginya..
Tiba-tiba tangannya didepangkan, ana memeluknya. "Sebelum ini saya tidak pernah punya kawan seperti kamu. Saya punya kawan, mereka selalu ajak saya berjalan. Tapi tidak pernah ada yang mahu mengajak saya ke masjid."
Pelukan bertambah erat. Ana turut menangis bersamanya.
Sahabat, cerita ini bukan untuk berbangga diri. Tidak, jauh sekali daripada niat itu. Cerita ini hanyalah sebagai sebuah pengajaran. Setiap manusia itu mempunyai fikrah yang baik cuma kadang-kadang kaki salah melangkah.
Jadi, tidak mahukah kamu memimpin tangan mereka... Menuju redha-Nya yang satu?
Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami dan janganlah Kau bolak-balikkan hati kami setelah hidayah itu diberi... Ameen..
Wallahu'alam..
Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Tuesday, May 11, 2010
Sahabat... Marilah Bersama.
Labels:
Cerita Hati,
Secebis Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam..
cerita yg mruntun hati...
tharu rsanya..mmg benar, nikmat yg sukar diperolehi itu lbih dhargai....
terima kasih atas prkongsian...
mintak izin utk sharing dgn teman2...
may Allah bless you...
nurul
waalaikumsalam..
insyaAllah, silakan share dengan teman-teman. Semoga mendapat manfaat bersama..
salam ya ukhti.....
Ukhti punyai byk klbihan.
Sstgh org bpndpt aurat ssh djga....benar! Mmg ssh jka kte mngatakan sukar dr awalannya..
jka hti mngiakan ianya ssh, ape2 pun y dbuat xtrase mudah.....KERANE hati itu kerjaan tubuh...
So, dsini sy ingin bkongc sdkit ttg ranjau idop sy ttg aurat (pemakaian y mnutup sgla fitnah diseluruh bdn)
dhulu sy tomboy, truk sgt sehinggakan xske pkai bju pompn apatah lg tdung...truk bkn?? Itu dulu..
1 hri sy pnah bpk ttg aurat, trus shj sy brubah (bkn niat memegah) tp ingin mngaskan bhwa ikutlh kate hti y bek....insyaAllah kmu akn mlgkah ke jalan mahmudah...
Smua org dskliling sy tkjut dgn prubahan drstik,
sy mulai bljr d sbuah sek agme...3thn lps 2 sy ke sek biase utk mnukar aliran sns..tp sy msih lg bpkaian sperti plajar d sek agme...
Disane.....byk dugaannnn...
Sy sllu di ejek, "buat r kemah ngn jilbab ko tu",,"besarnye jilbab" kbnyakannye celaan itu dr pljr llki.....
Sy pnah mngis mmikirkan msyrkt skrg....ap y dcri mreka shingga mnolak n mncaci pmakaian y sopan....nauzubillah....
Sy redha n mmjuk diri agr ttp n tguhkn iman...mdoakan mreka spya brubah..
P/s sseorg bleh brubah jka psg niat btul2 krn Allah..
wslm ya ukhti habibati...
insyaAllah, teringat ana pada satu sabda baginda : Islam itu datangnya dalam keadaan yang asing dan akan kembali asing di akhir zaman nanti, namun, beruntunglah orang-orang yang asing...
Jangan bersedih ya, Allah bersama kita. Doakan mereka selalu agar Allah turut memberi hidayah kepada mereka. Jangan pula kita mencaci mereka, anggap mereka seperti bayi yang tidak tahu apa-apa...
Moga Allah memayungimu dengan rahmatNya :)
Post a Comment