Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, December 30, 2008

Fahami Isu Bid'ah

Soalan :

saye confuse dgn bid'ah saiyiah n hasanah....sebb nabi kite x de sebut sume tue...die just sebut bid'ah...dan sudh tentu anta tau ape mksud bid'ah...berdasarkan hadis ni...cube anta terang kn kt ana..

Rasullullah SAW:
" Barangsiapa membetulkan orang bid'ah, Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman, Barangsiapa menghinakannya, Allah akan menyelamatkannya dari hari kiamat. Barangsiapa melakukan amar makruf nahi mngkar, dia khalifah Allah di muka bumi malah khalifah kitab dan khalifah rasul-Nya"


Jawapan :

*waalaikumsalam

Beginilah saudari,

Untuk memahami al Quran - kita perlu merujuk kepada hadith kan? Untuk tahu tentang al Quran, kita kena belajar bahasa arab kan? Paling kurang pun kita akan baca terjemahan - itupun dari penterjemah. Dan sekiranya hendak tahu tentang tafsiran al Quran kita perlu pada orang yang mahir dalam tafsir al Quran. Jadi kita tahu mengapa ayat al Quran itu diturunkan, dimana diturunkan dan sebagainya.

Begitulah hadith - jika kita nak tahu tentang hadith, kita perlu kepada huraian ulamak. Sebab ulamak yang hebat2 mereka lebih faham tentang penggunaan hadith tersebut. Apa definisinya, apa syarahnya.

Ulamak memberikan pembahagian bid'ah kepada hasanah dan dholalah/sayyi'ah kepada 2 bukan ikut suka hati mereka. Tetapi mereka kaji dan selidik dahulu. Mereka selusuri kehidupan RasuluLlah, perbuatan rasuluLlah, pernah tak rasuluLlah terus kata bid'ah pada sahabat yang menambahkan lafaz azan sebagaimana yang dibuat bilal bin rabah? ataupun pernah tak rasuluLlah salahkan sahabat yang solat asar sebelum tiba di perkampungan Yahudi (semasa rasuluLLah nak gempur yahudi yang langgar piagam madinah).

Rasulullah tak terus kata bid'ah sesat kepada sahabat.

Kemudian para ulamak rujuk juga pada perbuatan sahabat. Rupanya sahabat pun banyak buat perkara baru yang rasuluLlah tak buat. Seperti solat jemaah terawih selama sebulan secara berjemaah dibuat oleh Saidina Umar dan beliau kata "Inilah sebaik-baik bid'ah". Kemudian solat jumaat dulu dibuat dalam satu masjid je kat madinah. Sekarang dah berapa banyak masjid?

Kemudian kita kena ingat - jika kita pegang semua bid'ah (perkara baru) adalah sesat. Kita berbincang agama dalam internet nih - ibadah juga kan? Adakah ia sesat? PErnah tak rasuluLlah mengajar ibadah dalam internet?

Begitu juga anda dengar mp3, mp4 bacaan al Quran. Kita dengar al Quran dari mp3, dengar zikir dan kemudian kita ikut berzikir dari mp3 pernah tak rasuluLlah tunjukkan semasa hidupnya?

Maka kerana itulah ulamak yang bijak - sekali lagi saya sebut ulamak ini memang bijak dan cerdik. Maka sebelum buat sesuatu hukum dan huraian, mereka akan lihat dan menyelidik keseluruhan dahulu. Sebab tu nak jadik ulamak mujtahid bukan senang. Banyak level yang kena ikut, banyak ilmu yang kena belajar.

Oleh itu, ramai ulamak membahagikannya kepada 2 termasuklah imam as syafie, imam izzuddin abdissalam (membahagikan kepada 5), imam al ghazali dan sebagainya.

Jadi bid'ah yang perlu diperbetulkan sebagaimana sabda rasuluLlah ialah bid'ah yang sesat. Contohnya : yang kita lihat sekarang ini seperti anti hadith, ayah pin, aminah wadud, guru kahar, feminism.

WaLlahua'lam

Pendapat ulamak mengenai bid'ah : SILA RUJUK DI SINI
http://jomfaham.blogspot.com/search/label/Faham%20Tentang%20Bid%27ah

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/soalan-semasa.html

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .