Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, November 5, 2008

ya Allah.. bantulah hambamu ini..


Ana pening. Fikiran serabut. Masalah datang menimpa-nimpa.. terkadang terasa ingin mengalah dengan arus dunia.. Mujur, Allah masih memberi ana peluang untuk memuhasabah diri....

Hati sebak tidak terkira lantaran diri menjadi bahan fitnah dunia... Terkadang terlintas di fikiran mengapakah ana diciptakan jika hanya untuk menjadi penyumbang kepada penyakit hati mereka.. Air mata tidak dapat ditahan, lantas ana menangis di hadapanNya...

"Oh Allah.. Mungkinkah Kau sudi untuk mendengar rintihanku yang hina ini?" Ana tidak semulia wali-wali Allah.. Jauh sekali dari tahap mulia itu.. Tapi jauh di sudut hati, ana terlalu mendambakan kasihNya.. Mungkinkah ujian ini tanda sayangNya kepada ana ataupun sebagai tanda peringatan bagi ana yang banyak terlalai.. Oh Allah.. aku tidak tahu,mungkinkah Kau menerima cintaku ya Ilahi......

Di saat hati meronta-ronta dengan kekejaman arus dunia, ana teringat pada sesuatu...

TANDA-TANDA INSAN BERTAQWA:-

1-Beriman kepada Allah
2-Beriman kepada malaikat
3-Beriman kepada kitab-kitab Allah
4-Beriman kepada para Rasul
5-Beriman kepada hari akhirat
6-Mendirikan solat
7-Menunaikan zakat
8-Menginfaqkan harta kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin
9-menepati janji
10-Bersabar dalam menghadapi penderitaan dan kemiskinan
11-Jujur dengan Allah
12-Menjunjung tinggi syiar Allah
13-Memberikan infaq,baik di waktu kecukupan atau kekurangan
14-Menahan marah
15-Memaafkan orang lain
16-Beriman kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w berupa hal-hal ghaib.

Sedikit sebanyak, hati ana terpujuk... Baiknya Allah... Doakan ana semoga sentiasa sabar dan tabah mengharungi arus dunia....

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami...............

Read More......

Sunday, November 2, 2008

Sahabatku Muslimah....


Sahabatku Muslimah...
Izinkanlah diri ini mencoretkan barang sepatah dua kata buat tatapan dirimu di sana..

Sahabatku Muslimah...
Ketahuilah bahawa diri ini terlalu menyayangimu,
Lantaran itu hati ini yang sarat dengan cinta kepadamu keranaNya tidak tegar melihat dirimu terus-terusan melakukan kemungkaran kerana diriku dan dirimu tahu bahawa janji Allah itu benar...
Aku akui,
Diriku tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah yang menaruh segala cintanya kepada Allah yang Esa,
Tidak juga sehebat Siti Khadijah yang berkorban segalanya demi Islam tercinta,
Masih jauh ketinggalan di belakang Aishah, yang menemani Rasulullah sehingga ke akhir hayat baginda..
Tidak juga setaraf dengan Siti Hajar yang berlari-lari antara Safa dan Marwa demi Ismail tercinta..
Tapi ketahuilah bahawa rasa sayang kepadamu melebihi rasa cinta Shah Jehan kepada isterinya,
Jika Shah Jehan sanggup membina Taj Mahal demi isteri tercinta,
Maka diriku sanggup bersusah-payah bersamamu demi syurga yang hakiki......

Sahabatku Muslimah...
Betapa hancur luluhnya hatiku tatkala melihat bunga yang seharusnya kembang mekar di taman larangan dihisap madunya oleh kumbang-kumbang jalanan..
Setiap kali mengenangkannya, setiap kali itu jugalah sekeping hati milikku ini sebak tidak terkira..
Mengapa tergamak kalian menyakiti ALLAH dan RasulNya?
Ayuh! kita bersama-sama berpimpin tangan demi menegakkan syariatNya...

Sahabatku Muslimah...
Jadilah seperti permata di celahan kaca, kemilau cahayanya masih bisa kelihatan, membezakannya dengan kaca yang tidak berkualiti..
Jadilah seperti ikan di laut masin, isinya tetap tawar biarpun hidupnya dikelilingi air yang masin..
Jadilah seperti mawar yang berduri, durinya bisa melindungi dirinya daripada dinodai oleh makhluk-makhluk ganas...

Sahabatku Muslimah...
Mengapakah auratmu masih didedahkan sedangkan tuntutan menutup aurat itu adalah tanda kasih sayangNya kepadamu..
Aku percaya, jika dirimu menyayangi sesuatu, pasti barang itu akan dibalut dengan elok dan disimpan di tempat khas..
Begitu juga denganNya, disuruh kita menutup aurat agar tidak terdedah seperti barang yang selalu dihinggapi habuk dan debu..
Disuruh pula menundukkan pandangan agar tidak menjadi tatapan para lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya, sama seperti barang yang terdedah kepada tontonan umum, nilai keistimewaannya pasti berkurangan...

Sahabatku Muslimah...
Janganlah dikau berani bermain mata dengan lelaki,
Kerana aku sungguh bimbang dari mata akan turun ke hati, dan dari hati akan berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini...
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga, dibalut dengan kain baldu dan disimpan di tempat khas, bukan seperti kaca yang selalu dibelek orang sehingga tiada nilainya...
Namun, apa yang aku bimbangi,
Permata juga semakin hilang sinarnya, sehingga kadangkala sukar untuk membezakan antara permata dan kaca........................

Read More......

Saturday, November 1, 2008

Maksiat oh Maksiat


“Alhamdulillah…kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr” Majlis ilmu dalam Halaqah pada hari khamis itu sungguh bermakna. Selepas bersalam-salaman ana berserta sahabat-sahabat ana melangkahkan kaki pulang ke kediaman kami. Damai rasa hati..

“Allahuakbar! Allahuakbar!” suara muazin jelas kedengaran dari corong-corong speaker yang sedia terpasang di kawasan kolej tercinta. Kami mempercepatkan langkah, ingin segera membersihkan badan dan menunaikan solat fardhu Maghrib. Langkah dihayun dan sebaik sahaja melintasi café…

“Astarghfirullah” Pandangan mata ana yang menangkap pasangan yang sedang berdating segera ana alihkan ke tempat lain. Hati yang pada mulanya damai kembali bergelora. Azan dilaungkan. Nama dan kebesaran Allah disebut-sebut namun para pelaku maksiat masih terus enak melakukan perbuatan mungkar. Kaki terus melangkah dan hati terus diburu satu rasa yang sukar ditafsirkan.. sedih? Marah? Entahlah…..

“Jom turun makan” Telekung ana belum pun dibuka, tapi teman-teman serumah ana sudah siap manis bertudung labuh.. Handphone berbunyi..

Dah siap belum?

Message daripada teman sekelas ana membuatkan ana tergesa-gesa.

“Aduh!”

Makanan dipesan, tempat duduk pun telah diambil.. Namun… “Astarghfirullah!!”

Banyak sungguh pasangan yang berdating. Kami mengambil tempat di belakang café demi mengelakkan terpandang perbuatan-perbuatan sumbang di sebelah hadapan café.. Rupa-rupanya, telahan kami benar-benar silap.. Hati yang sudah sebak kian sebak.. Ana hanya memandang pada makanan. Tidak sanggup lagi melihat kemungkaran di depan mata dan ana tidak mampu melakukan apa-apa melainkan mencegah dengan hati.. Itulah selemah-lemah iman..

Ya Allah moga kau ampuni dosaku berserta sahabat-sahabatku..

***

Inikah kita?...

Ibu Bapa kita bersusah payah menghantar kita belajar.. Siang malam mereka tidak pernah putus mendoakan kejayaan kita…. Namun, bunga yang diberi, najis yang dibalas.. Sampainya hati melukakan sekeping hati milik ayahbonda.. Sampainya hati membusukkan nama ayahbonda yang telah melahirkan serta menjaga kita…

Inikah kita…

Pada nama terletak bin dan binti,menandakan diri seorang muslim dan muslimah.. Namun, nama hanya tinggal nama, solat 5 waktu diabaikan, berdating dengan Allah sanggup tinggalkan asalkan tidak terlepas berjumpa si buah hati, sedangkan semua sudah maklum dunia tidak kekal abadi, yang ada hanyalah akhirat yang pasti..

Inikah kita…

Dari kecil sudah diajar mengenal Allah berserta RasulNya,namun sanggup pula menderhakaiNya serta menyakiti RasulNya… Agama yang diajar agar menjadi penyuluh jalan yang gelap ditinggalkan terbiar sepi, Rasulullah dibiarkan, Allah diabaikan..

Inikah kita..

Ayah dikecam, ibu dilawan, Allah dicabar.. Sedangkan bumi dipijak segalanya bukan milik kita, bumi yang dicipta untuk mengejar akhirat dibiarkan sia-sia, bila ditegur, bibir memuncung, dendam membara, sedangkan di kubur nanti akan ditanya “APA BEKALAN YANG DIBAWA” masa tu, menyesal pun tak guna, merayu-rayu nak balik ke dunia… Baru tau langit tu tinggi ke rendah..

Inikah kita..

Menghabiskan masa dengan perkara sia-sia sedangkan Dia begitu rindu mendengar rintihan kita…. Kembalikanlah hatimu kepada fitrah asalnya.. Kepada Allah S.W.T…

Read More......

Thursday, October 30, 2008

Sempurnakah Iman Kita?


Ana buntu.. Tak tahu apa yang patut ditulis,namun jiwa ana memberontak untuk menaip jua dalam blog ana yang serba kekurangan ini...

Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menanti kami di sini,meskipun kedua-dua kaki kami baru sahaja melangkah masuk ke dalam semester baru. Ana mula gelisah. Gelisah memikirkan apakah punca semua ini?

Mungkin tidak keterlaluan ana katakan bahawa cabaran belajar di ipts lebih besar berbanding ipta. Ketepikan dahulu soal pembayaran yang mahal kerana semua sudah maklum,sebaik kaki melangkah masuk ke dalam dunia ipts, kita harus bersedia dengan wang,wang dan wang.... Namun apa yang ana rasa melebihi rasa kekurangan wang kerana ana kehilangan sahabat. Sahabat yang mahu berhenti kerana tak sanggup lagi meneruskan pengajian di sini...

Bukan itu sahaja, kesepakatan dalam kelas jua sudah mula susut dari semasa ke semasa. Mungkin masing-masing sibuk berikhtiar untuk membayar yuran kerana biasiswa ditarik balik akibat tidak mencapai pointer yang dikehendaki. Kelas semakin suram dan hati ana semakin muram melihat sahabat-sahabat ana diam seribu bahasa.

Yang pandai mengetepikan yang kurang pandai. Yang kurang pandai merendah diri. Yang kaya tidak memikirkan yang kurang kaya, yang kurang kaya mula membenci yang kaya.

Inilah puncanya. Kerana tanpa kita sedari perasaan CINTA itu semakin susut dalam diri kita, kita hanya menyintai diri kita tanpa kita sedari sahabat-sahabat yang lain jua amat memerlukan CINTA itu sesuai dengan sabda baginda Rasulullah S.A.W : Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.

Sudah sempurnakah iman kita? Melihat sahabat-sahabat yang berdukacita kerana 'ditindas', hati ana kian luluh. Sebak. Di manakah iman kita? Ya Allah.. ampunilah ana berserta sahabat-sahabat ana..

Semoga segalanya kembali lancar. Kesepakatan membangunkan ummah...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Read More......

Wednesday, October 29, 2008

akhlak yang tercela...


"adik marilah sini kejap,tengok barang ni"

ana bersama sahabat-sahabat ana yang sedang dalam perjalanan menuju ke hostel kami memberhentikan langkah. Menghormati para penjual yang sedang asyik menjual di salah satu kawasan di kolej kediaman kami..

"Dik,barang ni bagus, adik mesti senang nanti nak bertutur dalam bahasa inggeris."

salah seorang promoter bersungguh-sungguh menarik perhatian kami.Kami mendengar. Sebagai tanda menghormati. Setiap soalan yang diajukan kami jawab dengan cara yang paling lembut. pada akhir penerangannya,salah seorang sahabat ana menunjukkan minat untuk membeli barang tersebut.. Tapi..

"Erm, akak, boleh tak saya call mak saya dulu, nak bincang"

Tanpa diundang, seorang promoter lain datang dan mencelah di tengah-tengah perbincangan kami. Ana lebih gemar mendiamkan diri. Ana bimbang jika ana bersuara perkara yang tidak diingini bakal berlaku. Tapi melihat sahabat ana yang sudah bergenang air matanya kerana dipaksa untuk menelefon uminya pada saat itu juga membuatkan hati ana tidak tenang. Dan ana mula bertanya..

"Erm, abang, kenapa harga promosi ni jauh sangat dengan harga asal? seribu lebih.. company tak rugi ke?" Tanpa ana duga,pertanyaan ana bakal mencetuskan kemarahan pada hati abang promoter tersebut.

"Kalau awak nak beli harga asal pun takpe, kami tak kisah. Ni untuk promotion je, lepas ni dah takde dah." Suara yang telah berubah dengan menjadi sedikit tinggi dan berbaur kemarahan membuatkan ana sedar bahawa api jangan disimbah lagi dengan minyak.

"Tak, saya cuma confuse aje"Ana cuba mengendurkan keadaan, tapi nampaknya ana silap kerana abang itu kembali menjerkah "Awak ni bukan confuse tapi tak percaya!"

Wah! kasyaf ke abang ni.. pandai-pandai ye cakap macamtu.. ana masih cuba bersabar..

"Hm, promosi ni sampai bila?" ana bertanya. "Esok kami ada lagi" ana bingung. Promoter yang sebelumnya mengatakan bahawa hari ini(semalam) hari terakhir. "Hm? kata harini last?" ana masih mahu bertanya. "kami nak kena terangkan kat budak-budak yang tak faham macammana nak guna, awak ingat saya nak sangat ke duduk kat **** ni? pejabat saya air-cond awk tau tak?"

Wah!

"Saya terpaksalah luahkan kat awak, student sini, pakai je tudung tapi impolite!" Wah!
"Belum ada degree,diploma, baru je lepasan spm tapi dah berlagak!" Wah!..

Ana masih cuba menahan kesabaran yang kian menipis.

"Hm.. sijil ni worldwide ke laku kat 64 countries je? macam nak mintak kerja ke?" Ana cuba menukar topik mengenai sijil yang akan dikeluarkan jika pengguna produk mereka melepasi tahap tertentu.

"Awak nak pegi kerja kat 64 countries tu ke?"

Wah!

"Awak cubalah fikir kenapa awak ada kat kolej ni.. tak pergi local U" Abang tersebut masih tak berpuas hati. "Sebab saya taknak." Ana menjawab sejujur mungkin. Bukan mahu riak, tapi ana mendapat tawaran dari salah satu kolej matrikulasi terbaik..Melaka dan juga mendapat tawaran pusat asasi universiti malaya. Tapi ana lebih berminat melangkahkan kaki di kolej ini..

Abang tersebut masih tidak berpuas hati. Azan berkumandang,namun suaranya masih kedengaran marah-marah.

"Erm, abang azan" Ana cuba memberi isyarat agar suaranya diperlahankan,namun hampa.

Ana geram bercampur sedih. Beginikah akhlak umat Rasulullah kini? Mungkin ana yang tersilap, tapi sahabat-sahabat ana yang lain juga mengalami pengalaman yang sama. Salahkah yang empunya degree melupakan sementara degree yang disandang demi menghormati pendapat orang lain? Dimanakah silapnya?

Pengalaman yang ditimba tentu sekali lebih bermakna dari sesi pembelajaran di dalam kelas.

Wallahualam..

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An-Nahl:126)

Read More......

Tuesday, October 21, 2008

Aqidah kita.. Aqidah Islamiyah


"Akak.. Aqidah tu ape?"

Ana tersenyum,.. Dalam fikiran sedang ligat untuk menerangkan kepada anak kecil ini apakah maksud aqidah agar dia benar-benar memahami..

"Aqidah tu,kepercayaan.. Kita orang Islam ada Aqidah Islamiah, maksudnya kepercayaan kita ialah Allah itu ada, Rasulullah itu utusan Allah.." Saya terhenti sejenak. Wajahnya bingung.

Aduh!

"Adik tau pokok tak?" Anak kecil itu mengangguk. Ana tersenyum. "Pokok ada akar kan?" Dia menganggung lagi. "Hm,bolehlah diibaratkan kita ni macam pokok, aqidah kita macam akar pokok tu.. Kalau pokok besar, akar dia kuat.. orang susah nak cabut.. kalau pokok kecik, macam rumput tu, akar tak kuat..senang-senang je orang cabut dia kan?" Saya berusaha menerangkan seringkas mungkin dan anak kecil itu mengangguk-ngangguk.

"Jadi, adik nak jadi pokok yang akar dia kuat ke tak kuat?" Saya cuba bertanya. "Eh, yang kuatlah kak!" Bersungguh-sungguh dia menerangkan.. ana tersenyum. "Kalau nak jadi pokok kuat,kita tak boleh kawan dengan syaitan. Kita kena hidup berlandaskan Islam. Nak makan, nak tidur,nak masuk bilik air,semua ada doa dan adab-adabnya tersendiri"

"Apa doa dia kak?" Ana mula membaca doa-doa tersebut, tapi..tak sempat nak dihabiskan, anak kecil itu bersuara lagi "Kak..japlah,nak salin..boleh?"

Ana terharu.. Begitu bersungguh-sungguh seorang kanak-kanak untuk membetulkan aqidahnya.. Tapi kita?...

"Adik nak kawan dengan syaitan?" Dia menggeleng. "Jadi kalau taknak, ingat tau.. Jangan buat benda yang Allah tak suka.. Adik sayang Allah kan?" Dia mengangguk. "Jadi ingat tau jangan buat Allah marah... Kalau boleh sebelum tidur tu maafkanlah semua orang"

"Akak..." Mata bening itu tepat memandang wajah ana. Ada keikhlasan di situ. "Akak, kalau kita tak maafkan orang, boleh?" Ana pelik. "Kenapa?" Dia diam sejenak. "Habis,kalau dah mmaafkan hari ni,esok orang tu buat lagi,baik tak payah.." Tersentuh hati ana, dalam diam, sekeping hati kecil miliknya pernah dilukai.. Lagi menyentuh hati anak itu juga pernah diludah oleh rakan-rakannya.. Inikah sikap kita?..

"Adik..." Dia memandang wajah ana. "Adik nak Allah maafkan adik?" Dia mengangguk. "Adik sedih tak kalau Allah taknak maafkan adik?" Dia mengangguk lagi. "Kalau macam tu, adik kenalah maafkan orang,walau seperit mana pun sbb adik sendiri tak suka kalau Allah tak maafkan adik.. takpe dik, Rasulullah dulu lagi teruk seksaannya."

Dia diam..tunduk..

"Dah faham,dik?" Dia mengangguk. Alhamdulillah... Semoga kita juga dapat sama-sama memperbaiki aqidah kita..

insyaAllah!

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Ankabut:7)

Read More......

Hadiah buatmu... AyahBonda..


Berdebar-debar hati ana sewaktu ingin menekan butang login portal pelajar kolej universiti islam antarabangsa selangor...

Button ditekan dan akhirnya..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmatnya yang tidak terhingga... Ana najah semua madah.. Syukur ya Allah... inilah hadiah buat umi wa abi yg sangat ana kasihi... Semoga pengorbanan kalian tidak ana sia-siakan buat masa ini dan masa akan datang.. insyaAllah...Semoga ana dihindarkan dari sifat riak dan ujub dengan nikmat dari Allah ini.. Amin! Semoga ini bukan istidraj.. Amin! Semoga sahabat-sahabat ana semua cemerlang jua..amin!


Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya.(Al-Ankabut:8)

Read More......

Saturday, October 18, 2008

Ketakutan diriku...seorang wanita...



Izinkanlah diri ana yang hina ini mencatatkan sepatah dua kata untuk meluahkan isi hati ana yang telah lama dipendam....

Ana tidak tahu kenapa semakin hari semakin banyak nombor yang tidak ana kenali misscalled2 nombor ana,semakin ana biarkan semakin menjadi-jadi.. Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbit ana.. sekadar misscalled! Ada juga yang hantar message ingin berkenalan.. Apakah makna semua ini?

Sudah lama ana diamkan.. Tapi ana juga seorang manusia biasa,punya hati dan perasaan.. Terlalu banyak hati yang perlu ana jaga sehingga ana terlupa pada sekeping hati milik ana.. Kadang-kadang ana menangis, sebak.pilu.rimas.jemu.marah.geram.. semua perasaan bercampur aduk sehingga dalam tidak sedar setitik demi setitik air mata ana jatuh.. Duhai lelaki para khalifah Allah, apakah yang cuba kalian buktikan pada diri insan yang lemah ini?... Ana tidak punya apa.. Apa yang ana ada hanyalah sekeping hati dan sebuah HARGA DIRI... Tolonglah hormati ana, jika kalian tidak mahu menghormati ana sekalipun, tolonglah hormati Allah, Tuhan Yang Esa....

Ketahuilah,ana memerlukan seorang imam yang soleh yang mampu membimbing diri ana serta mendidik anak-anak ana... Sekali lagi ana merayu, tolong hormati ana.. tolong....

Mungkin ana kelihatan hina di hadapan mata kalian sehingga kalian tergamak mencalarkan sebuah kehormatan milik ana... Mungkin semua ini salah ana... Maafkanlah ana dan tolonglah duhai para lelaki, hormati ana.. Berikanlah ana secebis..cukuplah sekadar secebis ruang buat diri ana sendiri.... Kerana ana masih lagi seorang anak yang punya tanggungjawab terhadap ibu bapa ana, jangan biarkan ana hanyut dalam lautan dunia yang sementara ini.. Kerana seharusnya tugas kalian sebagai khalifah Allah adalah memastikan kami wanita terus berada pada jalan KEBENARAN.. bukan memesongkan kami ke arah LEMBAH KEHINAAN..

Ana benar-benar rasa terhina.


Zain Bhika-Heart of a Muslim

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ibrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslims filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right

So whatever you do, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .