Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, January 4, 2009

Ayuh Berdakwah!



“Laparlah…” Pada suatu malam yang hening ana bersuara.

“Makanlah nasi tu” Sahabat ana memberikan satu cadangan bernas, namun cepat pula ana bersuara “Nak keropok ikan” oh.. sungguh tak tahu bersyukurnya ana… tapi sampai sekarang tak dapat lagi keropok ikan (kepada sahabat-sahabat ana yang baca ni, tlglah belikan ana keropok ikan) hehe.. gurau2…

Tanpa menghiraukan ana yang mengada-ngada, sahabat ana terus bangkit dari meja makan dan mengambil roti.. “Nak buat apa ni?” Ana pura-pura bertanya.. “Makanlah..dengan ayam”

Ayam?

Oh tidak.. ana sangat suka akan ayam! Maka ana pun secara tidak langsungnya terkongsi makanan dengan sahabat ana yang ana jual mahal tadi…

“Sedapkan?” ana bersuara..

“A ah”

“Makanan kat syurga mesti lagi sedap kan?” Ana bertanya secara tidak langsung..

Dan kami diam memikirkan perkara itu..

Bercakap soal syurga.. Layakkah kita ke sana? Dan yang paling utama, layakkah kita untuk melihat wajah Allah? Apakah usaha yang telah kita lakukan? Nak mengharapkan kita berjihad seperti para sahabat Nabi, mungkin agak mustahil… Bagaimanakah pula dengan berdakwah? Sudahkah kita melaksanakannya?

Teringat ana pada satu kisah…
Mus’ab bin Umair adalah seorang hartawan, namun demi Islam, dia rela meninggalkan segala kemewahannya. Sewaktu peperangan Uhud, Mus’ab telah diamanahkan untuk memegang bendera. Malangnya, musuh sempat mengesan Mus’ab dan tgn kanannya telah terkerat sewaktu berlawan dengan musuh, dan Mus’ab menyambut bendera dengan tangan kirinya. Apabila tangan kirinya jua turut terkerat, Mus’ab mendakap bendera ke dadanya sehinggalah ahkhirnya, satu anak panah menembusi dadanya… Mus’ab rebah namun apa yang menyayat hati, baju yang dipakainya tidak cukup untuk menutupi mayatnya… Ini jelas menunjukkan betapa Mus’ab RELA BERKORBAN DEMI ISLAM… subhanallah!

Mampukah anda, saya, kita semua menjadi seperti Mus’ab? Tepuk dada Tanya iman, jangan Tanya aiman nanti dia jawab “Aiman tak kisah”…

Ummah yang semakin hancur… Adakah kita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar? Tidak ingatkah kita pada firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat yang ke 164 (maksudnya):

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum Yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

Bagaimanakah cara-cara berdakwah? Boleh ke campur adukkan unsur-unsur jahiliah dengan islam? Contoh yang jelas, majalah hiburan diselitkan dengan tazkirah… renungkanlah tafsir surah Al-Kafirun ini..

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Jelas di sini bahawa TIDAK ADA TITIK PERTEMUAN ANTARA ISLAM DAN JAHILIAH.. maka jika anda ingin berdakwah, berdakwah lah seperti Rasulullah.. berlemah lembut, sopan, baik sangka, pemaaf.. Itu semua adalah satu medan dakwah jua…

Cukupkah jika berdakwah di blog sahaja? Sedang ummah di luar sana tak ramai yang suka untuk baca blog-blog dan laman web islamik.. Ayuh! Gerakkan enjin dakwah anda, jadilah teman mereka agar mereka jua dapat merasa nikmatnya Iman..

Akhir sekali.. renungkanlah..

Yusuf Al-Qardhowi berkata:
Kalau kamu mahu melihat Islam pada masa akan datang, lihatlah pemuda zaman ini…
- Kalau dilihat pemuda-pemuda zaman ini.. oh.. ana takut untuk berada pada masa akan datang… Ya Allah, selamatkanlah kami dari tergelincir ke lembah maksiat..

Imam Hasan Al-Banna berkata:
Orang yang ada kesedaran untuk berdakwah, membebaskan ummah daripada kejahilan ibarat berada dalam sebuah rumah yang terbakar di mana semua penghuninya sedang tidur.

INGAT!!
1) Orang yang berdakwah sentiasa mendapat tentangan, tapi sentiasa jua mendapat pertolongan dari Allah..
2) Lakukanlah qiamullail.. insyaAllah anda tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat…
3) Orang yang memikirkan soal ummah adalah seorang yang luar biasa kerana dia tidak memikirkan tentang diri sendiri…

Semoga rahmatNya sentiasa bersamamu, wahai pembela agama Allah....

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .