Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, January 19, 2016

Dear doctors..


"Wa, doktor tadi baik wa, dia check sungguh-sungguh, dia tanya satu-satu."

Kadangkala saya tak dapat temankan mak ke hospital untuk pemeriksaan susulan abah atas sebab-sebab tertentu. Lalu, bila saya sampai rumah, emak akan berceloteh bercerita itu ini. Kadangkala sedih kadangkala teruja. 

"Ye mak, doktor tu baik." Saya mengiyakan. Entah sudah kali ke berapa emak berkata begitu, saya tidak tahu. 

"Doktor tu bagus sangat, dia explain sampai faham, dia suruh buat MRI untuk lagi confirm."

"A ahlah bagusnya doktor tu." Saya mengiyakan lagi, kali ini sedikit tersenyum. 

Lewat kebelakangan ini banyak sungguh viral tentang keburukan pekerja di hospital, lebih spesifik kepada golongan doktor. Ya, selalu berulang-alik ke hospital, saya akui ada golongan ini yang agak 'aneh' perangainya. Tapi takkan kerana sesetengah yang berperangai aneh, semua dipukul rata? Lagipun, masalah apa yang dia lalui, entah kita pun tak ada idea. Hairan, kita tak suka orang menghakimi kita, sebaliknya kita sibuk menghakimi yang lainnya.  

Secara jujurnya, saya juga sedikit terluka. Saya bukanlah seorang doktor, tapi kakak saya ialah bakal doktor, insyaAllah. kawan-kawan rapat saya juga ramai memegang gelaran doktor. Saya masih ingat suatu ketika kakak saya tidak dapat pulang ke rumah sewanya walaupun telah habis waktu bertugas kerana tiba-tiba seorang pesakit terkeluar ususnya. 

Dan menjadi perkara normal bila keluar dengan kawan-kawan doktor, mereka jadi amat peka dengan telefon, dan kadangkala terpaksa terus ke hospital kerana pesakit memerlukan.

Lalu bila mereka yang rapat dengan saya terkena tempiasnya, memahami kadangkala betapa rapuhnya mereka, saya juga jadi terluka. Bila mereka ini bercerita betapa lelahnya mengira detik masa, pilu itu saya merasa. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga, kan? 

I know you are getting tired, i know you feel like quitting but dear doctors, just dont give up!
 
Tak apalah. Biarlah seisi dunia memandangmu hina, jalankan sahaja tanggungjawabmu sebaiknya, biarlah kebaikan itu dibalas oleh Yang Esa.

Tak apalah, biar beribu manusia mengutukmu bersahaja, percayalah sekurang-kurangnya pasti ada satu manusia yang begitu teruja bercerita kebaikan kamu pada anaknya (mak kite! 🙋)

Tak apalah, biar terkeluar peluh keringat, nanti sampai satu saat -- tatkala hari akhirat, moga kamu tergolong dalam hambaNya yang taat. 

Balaslah segala kejahatan manusia dengan kebaikan yang kamu ada, remember i once said -- kita cuma mampu beri apa yang ada pada kita. 

Be tough. Be strong. Like you always do.

Kudos to all doctors in the world. Kerja elok-elok ya? I owe you much. 

~Berlalu baiklah sesama manusia,
Kerana setiapnya,
Punya jiwa~

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .