Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 18, 2015

Mereka layak bahagia



Mereka juga layak mendapat bahagia, 
Kerna mata mereka telah terlalu lama melihat derita,
Keluarga terseksa,
Makanan tiada,
Ah,
Anak kecil yang mahu bersekolah,
Terpaksa pula digelengkan kepala,
"Nak, siapalah yang sudi membela?"

Dan mungkin tatkala si anak bertanya, "ibu, bukankah semua Muslim bersaudara? Mengapa tiada siapa yang sudi membela?" 
"Ibu, di mana ayah? Masihkah ditahan penjahat durjana?"
Si ibu bersuara tiada,
Menggosok kepala,
Duhai anak, 
Ibu juga sengsara. 

Dan ironinya,
Tatkala ramainya umat menangis sendiri,
Kita masih mampu berbicara kepentingan diri. 
Seolah kita lupa,
Tatkala nanti di hadapan Pencipta,
Mereka akan bangkit berbicara,
"Ya Allah, dahulu tatkala kami derita, di manakah mereka?"

Kita. Ya kita. 
Sudahkah disediakan jawapan kepada Yang Esa? 

Ah Tuhan,
Andai kau ingin titipkan dihatiku bahagia,
Berilah sedikit kepada mereka.. 

Syria, Palestin, Rohingya, Mesir,
Maaf kerana kami lebih gemar bergembira,
Tak rela berkongsi derita. 
Takut-takut rezeki berkurang semua.

Dan di pengakhiran cerita,
Layakkah kita bergelar saudara...?

Read More......

Saturday, May 16, 2015

Apa itu takdir?



Bukan main rebel bulan ni taknak overtime. Siap nekad 1 jam pun taknak overtime. Konon-konon badan letih, nak rehat. 

Tapi yelah , kalau dah namanya takdir, kalau dah Allah kata tak, bukan tu yang terbaik untuk kau, berapa kuat kau cuba mengelak, takkan boleh melawan aturan Allah. 

Jadilah macam harini. Salah tengok jadual, datang awal. End up bos kata "its okay just OT" Dalam dengusan nafas yang pasrah, saya belajar seperkara ; 

Benar kata Al-Imam Al-Ghazali : kamu mungkin tak tahu di mana rezekimu, tetapi rezekimu tahu di mana kamu. 

Tak perlu susah hati. Tak perlu gusar. Kau usaha saja, yang lain biar Allah uruskan. Belajar dari sang cicak, makhluk yang paling tak berdaya, ia hanya mampu melekat di dinding, tidak mampu melompat apa lagi terbang. Tetapi makanannya berupa serangga yang terbang ke sana-sini.

Tidakkah sang cicak itu wajar berputus asa, mengeluh mengenang nasib diri? Tapi cicak kelihatannya lebih yakin pada Tuhannya, ia hanya berusaha menggerakkan tubuhnya mencari rezeki, dan lalat serta nyamuk pula 'menyerah diri' terbang dekat dengannya. 

Dengan arahan siapa? Tentulah Allah Yang Maha Menyinta! 

Jangan pula kita duduk sahaja, dengan penuh yakin berkata "alahhh kalau ada rezeki adalah tuu, kalau dah takdir tak dapat rezeki tak dapatlah tuu."

Kita seolah lupa, hakikatnya takdir itu kita yang pilih. Meski saya terdatang awal ke pejabat, saya tetap ada pilihan untuk tidak memulakan kerja awal, tidak dikira overtime dan boleh saja saya berehat-rehat sebelum tiba waktu kerja sebenar. Tapi saya tidak memilih takdir begitu. 

Apakah sebenarnya takdir? Pernah suatu ketika Saidina Umar mahu berpindah kerana kawasannya telah mula merebak penyakit taun. Lalu beliau ditanya, "mengapakah engkau mahu lari dari takdir Allah?"

Saidina Umar menjawab, "ya. Aku mahu lari dari takdir yang ini (terkena taun) kepada takdir yang lain(tidak terkena taun)"

Renung-renunglah kalam cintaNya ; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri (surah Ar - Rad : 11)

Berjalanlah dengan jiwa hamba. Jiwa hamba yang tak pernah berhenti berusaha, dan keputusan akhirnya diserahkan kepada Pencipta yang penuh cinta. 

Dan kau tahu apa perkara paling indah? Ia adalah saat kau mampu pejamkan mata sambil berkata ;

Allahku, aku telah berusaha, sungguh aku tak faham perancanganMu kerana pengetahuan hamba amat terbatas. Namun aku tahu, Kau akan merancang sebaiknya! 

Allah tak pernah lambat, cuma Dia beri pada masa yang tepat. So hold your imaan. Dont give it to syaitan! Keep calm and be patient. 

Salam cinta kerana Allah.

Wallahu'alam :)

P/S : doakan dr mursi, rakyat mesir, rohingya, palestin, syria.. Moga Allah takdirkan yang terbaik untuk semua.

Dr mursi :'( 

#pray4egypt
#pray4rohingya
#pray4syria
#pray4palestine

Read More......

Friday, May 15, 2015

Salam isra' mikraj



Kita semua dah tahu tentang peristiwa isra' mikraj. Tentang bagaimana Rasulullah bermusafir menaiki buraq ke Al-Aqsa dan seterusnya bertemu Allah untuk menerima perintah solat. 

Yang kita kurang cakna ialah pengajaran di sebalik kisah itu. 

Isra' mikraj bukan sekadar sebuah perjalanan biasa. Ia mengandungi pengajaran yang penuh cinta. 

Ia menggambarkan betapa pentingnya perintah solat hingga Allah panggil Nabi bertemuNya sendiri bagi menerima perintah itu, sedangkan wahyu yang lainnya Allah wakilkan Jibril sebagai pengantara. Berapa ramai antara kita yang mengambil mudah tentang solat, menggadaikan akhirat dengan dunia yang tak punya apa?

Ia sebuah cerita tentang ketabahan, bagaimana tabahnya Sang Rasul menerima cercaan tatkala si jahat Abu Jahal mengejek-ejek cerita Nabi bermusafir malah sanggup mengumpulkan orang ramai untuk membuktikan bahawa Nabi sudah gila.

"Apa Muhammad? Kau bermusafir selama satu malam je dari majidil haram ke Al-Aqsa? Sah kau ni gila. Aku pergi one way je sebulan!" 

Betapa ia merupakan sebuah cerita tentang kepercayaan dan keimanan. 

Tatkala mendengar cerita Nabi, ada golongan yang murtad kerana tak percaya. Golongan kafir yang membenci bersorak gembira. Kata mereka, Rasul seorang gila. Yang beriman mulai goyah, benarkah Rasulullah tidak berdusta? 

Dan..

Ia cerita tentang sebuah persahabatan yang indah, tatkala Abu Jahal mengumpulkan seluruh manusia untuk mendengar cerita Nabi, dilihatnya Abu Bakar tidak hadir. Lalu dengan niat jahat Abu Jahal mencari Abu Bakar,

"Hei Abu Bakar! Tadi orang semua berkumpul kau tak datang ke?"

"Eh tak perasan pulak. Aku kat kebun tadi. Kenapa wahai Abu Jahal?"

"Kau tak dengar cerita Muhammad?" 

"Tak pulak. Kenapa?"

"Dia kata dia bermusafir dari mekah ke Al-Aqsa semalam, harini dah sampai Mekah semula. Haha kelakar kan?"

Abu Bakar mengerutkan mata "Benarkah Muhammad yang mengatakannya?"

"Benar. Tak masuk akal bukan?" 

"Jika Muhammad lah yang mengatakannya, maka aku percaya!" Balas Abu Bakar. Yakin. 

Persahabatan mereka disulami sebuah percaya yang indah. Ia mekar kerana Allah, mereka bermatlamatkan syurga, meski tak selalu mengucapkan cinta namun perbuatan mereka telah membuktikan segalanya.

Ah, 

Betapa banyak pengajaran yang dapat ditimba. Persoalannya bersediakah kita membuka hati, menerima segalanya? 

Salam isra' mikraj! 

Apakah manifestasi cinta kita terhadap Allah dan Rasul-Nya? 

:) 

Read More......

Sunday, May 10, 2015

Selamat hari ibu



Masa saya kecik, saya selalu tanya mak, "mak kenapa mak makan banyak vitamin?"

Mak akan jawab, "sebab mak tak boleh sakit. Mak nak jaga awak, jaga abah." 

Dan memang mak jarang sakit. Mak jarang demam. Walaupun mak demam, mak mesti buat-buat tak demam. Baju tetap bergosok, rumah tetap berkemas, saya dan adik-beradik tetap ke sekolah.
Mak wanita bekerjaya, dan saya tahu betapa emak penat di pejabat, tapi balik rumah mak tak pernah nampak lesu. Singsing lengan dan siapkan semua kerja. Saya juga tahu betapa emak sering kali terlelap ketika melakukan kerja-kerja yang ada.

Bila dah besar dan bekerja, saya jadi terfikir-fikir bagaimana seorang emak itu mendapat 'superpower' menguruskan anak-anak dan sebagainya, lalu saya bertanya lagi, "emak, macam mana mak kuat? Wawa balik kerja je mesti penat. Macam mana mak dulu tak penat?"

Dan emak akan selalu membalas dengan senyuman, "sebab emak ialah emak."

Emak tak pernah menunjukkan rasa risau, tak pernah menangis hingga saya fikir emak tak punya perasaan. Namun ketika saya berumur 6 tahun, saya dilanggar sebuah motor dan tertarik sepanjang jalan di hadapan mata emak, dalam sayup-sayup mata yang hampir tertutup saya mendengar emak menjerit,

"WAWA!!" Tika itu saya sedar rupanya selama ini segala ketakutan emak pendam sendiri. Segala resah emak telan, buat-buat tak peduli. Tapi hari itu emak tak dapat menahan diri, saya tak sedarkan diri dan emak sentiasa di sisi. Emak menangis. Emak gementar. Doa mak tak putus-putus hingga saya kembali sedar. Emak, maafkan wawa ya, selalu susahkan mak.

Tempoh hari, saya mendapat sengatan lebah. Lebam, demam dan sakit seluruh badan. Seharusnya saya memandu kereta pulang ke JB, tapi dengan keadaan yang tak mengizinkan, emak - seorang wanita berumur mengambil alih tugasan. Emak tak merungut malah membiarkan saya tidur berehatan. Emak, maafkan wawa ya, selalu susahkan mak. 

Entah. Saya kurang mengerti di mana kalian yang bergelar emak mendapat sebuah tenaga luar biasa. Saya juga kurang mengerti adakah kalian tidak diberikan perasaan penat?. Saya benar-benar tidak mengerti bagaimana seorang emak itu yang dahulunya cumalah anak kecil yang berlari-lari lalu membesar dan memperjudikan nasib pada lelaki yang tak dikenali mampu menjadi begitu kuat.

Namun saya begitu mengerti, pada setiap titik peluh yang mengalir, pada setiap air mata yang ditahan, pada setiap kelelahan yang tak terkeluarkan, pada setiap untaian doa yang dititipkan, Allah akan ganjari syurga. Syurga yang tiada istilah penat. Tiada rasa gelisah.

Selamat hari ibu buat seluruh ibu di dunia.

Emak, terima kasih kerana menjadi sebuah madrasah yang baik untuk kami adik-beradik. Moga Allah perlihatkan rumah emak di dalam syurga, hingga setiap kelelahan tidak lagi dirasakan.

Emak, can u be by my side.. Forever?

Sayang emak, sampai syurga :')

****

Nota kaki :

Ada perbezaan pendapat ulama' dalam perayaan hari ibu, ada yang meletakkan hukumnya sebagai haram dengan berdalilkan perayaan ini tiada dalam ajaran Islam dan mengikut budaya orang kafir, 

Namun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang bersifat pertengahan, tidak berat dan tidak ringan. Para ulama' yang mengharuskan sambutan ini termasuklah syeikh yusuf al-qaradhawi (ketua ulama' sedunia) Dr Muhammad Bakar Ismail (prof tafsir di universiti Al-Azhar), dan Dr Abdul Fattah (ulama' Al-Azhar) dengan rumusan dalil keharusan mereka adalah :

1) sambutan ini adalah semata-mata penghormatan TAMBAHAN. Penghormatan kepada ibu tidak berkurang pada hari-hari yang lainnya.

2) Perayaan ini bukan upacara keagamaan. 

Muliakanlah persamaan, raikanlah perbezaan. :)

"Pendapatku benar, tetapi mungkin juga salah. Pendapat orang lain salah, tetapi mungkin juga benar" - Al Imam As Syafie.

Wallahu'alam.

Read More......

Wednesday, May 6, 2015

Belajar dari semut



Yes life is not as easy as ABC,
You might feel that you have nothing,
But in fact,
When you have Allah,
You have EVERYTHING~

Suatu ketika Nabi Sulaiman a.s berjalan melihat kawasan pemerintahannya. Lalu baginda pun melalui sebuah penempatan semut.

Baginda begitu asyik melihat semut-semut yang rajin. Hinggalah mata baginda tertancap pada seekor semut yang gigih mengangkat seketul gandum.

"Wahai semut, berapa banyakkah bekalan yang kau perlukan untuk tempoh setahun?" Tanya baginda kepada semut tersebut.

Semut itu pun membuat perkiraan menggunakan formula-formula algebra, calculus dan sebagainya. Eh ok tipu. Semut itu pun membuat perkiraan terperinci, "hm, selalunya untuk tempoh setahun aku akan menghabiskan seketul gandum."

"Benarkah seketul gandum sudah mencukupi?" Tanya Nabi Sulaiman inginkan kepastian.

"Benar." Jawab sang semut.

Lalu baginda pun mengambil semut tersebut, meletakkannya di dalam sebuah balang, dibuat sedikit lubang dan diletakkannya seketul gandum sebagai bekalan untuk setahun.

Genap tempoh setahun, Nabi Sulaiman pun pergi melihat semut tersebut. Ia masih hidup, namun seketul gandum yang diletakkan masih ada lagi separuh.

Nabi Sulaiman berasa hairan lalu bertanya, "wahai semut, katamu seketul gandum kau habiskan dalam tempoh setahun, tapi mengapa masih berbaki separuh?"

Semut itu pun menjawab, "wahai Nabi Allah, ketika aku bebas di luar, aku akan berusaha mencari makanan dan Allah akan selalu menghadirkan rezeki, aku tidak berasa bimbang lalu menghabiskan seketul gandum dalam masa setahun kerana aku yakin Allah akan memberi lagi rezeki padaku, tapi bila kau mengurung aku di dalam balang, aku tidak mampu berusaha dan rezekiku bergantung padamu, aku berjimat-jimat dalam menghabiskan gandum ini, mana tahu kau lupa akan janjimu untuk melihatku dalam masa setahun, sekurang-kurangnya aku masih mempunyai bekalan untuk meneruskan kehidupan"

Betapa kuat keyakinan sang semut kepada Penciptanya, saya kira ramai yang sudah tahu akan cerita ini, namun tak ramai yang mengambil pengajaran di sebaliknya.

Ramai yang takut meninggalkan pekerjaan mungkar, kerana takut kehilangan sumber rezeki.
Ramai yang takut lepas habis belajar tak dapat kerja.
Ramai yang sanggup menggadai akhirat demi sebuah dunia yang tidak lebih berharga dari sekeping sayap nyamuk.

Berhentilah.
Tarik nafas.

Lepas ni kalau ada orang kata "eee kau nanti habis belajar nak jadi apa? Course kau ni dah lah tak best."

"Eee kau tahu tak sekarang ni inflasi. Kegawatan ekonomi. Susah dapat kerja, kau habis belajar nanti confirm menganggur"

"Eee kau pakai tudung labuh? Confirm susah dapat kerja"

"Kau nak berhenti kerja? Kau ingat senang dapat kerja? Teruskan jelah kena tipu audit pun takpe"

Pandang mata orang tu dalam-dalam, cakap kat dia "tugas aku hanyalah berusaha sebaik mungkin, yang lain aku serahkan kepada Yang Esa. DIA lagi tahu yang terbaik untuk aku. Dah tepi sikit aku nak pergi sembahyang ni nak mengadu kat Tuhan kau tak percaya Dia" 

Kemudian berlalulah pergi sambil popping collar. Ingat tau sambil popping collar. Heh. 

Dont lose hope,
When you are in need,
Have faith in Allah, 
Have faith in HIM,
I wont look back,
We'll stand together,
Trust in me and we'll fly,
Dont surrender~~~

Wallahu'alam. :)

Read More......

Monday, May 4, 2015

Sudahlah.


Sudahlah.
Kesatlah air matamu, kawan.
Sungguh aku begitu lelah melihat kau rawan, 
Lantaran pilu hati kau ditinggalkan,

Sudahlah.
Bergeraklah dari pintu nan tertutup itu, kawan.
Sungguh aku begitu letih menantimu pergi, 
Bergerak pada banyaknya pintu yang terbuka yang tak kau terlihatkan.

Sudahlah. 
Jangan lagi kau sesali nasibmu, kawan.
Sungguh aku begitu penat melihat kau murung, 
Lantaran sedih hati kau dipulau-bingung.

Kawan,
Bukankah lebih banyak perkara yang perlu difikirkan? 
Tidakkah kau malu pada Muhammad Al-Fateh, 
Kota Konstantinopal berjaya ditawan,
Ketika umurnya dua puluh satu, masih di awal dua puluhan. 

Kawan, 
Bukankah lebih banyak perkara yang perlu kau khuatiri? 
Tidakkah kau segan pada Imam As-Syafie,
Dirinya diangkat menjadi mufti,
Tika umurnya 15 tahun- sebaya remaja kini.

Kawan, 
Sudah-sudahlah menangisi nasib,
Kenapa kau sedih pada ketidakadilan dunia? 
Bukankah kau sudah berkali-kali diingatkan,
Dunia ini tempat singgahan sementara,
Ia bukan syurga,
Yang sempurna segalanya.

Kawan,
Tidakkah kau melihat ummah menunggumu tenat,
Sedang kau masih berduka pada sesuatu yang ralat?

Sudahlah. 

When someone ignores you, just ignore them back. As simple as that. Yes i know it's going to hurt you. But doesn't it less hurt than the feeling of being ignored? 

Be strong. Dont fall too easily. Pinjam kata-kata Beau Taplin "My heart is not captured easily, i am disinterested in small talk, disillusioned with love, and too focused on my dreams and aspirations to lend anybody my attentions for long. But IF we make that connection, if you find your way into my heart, God i will fall for you like gravity has let go of the earth" 

Why you have to be weak because of an imperfect person, when you have Allah The Perfect One as a reason for you to stand strong?

Wake up! Stand high!

Now tie your shoe lace.
Get on your mark.
Get set.
Go! 

Read More......

Saturday, May 2, 2015

Abu Dzar dan Bilal



Saya rasa, ramai kot yang berperangai takut lipas macam saya. Tak tahulah kenapa waktu malam makin aktif pula lipas nak keluar. Pulak tu, shift basuh pinggan malam ialah shift saya sebab mak dah penat kemas rumah waktu saya kerja siang hari.

Maka, semalam waktu tengah syok basuh pinggan ada seekor lipas berlari-lari. Dengan kelajuan sepantas cahaya saya mencari spray lipas. Eheh. Pinggan belum habis basuh tapi takut lipas datang dan berlari-lari di atas kaki, ah sudah. Ini kes darurat. takde pilihan, saya panjat kerusi. A ah, panjat kerusi sambil basuh pinggan. tak senonoh bukan? Jangan tiru ye adik-adik.

Tiba-tiba, mak pun masuk dapur. “Eh, dah kenapa?” Tanya mak, pelik.

“Ada lipas. Takut dia naik kaki.” 

“Biarlah lipas pun nak hidup jugak.”

“Tak nak. geli tengok muka dia.”

“Bersyukurlahh awak tak jadi lipas.” Emak membalas selamba.

“Kenapa pula?” Tanya seorang anak yang tidak puas hati.

“Kalau tak orang gelii je tengok muka awak.”

Alahai mak ni suka bagi statement sentap. Teringat saya pada kisah Abu Dzar dan Bilal bin Rabah.

***

Suatu ketika, Abu Dzar memberikan sebuah amanah kepada Bilal bin Rabah. Namun, Abu Dzar berasa tidak puas hati, beliau merasakan Bilal tidak menjalankan amanah dengan baik dan sentiasa beralasan.

Hingga satu tahap, Abu Dzar sudah tidak dapat menahan perasaannya dan menengking Bilal dengan kasar, “Hei anak budak hitam!” Kasar bahasa beliau tanpa disedarinya.

Rasulullah yang mendengar tengkingan itu mula merona wajahnya kemerahan dan bergegas mencelah, “Engkau!” Kata Baginda Rasul sambil menunjuk ke arah Abu Dzar. “Sungguh! dalam dirimu masih terdapat jahiliyyah!” Sambung baginda lagi.

Abu Dzar tersentap dan menyedari akan keterlanjurannya, lantas dia merebahkan kepalanya benar-benar di hadapan bilal sambil berkata “Pijaklah kepalaku wahai Bilal, Aku mohon, pijaklah.” Dilumurkan pasir ke wajahnya dan menanti kaki Bilal singgah di kepalanya.

Bilal menggeleng-gelengkan kepalanya. Abu Dzar merayu lagi, “Wahai Bilal saudaraku, Aku mohon pijaklah kepalaku, aku berharap dengan perlakuanmu itu nanti, Allah akan mengampunkan dosaku dan menghapuskan sifat jahiliyyah dalam diriku.”

Abu Dzar berasa begitu menyesal. Dia sedih dengan dirinya sendiri lantaran tidak dapat mengawal nafsu amarahnya. Namun Bilal masih menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkaca-kaca mata Bilal berkata “Aku memaafkan Abu Dzar ya Rasulullah, biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku nanti.”

Terasa ngilu hati Abu Dzar mendengar perkataan Bilal, baginya lebih baik hukuman diterima di dunia yang sementara, daripada memberat di akhirat yang kekal selamanya. Alangkah tidak selesanya hati menanggung kehidupan dengan rasa bersalah yang tak terlupakan.

Dan Bilal bin Rabah, menunjukkan sebuah akhlak yang indah. Biar pun terluka jiwanya namun tetap juga kata maaf dituturkan. Sebesar mana pun sebuah luka di hati orang yang beriman hingga mampu mengubah cinta menjadi benci, akhirnya tetap sahaja iman itu memadamkan rasa benci, seperti air yang memadamkan api. Ia menimbulkan damai, membuahkan bahagia.

Maka pertamanya, berhati-hatilah dalam berkata. Jangan menghina manusia, kalau lipas tak apa. eh salah. kita tak tahu bebanan apakah yang sedang ditanggung oleh semua. Kita tak tahu betapa tergurisnya hati manusia dengan perkataan kita. Kalau tak mampu berkata yang baik maka diam lebih baik.

Keduanya, belajarlah memaafkan dan melupakan. Ia bukan untuk kebaikan orang lain, ia untuk kebaikan kita sendiri, agar hati bisa damai, bisa tenteram dalam menjalani sebuah kehidupan. Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita saling membenci. Hei, mengapa susah memaafkan insan sedang kita sentiasa mengimpikan kemaafan Tuhan?

Wallahu’alam. :)

Read More......

Wednesday, April 22, 2015

Allahku..



Allahku,
Andainya aku bisa menulis warkah buatMu,
Aku ragu-ragu,
Apakah warkahku bakal penuh dengan lafaz rindu,
Atau ia cuma kosong seribu,
Lantaran aku kelu,
Mengenangkan setiap dosaku padaMu.

Allahku, 
Andainya bisa ku titipkan lagu,
Aku tidak tahu,
Apakah laguku bakal berdendang merdu,
Atau liriknya pincang di sini situ, 
Lantaran gelisahnya hatiku, 
Mengenangkan kerdilnya aku di hadapanMu.

Allahku,
Meski berjuta tahun ku ucapkan syukur, 
Aku sedar, 
NikmatMu berlipat ganda dalam lena dan dalam sedar,
Tapi mengapa, 
Mulutku mengomel laju, 
Lidahku merungut selalu, 
Tatkala sedikit ujian kau hadiahkan, bukti sebuah cinta..

Allahku, 
Jangan pernah Kau tinggalkan,
Meski warkahku kosong berserakan,
Meski laguku sumbang ku dendangkan,
Meski terkadang aku jatuh ke lembah kehinaan,
Tetap saja,
Pasakkan hatiku, 
UntukMu selalu.... 

"Saat Adam dibuang ke dunia, syaitan bersorak seronok, namun syaitan lupa, manusia selalu turun jauh ke dasar lautan untuk mengutip mutiara berharga lalu timbul semula bersama mutiara di tangan."

Kalau kau jatuh,
Bangkitlah.
Allah kan ada? 

Mastura Mohd Yusuf,
9PM
Johor Bahru

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .