Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, April 20, 2016

Memaksa Bahagia


Makcik itu tersenyum sambil tangannya memegang sebatang penyapu, terbongkok-bongkok membersihkan kawasan meja saya. Tangannya pantas pula mengelap kawasan berhabuk di atas meja.

Saya mengalihkan kerusi, memudahkannya melaksanakan tugas.

"Terima kasih makcik." Senyum. Kasihan melihatnya bekerja keras, walhal mungkin sahaja umurnya sebaya dengan emak di rumah.

Dia membalas senyuman, "Anak makcik pun macam awak jugak kerja ofis." 

"Ye ke makcik? Kat mana?" 

"Kat KL, tengok awak ni teringat kat dia." Kali ini dia tersenyum lagi, semakin lebar, dari matanya saya lihat bahagia. 

Seolah-olah dia berkata -- makcik bahagia kerja begini, terubat rindu pada anak yang jauh di mata. 

Hati saya jadi hiba. Saya lantas berfikir-- selama ini kita meletakkan definisi bahagia kita pada orang lain. 

Kesiannya kerja tengah panas mesti tak best.
Kesiannya kerja sapu-sapu sampah mesti tak best.
Kesiannya rumah kecik mesti tak best.
Kesiannya duduk sorang-sorang mesti tak best.

Walhal mungkin sahaja mereka itu jauh lebih bahagia dari kita. Mungkin juga hati mereka itu jauh lebih besar dari kita. 

Tidak salah untuk merasa kasihan. Yang salahnya apabila kita memaksa orang lain mengambil definisi bahagia yang kita cipta.

"Weh kau ni cubalah duduk dengan orang ramai mana bestt duduk sorang."

"Weh kau carilahh rumah besar sikit mana best rumah kecik weh"

Kurang kita sedar saat ungkapan itu diluah segala, hati mereka yang bahagia mungkin timbul calarnya. Lalu kita pun berkata lagi --

"Weh kau ni cubalah senyum banyak sikit. Senyum tu boleh bagi bahagia tau tak! Tak tau ke senyum tu sedekah?"

Sedangkan--

Kita tak dengar keroncong perutnya yang kelaparan.
Kita tak sedar betapa banyak air mata yang dikeluarkan.
Malah kita tak tahu sudah berapa lama dia memalsukan sebuah senyuman.

Jadilah seorang yang peka -- meski tujuan hidup kita sama, cabarannya pasti berbeza.

Berhentilah. Berhentilah memaksa manusia lain menerima definisi bahagia yang kau cipta. Kau tak sedar yang kau laku cuma menambah luka. 

Berhentilah dan bersifatlah seperti manusia -- penuh belas. Penuh ihsan. Dan penuh cinta.

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .